Thursday, June 20, 2019

DIA QASYRINA IZZARA


                       Bab 1


Hentakkan kasut rekaan Jimmy Choo menggegarkan lantai pejabat QI. Lenggang lenggoknya menarik perhatian para jejaka. Dengan yakin dia melangkah. Senyuman senget bermain dibibirnya melihatkan lelaki-lelaki yang bagaikan nak terkeluar biji mata melihatnya.
            Gila tak terkeluar biji mata. Skirt pendek paras paha, yang ketat maha sendat menampakkan jelas pinggulnya. Dipadankan pula dengan blouse yang mengikut bentuk tubuh sehingga menampakkan lekuk pada setiap tubuhnya. Ditambah lagi dengan kolar baju berpotongan V. Rambut ikalnya dibiarkan lepas bebas beralun mengikut lenggok langkahnya. Setiap langkah kakinya menggoda mata helang lelaki yang memandang. Ah, kalau tidak menggoda bukan Qasyrina Izzara namanya. Tidak adalah jolokan playgirl yang diberikan pada dia.
            Qasyrina bersandar pada dinding ditepi pintu lif. Rayban di tangan diselit ke telinga lalu di tolak ke atas kepala. Beg warna merah hati diseluk lalu digagau berkali-kali. Mencari sesuatu lagaknya. Setelah jumpa apa yang dicari dia keluarkan. Bedak kompak bersama lipstick. Hahaha, kalau tengok gaya dia mencari macamlah mencari emas seketul yang hilang. Berkerut dahinya macam mak nenek. Yer, jangan tak tahu… Alatan mekap itulah harta termahal Qasyrina Izzara.
            Dia tilik wajahnya dengan cermin yang terdapat dalam bedak kompak itu. Setelah puas hati dengan mekapnya dia mencalit bibirnya dengan lipstick merah tadi. Sengaja. Padahal bukan ada yang kurang pun pada calitan liptick sebelum ini. Matanya menjeling kiri dan kanan, kelihatan lelaki dan perempuan tidak lepas memandangnya dengan pelbagai mimik muka. Ah, ini lagi dia suka. Dia muncungkan bibirnya seakan mahu mencium cermin tersebut. Sengaja mahu hangatkan hati-hati yang cemburu dengan kecantikkan dia.
            Tanpa dia sedar yang kecantikkan itu bukan miliknya. Tapi milik suaminya. Setiap inci tubuh badan wanita itu selayaknya ditunjukkan kepada mahramnya sahaja. Namun hakikatnya dunia kini, dunia moden apa yang disarankan agama dipandang enteng sahaja. Kolot. Walhal apa yang telah ditetapkan Allah itu punya kebaikkan yang tersembunyi.
``Hai, darling.’’ Bisik lelaki itu tepat ditelinga Qasyrina.
            Dia toleh ke kiri. Kelihatan Adam dengan senyuman menggoda di sisi.  Dia tutup bedak kompak, lalu di masukkan ke dalam beg tanganya. Dia kembali fokus kepada lelaki disebelahnya ini.
            ``Hai. Awal you datang kerja hari ni,’’ tegur Qasyrina mesra.
            ``Tak sabar nak jumpa buah hati. Itu yang pagi-pagi dah terpacak kat sini,’’ Adam sengih nakal.
            ``Wow! Siapa buah hati you tu. Mangsa yang ke berapa ni?’’ Sinis suara Qasyrina.
            ``Youlah Qasyrina Izzara. Buah hati i.’’ Akui Adam dengan lenggok suara menggoda. Hai, kalau dah romeo tu, sampai sudah miangnya terbit.
            Ting! Lift terbuka. Mereka masuk ke dalam lift bersama.  Hanya mereka berdua! Dia pandang pekerja yang lain, namun masing-masing buat-buat tidak nampak pintu lif terbuka. Jijik sangat ke dia orang nak naik sekali dengan aku?
            ``Tak nak naik ke?’’ soal Qasyrina berbasa basi. Kenyataan Adam dibiarkan sepi seketika.
            ``Hmmm, takpelah. Kami tunggu lift sebelah.’’ Ujar salah seorang dari mereka.
            ``Okay, fine!’’ Qasyrina angkat bahu. Dia senyum sinis. Pantas tangan dia menekan butang tutup.
            ``Okay la tu dia orang tak nak naik sekali. Dia orang bagi chance I berdua dengan buah hati I,’’ Adam kenyit mata. Dia gigit hujung bibirnya.
            ``Oh my! Adam Mikail, you jangan nak jual minyak dengan I ok. I know you. I tahu buaya yang dalam diri you tu tak boleh nak dijinakkan.’’  Selamba saja Qasyrina mengutuk Adam. Dia bersandar pada belakang lift.
            ``Well, you lah jinakan buaya tu,’’ bisik Adam. Matanya tepat memandang anak mata galak milik gadis itu. Mata tajam yang menggoda. Hanya dengan pandangan tajam Qasyrina dia tergolek jatuh.
            Qasyrina senyum manja. Dia tegakkan tubuh. Tanganya jatuh atas dada bidang Adam. Di usap perlahan. Lembut. Kemudian dimainkan jari runcingnya di butang baju kemeja Adam. Anak matanya jatuh pada halkum lelaki itu. Anak tekak bergerak atas bawah menandakan lelaki sedang menelan air liur. Qasyrina sembunyi senyum. Silap oranglah nak goda. Aku bukan jenis yang mudah tergoda tapi bila aku yang menggoda…
            Tiba-tiba Qasyrina tarik tali leher Adam sehingga mendorong wajah lelaki itu dekat dengan wajahnya. Desah nafas Adam menyapa pipi Qasyrina. Perlahan-lahan dia rapatkan dua ulas bibirnya ke bibir Adam. Namun…
            Ting! Pintu lift terbuka.
            Qasyrina tolak tubuh Adam menjauh.  Senyuman manis dihadiahkan bersama satu ciuman di pipi kanan lelaki itu. Dalam hati dia tahan gelak. Lucu melihat wajah mencuka Adam. Pasti lelaki itu menjangkakan yang lain. Sedangkan dia tidak berniat pun mahu mencium lelaki itu. Sekadar provokasi sahaja.
            ``Bye…’’ Qasyrina melambaikan tangan dengan lenggok mengoda dia meninggalkan Adam yang masih terpana. Fuh! Tali leher dilonggarkan. Panas! Di goda oleh Qasyrina Izzara boleh buat dia sesak nafas. Bibir dia mengukir seraya kepalanya menggeleng beberapa kali.
            Qasyrina duduk atas kerusi.  Kakinya disilang.  Menampakkan pahanya yang putih gebu itu. Sebelum memulakan kerja dia meregangkan jari-jarinya.
            Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan rutinnya. Atas meja penuh dengan kertas kerja yang perlu dia semak sebelum di hantar kepada pelanggan. Di selak satu persatu lakaran di atas kertas itu. Lakaran untuk restoran Datuk Aril Mukhriz. Salah seorang pelanggan tetap yang menggunakan khidmatnya untuk mendeko apa saja. Kali ni restoran bertemakan kampung dan klasik. Jenuh juga nak fikirkan idea. Memanglah guna khidmat dia, QI ni anak syarikat Datuk Aril juga. Huh!
            Memanglah kampung is klasik. Suitable. Tapi nak suaikan dengan meja, kerusi dan hiasan dalaman tu… Warna lagi. Sebab restoran ni berkelas VIP. Kalau sekadar Datuk Aril Mukhriz, Qasyrina memang tak kisah, lelaki itu ikut saja apa dia kata. Tapi ini melibatkan isteri Datuk Aril. Cerewet!
             Qasyrina meregangkan lehernya. Ketukkan di pintu mengejutkanya.
            ``Masuk.’’ Dia bersandar di kerusi.
            ``Bos.’’ Terjengul wajah Idora, setiausahanya.
            ``Apa Dora?’’  Lemau suara Qasyrina. Dia penat. Apa agaknya yang kau penat Qasyrina oi? Penat layan kerenah skandal kau ke! Tempelak hatinya. Senyum sumbing terpamer dibibirnya.
            ``Bos tak nak pergi makan ke?’’
            ``Hah! Pukul berapa sekarang?’’ Terbuka mata Qasyrina yang hampir tertutup tadi.
            ``Hai, sayang.’’ Terjengul pula wajah Alif Zarith.
            Qasyrina mempamerkan senyum manis.  Dia berpaling Idora memberi isyarat mata agar gadis itu tinggalkan mereka berdua.
            Qasyrina bangun mendekati Alif sebaik saja Idora keluar.
            ``Hai, sayang. Dari mana ni?’’ Manja suara Qasyrina.
            ``Jumpa sayanglah. Nak ajak lunch sama. Jom.’’ Ajak Alif. Tangannya melingkari pinggang Qasyrina.
            ``Ok. Qasy pun dah lapar ni. Shall we.’’ Qasyrina mencapai beg tanganya.
            Mereka berjalan beriringan ke lift. Tangan Alif masih setia di pinggang Qasyrina. Dia hanya membiarkan tangan lelaki itu di situ biar pun banyak mata yang memandang. Apa aku peduli? Tubuh aku. Lantaklah.
            Tidak menunggu lama pintu lift terbuka, serentak keduanya melangkah masuk. Anak matanya terpandang wajah kelat Adam. Cemburu ke? Malas dia nak peduli. Senyuman manis di pamerkan buat lelaki itu namun di balas senyum hambar Adam. Aduhai, macam mana boleh terserempak pula kali ni? Jangan ada yang bercakaran sudahlah. Tak mahu dia bikin drama kat pejabat. Tak pepasal kena menjawab dengan big boss.
            Sesekali Adam menjeling pada lelaki yang bergandingan dengan Qasyrina. Berbulu mata dia. Berkepit saja. Huh! Dalam lift hanya mereka bertiga, tak payah la nak duduk melekat macam glu pulak.
            ``Qasy, you nak keluar makan ke?’’  Lembut suara Adam memecah kesunyian antara mereka.
            ``Yup. You?’’ Qasyrina jawab dan menyoal sekaligus. Matanya masih ralit dengan  tablet ditangan.
            ``Me too.’’ Perlahan suara Adam menjawab.  Berjauh hati dengan sikap Qasyrina yang seakan acuh tak acuh saja.
            Alif Zarith senyum sinis. Mesti mamat ni sukakan Qasyrina. Muka tembok ada hati nak tackle awek aku.  Bangga sangat Alif. Macamlah kau tahu apa ada dalam hati Qasyrina. Selama ni, Qasyrina tidak pernah menyatakan rasa hatinya kepada sesiapa pun. Dia berkawan mesra dengan semua orang. Untuk kerjaya dia kononlah. Atau untuk membalas kelukaan lama? Hanya Qasyrina Izzara saja yang tahu.
            ``Sayang, kita makan dekat hotel nak? I teringin nak makan steak la.’’ Alif melunakkan suaranya. Menggoda.
            Qasyrina angkat kening. Tangan yang asyik slide skrin tablet terhenti. Dia dapat mengesan kelainan pada suara Alif tadi. Are you serious? Mamat ni baru buat suara menggoda. Meremang bulu roma aku. Haisyy!
            Dia jeling tajam ke arah Alif.  Seolah bertanya apa makna intonasi tadi. Dan Alif tak nak kalah. Dia balas balik jelingan tajam Qasyrina dengan muka tak bersalah.
            Adam simpan senyum. Dia perasan perubahan riak gadis tu. Setahu dia Qasyrina bukan suka sangat makanan barat. Apatah lagi makanan berat macam tu.
            ``Kesian orang tu tak dilayan.’’ Sengaja Adam menguatkan suaranya. Sarkastik.
            Alif yang dengar berasap. Dah main sindir-sindir ni apa kes? Mamat ni memang nak kena dengan aku. Dia tak kenal lagi siapa aku. Alif genggam penumbuk.
            ``Kau dah kenapa ha? Aku cakap dengan buah hati aku, kau sibuk buat apa?’’ Jerkah Alif.
            Qasyrina dah bau-bau perang tapi dia masih bertenang. Cool! Tenang Qasy. Kau buat-buat pekak, tak nampak. Seolah dia orang ni halimunan. Giler nak anggap halimunan. Berdesing telinga aku dengan suara dia orang. Aku kat tengah-tengah ni. Boleh pekak tau!
            ``Hai, ada orang makan cili nampak. Hangat ke?’’ Perli Adam lagi. Langsung dia tidak pedulikan muka Alif yang dah merah kerana marah.
            ``Eh, apa masalah kau dengan aku ha? Ooo, mesti kau cemburu sebab Qasy tak layan kau kan. Kasihan kat kau. Muka tak mancung pipi tersorong-sorong pulak.’’ Alif tembak Adam dengan bom perli paling pedas.
            Aipp, mamat dua ekor ni dah lebih nampak. Siap petik nama aku lagi? Apa ke hal? Lift ni pun lembap. Lambatlah pulak nak sampai lobi. Tingkat 8 aje pun. Huh!
            ``Suka hati kau aje cakap aku tak hensem. Apa kau ingat kau tu macho sangat? Setakat pakai baju brand Polo ni, aku punya pun berlambak la.’’ Berlagak sungguh ayat Adam.
            Qasyrina angkat kening. Apa hal sampai ke brand baju ni? Macam budak-budak betul la dia orang ni Ting! Lift berbunyi tanda telah sampai ke lobi. Fuh! Selamat. Laju dia melangkah keluar dari lift. Tapi dua lelaki itu masih berada di dalam sedang berbalas pandangan. Haih, di buat acara tenung menenung ke pula tu? Sebal sungguh hati Qasyrina.
            ``Guys!’’ Jerit Qasyrina yang telah berada di luar lift. Rata-rata yang ada di lobi memandang ke arah mereka. Dia malu tapi tidak dipedulikan. Mamat dua ekor tu masih bergaduh dalam lift. Arghh, dua-dua tak matang! Menyesakkan.
            Adam dan Alif yang sedang mencekak leher baju masing-masing tergaman dengan jeritan Qasyrina. Bila pula gadis tu berada kat luar lift. Sedar yang mereka telah sampai di lobi, masing-masing melepaskan leher baju.
            Adam mahupun Alif membetulkan baju dan rambut. Mereka berdua melangkah keluar mendapatkan Qasyrina yang menyinga. Sudah hilang muka ayu, manis tadi. Adam kecut perut lihat muka tegang gadis tu. Siapa yang tak tahu, rupa gadis itu kalau dah berangin.
            ``So ridiculous tau. Both of you bukan budak lagilah. Dah dewasa okey. Dah boleh fikir yang tindakan  you all  memalukan tau tak!’’ Tengking Qasyrina. Dia dah tidak peduli dengan mata-mata yang melihat. Alang-alang malu, biar malu sampai sudah.
            ``You, Alif! Jangan cari I dekat sini lagi. Between us, over!’’ Keras suara Qasyrina. Menandakan yang keputusannya muktamad.
            ``Tapi, sayang…’’
            ``Takde tapi-tapi. I rimas okey,’’ pintas Qasyrina.
            Qasyrina beralih kepada Adam Mikail. Renungannya masih tajam.
            ``And you Adam, I dah bagitahu you, between us just a friend. Not more than that.’’ Ni sorang lagi lelaki yang tak faham Bahasa Melayu. Dah guna Bahasa Inggeris pun masih sama juga. Tak tahu dah nak cakap bahasa apa. Sudah berkali bagitahu yang aku tak  nak ada hubungan istimewa dengan rakan sekerja, dia kejar juga. Terang lagi bersuluh pun tak nak terima kenyataan lagi.
            ``Qasy…’’ Adam cuba memujuk gadis tu. Melihat gelengan gadis tu mematikan kata-katanya.
            ``Apalah yang nak direbut dengan minah playgirl ni? Takde apa yang istimewa pun. Harapkan muka aje lawa tapi perangai…’’ Suara sumbang yang mula menyumbang kepada lahar hati Qasyrina. Suara lelaki dan perempuan yang bersilih ganti.
            Qasyrina senyum senget. Suara yang mengata tu lelaki. Dia dengar dengan jelas.
            ``Aku memang takde apa yang istimewa tapi ingat perempuan macam aku jugalah yang kau orang usung sana sini. Yang kau orang kelek siang malam. Jangan berlagak alimlah. Satu persatu staff dalam office ni aku tahu perangainya. So, jangan pernah nak cabar aku!’’ Qasyrina bersuara kuat. Sinis. Apa yang dia katakan, ditujukan umum. Dia tahu bukan seorang tu saja lelaki yang mengata dia tapi ramai. Mengatalah sebab dia tak layan. Huh! Cuba kalau dia layan.... Perempuan pun sama. Lagi teruk! Semua kerana iri hati.
            ``Kau orang dengar tu… Nothing special about me. Both of you boleh dapat yang lebih bagus dari aku. Tak ada guna kau orang bergaduh berebut perempuan macam aku.’’ Kuat suara Qasyrina melengking. Panas hati dia sikap Alif dan Adam, makin panas dengan bisikan halus lidah manusia yang bercabang.
            Qasyrina angkat kaki. Lagi lama di situ lagi banyak dosa dia dapat gara-gara maki orang. Sudahlah dosa yang sedia ada pun tak mampu nak pikul dah.

H.U.D {hijrah untuk Dia}


Demi masa! Sesungguhnya  manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Surah Al- ‘Asr)



                            









Bab 1

            Bunyi muzik yang kuat menenggelamkan pengunjung dalam khayalan. Menikmati keasyikkan dunia, masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Larut dalam bahagia ciptaan mereka sehingga lupa akan batasan antara mereka.
            Di satu sudut, Hud duduk sambil meneguk air coke dalam gelas. Matanya liar memandang lantai tari di mana pasangan-pasangan berpelesaran. Kemudian anak matanya lari melihat sekitar, senyum sinis merekah dibibirnya. Mood mahu berseronok hilang entah ke mana, kalau bukan kerana ajakan Mia dia sudah terlantar atas katil empuknya. Itu lebih menyenangkan memandangkan tubuhnya yang letih kini.
            Sedang asyik memerhati gelagat manusia yang bermuka setan, mata Hud menangkap susuk tubuh gadis yang tidak biasa dia lihat di kelab ini. Dari pemerhatiannya, dia boleh agak yang inilah kali pertama gadis itu jejak kaki ke kelab. Kali pertama dikelilingi lelaki kacak berhidung belang. Memang jadi lauklah gadis itu malam ini.
Gelas yang berisi coke diangkat lagi, lalu ditegus rakus. Sesekali lambaian Mia mengajak dia ke lantai tari, dibalas dengan gelengan. Walaupun dia pengunjung tetap kelab ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak pernah sekali pun dia jejak kaki ke lantai tari itu. Terkinja-kinja menari bagaikan manusia tidak bertamadun baginya hanya menjatuhkan pesonanya sebagai lelaki macho. Macamlah apa yang dia lakukan sekarang ini menunjukkan dia lelaki yang bertamadun.
            Terkadang dia yang melihat pun naik rimas. Mereka itu semua bukan menari pun hanya lebih kepada bergeselan antara satu sama lain. Ambil kesempatan! Kalau dah berada di lantai tari itu, pasangan pun boleh bertukar ganti dengan pasangan orang lain. Sudah seperti sistem barter.  Ah, bukanya ada yang peduli pun. Masing-masing dengan dunia masing-masing. Melayan kemabukkan yang menenggelamkan kewarasan akal. Silap hari bulan boleh berlaku adegan bertumbuk pula.
            Tatkala matanya memandang seorang pelayan, tanganya melambai.
            ``Yes, sir?’’
            ``Coke, please,’’ pinta Hud kuat mengatasi bunyi kuat muzik.
            ``Hey, man! Coke aje? Tak nak air lain ke? like this?’’ suara itu mengunjukkan gelas yang berisi air kuning itu.
            Hud berpaling sekilas ke arah suara itu sebelum kembali kepada pelayan yang sedang menanti arahanya.
            ``Coke yer,’’ ujar Hud lagi. Pelayan itu angguk dan berlalu pergi.
            ``Hey,’’ tubuh itu dilabuh kasar atas riba. Tangan si gadis bermain dengan kolar bajunya.
            Hud simpan senyum. Bau nafas gadis itu membuatkan tekaknya loya tapi ditahankan saja. Adatlah siapa yang bertandang ke sini akan berakhir dengan keadaan seperti gadis ini. Berapa banyak arak yang sudah diteguk pun dia tidak tahu. Tubuh genit gadis itu melorot jatuh namun cepat disambar Hud. Tanganya kemas melilit pinggang ramping si gadis.
            ``Easy girl,’’ bisik Hud.
            Gadis itu senyum. Tanpa segan silu, tangannya mencapai sebelah lagi tangan Hud lalu dijatuhkan atas pahanya yang terdedah itu.
            Hud tarik senyum. Pucuk di cita ulam mendatang. Rezeki depan mata jangan ditolak, bukankah begitu? Dia hanya membiarkan tingkah si gadis yang sedang bermain dengan jari-jemarinya. Membiarkan gadis itu menuntun tanganya menari dia peha miliknya. Berani! Gadis ini memang berani! Matanya meliar melihat sekeliling mencari pasangan si gadis. Dia tidak mahu kerana seorang gadis, wajah kacaknya menjadi makanan penumbuk sesat.
            Setelah puas hati dengan pemerhatian yang si gadis sesat ini bukan milik sesiapa, dia mengemaskan pelukan di pinggang gadis itu. Mendorong si gadis dekat padanya. Dada bertemu dada. Bau minyak wangi yang tercalit ditubuh genit itu membuatkan nalurinya bergetar.
            ``I dah lama perhatikan you. Baru malam ni I dapat dekati you,’’ lunak suara si gadis memberitahu.
            ``Ooo, really?’’ Hud jungkit kening. Tidak tahu pula yang dirinya ini di intai dalam diam. Bibirnya mengukir senyum manis.
            ``Ya,’’ tangan si gadis melingkar di lehernya.
            Bibir merah si gadis diratah penuh asyik. Ah, jika di momok begini, bagaimana dia mahu sabar. Tangan yang tadi berada di atas paha gadis itu kini naik membelai rambut ikal itu.
            Gadis itu hanya membiarkan. Seronok dibelai manja begitu. Bibir bawah di gigit lembut menggoda. Turun naik nafas Hud melihat aksi liang lentok si gadis. Terang-terangan gadis itu menggodanya. Dan dia sudah… Tergoda!
            Tanpa menunggu lama, ditarik pinggang gadis itu merapat. Kali ini lebih rapat  hingga hidung mereka bersentuhan. Hanya lirikan nakal berbicara dengan mata kuyu gadis itu. Tidak semena-mena gadis itu merapatkan bibirnya menyentuh bibir Hud.
            ``Ehem,’’ suara seseorang berdehem mematahkan tautan asyik antara Hud dan si gadis.
            Mata Hud yang terpejam, di buka sebelah mengintai gerangan siapa. Bibirnya dengan si gadis sesat masih bersatu. Perasan wajah gadis pelayan di hadapanya yang merona kemerahan, Hud melepaskan tautan bibirnya dengan si gadis. Seketika dia mencuri nafas yang hilang sebelum kembali memandang wajah merah di hadapanya ini. Malu? Kalau malu kenapa pilih jadi pelayan kelab dik? Selar Hud dalam hati.
            ``Anything?’’ soal Hud.
            ``Coke.’’ Ujar gadis pelayan itu seraya meletakkan air tersebut atas meja.
            ``Thanks. Awak boleh pergi,’’ ujar Hud.
            Gadis itu pandang Hud sekilas sebelum berlalu pergi.
            Hud terpanar. Pandangan gadis pelayan itu…. Sinar mata itu menggambarkan kesedihan. Kenapa? Kami kenal ke? persoalan yang bermain di minda Hud putus begitu saja apabila pipinya dikucup lembut oleh gadis tadi. Namun kali ini dia tidak mampu membalasnya. Hanya membiarkan bibir bersalut lipstick merah itu meratah wajahnya. Renungan gadis pelayan tadi berlegar-legar diruang matanya.