Saturday, July 30, 2016

tunangku EN. sINGA

Alya melangkah masuk ke dalam rumah dengan debaran yang menggunung.  Sepatutnya hujung bulan nanti dia akan balik rumah orang tuanya.  Entah angin apa yang bertiup, tetiba saja mama dia telefon suruh balik.  Sudahlah tidak di beritahu sebab musababnya, main desak saja.  Punyalah susah dia minta cuti dengan bapak singa.
``Assalamualaikum…’’ salam yang di beri berlalu tanpa sambutan.
``Manalah dia orang ni? Pintu depan terbuka luas.  Tak takut masuk pencuri ke?’’ Alya membebel seorang diri.  Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa, sekadar melepaskan lelah memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Ipoh.  Walaupun jaraknya antara dua negeri ini tidak jauh, tapi memandu tanpa teman membosankan!
Alya bangun melangkah ke dapur.  Sepi juga.  Alya membuka peti sejuk.  Air oren dalam kotak di tuang ke dalam gelas.  `Huh! Apalah yang penting sangat mama nak bincangkan hingga tidak boleh tunggu hujung bulan ni.’  Otak Alya ligat memikirkan akan hal itu.  Air oren yang masih dalam pegangan diteguk perlahan.
``Surprise!!!’’ hampir saja tersembur air dalam mulut.  Suara abang, kakak serta ipar duainya gamat melaungkan lagu ` selamat  hari jadi’.
Alya menekup mulut yang ternganga. Terkejut dan terharu dengan ingatan ahli keluarganya.  Air mata gembira hampir saja jatuh berjuraian.  Tidak dia sangka yang ahli keluarganya akan ingat hari lahirnya.
``Wow!!! terima kasih semua.’’  Ucap Alya setelah reda nyanyian lagu selamat hari lahir. ``Jom, potong kek,’’ Ajak abang Long.
``Hurm…’’  Alya membahagikan kek yang dipotong kepada semua yang ada.  Tapi, ada juga terdetik keraguan dalam hatinya.  Mustahil hanya kerana ini mamanya mendesak dia balik.  Pasti ada suatu yang lebih penting.
Dalam hati Alya telah berkira-kira mahu bertanya akan hal itu.   Ditahan hatinya.  Bagaimana mahu bertanya dengan keadaan gamat begini.
Selesai makan.  Mama, papa, abang long dan Alya duduk di pangkin di halaman rumah. Sambil memberi makan ikan.  Alya perasan, ketiga-tiga insan tersayangnya itu saling tolak menolak untuk mulakan bicara agaknya.
``Mama, papa suruh Alya balik kenapa?  Hujung bulan bukannya lama lagi.  Hanya dua minggu saja lagi.’’  Akhirnya Alya memecahkan kesunyian dengan soalannya.
Baru saja mama hendak buka mulut mahu berbicara, I phone Alya mengaum.  Itu tandanya bos dia yang call. Sengaja dia meletakkan nada dering harimau mengaum, sesuai sangat dengan Encik Saufi yang selalu mengaum tak kena tempat itu.
``Ass…’’
``Fail projek kat Cyberjaya kau letak mana?’’  Saufi terus menerjah.
Alya menjauhkan telefonnya.  `Kan sudah cakap, pak singa ni suka mengaum tidak kena tempat.  Belum sempat salam aku habiskan dia dah menyembur.  Huh!’ gerutu Alya dalam hatinya.
``Assalamualaikum, Encik Saufi.  Sebagai orang islam mulakan hari dengan salam.  Salam satu doa dan wajib bagi yang mendengar untuk menjawabnya.’’  Lembut Alya membalas tapi masih lagi dalam nada menyindir.
``Waalaikummusalam..dah-dah dengan ceramah awak tu.  Awak letak mana fail tu?’’  malas  Saufi nak melayan Alya.  Sedangkan dia ada mesyuarat yang lebih penting dari Alya.
Alya tergelak halus. Lembut juga mamat ni.  ``Kan saya dah bagi kat setiausaha Encik Saufi sebelum saya bercuti semalam.  Encik dah tanya dengan Mira ke belum?’’  tanya Alya berlembut.  Sudah orang berlembut, kita pun kena berlembutlah juga.
``Hah! Kan saya suruh bagi terus pada saya.  Fail tu saya nak semak dulu.  Sudahlah fail tu tak sampai kat tangan saya lagi.  Miss Alya… saya nak guna fail tu sekarang! Kalau ada salah ejaan atau input, macam mana?’’ keras suara Saufi menahan geram.
``Macam mana lagi… kalau dah salah baikilah.  Suruh Mira `make over’ balik apa yang salah tu.’’  Alya terus matikan talian setelah selesai bercakap. Malas dia nak dengar ayat sambungan singa tu. 
Saufi ternganga.  Sakit betul hatinya.  Nantilah kau minah senget.
``Siapa telefon?’’ papa bertanya.
``Bos.’’
``Kenapa nampak macam bergaduh aje,’’ Mama pulak mencelah.
``Tak ada apalah.  Sekarang sambung topik kita tadi.  Kenapa mama dan papa suruh Alya balik?’’  Alya menyoal lagi.
``Macam  ni, minggu lepas kawan papa datang merisik Alya untuk anaknya.’’  Ujar papa selamba.  Tenang.  Setenang air di Tasik Titiwangsa. 
Kalau wajah papa setenang Tasik Titiwangsa, lain pula wajah Alya  bagai dilanda tsunami.  Dia terkejut.  Mana tidaknya, rebut tak ada, hujan jauh sekali.  Tup-tup dia dilamar. Untuk  lelaki yang tidak dia kenali pula tu.  Petang itu berlalu begitu saja.  Alya diam seribu bahasa.  Untuk bertanya lebih lanjut, tiada keinginan untuk tahu.  Hatinya layu.  Tiada bermaya.

                                                            ****

Hari ini merupakan hari yang memenatkan buat Saufi.  Ketiadaan Alya sedikit sebanyak mencacatkan harinya. Entah kenapa hatinya rindukan suara marah-marah Alya?  sebetulnya jiwa dia yang penat.  Penat memikirkan hatinya yang di palu resah. Otaknya pula asyik memikirkan Alya.  Pandang sana Alya, pandang sini Alya.  `Oih… kalut!’ jerit Saufi.
`Takkanlah aku dah tangkap cintan dengan minah kakak tua tu? Ish… macam tak logik aje.’ Gerutu hati Saufi.  Dia menyandarkan belakangnya di kerusi empuk itu.  Dia cuba memejamkan mata.  Merehatkan otaknya.
Ketukkan di pintu, mengejutkan Saufi dari lamunannya. Dalam bekalan kenangan dia dengan Alya hanyalah sesi bertikam lidah.  Tidak pernah aman dia setiap kali bersua muka dengan gadis itu. Tapi tanpa sedar itulah yang memaniskan jalan jaluran perhubungan mereka.
            ``Fi…’’ panggil Encik Zakaria.  Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Saufi.
            ``Pa.’’ Saufi membetulkan duduknya.  Dia meregangkan tangannya.
            ``Kamu ni kenapa? Nampak lesu saja.  Dah keluar makan belum?’’  tanya Encik Zakaria.
            ``Takde apalah pa.  Fi ok aje.  Banyak sangat kertas kerja yang nak kena semak.  Si Alya pulak cuti.’’ Saufi menunjukkan muka yang tidak berperasa.
            ``Papa ada perkara nak cakapkan dengan kamu ni,’’ Usul Encik Zakaria. 
            ``Apa pa? soal kerja atau peribadi?’’ Saufi mula cuak.  Dari gaya papanya dia sudah tahu yang papanya ingin bicarakan soal lain.
            ``Soal peribadi.  And no excuse!’’ Suara Encik Zakaria tegas di hujug katanya.
            Saufi hanya mampu mengeluh.  Kalau sudah itu kata papanya memang tiada harapan dia hendak mengelak.
            ``Papa dah lamarkan anak kawan papa untuk Saufi.’’  Encik Zakaria mengintai riak di wajah anak bujangnya.  Mendung.
            ``Pa…’’ berat lidah Saufi memanggil papanya.  Seberat hatinya menerima berita itu.
            ``Ke… Saufi dah ada pilihan hati?’’  soal Encik Zakaria lagi.
            ``Hurmm…’’ hanya keluhan yang keluar dari mulut Saufi.  Nak di katakan Alya milik dia, jauh sekali.  Tidak pernah pun mereka bercakap secara serius.  Kalau jumpa pun asyik bercakar saja.
            Dalam terpaksa dia bersetuju dengan cadangan papanya.  Mungkin inilah yang terbaik buatnya.  Orang tua-tua selalu cakap, pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik.  Dan bercinta selepas kahwin lebih indahd daripada berkahwin selepas bercinta.
            ``Minggu depan kita akan ke rumah kawan papa.  Kamu mesti lapangkan jadual kamu minggu depan.’’  Pesan Encik Zakaria sebelum berlalu meninggalkan Saufi yang masih kebingungan.  Macam bermimpi pula yang dia akan ditunangkan dengan pilihan keluarga.
            Umurnya bukan terlalu tua jika difikirkan.  Baru nak masuk 24 tahun.  Kira muda lagi tu.  Tapi, itulah… orang tua aku asyik bising saja, tanya bila nak kahwin.  Kawan perempuan ramai tapi satu pun aku tak sangkut.
            Bukan aku tak nak kahwin.  Prinsip aku berbeza.  Aku ingin  bina kerjaya dahulu baru nak fikirkan soal kahwin.  Zaman sekarang, orang bukan hanya pandang cinta dan rupa tapi juga kewangan.  Macam mana aku nak jaga anak dara orang kalau status kewangan aku tak stabil.  Walaupun papa mama aku orang berduit, tapi aku nak hidup berdikari.  Itulah yang berlegar di dalam fikirannya Saufi.  Dia seorang lelaki yang hidup berpegang kepada prinsip.
            Hilang sudah mood dia untuk bekerja.  Laju dia mengemas fail-fail kerjanya.  Dia melewati meja setiausahanya.
            ``Mira! Call Alya tanya bila dia akan masuk kerja?’’  tegas suara Saufi.  Tidak mesra seperti biasa.  Permintaan dari papanya mematikan segala jaringan kegembiraan dalam dirinya.
            ``Bos, tadi Encik Zakaria ada pesan yang Alya akan bercuti sampai hujung bulan ni.’’  Bersama senyuman Mira menyampaikan pesanan bos besarnya.  Memang murah dengan senyuman sungguh Mira ni.  Dengan mood Saufi yang tengah spoil boleh lagi dia senyum.
            Senyum itu satu sedekah.  Ia juga satu terapi merawat hati.  Dengan senyuman kita mampu mengubat hati orang lain.
``Hurmm… iyalah.’’  Hairan juga Saufi dengan papanya ni.   Malas nak banyak soal, Saufi hanya mengiyakan saja.  Malas nak menyemakkan otaknya dengan perihal Alya. Sedangkan otaknya kini tengah kelam kabut.
            Seperti yang dipinta papanya Saufi bercuti selama seminggu dari segala kerja pejabat.  Pagi ini mereka akan bertolak ke rumah bakal tunangnya.  Berdebar juga jantungnya hendak jumpa dengan gadis yang bakal menghiasi rumah hatinya.
            ``Jom.’’  Encik Zakaria menepuk bahu anak bujangnya itu.  Saufi hanya menganggukkan kepalanya.


            Alya resah.  Semalam papanya sudah bagitahu akan kedatangan bakal mertuanya bersama bakal tunangnya.  Macam manalah agaknya rupa dia?   Ada ke hensem macam mamat singa tu?  Aik… asal pula aku nak bandingkan dia dengan singa tu. Alya! kau ni dah kenapa?  Jangan kau angaukan singa jantan tu sudah!  Lama Alya berdialog dengan hati dan fikiran warasnya.
            ``Tapi bila jauh begini, rindu pula nak dengar bebelan mamat singa tu,’’   Omel Alya.   secara spontan bibirnya mengukir senyuman.  Mengingati saat bertikam lidah dengan mamat singa itu, menggelikan hatinya.  Dengan perempuan pun tidak mahu kalah.
            ``Oit!  Ingatkan siapa ni? Tersengih-sengih seorang diri.’’  Mama menegur dari muka pintu biliknya.  Mama melangkah masuk dan duduk di sisi Alya.
            ``Ingatkan pakwe ke?  Lya… kalau Lya dah ada pilihan hati, bagitahu mama.  Kami boleh tolak risikkan ni.’’ Mama cuba menyelami hati Alya.  Berkahwin bukan untuk suka-suka tapi sebuah kehidupan dua insan yang berbeza.  Berbeza dari segi pendapat dan cara hidup.  Jika Alya atau calon menantunya terima hajat mereka kerana terpaksa, ia tak akan membuahkan hasil yang baik.
            ``Takdelah mama.  Lya mana ada pakwe.  Anak mama ni mana ada orang nak pandang…’’  meleret suara Alya.  Mendayu-dayu.
            Alya teringatkan Saufi.  Ishhh…  cepat-cepat Alya menghalau ingatan itu.  Janganlah sekarang kau buat hal wahai hatiku.  Pinta Alya dalam hatinya.
            ``Ni dah ada yang merisik, maknanya anak mama ada yang pandanglah.’’  Usik mama lalu mencuit hidung anak daranya.    Tidak lama lagi dia akan kehilangan seorang lagi anak perempuan dan dapat seorang lagi anak lelaki.
            ``Mama ni…’’   Alya merengek manja.  Malu pula disakat mamanya.
            ``Dia orang sampai pukul berapa?’’  tanya Alya lagi.
            ``Tadi katanya dah dekat nak sampai. Itulah sebabnya mama cari Lya.  Nak suruh bersiap.’’  Bagitahu mama sambil tangannya menyentuh lembut ubun-ubun anak manjanya itu.
            ``Ma…  keluarga Pak Cik Zakaria dah sampai.’’  Along memberitahu mamanya.  Sempat lagi dia kenyit mata pada Alya, nak menyakat.  Alya terus saja membaling bantal kepada Along.
            Mama menggelengkan kepala.  ``Lya, kamu dah nak jadi tunangan orang.  Mulai sekarang kurangkan sikit panas baran kamu dan sikap ganas kamu ni.  Nanti tak pasal-pasal calon menantu mama lari.’’  Mama menghulurkan bantal yang dikutip sebelum berlalu keluar.
            Alya mencebikkan mulutnya. Ini yang dia tidak suka.  Perlu lupakan siapa dirinya.  Minta-mintalah bakal suami aku ni sporting orangnya.  Boleh di ajak bergurau senda.  Dia membetulkan baju kurungnya.  Selendang yang di lilit kemas, disentuh ala kadar.  Nafas di tarik dalam-dalam.
            ``Uihh… kenapa rasa macam ni?  Berdebar sakan ni.’’  Alya meletakkan tangannya di dada.  Dia meramas-ramas tangannya.  Sejuk.  Mujur tak menggigil saja.  ``Aduh! Macam mana nak jalan ni?’’
            Ya Allah! Ayunya Alya hari ini.  Jalan dengan kaki terkepit mengalahkan perempuan melayu terakhir.  Kalau tak terpikat lagi Saufi, memang rabunlah mata mamat singa tu.
            Dari atas tangga Alya dapat dengar dengan jelas suara orang sedang berborak diselangi gelak tawa.  Dup! jantungnya bagaikan terhenti seketika.  Ketika suara itu menjamah halwa telinga, berkali-kali dia mengorek telinganya dibalik selendang.
            ``Biar betul?  Takkanlah aku angaukan dia sampai tak dapat bezakan suara orang lain dengan suara dia.  Mustahil! Mustahil!’’  dalam bertanya-tanya kaki yang melangkah terhenti apabila namanya dipanggil papa.
            ``Lya! Kamu nak ke mana tu?’’  soal papa.  Suaranya sedikit meninggi.
            ``Hah! Takde ke mana.  Nak jumpa tetamu papalah,’’ Alya bingung.  Papa ni nak mainkan aku ke?
            ``Lya… tetamu papa kat sini.  Itu pintu keluar.’’
            ``Ooo…’’  Alya tersengih seperti kerang busuk.  Malu yang amat sangat dia.   Nak tutup malu sengih sajalah.  Perlahan dia menyalami setiap orang yang diperkenalkan oleh papanya.
            Mata Alya terkaku seketika.  Berkali-kali dia mengerdipkan matanya.  Tak cukup dengan kerdip di tenyeh-tenyeh berulang kali.  Saufi pula berlagak selamba.  Pada hal punya terkejut dia melihat Alya di situ.  Dan itu juga membawa makna yang Alya bakal tunangnya.  Haru!  Boleh ke dia hidup dengan perempuan ganas macam Alya ni.
            ``Wei… dah-dahlah pandangnya tu.  Kan along panggilkan tok kadi terus,’’  usik along.
            Alya bagai terjaga dari lamunan yang panjang.  Dia menjegilkan matanya ke arah along.  Mahu saja dia mencekik leher abangnya saat itu juga.  Tapi memikirkan tetamu yang ada hatinya di sabarkan.

                                                                        ****

            Perbincangan di antara kedua belah pihak telah selesai.  Kini tinggal capai kata sepakat antara Alya dan Saufi.  Mereka duduk di laman rumah.  Alya hanya memandang kolam ikan tanpa mempedulikan kehadiran mamat singa tu.  Dalam diam dia, otaknya sedang ligat berfikir harus memberi jawapan yang bagaimana.
            Saufi jakun seketika.   Ye lah, biasanya kalau jumpa pasti ada yang panas mulut nak bertekak.  Tapi sekarang Alya banyak berdiam diri.  Serba salah pula hendak mulakan bicara.
            Dalam keberanian yang separuh itu, Saufi mendekati Alya.
            ``Alya.’’  panggil Saufi.
            ``Hmmm.’’ Alya hanya berdehem.  Makin tak ketahuanlah Saufi.
            ``Awak…  awak… ok tak dengan perancangan keluarga kita ni?’’  kekok pula Saufi membahasakan awak.  Biasanya berkau, aku saja.
            Alya gelak.
            ``Kenapa gelak pulak?’’  Cuak pula Saufi bila Alya tiba-tiba gelak.
            ``Oppss… maaf.’’  Alya menutup mulutnya.  ``Bunyi pelik bila awak bahasakan `awak’ dengan aku.’’  Alya selamba saja bercakap seperti biasa.
            Saufi turut sama ketawa.  Dia melabuhkan punggung di sisi Alya.
            ``Kau ok ke tak dengan pertunangan kita ni?’’   untuk kali kedua Saufi bertanya soalan yang sama.
            ``Aku tak kisah.  Siapa pun pilihan orang tua aku, aku yakin itu yang terbaik buat mereka.  Yer la…  mereka orang tua kita, mesti inginkan yang terbaik buat kita.  Kau pulak?’’ kali ini  Alya tersenyum manis kepada Saufi.
             Wah! Manis juga minah ni kalau tersenyum.  Boleh cair hati aku yang dah memang separuh cair ni. 
            ``Aku pun sama macam kau.  Terima perancangan ini dengan iklas hati.’’  Saufi dan Alya saling berpandangan.
            Mereka tersenyum sesama sendiri.  Senyuman yang hanya mereka saja yang tahu.  Sebuah perhubungan yang dulunya hanya dihiasi pergaduhan, kutuk mengutuk kini dengan Kuasa yang Maha Esa ia bakal diserikan dengan kasih sayang.   Benarlah kata pepatah `jangan terlalu membenci seseorang itu, nanti bertukar jadi suka.’
            Segala rasa suka atau benci datangnya dari Allah.  Bagaimana sebuah pertalian itu akan terjalin hanya  Allah yang tahu.  Dan siapa yang bakal menjadi pasangan takdir hidup masing-masing juga hanya Allah yang tahu.  Telah jelas dinyatakan dalam Al-quran : jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah s.w.t
           

            

Thursday, July 21, 2016

Huluran Kasihmu


            Merusuh.  Itulah yang jiwa aku rasa sekarang.  Di atas sebab apa aku sendiri tidak mengerti.  Kenapa hati ini terlalu degil dalam menyintai?  Kenapa diri aku membiarkan hati aku di bodohi? Aku lemas dalam permainan aku sendiri.  Aku kalah dalam percaturan  yang aku kira sudah cukup cermat.  Cukup sempurna untuk melindungi hati aku dari di sakiti.
            Namun percaturan Allah itu lebih sempurna.  Saat aku kekeliruan, Dia hantar seorang insan yang mampu mengembalikan senyumku. Tawaku.  Dengannya aku batasi hati. Tidak mahu terluka lagi.  Sedangkan dia telah mencuri hati aku.  Tapi hakikat nan satu harus aku terima. Dia bukan milik aku.  Tidak akan pernah jadi milik aku.  Bukan dalam mimpi mahu pun alam nyata.
            ``Wei! Kau ni kenapa? Aku tengok asyik termenung aje sejak akhir-akhir ni.’’  Tegur Aiman sambil melabuhkan punggung di sebelah .
            Aiman. Sahabat  yang di hantar Allah saat jiwa aku serabut dengan cinta Luqman. Luqman dan Aiman dua lelaki berbeza namun mempunyai tempat yang sama di hatinya. Aiman lelaki yang sempadankan hati untuk cinta kerana huluran persahabatanya lebih indah. Lebih menyentuh hati aku.
            ``Oih!!!’’  sergah Aiman.
            ``Kau ni kenapa?’’  marah Aina.  Mahu tercabut jantung dia dengan sergahan Aiman.  Ikutkan hati mahu saja dia ketuk Aiman dengan buku setebal 3 inci itu. Suka sangat sergah. Bukan nak bagi salam dulu.
            Aiman tersengih.  Buat muka bodoh.  Selamba saja dia duduk sebelah Aina.  Rapat.  Dekat kolej semua orang sudah tahu hubungan persahabatan mereka.  Sentiasa ke mana berdua.  Buku di tangan  Aina di sambar  Aiman. Dibelek tanpa arah.
            ``Kau ni termenung aje, kenapa?’’ soal Aiman.  Matanya masih melekat di buku setebal tiga inci itu.
            ``Ikut suka hati akulah.  Yang kau ni takde kelas ke?’’  Aina mengambil kembali buku di tangan Aiman.
            Aiman mengubah kedudukannya berhadapan Aina.  Matanya tepat memandang anak mata Aina.  Dia tahu ada sesuatu yang menganggu hati sahabatnya itu.  Sebagaimana hatinya yang sentiasa terganggu apabila senyum di bibir comel itu terhapus.
            Pasti dia akan di cop gila jika suara hatinya sampai ke telinga Aina.  Entah bagaimana Aina mengambil tempat di hatinya.  Gelak tawa, gurauan dan kenakalan Aina merusuh jiwanya. Hidupnya berseri dengan gelak tawa Aina. Pincang rentak jiwanya bila nakal gadis itu menyepi.  Bila usikkan gadis itu menyorok malu.
            ``Kau masih ingatkan Luqman ke?’’  tanya Aiman.   Sekadar serkap jarang.
            ``Apa maksud kau ni?’’  Aina berpura-pura tidak mengerti.  Pada hal dia amat maklum akan maksud di sebalik soalan Aiman.  Kerana Aiman yang paling arif tentang dia dan Luqman.  Kerana huluran persahabatan Aiman jugalah dia mampu melupakan luka yang ditinggalkan Luqman
            Tapi itu yang menganggu mindanya ini. Bukan Luqman mahu pun lelaki lain. Tetapi Aiman sendiri. Wajah lelaki itu sering mengetuk ketengannya sejak akhir-akhir ini. Cintakah? Entahlah. Jika cinta bagaimana dengan persahabatan ini?
            ``Aina… Aku dah kenal kau cukup lama.   Aku dah tahu setiap kelip mata kau.  Apa yang terbuku dan tersirat di hati kau.’’  Lembut Aiman menuturkan kata.  Dia mencuba melawan gelora cemburu yang mula menular di hatinya.
            ``Kau tahu tapi kau tak faham.’’  Lirih suara Aina melambangkan betapa pudarnya hatinya tika ini.
            ``Kau yang tak faham! Bukan aku!’’  Suara Aiman sedikit meninggi.  Dia sudah cuak.  Kenapa lelaki itu juga yang di ingat dan di kejar Aina? Kenapa?
            Air muka Aina berubah.  Kelat.  Sekelat mangga putik. Dia tidak suka akan nada suara Aiman.  Setahunya Aiman tidak pernah meninggikan suara padanya.  Aina menarik muka.  Entah rupa apa pun dia tidak tahu.  Apa dia kisah.  Janji dia dapat protes.
            Aiman kalut.  Baru Aina buat muka kelat dia dah kalut.  Kalaulah Aina menyepikan suaranya mahu dia meroyan bertingkat-tingkat.  Rasa marah tadi di simpan.  Aiman mendekati Aina, tangan Aina di raih. Kejap tangan itu dalam genggamannya.
            ``Lupakan dia.  Aku ada untuk kau.’’  Hanya itu yang mampu Aiman katakana.  Cukuplah itu.  Lama matanya menatap mata bundar Aina.  Bodohnya Luqman melepaskan gadis secantik dan semanis Aina.  Kecantikkan yang tersorok di sebalik penampilannya.
            Aina mengukir senyum.  Biar tidak semanis tadi cukuplah sebagai penghias bibirnya.
            ``Eh! Kan esok ada dinner yang mamat senget tu aturkan.  Kau nak datang tak?’’  tanya Aiman.
            ``Entahlah.’’ Mendung di wajah Aina jelas terlihat.  Dia malu dan masih belum bersedia untuk bersua muka dengan Luqman. 
            ``Kenapa lak? Kau ikut aku.  Aku teman kau ek?’’  lebih kepada meminta saranan Aiman.
            ``Tapi aku takde baju yang sesuai.  Kau tahukan aku ni macam mana. Ini aje la pakaian yang aku ada. Jeans dan t-shirt,’’  adu Aina.  Mukanya masih cemberut.  Malas dia nak hadirkan diri dalam majlis begini. Bukan dirinya.
            ``Itu kau jangan risau.  Nanti aku uruskan.  Kau partner aku untuk dinner esok ek?’’ Aiman bertanya persetujuan Aina.
            ``Ok.’’ Dengan separuh yakin Aina bersetuju.
            ``Deal.’’  Aiman tersenyum bahagia.  Dalam otaknya sudah merencanakan apa yang patut dia touch up Aina menjadi bidadari.  Menzahirkan kecantikkan yang tersembunyi itu.  Dan…  sudah pasti ia bersebab.
                       

                                                **************

            Hari ini pagi-pagi lagi Aiman sudah memunculkan diri di depan rumah sewa Aina.  Dengan sabar dia menunggu Aina. Terlihat saja kelibat Aina yang makin mendekatinya, lebar senyum Aiman memekar.
            ``Oii… kau nak aku jadi minah rempit pulak?’’ dalam bertanya tangan Aina menyambut helmet yang dihulur Aiman.
            ``Alaa… kalau jadi minah rempit dengan aku, takpe.  Iman aku kuat lagi.’’  Aiman menyengih lagi.
            ``Aku ketuk dengan helmet ni baru tau.  Langsung kau sewel.  Membujang sampai tualah kau,’’  Sakat Aina.
            ``Apa susah. Aku sewel sebab kau, aku suruhlah mak aku pinang kau.  Habis cerita!’’ tegas dan serius saja suara Aiman di hujung katanya.
            Gulp.  Aina telan air liur. Kesat.  Adoi… Kan dah makan diri sendiri.
            ``Kau nak naik ke tak nak?’’ aju Aiman.
            Terkebik-kebil Aina memandang Aiman.  Malu sendiri.   Fikirannya dah menerawang entah ke mana.  Boleh pula dia berangan.  Apa kena aku ni? Ada debar dihati tika ini.
            Aina naik ke tempat pembonceng.  Tubuhnya kaku.  Tegak berdiri. Tangannya kalut tidak tahu hendak pegang mana.
            Aiman yang sudah sedia untuk memecut, kembali menegakkan tubuhnya.  Lantas tangan Aina yang terkapar-kapar itu ditarik dan diletakkan di pinggannya.  Rapat.  Aina membuat muka selamba.  Dalam hati dia kalut sudah.  Debaran sudah mencecah 10000 degup sesaat.  Wow! Laju gila…  Kalah kuasa kuda motor Aiman ni.  Aiman menyimpul senyum.
            Aiman memecut laju membelah jalan raya.  Cilok sana cilok sini.  Mahu gugur jantung Aina.  Makanya dia mengemaskan lagi pelukkan tangannya.  Bimbang jatuh.  Nanti bukan Aiman yang membujang sampai tua tapi dia.  Balik ke kampung `batu dua’ sebelum menambah umat  Nabi Muhammad s.a.w.
            Aiman sengih.  Mahu tak sengih.  Memang dia sengaja bawa laju-laju.  Dalam hati dia gelak bagai nak rak.  Aiman memberhentikan motornya di hadapan bangle yang tersergam indah.
            ``Woi! rumah siapa ni? Kau…’’ dalam soal ada juga curiga yang bertandang.
            ``Oi, minah! Otak kau jangan nak lebihi sempadan yer.’’  Aiman mencantas mengingatkan Aina.  ``Ni rumah akulah.  Nanti kakak aku akan tolong touch up kau.’’
            Ternganga mulut Aina.  Rumah Aiman.  Gila! besar betul.  Anak orang kaya rupanya Aiman.  Selama kenal dia tidak pula lelaki ni menyombong. Semuanya sederhana. Dari percakapan, pergaulan, pemakaian Aiman semuanya sederhana.  Adoi… malulah pula.
            Teragak-agak Aina mengekori Aiman.  `Apalah kata orang tua Aiman nanti? Janganlah ada salah faham. Kalau aku tahu Aiman kaya, tak mahu kawan dengan dia.  Tak pasal-pasal aku kena cop pisau cukur pulak.’  Entah ke mana melalutnya otak Aina.  Habis semua dia bangkitkan.
            Baru saja kakinya nak melangkah masuk, Aina menarik tangan Aiman. ``Aku malulah.  Hantar aku balik,’’ Pinta Aina.
            ``Kau nak malu apa? Alah… keluarga aku sporting.  Mama aku pun dah lama nak jumpa kau.’’  Selamba saja Aiman berkata.  Mahu saja dia hempap kepala sendul Aiman dengan begnya.
            ``Assalamualaikum, ma… pa.’’  Aiman menyalami tangan orang tuanya.  Begitu juga Aina.  Dengan murahnya dia menghadiahkan senyuman.  Hanya senyuman yang dia bawa. Kalau buah tangan segempal penumbuk ni hanya untuk Aiman. `Tunggu kau Aiman.’ Aina bersuara geram dalam hatinya.
            ``Ni lah Aina ya?’’ Puan Ramlah bertanya mesra.
            Aina mengangguk mengiyakan pertanyaan mama Aiman. Alahai… kelu pula lidah aku ni.  Sengih sajalah memanjang.  ``Maaf makcik kalau saya menganggu pagi-pagi macam ni.’’ Lembut tutur kata yang di atur. Dalam brutal Aina masih ada nilai murni keperempuanan yang di jaganya.
            Sejuk hati Puan Ramlah dan Encik Ahmad.  Patutlah anak bujangnya begitu gilakan Aina. ``Takde apalah.  Lagipun hari ni hari minggu, memang program kami sekeluarga bersantai bersama.  Nanti mama suruh Aiman ajak Aina datang sini tiap hujung minggu.’’  Ujar  Puan Ramlah dengan senyum yang tidak lekang dari bibirnya.  `Pemurah senyuman sungguh mama Aiman.  Asyik senyum aje. Tak lenguh ke mulut dia.’  Dalam puji sempat lagi mengutuk seposen.  Aina!Aina!
            Gulp! Kali kedua Aina menelan air liur kesatnya.  Kejung lidahnya nak membalas ajakkan Puan Ramlah.  `Apa yang aku nak bahasakan ni? Mama ke makcik?’ adoi… kalut sungguh hati Aina.  Tapi kalau asyik diam saja, dikata biadab pula.  Sudahlah menyusahkan Aiman.
            ``Terima kasih makcik.  Segan pulak saya.’’  Malu-malu Aina bersuara.
            ``Aik… jangan bahasakan makcik.  Panggil mama. Pakcik papa.’’  Encik Ahmad membetulkan panggilan Aina.  Ramah.  Andai anak dia sudah suka, dia dan isterinya terima saja.  Lagi pula budak Aina ni tak ada cacat celanya.  Cantik dan berbahasa.
            Aina resah asyik di teliti oleh mama papa Aiman.  `Manalah Aiman ni?’ hati Aina bertanya. Siap bersalam dengan mama papanya Aiman terus naik ke tingkat atas tanpa sempat dia bertanya apa-apa.  Kekok pula rasa ni.  Apalah modal yang aku nak bualkan?
            Serba tidak kena duduk Aina.  `Manalah si Aiman ni?  Dari tadi naik atas belum turun-turun lagi.’  Detik hati Aina.  Sesekali matanya bertembung dengan anak mata mama Aiman dan hanya senyum manis yang terukir di bibirnya.
            Aina terpaku melihat Aiman yang segak berbaju t-shirt polo.  Rambutnya yang tersisir rapi.  Handsome juga mamat ni.  Puji Aina dalam hatinya.
            ``Mama, along mana?’’ tanya Aiman.  Dari tadi dia tak nampak muka kakak sulungnya.
            ``Dia pergi butik.  Ambik baju Aina untuk dinner malam ni.’’  Puan  Ramlah tersenyum mesra memandang ke arah Aina.
            ``Alahai…susahkan kakak pulak.’’  Jawab Aina serba salah.  Nak pergi dinner pun dah susahkan ramai orang.  Malu pulak rasanya.  Ni Aimanlah punya pasal, beria-ria ajak dia ke majlis itu.  Aina menjeling tajam kepada Aiman.  Aiman membuat muka bodoh saja.
            Encik Ahmad dan Puan Rahmah geli hati melihat gelagat Aina dan Aiman.
            ``Tapikan… Majlis tu malam ni. Tak awal sangat ke awak ambil saya.  Sekarang baru pukul 10 pagi.’’  Terlontar juga soalan dari mulut Aina.  Dia masih keliru tapi tak berkesempatan hendak bertanyakan Aiman tadi.
            ``Ooo… Mama dengan papa nak jumpa awak.  Dia orang yang suruh saya jemput awak awal.’’  Tenang Aiman menjawab.  Puan Rahmah dan Encik Ahmad tersengih sambil mengangukkan kepala apabila mata Aina mengarah ke arah mereka.
            ``Ooo…’’  hanya itu yang keluar dari mulutnya. Kelu lidah Aina untuk kesekian kalinya.
            ``Mama nak masak apa hari ni?’’  Aiman berbasa basi.
            ``Entahlah.  Aina nak makan apa?  Cakaplah. Mama boleh masakkan.’’  Aju Puan Rahmah lagi.  Kali ini dia tetap membahasakan dirinya mama.
            Aina menjegilkan mata kepada Aiman. Apa tidaknya lelakia itu tersenyum sinis kepadanya.
            ``Mmm… Mak… Aik… Mama… Aina tak kisah makan apa pun.’’  Dalam tergagap-gagap dapat juga dia bahasakan Puan Rahmah, mama.
            ``Mama nak tahu, Aina ni semuanya dia makan.  Tolak batu dengan kayu aje.’’  Sengaja Aiman  menyakat Aina.
            ``Amboi… Encik Aiman ni, sesedap mulut dia mengata orang. Kau pun sama ek! Semua benda kau bantai.  Sampai tak ingat dunia.’’  Kusyen kecil yang berada di tangan di baling ke arah Aiman.
            Puan Rahmah dan Encik Ahmad gelak bersama. 
            Aiman tersengih.  Aina pulak sudah malu tahap gaban.  Boleh pula dia terlupa yang mama dan papa Aiman ada di bersama mereka.
            ``Maaf mama, papa.’’  Sopan Aina menutur kata.  Tidak mahu di katakana biadap.
            ``Takpe. Papa tak kisah pun.  Dah biasa sangat dengan perangai Aiman ni.  Suka menyakat,’’  celah Encik Ahmad.
            ``Pa… Aina ni pandai masak tomyam. Kalau dia masak tomyam memang tip top lah.’’  Melambung Aiman memuji masakkan Aina.  Siap dengan gaya lagi.
            ``Ooo..jadinya masakkan saya yang lain tu tak sedaplah?’’  Aina tarik muka.  Kali ini tak ada sudah rasa malunya.
            ``Bukanlah tak sedap tapi kureng sikit.’’  Aiman mencebirkan mulutnya.
            ``Oh, kureng? Tapikan mama, papa… si budak senget ni lah yang selalu bantai masakkan yang kureng tu sampai orang lain telan air liur aje.’’  Aina menunding jarinya kepada Aiman.
            Aiman buat muka selamba.  ``Ala… Kalau aku tak habiskan nanti membazir pulak.’’  Sakat Aiman lagi.                          
            ``Ok. Jom mama kita masuk dapur.  Aina nak masak  makanan yang kureng tu.  Nanti kalau ada yang makan, akan ku cantas tangannya!’’  sengaja Aina menekankan suara dihujung katanya.
            Puan Rahmah dan Aina berjalan ke dapur.  Aiman menjelirkan lidah tika Aina berpaling ke arahnya.  Aina pula membalasnya dengan penumbuk.  Aiman gelak.


                                                *********

            Petang itu di rumah Puan Rahmah dan Encik Ahmad penuh dengan gelak tawa Aina dan Aiman.  Bagaikan satu keluarga.
            ``Assalamualaikum.’’  Ila anak sulung Puan Rahmah masuk dengan ditangannya sehelai dress labuh berwarna merah hati.  Memang sesuai dengan kulit Aina yang putih.
            ``Waalaikummusalam.  Along, lambatnya balik? Mama kata ambil baju aje.’’  Ngomel Aiman dengan lenggok manja.  Aduh!!! Manja juga Aiman ni rupanya.
            ``Eeei, dah-dah lah buat suara macam tu.  Geli along,’’ Ila buat muka geli.
            Aiman tergelak.  Baju di tangan Ila di ambil.  Lama dia tatap.  Macam ada yang tak memuaskan hatinya.  Berkerut dahi dia.
            ``Yang kamu tengok baju tu sampai berkerut dahi tu kenapa?’’ tanya Ila.
            ``Jap, long! Along nak bagi siapa pakai baju ni?’’  tanya Aiman ragu-ragu.  Padahal dia sudah tahu tubuh siapa yang bakal di hiasi dengan dress merah hati yang sedikit seksi itu.
            ``Laa… siapa lagi.  Ainalah,’’  Jawab Ila. Bingung dengan pertanyaan adiknya.
            ``Oit!  Aiman tak bagi Aina pakai baju ni!’’  Keras suara Aiman.  Gila apa dia nak bagi Aina pakai baju yang terdedah atasnya.  Along aku ni pun dah gila agaknya?  Marah Aiman dalam hatinya.
            ``Oi…dik, yang nak pakai bukan kamu tapi Aina.  Dia diam aje, kamu yang lebih-lebih ni kenapa?’’  Ila memandang ke arah Aina.
            Aina yang diam dari tadi hanya mengangguk.  Dia tak kisah sebenarnya tapi gusar juga hatinya bila melihat bahagian dada dress tu yang terdedah sikit. Uihh…malu!  Tapi… malas pula dia nak banyak songeh.
            ``Adik kata tak boleh, maknanya tak boleh! Titik!’’  sekali lagi Aiman bersuara tegas.
            Puan Rahmah dan Encik Ahmad diam melihat sinetron dua beradik itu.
            ``Apa yang tak kenanya Aiman? Cuba cakap elok-elok dengan along tu.’’  Lembut Puan Rahmah memujuk Aiman.
            ``Mama… cuba mama tengok dress ni.’’  Aiman mengunjukkan dress itu kepada Puan Rahmah.  Siap tunjuk lagi tempat yang paling dia tak suka itu.
            Fahamlah Puan Rahmah apa yang menganggu anaknya itu.  Ila sengih.  Dia baru perasan. Tadi dia nak cepat, main ambil saja baju yang sedap di matanya.
            ``Majlis malam ni bukan majlis formal kan?’’ tanya Puan Rahmah lagi.
            ``Tak mama.  Majlis makan malam kawan-kawan aje.’’  Aina menjawab bagi pihak Aiman.  ``Kalau tak pergi pun tak apa.’’  Sambung Aina lagi.  Malas dia nak menyusahkan Aiman dan keluarganya.
            Puan Rahmah tersenyum dengan kata-kata Aina. ``Takpe…nanti mama tengok baju-baju mama masa muda-muda dulu. Setakat makan malam dengan kawan-kawan tu boleh lagi rasanya.’’
            Masalah tentang baju Aina telah selesai.  Sekarang yang mengganggu Aiman hatinya.  Macam mana dia nak luahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati.  Dia tidak mahu kerana kejarkan cinta, dia akan kehilangan sahabat baik pula.  Dia sayangkan Aina, cintakan Aina tapi dia lebih sayangkan ikatan persahabatan yang mengikat mereka sekarang.  Tidak rela dia kiranya Aina berjauh darinya gara-gara tidak terima perasaan cintanya itu.
            Hatinya yang gila memaksa akalnya yang waras untuk berterus terang.  Apa saja jawapan Aina, dia kena terima dengan redha.  Jika perlu menjadi sahabat kepada gadis itu untuk selamanya pun dia sanggup, janji Aina tidak jauh darinya.  Senyum Aina segala-gala bagi Aiman.
            Lambatnya along dengan mama siapkan Aina.  Resah dia menunggu.  Dalam resah ada rasa teruja.  Teruja untuk lihat bagaimana rupa Aina setelah di make over oleh alongnya yang memang arif dalam bab make up ni.  Sudah itu kursus yang di ambil alongnya masa belajar dulu.
            Tidak berkelip mata Aiman melihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya berdiri di atas tangga.  Along dan mama tersengih.  Cantik!  Sungguh menawan.  Aina dalam baju kebaya nyonya, memang umph!!!  Memang tidak di nafikan Aina punya kecantikkan semula jadi yang tersorok di sebalik sikap lasaknya. Bentuk tubuh yang mampu menawan lelaki sepertinya. Maksudnya, lelaki normal okay!
            Tidak kurang juga Aina.  Hatinya berdegup laju saat matanya menyapa Aiman.  Lelaki itu nampak lain benar dengan baju kemeja, berseluar slack.  Nampak macho.  Handsome giler! Puji Aina dalam hatinya.  Segan pula dia jadi bahan tatapan mata Aiman yang langsung tidak berkalih.
            ``Sudah-sudahlah tengok anak dara orang dik oi…’’ tegur along meleret-leret pula tu suaranya.
            ``Ehem…’’ Aiman berdehem.  Cover malu.  Aina turut sama tersengih malu.
            ``Ma, pa, along… kami pergi dulu. Takut jem pulak nanti.’’  Aiman menyalami orang tuanya.  Begitu juga dengan Aina.
            ``Uih!!!’’  terkejut sakan Aina melihat kasut tumit tinggi yang ada di hadapannya.
            ``Apa hal?’’  hairan Aiman dengan riak terkejut Aina tu.
            ``Oi, gila apa nak aku pakai kasut nanti.  Nanti jatuh terjelepok buat malu aje.’’ Lama Aina memandang kasut tumit tinggi tu.
            Aiman tergelak kecil.  ``Takpe.  Aku kan ada.  Kalau kau jatuh aku sambutlah tangan kau.’’ Lembut Aiman menutur kata, meresap masuk ke hati Aina.  Terasa dihargai pula.
            Dengan hati-hati Aina melangkah.  Kali pertama pakai kasut setinggi satu inci rasanya.  Dahlah tumit tu runcing.  Sesekali Aiman ketawa kecil dengan lagak berhati-hati Aina dalam mengatur langkah.
            Aiman menghidupkan enjin kereta.  Memasukkan gear dan sedia untuk memulakan perjalanan.  Terasa bahagia hidup Aiman.  Kali pertama date dengan Aina.  Kali pertama keluar dari kepompong persahabatan.
            Aina senyap melayan lagu yang disiarkan di radio.  Sebetulnya dia gugup.  Gementar.  Apa saja rasa ada dalam hatinya saat ini.  Tangannya sudah berpeluh.  Otak ligat berfikir, harus bereaksi bagaimana nanti.  Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan Luqman.
            Akhirnya mereka sampai di lot parking Hotel Dynsty.  Aiman jalan beriringan dengan Aina.  Kemas pegangan Aina di lengan Aiman.  Dalam otaknya kini, jangan dia jatuh sudahlah.  Itulah ayat yang diulang tayang dalam otaknya.  Aiman senang hati.
            Dengan langkah yakin Aiman merapati Luqman dan pasangannya Mila.  Terpaku Luqman seketika apabila melihat Aina yang sudah bertukar rupa itu.  Apa tidaknya, memang berbeza sangat Aina malam ni.  Terserlah kecantikkan dia.
            Api cemburu Aiman mula menyala.  Mahu saja dia cucuk mata miang Luqman yang melihat Aina tanpa berkelip.
            ``Ehem…’’  Aiman berdehem.
            Luqman berpaling ke arah Aiman.  Sengih. Salam di hulurkan.
            ``Kau orang berdua ada apa-apa ke?’’  tanpa berselindung Luqman mengajukan soalan.  Memang muka tembok sungguh Luqman ni.  Yang Mila sudah mengulum cemberut.  Masam gila muka Mila.  Cemburulah tu.
            Aina memandang Aiman dengan manja.  Bergetar hati Aiman.  Mahu saja gugur jantungnya dengan panahan manja Aina itu.  Ya Allah, jika ini nyata… akulah insan yang paling bahagia dalam hidup aku.
            ``Yup.  Kami dah melangkah ke frasa seterusnya.  Doakanlah hubungan kami hingga ke akhir hayat.’’ Tulus Aiman menyatakannya.  Memang itulah yang dia doakan hampir setiap hari.
            Aina menelan air liur.  Kenapa dia dapat rasa ketulusan kata-kata Aiman.  Setiap bait kata Aiman melekat di hatinya.
            ``Hurmm…jemputlah makan,’’ Pelawa Luqman.  Jelas riak cuak di muka Luqman.
            Makan malam itu berjalan lancar.  Aiman dan Aina pun bergembira.  Berjumpa kawan-kawan lama.  Bercerita tentang kisah lama.  Senior dan junior semua berkumpul malam ni. Ramai yang bertanya status hubungan Aiman dan Aina.  Dari sampai tadi hinggalah habis majlis makan malam, Aina asyik berkepit dengan Aiman.
            Setiap kali Aiman diajukan dengan soalan, apa hubungan dia dengan Aina? Dengan senang hati dia mengakui sayangkan Aina.  Aina pula lebih banyak senyum dan diam.  Menyampuk bila hanya perlu.  Canggung.

**************************

            Dalam kereta Aiman dan Aina hanya membisu.  Letih.  Sebenarnya ada perkara yang ingin di tanyakan Aina, tapi lidahnya kelu.  Tidak tahu bagaimana harus menyusun ayat tanya.
            ``Man…’’
            ``Aina…’’  serentak mereka menyebut nama masing-masing.  Tawa halus tercipta.
            ``Aina dulu.’’  Ujar Aiman.  Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Malam ni suasana lengang di Dataran Merdeka tidak seperti biasa.
            ``Man dulu lah,’’  Putus Aina.  Sekurang-kurang ketika Aiman menyimpul ayatnya, bolehlah Aina menggali kekuatan untuk bertanya.
            Aiman menarik nafas dalam-dalam.  Di tarik segala tenaga yang dalam dirinya.  Paluan degup jantungnya teramatlah kuat.
            ``Aina…Man nak bincang dengan Aina pasal kita dua? Pasal perasaan Man.’’  Aiman berhenti sejenak, mencari ruang nafasnya terhela.
            Aina setia menanti bicara Aiman.  Berdebar hatinya. Namun di maniskan juga wajahnya dengan senyuman.
            ``Aina… Man sayangkan Aina.  Sayang lebih dari seorang sahabat. Man tak tahu bila rasa cinta ini bula bertapak, tapi apa yang Man tahu ia makin membesar.  Tumbuh segar di hati Man.  Mekar mengharum.’’  Aiman menghela nafasnya seketika.  Terasa lemas dia dalam melafazkan apa yang tersekat di dadanya.
            Aina beku.  Kaku.  Hatinya laju berirama.  Huluran kasih Aiman tidak mampu ditolaknya, tidak juga mampu diterimanya.  Hatinya tidak tahu harus bagaimana.
            Aiman resah menunggu jawab dari Aina.  ``Man tak paksa Aina.  Jika huluran kasih ini membebankan Aina, abaikanlah saja. Jadilah sahabat Man hingga akhir nyawa kita. Jangan tinggalkan Man hanya kerana rasa yang bertunas ini,’’  Lirih suara Aiman.  Untuk memaksa Aina menerima cintanya tidak mungkin sama sekali.
            Aina masih diam kaku.  Mulutnya bagai di gam.  Langsung tidak mampu untuk bersuara.  Dia memejamkan mata seketika.  Mengintai wajah siapa yang menghuni hatinya.  Degup jantungnya terisi dengan nama siapa.  Aiman!  Sekeping nama dan sebening wajah milik Aiman terlukis di dinding hatinya.
            Matanya di buka.  Aiman tiada di sisinya. Ke mana lelaki ini?  Aina memandang sekeliling.  Pintu kereta di buka.  Bila masa pula Aiman keluar? Aina mengeluh.  Baru saja dia mempunyai kekuatan untuk meluahkan isi hatinya.  Gerangan empunya hatinya pula tiada.
            Dari jauh kesamaran Aina nampak Aiman menapak ke arahnya.  Tiba-tiba…  Dumm! Aina terjelepok jatuh.  Menyaksikan insan yang mula bertapak di hatinya dilanggar sebuah kereta.  Melambung dan jatuh ke jalan raya.
            Laju Aina meluru ke arah Aiman. Menjerit, terpekik meminta tolong.  Mujurlah tika itu masih ada penghuni kota yang lepak di Dataran Merdeka itu.  Dia pangku Aiman.  Air matanya merembes keluar.
            ``Sabar sayang… jangan tinggalkan Aina.  Berilah peluang untuk Aina lukiskan cinta Aina di hati Man.’’ Sayu Aina menutur katanya. Sebak melihat insan tersayang bertarung dengan kesakitan.
            Syukurlah ambulans tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian.  Dalam ambulans Aina menelefon keluarga Aiman, menggunakan telefon lelaki itu.  Tidak sampi 15 minit ambulans telah sampai ke Hospital Kuala Lumpur.
            Dengan air mata berjuraian. Baju yang di penuhi darah, dia mengikut stretcher yang membawa Aiman.  Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar ALLAH menyelamatkan Aiman.
            Sudah 2 jam berlalu, Aiman masih belum keluar dari dewan bedah.  Resah Aina menunggu.
            ``Macam mana dengan Aiman?’’ Puan Rahmah terus menerpa Aina dengan soalan.  Encik Ahmad menepuk lembut bahu isterinya.  Isyarat agar bersabar.
            ``Tak tahu.  Doktor belum keluar lagi,’’  Aina tersedu.
            ``Macam mana boleh jadi macam ni?’’ tanya Encik Ahmad pula.
            ``Tak tahu. Aina… mama, papa… Aina minta maaf.  Kalau bukan sebab Aina, Aiman takkan duduk dalam dewan bedah.  Ini semua salah Aina!’’ raung Aina.  Air matanya laju menuruni bukit pipinya.
            Puan Rahmah memeluk Aina.  Digosok-gosok perlahan.  ``Bukan salah kamu.  Ini semua sudah ketentuan Allah.’’  Ujar Puan Rahmah memujuk.
            ``Ma… Aina sayangkan Man.  Aina tak nak kehilangan dia.’’  Luah Aina dalam sedu sedan.  Hilang sudah malunya.
            Mati kata Puan Rahmah dan Encik Ahmad.  Along yang memerhati dari tadi juga tidak tahu di mana hendak menyampuk.
            Hampir 3 jam, barulah doktor yang merawat Aiman keluar dari dewan bedah.
            ``Macam mana doktor anak saya?’’  Encik Ahmad  terus bertanya.
            ``Dia dah stabil.  Cuma tulang rusuk dan tangannya patah.  Pendarahan di kepalanya, kami sudah hentikan.  Untuk pemeriksaan lanjutan kita tunggu pesakit sedar dulu.’’  Doktor muda it uterus berlalu.
            Rasa syukur dipanjat ke hadrat Ilahi.  Aina orang pertama yang menemani Aiman.  Tersayat hatinya melihat tubuh Aiman yang berbalut dan di kelilingi wayar.
            Tangan lelaki itu digenggam lembut.  Di usap. Perlahan dia merapatkan bibirnya ke telinga Aiman.  ``Man… hati Aina menerima huluran kasihmu. Bangunlah untuk Aina.  Sama-sama kita lakarkan warna cinta kita dengan warna pelangi.  Bangunlah… hiasi gelak tawa Aina dengan kenakalanmu.  Hati ini akan menunggu mu untuk selamanya.  Kehilangan mu untuk 3 jam yang lalu memeritkan hatiku.  Merobek jiwaku.  Maafkan Aina kerana lambat menyedari wajah mu yang telah terlukis indah di dinding hati Aina.  Sayang,  Aina cintakan sayang.’’
            Aina menarik nafas lega.  Terasa bebannya sudah diangkat pergi. Bibirnya terlukir secarik senyum manis.  Terasa genggaman tangannya di balas Aiman. Yup! Huluran kasihmu kini menjadi nadi lambaian daun hatiku.  Lelaki yang dulu dia sangka tidak akan menjadi miliknya, kini berdiri teguh  di hatinya.  Aina pasrah!  Siapalah dia mahu menolak takdir dan jodoh yang telah di tentukan Allah untuknya.