Sunday, September 4, 2016

Love Story



 

 

            Kicauan burung di pagi yang indah ini menyerikan hari Tiara.  Sinaran matahari yang menyentuh lembut kulitnya terasa menyegarkan.  Hatinya yang walang terhibur dengan desiran angin yang bertiup halus.

            Dia melangkah menyusuri track joging di Tasik Titiwangsa dengan tenang seolah tiada apa yang terjadi semalam.  Bagaikan hari ni dia Tiara yang baru.  Baru lahir dari kepedihan semalam.

            Tiara Jaslina yang semalam telah mati bersama luka yang semalam.  Memang susah untuk dia lahir sebagai Tiara Jaslina yang baru.  Namun dia terpaksa.  Memaksa hatinya untuk terima kenyataan yang cinta Adam Haikal bukan untuknya.  Biar pun itu cinta pertamanya, seluruh kasih dia curahkan, hakikat tetap hakikat.

            Dia menyedut udara segar di Tasik Titiwangsa itu.  Terlalu sibuk dengan dunia sendiri hingga lupa keindahan yang ALLAH jadikan untuk hamba-hamba-NYA.  Lupa bersyukur akan nikmat yang ALLAH kurniakan.  Terlalu asyik dengan duniawi. 

            Datang keinsafan dalam dirinya seketika.

            Buk! Tiara berpaling ke sebelah kanannya.  Terasa sakit bahunya.  Entah mamat mana yang melanggar bahunya.

            ``Ishh, buta ke apa? main langgar aje.  Mata kau letak mana?’’ Dia menggosok bahunya.  Mujurlah dia dapat mengimbangi badannya tadi, kalau tidak mahu saja dia jatuh terjelepuk.

            Nak saja dia pelangkung mamat tu dengan botol airnya.  Kecik aje dia nampak mamat tu.

            ``Maaf.  Saya tak sengaja.’’ Lelaki itu tersenyum menawan.

            Dup! jantung Tiara berdetak.  Mata lelaki itu, biru.  Menawan. Boleh tahan jugak hensem mamat ni.  Nasib baik dia minta maaf, sejuk jugaklah hati aku ni.

            ``Takpe.’’ Tiara membalas senyuman lelaki itu sebelum menyambung semula langkahnya.

            Tiara berhenti berehat sekejap. Duduk atas bangku menghadap tasik.  Di sebelah kanannya ada sebuah taman permainan.  Kelihatan ramai kanak-kanak yang sedang bersuka ria.  Hari minggu begini sudah menjadi rutin  bagi ibu bapa membawa anak-anak beriadah.

            Tercuit hati dia dengan telatah anak-anak kecil itu.   `Mungkin bila aku punyai cahaya mata, beginilah rutin mingguan aku,’ detik hatinya.  Baru saja putus cinta boleh pulak pasang angan-angan macam tu.  Tiara… Tiara.

            Biasan cahaya matahari yang mula menyerlah garang, memanggilnya untuk beransur pulang. Dia berjalan ke keretanya yang terletak tidak jauh dari taman itu. Tiara menyeluk poket seluarnya, mencari kunci kereta.

            Haaa?  Muka sudah berkerut. Kedua belah poket seluarnya digagau namun tidak jugak dia jumpai kunci keretanya.   Tiara mula panik.  Dia mencari di sekitar kawasan parking keretanya, tidak juga ketemu.

            ``Ya Allah… kat mana aku letak kunci ni?’’ Tiara bertanya kepada dirinya sendiri.

            Dia menghendap ke dalam keretanya.  Ternganga mulut dia melihat cantik saja kunci keretanya tersangkut ditempatnya.

            Tepuk dahi dia.  `Macam mana aku boleh nyanyuk lupa nak cabut kunci ni?’  Tiara mengeluh.  Berfikir apa yang harus dia lakukan.  Nak minta tolong pada siapa?  dia melihat sekeliling. Rata-rata pengunjung taman itu sibuk dengan aktiviti masing-masing. 

 

            Fayyad yang dari tadi memerhati Tiara mula mendekati gadis itu. ``Boleh saya tolong?’’

            ``Haaa? Mmm…’’  Tiara jadi kelu.  Tak sangka lelaki ini akan menyapanya.

            ``Kenapa?’’  Fayyad bertanya lagi.

            ``Kunci kereta saya tertinggal kat dalam.’’  Perlahan Tiara menjawab soalan Fayyad.  Malu dia.  Apalah anggapan Fayyad pada aku?  careless women, maybe.  Huhuhu.

            ``Laaa… awak ada kunci pendua?’’

            `` Hah? mmm… Ada tapi kat rumah la.’’  Kali ini Tiara memandang tepat mata Fayyad.  Berdebar sakan jantungnya.  Mata tu memukau jiwanya.

            ``Ok.  Rumah awak kat mana?’’

            Tiara berkerut kening.  Mukanya cuak.  Kenapa pulak mamat ni tanya rumah bagai.

            ``Eh, awak jangan salah faham.  Kalau rumah awak tak jauh dari sini saya boleh tumpangkan awak balik ambil kunci pendua awak.’’  Fayyad cepat-cepat menjelaskan maksud yang sebenar disebalik soalannya tadi apabila dia perasan muka cuak gadis itu.

            ``Ooo… rumah saya dekat Datuk Keramat.’’  Malu sendiri Tiara. Mujur orang nak tolong, bukannya nak berprasangka baik. 

            Zaman sekarang kena berhati-hati.  Ramai manusia yang bertopengkan malaikat tapi perangai macam syaitan.  Jangan mudah percaya dengan kebaikan yang ditunjukkan.  Tidak salah ada sedikit sifat curiga, untuk keselamatan. Ngomel hati Tiara.

            ``Kalau macam tu, marilah saya tumpangkan awak.’’  Fayyad mempelawa secara rasmi.

            ``Ok.  Thanks.’’ Malu-malu Tiara mengucapkan terima kasih.

            ``Eh, lupa nak kenal diri saya.  Saya Fayyad.  Mohd Fayyad Qayyum.  Awak?’’ siap nama penuh lagi Fayyad perkenalkan diri.  Dia menghulurkan tangan kepada Tiara, standart orang sekarang berkenalan mesti bersalaman tidak kira sesama mahram atau tak.

            ``Saya Tiara.  Nur Tiara Jaslina.’’  Tiara hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada huluran tangan Fayyad.  Dia gadis kasar tapi masih tahu hukum antara lelaki dan perempuan.

            Fayyad tersenyum lagi.  Tangannya dijatuhkan.  Kagum dia dengan sikap menjaga pergaulan yang ditunjukkan Tiara itu.  Susah nak jumpa gadis yang menjaga batasan pergaulan dengan lelaki.  Tidak kira yang bertudung ataupun tidak.  Semua bebas laku.  Kononya fikiran terbuka bersesuaian dengan tahun 2015 zaman teknologi pesat membangun. Era pemodenan bangsa.

 

                                                ****

 

            Dari pertemuan secara kebetulan, berterusan ke pertemuan yang seterusnya.  Kini mereka menjadi kawan.  Kawan yang cukup akrab.  Kemana saja mesti bersama.                                           

            Hati Tiara terubat.  Pertama kali mengenali lelaki itu secara rasmi, sungguh dia tidak sangka.  Disebalik wajah macho, bergaya itu ada seorang lelaki yang polos.  Yang merendah diri.  Jika keluar dengannya, Fayyad tidak segan mengikut dia kemana saja.  Hatta makan di bazar-bazar pun lelaki itu tidak malu.

            Berbeza sungguh Fayyad yang dia kenal disebalik kereta mewah, pakaian mewah.  Keselesaan yang tercipta antara mereka, membuahkan rasa yang sukar ditafsirkan dalam bahasa kamus sekalipun.

            Tiap kali mata biru itu merenungnya jantungnya berdegup kencang.  Mengalunkan irama gong bukan gendang.  Haish… kalut sungguh hati ni.

            ``Eh, awak letak kereta kat mana?’’ Fayyad memecah keheningan petang tu.

            ``Saya datang dengan teksi tadi.  Kereta masuk bengkel.’’  Tiara menghirup air jus manga dengan lahapnya.  Cuaca panas memaksa dia bertindak sedemikian.  Kepanasan yang membahang membuatkan dia kering tekak.

            ``Weii, dahaga sangat ke?’’  Fayyad ketawa dengan gelagat Tiara itu.

            ``Gila kau tak dahaga.  Kau tengok matahari tu, bukan main terik lagi.  Pada hal sekarang ni jam lima petang.’’  Tanpa mempedulikan pandangan Fayyad, Tiara terus menikmati keenakan air manga itu.

            ``Tiara.’’

            ``Mmmm…’’  Tiara menggumam.  Macam mana mahu jawab kalau mulut penuh dengan air.  Mahu tersembur nanti.

            ``Aku nak bawa kau jumpa mama dan papa aku.’’

            Bruhhh.  Selajur habis Fayyad bersuara air dalam mulut Tiara menyembur keluar.  Mangsanya siapa lagi kalau bukan Fayyad. 

            Fayyad pegun.  Terkejut dengan reaksi spontan Tiara itu.

            ``Allah… maaf.  Aku tak sengaja.  Yang kau pergi cakap hal tu masa aku tengan syok minum, kenapa?’’  Tiara mengesat muka Fayyad dengan tisu.

            ``Hurmm, yang aku pergi menyembur ni kenapa?’’

            ``Yer la, ribut takde… angin takde, tup tup kau nak bawa aku jumpa mama papa kau.  Sejak bila pulak kita ni couple?’’ Tiara membetulkan tudungnya.  Seluar jeans dah t-shirt yang dipakai dibetulkan jugak. Ni gara-gara Fayyad yang teliti memandangnya.  Jadi serba tak kena dia.

            ``Please… makan malam antara sedara-sedara aje.’’  Fayyad memujuk Tiara lagi.

            ``Ishh, lagi la aku tak nak.  Sedara kau ada sama.  Malu lah aku.’’  Tiara menyandar tubuhnya dikerusi.  Entah kenapa tiba-tiba ajak dia jumpa orang tuanya.  Sewel ke apa Fayyad ni?  tu lah persoalan dalam kepala Tiara.

            ``Alaaa… boleh laa.  Aku hanya ada kau saja teman perempuan.’’  Fayyad tayang muka sedih.  Muka tagih simpati.

            ``Arghhh!!! Kau ni… ishh, yer laa.  Tapi dengan satu syarat.’’

            ``Apa dia?’’

            ``Aku adalah aku.  Aku tak mahu kau belikan aku baju mewah ke apa.  Aku pakai apa yang sedia ada pada aku. Boleh?  aku tak nak jadi orang lain.’’ 

            ``Kenapa kau cakap macam tu?’’

            ``Tipikal anak orang kaya bawa kawan miskin jumpa orang tua mereka.  Mesti nak ubah dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Lagi pun kita ni kawan aje, so tak payahlah over sangat. Deal?’’

            ``Ok. Deal.  Aku tak terfikir pun nak ubah kau.  Memang aku nak kau datang seadanya kau.  Aku bangga kenali kau yang begini. Sempoi.’’ Fayyad menatap mata Tiara.  Sinar mata Fayyad seolah menghantar isyarat hatinya.

            Tiara menunduk malu. Jantungnya mula berlagu pelik.  Memang dia pelik dari yang lain. Bukan lagu mendayu-dayu yang bermain dicelah melodi hatinya tapi pop rock dah.  `Hai… mamat ni buat aku perasan dia sukakan aku aje.’ getus hati Tiara.

            ``Err… majlis makan tu bila?’’ perlahan pulak suaranya terlontar.  Kononya nak menahan getar bicaranya.

            ``Esok malam.  Aku ambil kau kat rumah kau, ek?’’  Fayyad tersengih melihat tingkah serba salah Tiara.  Pertama kali dia melihat wajah kemerahan Tiara.  Malu la kut aku tenung dia. Terhibur hatinya. 

            Bila hati yang sunyi dihuni rerama apa saja mampu menggeletek.  Mampu menyerikan yang suram.  Kehadiran Tiara benar mengubah hidup Fayyad. Dia kini lebih kerap tersenyum, ketawa dan bergurau senda.  Tiada lagi muka serius kerut seribu.  Muka orang penat bekerja.

            Ingin saja dia menjerit pada dunia tika ini yang dia sedang dilamun cinta. Mengegarkan isi alam betapa indah dunianya kini. Allah menghantar Tiara menghuni tiap ruang yang kosong dalam dirinya.  Melengkapkan yang kurang, menyempurnakan yang lebih.

            ``Weii, yang kau sengih ni kenapa? pandang aku tak berkelip dari tadi. Muka aku comot ke?’’ makin gelisah Tiara.  Bukan tak suka ditenung begitu, malah hatinya berbunga riang.  Cuma bila sudah terlalu lama mencipta ketidak selesaan dalam dirinya.

            ``Sebab comel sangatlah aku tenung kau tak berkelip ni.  Mata aku ni tak boleh nak lari.’’  Fayyad mecubit pipi lembut Tiara.  Geram.

            ``Woi!!! apa ni main cubit-cubit.  Kau nak makan tapak kasut aku ke mandi air mangga?’’  Tiara mencerlungkan matanya ke arah Fayyad.  Dah lebih ar main pegang-pegang ni!

            ``Maaf,  aku tak sengaja. Aku teruja.’’  Fayyad serba salah melihat reaksi Tiara. Melihat muka Tiara yang tegang itu membuatkan hatinya kecut. Tak pernah dia lihat Tiara semarah ni.  Dia terlepas laku tadi. 

            ``Tak sengaja kepala otak kau! haaa… kang dah keluar ayat bodoh aku. Blah ar!’’ Tiara berlalu meninggalkan Fayyad tanpa menoleh lagi.  Dari awal dia sudah pesan, sentuh-sentuh memang dia tak benarkan. Sama ada sengaja atau pun tidak!

            ``Tiara!’’  panggilan Fayyad dibiarkan berlalu begitu saja.

            Fayyad mengejar Tiara tapi bayang gadis itu sudah tiada.  Cepatnya hilang minah ni.  Hanya keluhan yang mampu dia lepaskan.  Dia berpatah balik ke keretanya.

            Tiara tidak pergi jauh, hanya menyorok disebalik pokok.  Sebetulnya dia tidak marah sangat dengan tindakan spontan Fayyad tadi  tetapi ini perlu untuk mengingatkan lelaki itu tentang batas pergaulan mereka.  Apatah lagi hatinya jugak sudah berdetik ketika disentuh lelaki itu tadi.  Detik permulaan untuk syaitan memasukan jarumnya.

 

 

            Usai solat maghrib Tiara berteleku seketika ditikar sejadah.  Mencari ruang antara dia dengan PENCIPTANYA.  Lafaz kalimah zikir dialunkan perlahan.  Selesai itu, dia mengangkat tangan berdoa kepada-NYA.

            ``Ya ALLAH, YANG MAHA PENGASIH lagi PENYAYANG… aku bersyukur diatas nikmat yang Engkau berikan ini.  Memberi aku peluang untuk merasakan sayang.  IhsanMU Menghantar seorang lelaki untuk mengubat luka hati aku.

            Ya ALLAH, jika dia imam aku, Engkau tetapkanlah hatinya untuk aku.  Limpahkan kasihnya dan kasih aku dengan redha-MU, Ya ALLAH.  Aku ingin cinta aku mampu mengingatkan aku akan MU bukan melalaikanku dalam mengingatiMU.  Kiranya jugak dia lautan yang perlu aku renangi, Engkau kuatkanlah sayapku Ya ALLAH.  Agar aku mampu menghadapi ujian yang mendatang kerana dia berbeza dari aku. 

            Ya Allah, jika dia bukan untukku… kuatkanlah hatiku untuk melepaskannya.  Tuntunlah dalam redhaMU, Ya ALLAH.  Aku percaya pada janjiMU.  Akan ada bahagia dalam dukaku.  Ampunilah dosaku, Ya ALLAH, insan yang kerdil ini.  Amin Ya Rabbal’alamin.’’

            Tiara meraup mukanya mengaminkan doanya tadi.  Dia sudah yakin yang hatinya kini mula bertunas sayang untuk Fayyad, namun dia takut untuk menduga.  Menduga hati lelaki itu untuknya.  Yang mampu dia lakukan menadah tangan pada Yang Di Atas, biarkan Yang Haq menentukannya.

            Layanan mesra Fayyad kadang kala membuat dia terfikir yang lelaki itu mempunyai rasa yang sama denganya. Walau begitu, dia tidak mahu meneka.  Apa lagi dalam soal hati. Meneka dalam kesamaran boleh melukai diri sendiri.  Menyakiti dalam diam.

            Sedang asyik melayan fikirannya, telefonnya bergetar.  Tiara mencapai telefon di atas meja. Ada lima panggilan tak berjawab dari Fayyad dan satu mesej.  Peti simpanan mesej dibuka.

                Tiara, aku minta maaf.  Aku tak sengaja tadi.  Aku harap kau masih sudi menjadi tetamu    

              aku untuk makan malam esok. ~ Fayyad

 

 

            Tiara menekan keypad telefonnya.  Membalas mesej lelaki itu.

                Ok.  Tapi aku pergi sendiri. Kau tunggu aku kat sana aje.  done!

 

 

            Butang sent ditekan.  Dia meletakan kembali telefon atas meja.  Laptop yang sudah lama tidak dibukak, disentuh perlahan. Rindu pada koleksi puisi dan karya-karya dia yang lain.  Sudah lama dia tinggalkan dunia penulisannya itu.

 

 

                                                            ****

            Seperti yang dijanjikan Tiara menghadirkan diri ke majlis makan malam keluarga Fayyad sebagai tetamu lelaki itu.  Dia hanya mengenakan baju kurung moden, berselendang satin dan kasut biasa.

            ``Assalamualaikum.’’ Fayyad berpaling ke belakang. Matanya tertegun.  Cantik sungguh perempuan yang berdiri dihadapanya ini.

            ``Ehem… kau nak aku terpacak kat sini aje ke?’’  Tiara bertanya perlahan.

            ``Tiara!  Tiara Jaslina?’’ muka jelas tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.  Dalam fikirannya gadis ini akan datang berseluar jeans, blouse maybe dan tudung bawal yang biasa dia pakai.

            ``Iyer, akulah ni.  ishh, tak payah lah kau buat muka kejung gitu. Macamlah tak pernah tengok aku pakai macam ni?’’  nak saja Tiara luku kepala Fayyad. Para tetamu dah ada yang menjeling kearahnya.

            ``Bila masa kau pernah pakai macam ni depan aku?’’  Fayyad menggaru kepalanya.

            ``Ooo… tak pernah ek? Nasib kau laa…’’  Fayyad mengangguk seraya tersengih dengan kenyataan terakhir Tiara.

            ``Mari aku kenalkan kau dengan keluarga aku.’’  Fayyad menghulurkan tangannya kepada Tiara.

            ``No touching, ok!’’. Fayyad mengangguk lagi.

            Tiara membontoti Fayyad dari belakang.  Ramai juga saudara mara Fayyad.  Malunye!!! Semua pakai pakain mahal-mahal.  Aku ni, adoi… sempat lagi Tiara mengomel.

            ``Mama. Papa.’’  Fayyad menegur orang tuanya.  ``Ni Fayyad kenalkan buah hati saya,  Nur Tiara Jaslina.’’

            Gulp! Terasa air liur yang ditelan tersekat.  Pahit. Payau. Ya Allah, apa pulak agenda mamat senget ni.  Mama Fayyad menghulurkan tangan disambut mesra Tiara.

            ``Datin Marina.’’  Datin Marina memperkenalkan diri.

            ``Ooo, datin…’’

            ``Panggil auntie Ina aje.’’  Datin Marina memotong bicara Tiara. ``Ni Datuk Amran.  Tiara panggil uncle Am aje.’’  Datin Marina memperkenalkan suaminya pulak.

            ``Ok.’’  Tiara menundukan kepala tanda hormat kepada Datuk Amran.

 

            Tepat jam sepuluh malam, Tiara meminta diri untuk pulang.  Fayyad menghantarnya pulang.  Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri.  Masing-masing kelu untuk berbicara.  Sedangkan hati hangat menyatakan cinta antara satu sama lain. Sekadar bicara hati tanpa suara mana nak sampai butir bicaranya.

            Tiba-tiba Fayyad menghentikan keretanya.

            ``Kita dah sampai ke?’’ gentar jugak hati Tiara berduaan dalam kereta dengan lelaki bukan muhrim.

            ``Belum.  Aku ada hal nak bincang dengan kau.’’

            ``Esok sajalah.  Dah lewat malam ni.  Tak elok dok tepi jalan gini.’’  Ada getar dalam biacaranya.

            ``Kau takut? Hahahaha… aku tak akan apa-apakan kau lah.  Aku masih tahu hukum halal haram.  Dosa pahala.’’  Fayyad cuba menenangkan Tiara.

            ``Ok.  Kau nak cakap apa?’’

            ``Aku… sebenarnya, aku…’’ tersekat-sekat la pulak lidah ni.

            ``Woi!!! sejak bila kau gagap ni?’’ haaa…dah hilang ayunya. Hahahha.

            ``Aku sukakan kau.’’  Fayyad melepaskan nafas kelegaan.  Bagaikan sudah dibuang beban yang terkandar dibahunya.

            ``Hah?’’  kali ni giliran Tiara pulak ternganga dengan pengakuan jujur Fayyad.

            ``Aku sukakan kau sejak dari hari pertama kita jumpa.  Makin lama kemesraan antara kita menumbuhkan sayang aku pada kau.  Sepanjang mengenali kau, aku mula sedari yang kau seorang sederhana dan ringkas.  Kesederhanaan kau mengikat hati aku.  Hadir kau mengajar aku erti hidup dibawah kasta aku. Keprihatinan kau mengisi kekosongan hati aku.  Pendek kata dunia kecil Mohd Fayyad Qayyum terisi dengan gelak tawa, senyum mesra, senda gurau dan sikap gila-gila Nur Tiara Jaslina.  Makin terisi dengan kecomelannya malam ni.’’

            Tiara senyap seribu bahasa. Tidak tahu harus bagaimana.  Apa yang dia tahu hatinya kini melonjak riang.  Cintanya berbalas.

            Fayyad resah menanti bicara Tiara. Ditolak atau diterima cintanya ini?

            ``Kau terima salam cinta aku?’’

            Melihat muka Fayyad yang mengharap itu, hati kecil Tiara kelucuan.  Bagaikan anak kecil Fayyad dihadapanya kini.

            ``Iyer, aku pun sukakan kau.’’

            ``Hahaha.  Ok, done! Minggu depan aku suruh mama aku masuk merisik kau sekali tunang terus.’’  Teruja sungguh Fayyad menceritakan perancangannya.

            ``Weii!!! Cepatnya.’’

            ``Biarlah…  kalau boleh aku nak kahwin terus. Nak jadikan kau milik aku selamanya.  And one more thing, lepas ni kau kena panggil aku sayang atau abang. Takde `aku’ dah.’’  Fayyad mengenyit matanya  kepada Tiara.

            ``Ishh, belum apa-apa dah tukar itu ini.’’  Tiara buat muka protes.

            ``Mestilah.  Tanda sayang awak pada saya.’’ 

            ``Iyerlah Hon…’’

            ``Hon?’’

            ``Singkatan tuk `honey’.’’  Tiara ketawa melihat muka berkerut Fayyad.

             Macam pelik aje panggilan manja Tiara gunakan ni.  Tapi tak apalah untuk aku saja.  Ulah hati Fayyad.

            ``Hon pun hon laa… janji tu panggilan kau untuk aku saja.’’

            ``Eleh… suruh aku panggil dia dengan nama manja tapi dia masih dok `kau aku’ lagi.’’ Tiara menjuihkan bibirnya. 

            Fayyad tersengih.  Tak perasan pulak dia.  ``Dah terbiasa.’’

            Keduanya ketawa saja. Menikmati bahagia yang dititipkan ALLAH untuk mereka. Siapa sangka pertemuan kebetulan bermula sebuah kisah baru dalam hidup mereka berdua ni.  Melengkapi kehidupan keduanya.  Seorang dihantar untuk merawat luka.  Yang satu lagi mengisi kesepian yang tersisa walau dilimpahi kemewahan dunia.

             Kerana itu percayalah pada perancangan Allah.  Redha akan takdir yang ditentukan-NYA.  Sesungguhnya hanya DIA sehebat-hebat perancang di dunia ini.  Dan sesungguhnya DIA tidak akan menzalimi hamba-NYA. Janji-NYA adalah benar belaka.

            Pertemuan Fayyad dan Tiara adalah rahsia-NYA.

Bahasa Rinduku




 

Jika bulan bisa berbicara

Pasti dikhabarkan airmata rinduku

Jika malam mampu pintas siang

Sudah pasti ia datangkan kau padaku

 

Alam bagaikan bersatu mengurai rindu dihatiku

Kisah yang tersimpan memukul jiwa ragaku

Beratus utusan kusampaikan padamu

Hanya kesepian yang mengiringiku

 

Mindaku mula berputar mengitar situasi ini

Tegar kau biarkan aku bersama kesakitan ini

Membiarkan rindu aku bagai angin lalu…

Siapakah aku pada dirimu?

Monday, August 15, 2016

menggapai sirna


Menggapai Sirna

 

                                Bahagian 1

 

 

            Aku panggung kepala atas meja. Membuang pandang ke dalam pekat malam. Sepekat ruang dihati aku tika ini. Penat memanggung kepala aku sandar di belakang kerusi. Mata aku dongak ke langit. Kali ini mata aku membelah dada langit yang indah berteman bintang. Walau tanpa bulan langit masih ceria disinari bintang.

            Untung kau langit hilang bulan berteman bintang. Hilang bulan dan bintang di siang hari kau bertemankan matahari. Bukan macam aku, hilang tidak akan berganti. Hidup aku yang kosong terus kosong wal hal sudah sehabis daya aku berusaha mengisinya. Mungkin tiada ruang untuk aku di dunia ini untuk merasa terisi. Usahkan sekelumit secebis pun susah.

            Keluhan aku lepaskan. Begitu sekalikah malangnya hidup aku ni. Apa yang aku harapkan tidak menjadi milik aku. Iyer, aku tahu… Allah tidak memberi apa yang kita perlu kerana dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-NYA. Namun apa yang aku inginkan ini bukan luar biasa kehendaknya. Tapi satu rasa asas sebagai manusia. Sebagai makhluk yang punya hati dan perasaan. Tapi kenapa? Kenapa aku dilayan bagaikan aku ni patung? Bagaikan hati aku ranting yang bisa dipatahkan sesuka hati.

            Aku tidak menyalahkan takdir. Hmm… Betul ke aku tak menyalahkan takdir? Ah! Tipulah aku tidak pernah menyalahkan takdir. Sejujurnya, ketika perit itu terlalu menghimpit memang aku salahkan takdir. Hidup yang kucar kacir, dibelenggu kedengkian tapi aku hairan aku masih mampu berdiri. Dalam luka yang parah.

            Aku raup muka. Allah! Kenapa hati aku mengungkit semua ini? Kerana peristiwa tu? Duhai hati kenapa kau tak mampu move on? Itu bukan kali pertama hati kau dilukai. Dipersiakan. Bukan kali pertama mahu pun kedua, tapi sudah berkali. Sepatutnya kau sudah lali duhai hati, lepaskanlah. Aku memujuk hati sendiri. Lazimnya begitulah. Siapa lagi yang aku harapkan untuk memujuk diri aku yang terluka ini melainkan diri aku sendiri.

            ``Woi! Kau buat apa kat luar ni?’’

            Aku angkat kepala memandang suara yang amat aku kenali tu. Suara siapa lagi kalau bukan teman baik aku. Mahani! Sahabat yang memahami aku lebih dari keluarga aku sendiri. Malah lebih dari aku sendiri. Tak percaya? Hahaha… Sebetulnya aku sendiri pun tidak faham akan diri aku ni. Baik atau jahat?

            ``Takde apalah. Saja tengok bintang. Indah.’’ Kaki aku angkat melunjur atas meja. Aku nampak Mahani menggeleng namun aku buat tak endah. Aku tahu dia tidak percaya dengan alasan aku tadi. Iyer, kalau dah dia lebih memahami dan mengenali aku, tipulah macam mana pun dia boleh tahu.

            ``Kau tak payah nak beralasan dengan aku. Bagitahu apa yang menganggu kau?’’

            Aku pejam mata. Ah! Aku tak cukup kuat hendak ceritakan semua. Luka tu masih merah. Luka yang lama ditindan dengan luka yang baru, apa lagi aku mampu lakukan? Tolonglah jangan desak aku Mahani. Aku tak mahu air mata ini mengalir lagi. Cukuplah! Aku dah penat merintih. Merayu.

            ``Dania, kau…’’

            ``Aku masuk dulu Ani. Selamat malam.’’ Aku bangkit dari kerusi. Mungkin lama lagi aku disitu, makin goyah hati aku.

            ``Jangan lari dari masalah Dania.’’

            Kaki aku terhenti. Lari dari masalah? Pernah  ke aku lari? Pernah ke?

            ``Aku tak pernah lari dari masalah Ani. Cuma aku dah penat. Terlalu penat untuk menanggung perit ni. Kau tak tahu apa yang aku alami Ani. Kesakitan di hati ini, tidak pernah pudar. Tapi aku pilih untuk simpan didalam ni. Biar selamanya disini. Bibir aku, aku ukirkan senyuman walaupun hati aku parah. Tapi hakikatnya aku hanya manusia biasa Ani. Aku punya hati yang bisa sakit bila dilukai lagi. Mungkin mereka lakukan tanpa sengaja, luka tetap luka.’’ Aku menahan pedih di hati. Mata yang panas aku tahan sedayanya.

            Aku rasa tangan aku hangat. Sentuhan seorang sahabat menghangatkan tangan dan hati aku. Allah! Kenapa kehangatan ini tidak aku miliki dari keluarga aku? Kenapa?

            ``Lepaskan apa yang terbuku dihati kau. Aku ada untuk dengar luahan kau.’’

            Aku diam. Aku dengah keluhan yang terbit dari bibir Mahani. Dan aku tahu kenapa keluhan itu terbit. Tidak lain kerana kedegilan aku untuk menyimpan kesakitan ini.

            ``Dania, jangan kau pendam. Lagi kau pendam lagi menyakitkan.’’

            Mahani masih memujuk aku. Aku terduduk. Air mata menitis sedikit demi sedikit. Aku kalah jugak untuk kesekian kalinya.

            ``Kenapa episode hidup aku tidak sebahagia insan lain Ani? Aku punya keluarga, keluarga yang besar tapi kenapa aku rasa sendiri? Aku merasakan aku tersisih tapi kenapa mereka masih dengki dengan aku. Masih menganggap aku merampas bahagia mereka. Mengukur aku jahat kerana sikap lepas bebas aku. Aku senyum Ani namun jauh di sudut hati aku… Aku menangis. Merintih. Aku…’’ Air mata aku makin laju menuruni pipi aku.

            Aku tunduk. Pelukan Mahani yang kemas melingkari bahu, aku biarkan. Sesungguhnya aku amat perlukan itu. Sadis sungguh hidup aku. Orang luar lebih rela meminjamkan bahunya sedangkan keluarga aku… Hmmm… Inilah hidup aku. Nak dibangga? Entahla…

            ``Kau kena kuat Dania. Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau mampu hadapi semua ni. Jangan menyerah! Aku ada bersama kau.’’

            Mendengar pujukan Mahani hati aku makin lirih. Inilah kata-kata yang aku harapkan akan keluar dari bibir tua ayah aku. Kata-kata ini lah yang aku harapkan keluar dari bibir lancang adik beradik aku. Hanya kata-kata ini… Ternyata sukar. Apa yang aku terima kebaikan yang dalamnya tersimpan seribu rasa yang aku tidak mengerti. Yang pasti bukan rasa yang baik. Itu aku yakin! Kenapa aku yakin? Jangan tanya. Kerana aku yang alaminya.

            ``Kuatkah aku Ani? Sejak dari aku kenal dunia, hinggalah aku dah terlampau mengenali dunia, layanan masih sama. Layanan yang memberikan rasa kasih, sungguh jauh untuk aku rasa. Mungkin salah aku jugak. Aku meminta dengan-Nya, kebahagian hanya sekali. Dan aku merasakan hanya sedetik. Rupanya aku silap, aku manusia bisa jadi tamak.’’

            Memang aku merasa tamak. Sebab aku sudah lama ketandusan kasih seorang ayah. Prihatin seorang kakak. Perlindungan seorang abang. Rindukan belaian manja seorang ibu.

            Arghhh!!! Kenapa aku Ya Allah? Kenapa aku? sememangnya bahagia itu haramkah menjengah hidup aku? tidak layakkah aku mendapat kasih sayang seorang ayah. Kasih ibu? Memang tidak akan mampu aku gapai sudah. Kembalinya dia kepada pencipta mengheret aku ke kancah penyesalan yang tiada tepi. Kerana itu aku menagih rasa kasih dari mereka yang masih ada, hmmm… Hanya kelukaan yang aku dapat. Kelukaan yang tiada tepi.

            Aku kesat air mata. Pelukkan Mahani aku leraikan. Duduk juga aku betulkan. Nafas aku tarik dalam sebelum menghembus. Seolah aku menarik segala kedukaan dan aku humbang ke dasar paling dalam sebelum melepaskan bayangnya.

            ``Salahkah aku lahir dikalangan mereka Ani? Aku dituduh liar. Aku dilarang bergaul dengan anak buah aku kerana ditakuti menpengaruhinya. Hahaha… sejahat itu aku dimata saudara mara aku Ani? Dan aku… di mata ayah aku… Itu lebih memeritkan Ani. Aku anak dia Ani. Dari air mani dia. Darah dia yang mengalir dalam tubuh aku ni. Tapi kenapa? Kenapa kasih dia tak sama Ani. Begini aku kerana dia. Apa yang aku lakukan hanya inginkan sedikit perhatian darinya.

            Aku selalu disajikan dengan cerita, bahawa aku anak kesayanganya. Huh! dimana bukti aku anak kesayanganya? Kalau dengan memberi aku kebendaan itu bukti kasih sayang dia, aku tak nak Ani. Aku tak nak! Aku hanya nak kasih sayang dia yang sampai ke hati aku. Hati aku masih tak mampu merasa dan aku tak pernah merungut. Kau tahu, 26 tahun aku hidup… Tidak pernah sekali pun aku merungut pada dia. Tapi dia tetap tak nampak. Hahaha…lawakkan hidup aku.’’ Aku sapu kasar air mata yang derhaka. Lagi aku tahan lagi laju ia mengalir.

            Aku pandang Mahani. Aku nampak air mata mengalir dipipinya. Mungkin dia merasa sedih dengar luahan hati aku. Aku tepuk bahu Mahani. Senyuman semanisnya cuba aku ukirkan buatnya.

            ``Dah laa… Lupakan apa yang aku cakap tadi. Jom kita masuk.’’ Aku tarik tangan Mahani supaya mengikuti aku. Malam kian berlabuh larut. Embun jantan juga mula menghadirkan diri. Nanti tak pasal-pasal kita orang jatuh sakit pula sebab berembun. Cukup-cukuplah berdrama ditengah laman. Nanti ada pula gosip. Hidup berjiran beginilah.