Kicauan burung di pagi yang indah
ini menyerikan hari Tiara. Sinaran
matahari yang menyentuh lembut kulitnya terasa menyegarkan. Hatinya yang walang terhibur dengan desiran
angin yang bertiup halus.
Dia melangkah menyusuri track
joging di Tasik Titiwangsa dengan tenang seolah tiada apa yang terjadi
semalam. Bagaikan hari ni dia Tiara yang
baru. Baru lahir dari kepedihan semalam.
Tiara Jaslina yang semalam telah
mati bersama luka yang semalam. Memang
susah untuk dia lahir sebagai Tiara Jaslina yang baru. Namun dia terpaksa. Memaksa hatinya untuk terima kenyataan yang
cinta Adam Haikal bukan untuknya. Biar
pun itu cinta pertamanya, seluruh kasih dia curahkan, hakikat tetap hakikat.
Dia menyedut udara segar di Tasik
Titiwangsa itu. Terlalu sibuk dengan
dunia sendiri hingga lupa keindahan yang ALLAH jadikan untuk
hamba-hamba-NYA. Lupa bersyukur akan
nikmat yang ALLAH kurniakan. Terlalu
asyik dengan duniawi.
Datang keinsafan dalam dirinya
seketika.
Buk! Tiara berpaling ke sebelah
kanannya. Terasa sakit bahunya. Entah mamat mana yang melanggar bahunya.
``Ishh, buta ke apa? main langgar
aje. Mata kau letak mana?’’ Dia
menggosok bahunya. Mujurlah dia dapat
mengimbangi badannya tadi, kalau tidak mahu saja dia jatuh terjelepuk.
Nak saja dia pelangkung mamat tu
dengan botol airnya. Kecik aje dia
nampak mamat tu.
``Maaf. Saya tak sengaja.’’ Lelaki itu tersenyum
menawan.
Dup! jantung Tiara berdetak. Mata lelaki itu, biru. Menawan. Boleh tahan jugak hensem mamat
ni. Nasib baik dia minta maaf, sejuk
jugaklah hati aku ni.
``Takpe.’’ Tiara membalas senyuman
lelaki itu sebelum menyambung semula langkahnya.
Tiara berhenti berehat sekejap.
Duduk atas bangku menghadap tasik. Di
sebelah kanannya ada sebuah taman permainan.
Kelihatan ramai kanak-kanak yang sedang bersuka ria. Hari minggu begini sudah menjadi rutin bagi ibu bapa membawa anak-anak beriadah.
Tercuit hati dia dengan telatah
anak-anak kecil itu. `Mungkin bila aku
punyai cahaya mata, beginilah rutin mingguan aku,’ detik hatinya. Baru saja putus cinta boleh pulak pasang
angan-angan macam tu. Tiara… Tiara.
Biasan cahaya matahari yang mula
menyerlah garang, memanggilnya untuk beransur pulang. Dia berjalan ke keretanya
yang terletak tidak jauh dari taman itu. Tiara menyeluk poket seluarnya,
mencari kunci kereta.
Haaa? Muka sudah berkerut. Kedua belah poket
seluarnya digagau namun tidak jugak dia jumpai kunci keretanya. Tiara mula panik. Dia mencari di sekitar kawasan parking keretanya,
tidak juga ketemu.
``Ya Allah… kat mana aku letak kunci
ni?’’ Tiara bertanya kepada dirinya sendiri.
Dia menghendap ke dalam
keretanya. Ternganga mulut dia melihat
cantik saja kunci keretanya tersangkut ditempatnya.
Tepuk dahi dia. `Macam mana aku boleh nyanyuk lupa nak cabut
kunci ni?’ Tiara mengeluh. Berfikir apa yang harus dia lakukan. Nak minta tolong pada siapa? dia melihat sekeliling. Rata-rata pengunjung
taman itu sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Fayyad yang dari tadi memerhati
Tiara mula mendekati gadis itu. ``Boleh saya tolong?’’
``Haaa? Mmm…’’ Tiara jadi kelu. Tak sangka lelaki ini akan menyapanya.
``Kenapa?’’ Fayyad bertanya lagi.
``Kunci kereta saya tertinggal kat
dalam.’’ Perlahan Tiara menjawab soalan
Fayyad. Malu dia. Apalah anggapan Fayyad pada aku? careless women, maybe. Huhuhu.
``Laaa… awak ada kunci pendua?’’
`` Hah? mmm… Ada tapi kat rumah
la.’’ Kali ini Tiara memandang tepat
mata Fayyad. Berdebar sakan jantungnya. Mata tu memukau jiwanya.
``Ok. Rumah awak kat mana?’’
Tiara berkerut kening. Mukanya cuak.
Kenapa pulak mamat ni tanya rumah bagai.
``Eh, awak jangan salah faham. Kalau rumah awak tak jauh dari sini saya
boleh tumpangkan awak balik ambil kunci pendua awak.’’ Fayyad cepat-cepat menjelaskan maksud yang
sebenar disebalik soalannya tadi apabila dia perasan muka cuak gadis itu.
``Ooo… rumah saya dekat Datuk
Keramat.’’ Malu sendiri Tiara. Mujur
orang nak tolong, bukannya nak berprasangka baik.
Zaman sekarang kena
berhati-hati. Ramai manusia yang
bertopengkan malaikat tapi perangai macam syaitan. Jangan mudah percaya dengan kebaikan yang
ditunjukkan. Tidak salah ada sedikit
sifat curiga, untuk keselamatan. Ngomel hati Tiara.
``Kalau macam tu, marilah saya
tumpangkan awak.’’ Fayyad mempelawa
secara rasmi.
``Ok. Thanks.’’ Malu-malu Tiara mengucapkan
terima kasih.
``Eh, lupa nak kenal diri saya. Saya Fayyad.
Mohd Fayyad Qayyum. Awak?’’ siap
nama penuh lagi Fayyad perkenalkan diri.
Dia menghulurkan tangan kepada Tiara, standart orang sekarang
berkenalan mesti bersalaman tidak kira sesama mahram atau tak.
``Saya Tiara. Nur Tiara Jaslina.’’ Tiara hanya menundukkan kepalanya sebagai
tanda hormat kepada huluran tangan Fayyad.
Dia gadis kasar tapi masih tahu hukum antara lelaki dan perempuan.
Fayyad tersenyum lagi. Tangannya dijatuhkan. Kagum dia dengan sikap menjaga pergaulan yang
ditunjukkan Tiara itu. Susah nak jumpa
gadis yang menjaga batasan pergaulan dengan lelaki. Tidak kira yang bertudung ataupun tidak. Semua bebas laku. Kononya fikiran terbuka bersesuaian dengan
tahun 2015 zaman teknologi pesat membangun. Era pemodenan bangsa.
****
Dari pertemuan secara kebetulan,
berterusan ke pertemuan yang seterusnya.
Kini mereka menjadi kawan. Kawan
yang cukup akrab. Kemana saja mesti bersama.
Hati Tiara terubat. Pertama kali mengenali lelaki itu secara
rasmi, sungguh dia tidak sangka.
Disebalik wajah macho, bergaya itu ada seorang lelaki yang polos. Yang merendah diri. Jika keluar dengannya, Fayyad tidak segan
mengikut dia kemana saja. Hatta makan di
bazar-bazar pun lelaki itu tidak malu.
Berbeza sungguh Fayyad yang dia
kenal disebalik kereta mewah, pakaian mewah.
Keselesaan yang tercipta antara mereka, membuahkan rasa yang sukar
ditafsirkan dalam bahasa kamus sekalipun.
Tiap kali mata biru itu merenungnya
jantungnya berdegup kencang. Mengalunkan
irama gong bukan gendang. Haish… kalut
sungguh hati ni.
``Eh, awak letak kereta kat mana?’’
Fayyad memecah keheningan petang tu.
``Saya datang dengan teksi
tadi. Kereta masuk bengkel.’’ Tiara menghirup air jus manga dengan
lahapnya. Cuaca panas memaksa dia
bertindak sedemikian. Kepanasan yang
membahang membuatkan dia kering tekak.
``Weii, dahaga sangat ke?’’ Fayyad ketawa dengan gelagat Tiara itu.
``Gila kau tak dahaga. Kau tengok matahari tu, bukan main terik
lagi. Pada hal sekarang ni jam lima
petang.’’ Tanpa mempedulikan pandangan
Fayyad, Tiara terus menikmati keenakan air manga itu.
``Tiara.’’
``Mmmm…’’ Tiara menggumam. Macam mana mahu jawab kalau mulut penuh
dengan air. Mahu tersembur nanti.
``Aku nak bawa kau jumpa mama dan
papa aku.’’
Bruhhh. Selajur habis Fayyad bersuara air dalam mulut
Tiara menyembur keluar. Mangsanya siapa
lagi kalau bukan Fayyad.
Fayyad pegun. Terkejut dengan reaksi spontan Tiara itu.
``Allah… maaf. Aku tak sengaja. Yang kau pergi cakap hal tu masa aku tengan
syok minum, kenapa?’’ Tiara mengesat
muka Fayyad dengan tisu.
``Hurmm, yang aku pergi menyembur ni
kenapa?’’
``Yer la, ribut takde… angin takde,
tup tup kau nak bawa aku jumpa mama papa kau.
Sejak bila pulak kita ni couple?’’ Tiara membetulkan
tudungnya. Seluar jeans dah t-shirt yang
dipakai dibetulkan jugak. Ni gara-gara Fayyad yang teliti memandangnya. Jadi serba tak kena dia.
``Please… makan malam antara
sedara-sedara aje.’’ Fayyad memujuk
Tiara lagi.
``Ishh, lagi la aku tak nak. Sedara kau ada sama. Malu lah aku.’’ Tiara menyandar tubuhnya dikerusi. Entah kenapa tiba-tiba ajak dia jumpa orang
tuanya. Sewel ke apa Fayyad ni? tu lah persoalan dalam kepala Tiara.
``Alaaa… boleh laa. Aku hanya ada kau saja teman
perempuan.’’ Fayyad tayang muka
sedih. Muka tagih simpati.
``Arghhh!!! Kau ni… ishh, yer
laa. Tapi dengan satu syarat.’’
``Apa dia?’’
``Aku adalah aku. Aku tak mahu kau belikan aku baju mewah ke
apa. Aku pakai apa yang sedia ada pada
aku. Boleh? aku tak nak jadi orang lain.’’
``Kenapa kau cakap macam tu?’’
``Tipikal anak orang kaya bawa kawan
miskin jumpa orang tua mereka. Mesti nak
ubah dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Lagi pun kita ni kawan aje, so tak payahlah over sangat. Deal?’’
``Ok. Deal. Aku tak terfikir pun nak ubah kau. Memang aku nak kau datang seadanya kau. Aku bangga kenali kau yang begini. Sempoi.’’
Fayyad menatap mata Tiara. Sinar mata
Fayyad seolah menghantar isyarat hatinya.
Tiara menunduk malu. Jantungnya mula
berlagu pelik. Memang dia pelik dari
yang lain. Bukan lagu mendayu-dayu yang bermain dicelah melodi hatinya tapi pop
rock dah. `Hai… mamat ni buat aku
perasan dia sukakan aku aje.’ getus hati Tiara.
``Err… majlis makan tu bila?’’
perlahan pulak suaranya terlontar.
Kononya nak menahan getar bicaranya.
``Esok malam. Aku ambil kau kat rumah kau, ek?’’ Fayyad tersengih melihat tingkah serba salah
Tiara. Pertama kali dia melihat wajah
kemerahan Tiara. Malu la kut aku tenung
dia. Terhibur hatinya.
Bila
hati yang sunyi dihuni rerama apa saja mampu menggeletek. Mampu menyerikan yang suram. Kehadiran Tiara benar mengubah hidup Fayyad.
Dia kini lebih kerap tersenyum, ketawa dan bergurau senda. Tiada lagi muka serius kerut seribu. Muka orang penat bekerja.
Ingin saja dia menjerit pada dunia
tika ini yang dia sedang dilamun cinta. Mengegarkan isi alam betapa indah
dunianya kini. Allah menghantar Tiara menghuni tiap ruang yang kosong dalam
dirinya. Melengkapkan yang kurang,
menyempurnakan yang lebih.
``Weii, yang kau sengih ni kenapa?
pandang aku tak berkelip dari tadi. Muka aku comot ke?’’ makin gelisah
Tiara. Bukan tak suka ditenung begitu,
malah hatinya berbunga riang. Cuma bila sudah
terlalu lama mencipta ketidak selesaan dalam dirinya.
``Sebab comel sangatlah aku tenung
kau tak berkelip ni. Mata aku ni tak
boleh nak lari.’’ Fayyad mecubit pipi
lembut Tiara. Geram.
``Woi!!! apa ni main
cubit-cubit. Kau nak makan tapak kasut
aku ke mandi air mangga?’’ Tiara
mencerlungkan matanya ke arah Fayyad.
Dah lebih ar main pegang-pegang ni!
``Maaf, aku tak sengaja. Aku teruja.’’ Fayyad serba salah melihat reaksi Tiara.
Melihat muka Tiara yang tegang itu membuatkan hatinya kecut. Tak pernah dia
lihat Tiara semarah ni. Dia terlepas
laku tadi.
``Tak sengaja kepala otak kau! haaa…
kang dah keluar ayat bodoh aku. Blah ar!’’ Tiara berlalu meninggalkan Fayyad
tanpa menoleh lagi. Dari awal dia sudah
pesan, sentuh-sentuh memang dia tak benarkan. Sama ada sengaja atau pun tidak!
``Tiara!’’ panggilan Fayyad dibiarkan berlalu begitu
saja.
Fayyad mengejar Tiara tapi bayang
gadis itu sudah tiada. Cepatnya hilang
minah ni. Hanya keluhan yang mampu dia
lepaskan. Dia berpatah balik ke
keretanya.
Tiara tidak pergi jauh, hanya
menyorok disebalik pokok. Sebetulnya dia
tidak marah sangat dengan tindakan spontan Fayyad tadi tetapi ini perlu untuk mengingatkan lelaki
itu tentang batas pergaulan mereka.
Apatah lagi hatinya jugak sudah berdetik ketika disentuh lelaki itu
tadi. Detik permulaan untuk syaitan
memasukan jarumnya.
Usai solat maghrib Tiara berteleku
seketika ditikar sejadah. Mencari ruang
antara dia dengan PENCIPTANYA. Lafaz
kalimah zikir dialunkan perlahan.
Selesai itu, dia mengangkat tangan berdoa kepada-NYA.
``Ya ALLAH, YANG MAHA PENGASIH
lagi PENYAYANG… aku bersyukur diatas nikmat yang Engkau berikan ini. Memberi aku peluang untuk merasakan
sayang. IhsanMU Menghantar seorang lelaki
untuk mengubat luka hati aku.
Ya ALLAH, jika dia imam aku, Engkau
tetapkanlah hatinya untuk aku. Limpahkan
kasihnya dan kasih aku dengan redha-MU, Ya ALLAH. Aku ingin cinta aku mampu mengingatkan aku
akan MU bukan melalaikanku dalam mengingatiMU. Kiranya jugak dia lautan yang perlu aku
renangi, Engkau kuatkanlah sayapku Ya ALLAH.
Agar aku mampu menghadapi ujian yang mendatang kerana dia berbeza dari
aku.
Ya Allah, jika dia bukan untukku…
kuatkanlah hatiku untuk melepaskannya.
Tuntunlah dalam redhaMU, Ya ALLAH.
Aku percaya pada janjiMU. Akan
ada bahagia dalam dukaku. Ampunilah
dosaku, Ya ALLAH, insan yang kerdil ini.
Amin Ya Rabbal’alamin.’’
Tiara
meraup mukanya mengaminkan doanya tadi.
Dia sudah yakin yang hatinya kini mula bertunas sayang untuk Fayyad,
namun dia takut untuk menduga. Menduga
hati lelaki itu untuknya. Yang mampu dia
lakukan menadah tangan pada Yang Di Atas, biarkan Yang Haq menentukannya.
Layanan mesra Fayyad kadang kala
membuat dia terfikir yang lelaki itu mempunyai rasa yang sama denganya. Walau
begitu, dia tidak mahu meneka. Apa lagi
dalam soal hati. Meneka dalam kesamaran boleh melukai diri sendiri. Menyakiti dalam diam.
Sedang asyik melayan fikirannya,
telefonnya bergetar. Tiara mencapai
telefon di atas meja. Ada lima panggilan tak berjawab dari Fayyad dan satu
mesej. Peti simpanan mesej dibuka.
Tiara,
aku minta maaf. Aku tak sengaja
tadi. Aku harap kau masih sudi menjadi
tetamu
aku
untuk makan malam esok. ~ Fayyad
Tiara menekan keypad
telefonnya. Membalas mesej lelaki itu.
Ok. Tapi aku pergi sendiri. Kau tunggu aku kat
sana aje. done!
Butang sent ditekan. Dia meletakan kembali telefon atas meja. Laptop yang sudah lama tidak dibukak,
disentuh perlahan. Rindu pada koleksi puisi dan karya-karya dia yang lain. Sudah lama dia tinggalkan dunia penulisannya
itu.
****
Seperti yang dijanjikan Tiara
menghadirkan diri ke majlis makan malam keluarga Fayyad sebagai tetamu lelaki
itu. Dia hanya mengenakan baju kurung
moden, berselendang satin dan kasut biasa.
``Assalamualaikum.’’ Fayyad
berpaling ke belakang. Matanya tertegun.
Cantik sungguh perempuan yang berdiri dihadapanya ini.
``Ehem… kau nak aku terpacak kat
sini aje ke?’’ Tiara bertanya perlahan.
``Tiara! Tiara Jaslina?’’ muka jelas tidak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Dalam
fikirannya gadis ini akan datang berseluar jeans, blouse maybe dan
tudung bawal yang biasa dia pakai.
``Iyer, akulah ni. ishh, tak payah lah kau buat muka kejung
gitu. Macamlah tak pernah tengok aku pakai macam ni?’’ nak saja Tiara luku kepala Fayyad. Para
tetamu dah ada yang menjeling kearahnya.
``Bila masa kau pernah pakai macam
ni depan aku?’’ Fayyad menggaru
kepalanya.
``Ooo… tak pernah ek? Nasib kau
laa…’’ Fayyad mengangguk seraya tersengih
dengan kenyataan terakhir Tiara.
``Mari aku kenalkan kau dengan
keluarga aku.’’ Fayyad menghulurkan
tangannya kepada Tiara.
``No touching, ok!’’. Fayyad
mengangguk lagi.
Tiara membontoti Fayyad dari
belakang. Ramai juga saudara mara
Fayyad. Malunye!!! Semua pakai pakain
mahal-mahal. Aku ni, adoi… sempat lagi
Tiara mengomel.
``Mama. Papa.’’ Fayyad menegur orang tuanya. ``Ni Fayyad kenalkan buah hati saya, Nur Tiara Jaslina.’’
Gulp! Terasa air liur yang ditelan
tersekat. Pahit. Payau. Ya Allah, apa
pulak agenda mamat senget ni. Mama
Fayyad menghulurkan tangan disambut mesra Tiara.
``Datin Marina.’’ Datin Marina memperkenalkan diri.
``Ooo, datin…’’
``Panggil auntie Ina aje.’’ Datin Marina memotong bicara Tiara. ``Ni
Datuk Amran. Tiara panggil uncle Am
aje.’’ Datin Marina memperkenalkan
suaminya pulak.
``Ok.’’ Tiara menundukan kepala tanda hormat kepada
Datuk Amran.
Tepat jam sepuluh malam, Tiara
meminta diri untuk pulang. Fayyad
menghantarnya pulang. Sepanjang
perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri.
Masing-masing kelu untuk berbicara.
Sedangkan hati hangat menyatakan cinta antara satu sama lain. Sekadar
bicara hati tanpa suara mana nak sampai butir bicaranya.
Tiba-tiba Fayyad menghentikan
keretanya.
``Kita dah sampai ke?’’ gentar jugak
hati Tiara berduaan dalam kereta dengan lelaki bukan muhrim.
``Belum. Aku ada hal nak bincang dengan kau.’’
``Esok sajalah. Dah lewat malam ni. Tak elok dok tepi jalan gini.’’ Ada getar dalam biacaranya.
``Kau takut? Hahahaha… aku tak akan
apa-apakan kau lah. Aku masih tahu hukum
halal haram. Dosa pahala.’’ Fayyad cuba menenangkan Tiara.
``Ok. Kau nak cakap apa?’’
``Aku… sebenarnya, aku…’’
tersekat-sekat la pulak lidah ni.
``Woi!!! sejak bila kau gagap ni?’’
haaa…dah hilang ayunya. Hahahha.
``Aku sukakan kau.’’ Fayyad melepaskan nafas kelegaan. Bagaikan sudah dibuang beban yang terkandar
dibahunya.
``Hah?’’ kali ni giliran Tiara pulak ternganga dengan
pengakuan jujur Fayyad.
``Aku sukakan kau sejak dari hari
pertama kita jumpa. Makin lama kemesraan
antara kita menumbuhkan sayang aku pada kau.
Sepanjang mengenali kau, aku mula sedari yang kau seorang sederhana dan
ringkas. Kesederhanaan kau mengikat hati
aku. Hadir kau mengajar aku erti hidup
dibawah kasta aku. Keprihatinan kau mengisi kekosongan hati aku. Pendek kata dunia kecil Mohd Fayyad Qayyum
terisi dengan gelak tawa, senyum mesra, senda gurau dan sikap gila-gila Nur
Tiara Jaslina. Makin terisi dengan
kecomelannya malam ni.’’
Tiara senyap seribu bahasa. Tidak
tahu harus bagaimana. Apa yang dia tahu
hatinya kini melonjak riang. Cintanya
berbalas.
Fayyad resah menanti bicara Tiara.
Ditolak atau diterima cintanya ini?
``Kau terima salam cinta aku?’’
Melihat muka Fayyad yang mengharap
itu, hati kecil Tiara kelucuan. Bagaikan
anak kecil Fayyad dihadapanya kini.
``Iyer, aku pun sukakan kau.’’
``Hahaha. Ok, done! Minggu depan aku suruh mama aku
masuk merisik kau sekali tunang terus.’’
Teruja sungguh Fayyad menceritakan perancangannya.
``Weii!!! Cepatnya.’’
``Biarlah… kalau boleh aku nak kahwin terus. Nak jadikan
kau milik aku selamanya. And one more
thing, lepas ni kau kena panggil aku sayang atau abang. Takde `aku’
dah.’’ Fayyad mengenyit matanya kepada Tiara.
``Ishh, belum apa-apa dah tukar itu
ini.’’ Tiara buat muka protes.
``Mestilah. Tanda sayang awak pada saya.’’
``Iyerlah Hon…’’
``Hon?’’
``Singkatan tuk `honey’.’’ Tiara ketawa melihat muka berkerut Fayyad.
Macam pelik aje panggilan manja Tiara gunakan
ni. Tapi tak apalah untuk aku saja. Ulah hati Fayyad.
``Hon pun hon laa… janji tu
panggilan kau untuk aku saja.’’
``Eleh… suruh aku panggil dia dengan
nama manja tapi dia masih dok `kau aku’ lagi.’’ Tiara menjuihkan bibirnya.
Fayyad tersengih. Tak perasan pulak dia. ``Dah terbiasa.’’
Keduanya ketawa saja. Menikmati
bahagia yang dititipkan ALLAH untuk mereka. Siapa sangka pertemuan kebetulan
bermula sebuah kisah baru dalam hidup mereka berdua ni. Melengkapi kehidupan keduanya. Seorang dihantar untuk merawat luka. Yang satu lagi mengisi kesepian yang tersisa
walau dilimpahi kemewahan dunia.
Kerana itu percayalah pada perancangan
Allah. Redha akan takdir yang
ditentukan-NYA. Sesungguhnya hanya DIA
sehebat-hebat perancang di dunia ini.
Dan sesungguhnya DIA tidak akan menzalimi hamba-NYA. Janji-NYA adalah
benar belaka.
Pertemuan Fayyad dan Tiara adalah
rahsia-NYA.