Bab 1
Bekerja dikafe salah satu dari impianya. Menjadi seorang barista juga impianya. Sebagai seorang yang gila pada kopi; tempat yang paling menjadi syurga buatnya adalah kafe. Tahap kegilaan dia pada kopi boleh dikatakan tahap maksima obsess; sehingga dia sanggup menolak tawaran kerja lain semata mahu menimba lebih banyak ilmu tentang kopi.
Berada bersama kopi hanya dengan menghirup baunya saja buatkan dia khayal; perasaan diawang-awangan; gila bukan? Namun itulah yang dia Nur Qasy Imani atau lebih dikenali sebagai Q.
Tetapi menjadi satu-satunya barista di kafe Luth Haqiem bukanlah salah satu dari impianya malah ia merupakan satu tekanan yang amat tinggi. Kenapa? kau orang akan tahu nanti. Waima berhadapan tekanan menjadi satu-satunya bunga di kafe ini ada satu perkara yang menyeronokkan di sini. Seorang gadis berada dikalangan jejaka-jejaka kacak bagaikan Cinderella bersama tujuh orang kerdil. Hendak pula dirinya digelarkan mocha girl. Mesti nak tahu kenapa dia dapat gelaran itukan? Minuman kegemaran dia mocha. Dan dia tersangat mahir dalam buat mocha. Tak terlalu manis, smooth dan sedap semestinya. Disebabkan itulah minuman yang paling popular di kafe Luth ni, mocha! Bangga dia dengan pencapaian itu.
Sekitar tentang pekerja dikafe ini, seperti yang dikatakan tadi; dikafe Luth Q satu-satunya perempuan. Manakala yang lain semua lelaki. Namun layanan mereka pada Q tiada yang berbeza; keluar makan atau lepak mereka pasti akan ajak Q untuk turut serta. Perhubungan mereka semua sudah seperti adik beradik.
Jam di dinding belakang kaunter dikerling. Keluhan dilepaskan perlahan. Lagi lima minit ketenangan dia akan diragut dengan kejam. Sejujurnya, dia tak tahu kenapalah lelaki ini suka sangat menyusahkan dia. Dalam kafe ini masih ada pekerja lain tetapi nama dia juga yang lelaki itu panggil; tenaga dia juga yang lelaki itu kerah. Kadangkala dia rasa mahu putus asa sahaja. Namun bila ingatkan pengalaman yang telah dia kutip selama bekerja di sini terasa sayang pula.
Kafe Luth bukan sahaja menjadi tumpuan penggemar kopi tetapi pelancong luar ngara juga ada yang singgah ke sini semuanya atas jasa promosi mulut ke mulut mereka yang pernah datang ke kafe ini. Satu yang amat dia suka bila ada pelancong yang singgah di kafe Luth; dia dapat bertanyakan tentang perbezaan kopi Malaysia dan kopi ditempat mereka; malah ia memberi banya pengetahuan pada Q.
Dentingan jam di belakang bar melemahkan semangatnya pagi ini; bukan hanya pagi ini hampir setiap pagi. Inilah yang dia maksudkan satu-satunya kecacatan yang merosakkan keseronokkan dia di kafe ini. Tunggu kejap. Tubuh dipusingberdiri tegak dengan tangan menyilang dada. Mata tunak memerhati jam bulat di dinding sambil mulut bergerak mengira.
Satu.
Dua.
Tiga.
``Q!’’ laung satu suara dari tingkat atas.
Q senyum senget. Rutin seharian seorang Luth Haqiem! Apa yang susah sangat bos dia tu nak faham pun dia tak tahu, orang cakap jangan menjerit, dia menjerit juga. Barangkali dia hendak satu bangunan ni tahu yang dia tu kaki dera pekerja. Kadang bukan untuk hal yang besar pun, benda yang dia boleh sendiri tapi dirinya juga yang diseru Luth. Sampaikan kakitangan kat sini cop dia dengan gelaran `Luth’s girl.’
Kalau ikut logik akal, memang sesuai sangat gelaran itu dengan dia. Dalam satu hari hampir sepuluh kali dia akan dipanggil menghadap Luth. Hanya hari yang ramai pelanggan saja lelaki itu takkan menganggu dia sekerap hari biasa. Naik bingung kepala memikirkanya. Bila dia usulkan suruh ambil pekerja lain, tak nak. Pekerja lelaki dah ramai. Disuruh ambil perempuan, ayat jawab Luth buat dia naik bingung.
``Tak cemburu ke aku ambil pekerja perempuan? Kalau aku lebihkan dia dari kau, kau okay? Tak sakit hati?’’
Soalan-soalan begitulah membuat otak dia hampir pecah memikirkanya. Apa kaitan dia dengan soalan itu semua. Lelaki itu bos, ikut sukalah mahu beri layanan yang macam mana. Jangan sampai diajak ke tempat tidur, sudahlah. Memang dia bakar dalam oven Khairul tu.
``Q, darling!’’ mendatar tapi tegas. Malah terselit nada sinis disitu.
Terbang segala ingatan masa mula-mula hendak `mesra’ dengan lelaki itu. Suara itu kedengaran dekat, bermakna Luth sudah turun mencari dia dibawah. Kalau begitu pasti apa yang dimahukan adalah sesuatu yang penting.
Bersama senyum yang dilukirkan, dia pusing tubuh ke belakang. Serta merta bibir yang merekah senyum jadi kaku. Terkerdip-kerdip matanya memandang makhluk dihadapanyanya. Atas bawah dia pandang Luth. Kemudian matanya terhenti pada bahagian perut lelaki itu. 1, 2, 3, 4, 5, 6! Wow! Ada enam ketulan roti… Alangkah indah jika ini milik bakal suaminya! Aman dia di dalam pelukan yang gagah begini.
Isy! Matanya dipejam celik, pejam celik berkali-kali.
``Ehem, dah habis tenung?’’ tegur Luth dengan suara dalamnya. Tangan naik mencekak pinggang menampakkan bahagian lenganya yang berotot. Q gigit bibir bawahnya. Mata dia derhaka lagi! bos dia ni pun, kut ya pun nak turun kafe pakailah baju dulu. Ini tidak bertuala saja. Mujurlah kafe belum beroperasi lagi.
``Q!’’ deram Luth. Geram dengan Q yang terpesona sedangkan dia tengah kesejukkan ini. Nak sangat tengok tubuh dia, dengan rela hati dia tayang tapi lepas jadi isteri dialah. Luth senyum jahat dalam hati.
``Hah?’’ terpinga Q memandang Luth. ``Kenapa tak pakai baju bos? Aurat ni.’’ Q tunjuk bahagian pusat yang tak tertutup. Tahu pun aurat Q. Dari tadi kau usyar, tak ingat aurat pula.
Luth senyum senget. Aurat? Amboi, habis satu badan aku dia jelajah sekarang dia sekolahkan aku pasal aurat pula.
``Wey, bos! Kenapa buat tayangan percuma ni? Saya tahulah body bos cantik. Aumm, tapi janganlah buat free show bos. Cemburu saya yang keding ni,’’ ujar Luqman.
Luth jegil mata. Loyar buruk pula Luqman. Dia dah la kesejukkan ni. Baju bersih satu pun tidak ada.
Q ketawa mengekek. Luqman sengih.
``Haaa? Yang awak ketawa tu kenapa Q? ni semua salah awak. Mana baju saya nak pakai? Semalam saya suruh awak ambil kat dobi, awak ambil tak?’’ soal Luth geram. Dua tiga hari ni dia sibuk, terpaksa bermalam di kafe. Pakaian yang dia bawa semua dah kotor, lalu dia hantar ke dobi dan memesan gadis itu ambilnya semalam. Sangkanya semuanya sudah selesai tapi pagi ni bila cari baju nak pakai satu pun tidak ada.
Alamak! Q tepuk dahi. Aduh, macam mana dia boleh lupa ni. Rambut yang diikat tocang turut bergerak apabila dia kejap tundukkan kepala kemudian menggeleng kepala. Sudah! Patutlah si bos mengaum pagi ni. Siap dengan tayangan percuma lagi dengan… dia gigit lidah menahan diri dari terus bermonolog akan keseksian Luth.
``Woo… aumm, kenapa seksi sangat ni bos. Bertuala saja. Haaa… bos buat apa ek semalam kat sini?’’ aju Aqil dengan sengih nakal.
Luth kacip gigi. Ini lagi seorang otak tak pernah nak fikir elok. Kuning saja otaknya.
``Kau macam-macam, aku potong gaji kau Aqil, Luq.’’ Ugut Luth.
Serta merta keduanya tutup mulut. Tegak memerhati Q dan Luth. Dalam hati masing-masing gusar andai benar Luth lakukan begitu, pokailah mereka bulan ni.
Q nak ketawa melihat wajah Luth yang merah padam. Tengah tahan marah la tu. Tapi dia simpan saja tawa itu, nanti ada juga yang kena denda cuci satu kafe nanti. Bukan boleh agak si bujang terlajak seorang ni.
``Ampun bos. Saya terlupa.’’ Dua tapak tangan digosok satu sama lain. Mata mengerdip beberapa kali kononya comel.
Tangan yang elok cekak pinggang di silang ke dada. Menampakkan lagi lengan kekarnya. Hati yang hendak marah pun cair lihat aksi Q namun wajahnya tetap begitu. Biar nampak garang diluar tapi dalam hati penuh taman.
``Dah tu aku nak pakai apa ni? aku tak bawa baju lebih lagi sebab harapkan kau ambil. Dah la tengah hari ni aku ada mesyuarat. Kau ni kan…’’ Luth mendesis geram.
``Bos bagi saya banyak kerja, mana saya nak ingat. Saya ni bukan robot tau. Suruh ambil pekerja lagi, tak nak. Banyak alasan bos bagi.’’ Bebel Q. Dalam ramai-ramai pekerja Luth, hanya dia yang berani merungut.
``Sibuk nak suruh aku ambil pekerja baru. Kan aku ambil nanti ada juga yang makan hati,’’ bebel Luth.
Q juih bibir menyampah. Itu sajalah alasan Luth. Cakap sajalah kedekut nak bayar gaji.
``Bos pinjam baju Aqil atau Luq la dulu. Kedai dobi pukul 9 pagi baru buka bos.’’ Usul Q.
Mendengar usul Q itu, tangan Luth naik menyilang dada. Jelas otot-otot lengan kekarnya terbentuk. Dia pandang Aqil dan Luqman. Nak dia pakai baju budak berdua ni? Masing-masing tubuh saiz XXL.
Q telan liur. Fuh! Godaan ni. Mujurlah Luq dan Aqil ada sekali. Kalau tidak mahu dia jadi zombie, gigit-gigit lengan Luth ni.
``Tak nak! Saya nak awak pergi ambil baju saya sekarang. Saya tunggu kat atas,’’ ujar Luth tegas.
``Tapi bos, dobi buka pukul 9 pagi. Sekarang baru 8 pagi.’’ Sampuk Luqman.
``Isyy!’’ dengus Luth. Dengan wajah tegang dia naik tingkat atas. Mujurlah dia buat tangga ke tingkat atas bahagian dalam kafe. Kalau bahagian luar, niaya!
Q tahan tawa yang mahu meletus. Lucu dia tengok muka garang Luth. Aqil dan Luqman sudah mengekek ketawa. Bila lagi nak kenakan si bos. Masa ada peluang ini lah.
``Sekarang Q!’’ laung Luth dari sebalik pintu. Bibirnya mengukir senyum.
Tergeleng kepala Q dengan tingkah Luth.
``Q.’’ panggil Luqman.
``Mmm.’’ Gumam Q. Tangan meneruskan mengemas meja dan mesin kopi. Dia perlu pastikan semua peralatan tersedia tidaklah nanti dia kalut.
``Aku tengokkan bos tu memang tak boleh hidup tanpa kau kan Q?’’ omel Luqman.
``Betul-betul. Aku sokong!’ sampuk Aqil.
Q tepuk dahi. Tak habis lagi rupanya budak dua ni. gelaran Luth’s girl pun budak berdua ni la yang bagi. Katanya senang, tidak ada orang nak usik dah. Barulah bos senget mereka tu tak keseorangan.
Alahai, masalahnya dialah! Macam mana nak orang dekat kalau sudah dicop begitu. Takkanlah dia mahu membujang sampai tua! Giler ke apa?
``Mengarut apa ni? tak habis lagi dengan teori kau orang tu.’’ Acuh tak acuh Q melayan. Apron ditubuh dibuka lalu diletak atas kaunter bar. Dia sudah sedia mahu pergi. Dilambat-lambatkan mahu ada yang meroyan nanti.
``Betullah apa kita orang cakap, mana ada mengarut. Bukan aku dan Luq aje perasan tau. Khairul dan Azrai pun sama.’’ Tambah Aqil.
``Kau orang takde kerja ke?’’ soal Q.
Aqil dan Luqman menyengih. Banyak kerja mereka tetapi gossip pasal Q dan bos besar mana boleh diabaikan.
``Q!’’ kuat suara Luth melantun bergema.
Dia juling mata ke atas. Geram dengan bos yang tak reti nak sabar, geram lagi dengan Aqil dan Luqman yang banyak songeh. Masa inilah dia nak sibuk bergosip. ``Kau orang mop lantai nanti dan kemas meja. Aku nak pergi ambil baju encik singa tu kat dobi. Mujur dia tak hantar dobi layan diri, kalau tidak mahu dia baham aku, baju ratus-ratus dia tu hilang. Grr…’’ Q melangkah pergi dengan perasaan sebal. Yang salahnya sekarang Luth tapi kenapa dia yang rasa bersalah? Betullah si sewel Luth ni pandai syko dia. Heh!
Aqil jegil pada Luqman.
``Kau punya pasallah ni. Dah kena mop lantai pula.’’ marah Aqil.
``Aku pula? kau pun sama.’’ Luqman lap meja dan betulkan kerusi. Manakala Aqil mengop lantai.
Hari ini memang lambat buka kafe. Semalam bos besar arahkan semua datang cat kedai serta tukar beberapa aksesori kedai yang kelihatan pudar atau lusuh. Boleh dikatakan hampir seluruh kafe berubah. Lebih segar dan menyamankan. Pemandangan baru yang pasti akan membuat mereka yang datang tercengang. Lukisan-lukisan baru tergantung cantik disetiap sudut kafe.
Kali ini cat yang digunakan lebih ceria gabungan hijau dan pink. Di dinding belakang bar kaunter, terdapat mural beberapa lelaki dan wanita dengan minum kopi. Itu pun semalam baru buat, kawan kepada Luth. Semua rasa kagum dengan bakat kawan Luth.
Manakala dibahagian luar kafe, ada beberapa pasu bunga yang menempatkan beberapa jenis bunga yang diolah cantik dan kemas seperti bonzai. Ditengah meja diletakkan bekas empat segi yang didalamnya diletakkan bola kristal. Malahan di bahagian dinding bercermin terdapat tulisan quote yang dicipta Luth sendiri. Dia orang nak baca pun geli; semalam puas mereka mengusik Luth.
Cinta itu dengan adanya dirimu
Bahagia itu dengan wujudnya kasihmu
Tersingkap pertemuan hati di Luth Haqiem kafe.






