BAB 1
``Syaza Maira!’’ Jerit Puan Mona
dari tingkat bawah. Bergema satu rumah
dengan suara jeritan Puan Mona itu.
Inilah rutin Puan Mona kalau melibatkan anak daranya nan satu tu. Setiap
hari dia lakukan latihan vokal.
Liat sungguh si anak dara hendak
bangun pagi. Bukan suruh buat kerja
rumah, bangun solat subuh dan sarapan saja.
Itu pun payah. Dah lagak ajak
pergi perang pulak.
Bagai terkena renjatan elektrik,
Syaza bingkas bangun dari tidurnya yang lena.
Dia mendengus. Bersepai sudah
segala mimpi indah dek jeritan menyengat
klon Ziana Zain tadi.
Agaknya mama ni kejutkan satu taman
barang kali. Dalam mamai sempat lagi
Syaza mengutuk Puan Mona. Dia menggosok
matanya beberapa kali. Dipandang sekilas jam loceng bulat. Namun mata yang
sepet terus terbuka melihat jarum jam yang menunjukkan angka 7.00 pagi.
Ya Allah, patutlah mem besar
bertukar jadi singa betina, desis hati Syaza.
Subuh aku dah subuh gajah ni.
Mahu nanti berbakul kena bebel dengan mama. Huhuhu. Padanlah muka kau Syaza oi. Kalau dah
dapat tidur tak ingat dunia.
Eh, bukan ke hari ni aku ada… Ya
Allah! Dia terus bingkas bangun dari katil. Ini bukan mama, dia sendiri yang
menyumpah diri. Hal yang penting boleh lupa. Kau memang bengap Syaza!
Dicapai tuala dan terus menuju ke bilik
air. Hari ni dia mandi ala-ala P. Ramlee
and the gang. Tak kisahlah janji
bau wangi. Hehehehehe.
Macam mana aku boleh lupa ni? Kau
memang gila Syaza! Tapi kan… Kau memang nyanyuk pun. Hal kecil kau boleh lupa inikan pula hal
penting macam ni. Ni yang tak boleh blah bila hati mengkhianati tuanya sendiri.
Kutuk… Kaw-kaw. Huwarghhh!!!
Pintu almari dibuka. ``Baju apa yang
nak pakai ni?’’ digaru kepalanya. Kali
pertama nak hadir temu duga, dia tak tahu pakaian apa yang sesuai. Baju dalam
almari hanya baju biasa-biasa. Tiada yang luar biasa. Luar biasa macam mana
pulak Syaza eh? Kalau yang bukak sana, bukak sini. Ketat sampai semua aset nak
bernafas tak boleh! Itu bukan luar biasa. Itu seksa luar biasa.
``Aisy, lantaklah pakai apa
pun. Janji kemas. Dah lewat gila ni. Mahu sangkut dalam jem, pukul berapalah agaknya aku nak sampai
ni? Entah sempat entahkan tidak. Arghh,
lantaklah. Pergi sajalah. Tak sempat aku balik. Apa kisah!’’
Tanganya lantas mencapai baju kurung
moden warna hijau turquoise. Alahai, ayu la pulak aku hari ni. Hahaha. Rambut ikal diikat tocang kuda. Ini lagi satu hal, dah berapa kali kena
warning dengan Puan Mona supaya tutup kepala. Sekejap saja dia dengar lepas
tu lepa saja, dia lupa balik.
Dialas wajahnya dengan bedak Jonhson’s
baby dan dicalitkan pelembap bibir.
Okey, inilah Syaza. Gadis yang
memang tidak suka pada mekap. Dia hanya memakai yang biasa-biasa saja, malahan
kekadang dia keluar tanpa secalit pelembap atau bedak. Simple is natural beauty, itulah
prinsip kecantikan yang dipegang oleh gadis ni.
Dia belek sekali lagi tubuhnya
dihadapan cermin. Tak nampak pucat,
sedang-sedang saja. Just nice.
Tapi dah betul ke aku pakai baju kurung ni? Ke patut tukar lain? Hello,
Miss Syaza, kau dah lambat ni!
Nafas ditarik dan dihembuskan
kembali. Dia pandang jam sekali, melompat dia melihat jarum jam sudah menunjukkan
angka 8 pagi. Berdesup Syaza keluar dari bilik. Kalah The Flash
ni.
``Syaza, kamu tak nak sarapan
ke?’’ Tegur Puan Mona sebaik terlihat
kelibat Syaza yang melintas ruang makan tapi terus ke pintu utama. Dah lewatlah tu? Itulah, dari pukul 6 pagi
dia kejukan anak daranya itu tapi tak dilayan. Lebih syok tidur gamaknya. Sekarang diri sendiri yang kalut.
``Sarapan apa ma? Syaza dah lambat
gila ni.’’ Cuak bunyi suara Syaza. Perut
dia dah berbunyi, namun kerana kejarkan masa jadi hari ni dia terpaksa kejam
dengan perutnya.
Puan Mona mendapatkan anaknya. Dia lihat Syaza yang sedang kalut pakai
kasut. Dia geleng kepala.
``Mamalah kejut lambat.’’ Syaza buat
muka merajuk.
Puan Mona menjegilkan matanya.
``Kita pulak yang disalahkannya. Mama dah kejutkan kamu dari pukul 6 pagi
lagi. Jam loceng kamu tu, dah berapa
kali bunyi. Bunyi jam lesap, kamu masih
bungkam dalam kain selimut.’’
Haa, padan muka! Kena sedas bebelan Puan Mona sarapan dipagi
hari.
``Iyer laaa. Syaza pergi dulu ma. Assalamualaikum.’’ Syaza menyalami tangan
Puan Mona. Dia mulakan langkah seribu
gara-gara nak kejar bas. Kena pulak pakai baju kurung moden. Alahai, kalau aku
pakai seluar pun tadi. Seksanya.
``Ya Allah, budak ni. Syaza, jangan nak lari. Jalan sajalah. Jatuh
nanti.’’ Laung Puan Mona dari muka pintu.
Syaza angkat tangan tanda dengar apa yang Puan Mona katakan tadi.
``Bilalah budak ni nak jadi
perempuan sebenar? Hurm…’’ Puan Mona mengumam. Dia kembali ke dapur menyambung
kerjanya yang terbantut tadi.
Menyediakan sarapan buat suaminya. Kalau tadi awal pagi anak-anak yang
bersarapan kini giliran suaminya pulak.
Encik Ridwan duduk dimeja
makan. Sejak pencen ni, ini sajalah
kerjanya. Bangun pagi makan dan teman
isterinya. Sesekali ada kuliah kat masjid dia akan berjemaah disana. ``Anak
dara awak dah bangun ke? Bukan dia ada temuduga pagi ni?’’ Tanya Encik Ridwan.
Pinggan yang berisi nasi lemak tu
dipandang penuh asyik. Air tangan
isterinya tak pernah mengecewakan. Sedap
hingga menjilat jari, Alhamdulillah.
Itulah sebaiknya dilafazkan. Kerana kesedapan masakan isterinya anugerah
dari Allah.
``Baru aje pergi.’’
``Pukul berapa dia temuduga masa ni
baru nak pergi? Sempat ke?’’ Encik Ridwan pandang isterinya. Ini sah, terlajak tidur. Entahlah, anak daranya sorang ni… Kalau anak
dara lain mesti senang bangun pagi. Tapi
anak daranya ni punyalah liat nak bangun pagi.
Macam manalah kerja nanti.
Hari-harilah isterinya asah vokal.
``Entah sempat ke tidak. Tak silap saya pukul 9.00 pagi atau 10.00
pagi. Itulah yang saya geram dengan dia, dari pukul 6 pagi saya kejut, baru
bangun satni. Lepas tu dia nak salahkan
saya pulak sebab tak kejutkan dia. Apa
nak jadilah budak tu.’’ Bebel Puan
Mona. Pening dengan sikap anak dara yang
tak seperti anak dara itu.
``Hahaha, macamlah awak tak tahu
fi’il anak dara awak tu. Mesti semalam
dia tidur lewat lagi.’’ Teka Encik
Ridwan yang dah masak sangat dengan perangai Syaza tu. Tidur lewat malam,
paginya liat nak bangun. Apa yang
dibuatnya pun tak tahu? Kekadang layan tv sampai ke pagi.
``Itulah. Dah puas bebel tak dilayannya.’’
``Yang dua lagi dah pergi kerja
ke?’’ Tanya Encik Ridwan merujuk kepada abang-abang Syaza.
``Dah lama perginya. Abang nak ke mana lepas makan ni?’’ Puan Mona letakkan air kopi dihadapan
suaminya. Senang hati lihat suaminya
makan nasi lemak dia dengan berselera. Kepuasan seorang ibu dan isteri apabila
masakannya disukai ahli keluarganya.
Rasa berbaloi bertungkus lumus didapur, bangun pagi siapkan sarapan.
``Tak ke mana pun. Rasa masuk kebun belakang rumah tu. Tengok bendi tu dah macam tua, boleh
kutip. Kacang panjang pun sama. Terung pun dah mula keluar buah, kena tengok
kot-kot ada ulat.’’ Jelas Encik Ridwan.
Sejak bersara itulah yang dijadikan
hobinya. Hobi yang menjimatkan duit. Tak
perlulah beli sayur kat kedai lagi. Cukuplah untuk makan mereka
sekeluarga. Lagi pun, sejak bersara
tiada kerja yang nak dilakukan melainkan makan dan tidur. Dari asyik bela perut, baik ada sikit
kerja. Keluarkan peluh. Tidak adalah penyakit pun nak dekat,
Insyaallah.
Encik Ridwan ada dua anak lelaki dan
seorang anak perempuan. Yang sulung akan
berkahwin dalam dua bulan lagi. Rasa
lega hatinya, sebab anak-anaknya sudah punya kerjaya sendiri. Yang merisaukan dia dan isterinya, anak
bongsu mereka, Syaza. Manja yang amat.
``Ooo. Dah dapat hasil tanaman abang
ek.’’
``Alhamdulillah.’’ Encik Ridwan
senyum. Pinggan ditolak ke tepi.
Kenyang. ``Awak nak ajak saya date ke Puan Mona oi?’’ Encik Ridwan
kenyit mata kepada isterinya. Sengaja
nak megusik permaisuri hatinya itu.
Inilah masanya nak bermanja. Dulu
sibuk dengan kerja dan anak-anak.
``Date apa kebendanya abang
eh? Buang tabiat ke?’’ Puan Mona menjeling manja ke arah suaminya. Pinggan
suaminya dibawa ke sinki.
``Buang tabiat apanya Puan
Mona. Dah lama kita tak bermanjakan.
Sekarang saya dah pencen, anak pun dah besar-besar tak salah rasanya kita date
macam muda-muda dulu.’’ Giat Encik
Ridwan lagi. Bibirnya tersenyum nakal.
Suka lihat muka malu isterinya yang merona kemerahan.
``Isy, abang ni… Nasib baiklah
anak-anak takde. Kalau tak buat malu aje.
Gatal.’’ Marah Puan Mona. Marah
manja aje.
Encik Ridwan ketawa lepas. Walau pun dah kahwin bertahun lamanya,
isterinya itu masih pemalu orangnya.
Kerana sikap itulah mengikat hatinya dengan wanita ini yang kini menjadi
teman hidup dan akhirat kelak Insyaallah. Wanita yang menjadi ibu kepada
anak-anaknya.
``Betul ke nak ajak abang date?’’
Soal Encik Ridwan lagi.
``Date apanya abang, dah
tua-tua ni. Saya ingat nak ajak abang
cari barang hantaran along. Ada yang tak
cukup lagi tu.’’ Malu-malu Puan Mona menjawab.
Mujur anak-anak takde. Kalau tidak mahu jadi bahan.
``Ooo, boleh. Pukul berapa awak nak
pergi?’’ Encik Ridwan sengih.
``Dalam pukul 11 kut.’’
``Ok. Sempatlah saya ke kebun tu
dulu. Kutip sayur yang dah boleh makan
tu. Nanti lama-lama dibiarkan kat situ,
dimakan ulat pulak sayang.’’ Encik Ridwan kenyit mata. Nakal.
``Iyer la bang. Saya pun nak kemas kat dapur ni dulu. Baju-baju belum bersidai lagi.’’ Ujar Puan Mona lagi. Dia senyum bahagia
dengan tingkah suaminya. Dah lama tak dengar panggilan sayang tu. Sejak ada
anak, panggilan pun berubah. Hehehe.
Bukan banyak pun barang hantaran
yang tak cukup. Ada satu dua barang saja
lagi. Kali pertama nak kenduri, kelam
kabut jugak. Mana nak tempah catering,
dewan, jemputan dan yang seangkatan denganya.
Si Farid pulak serahkan seratus
peratus kepada dia memandangkan anaknya itu sibuk dengan kerja.
``Apa punya jantan bawa kereta takde
mata! Arghh, habis punah sijil-sijil
aku!’’ Bebel Syaza. Dia hentak
kaki. Giginya dikacip. Berang sungguh
dia dengan si penyebab keadaan dia yang tadi punya lawa sekarang dah
berserabai.
Sudahlah dia terkejar-kejar nak
terlewat untuk temu duga. Entah di mana
malangnya, datang mamat ni bawa kereta macam ribut, habis orang mahu
dilanggarnya. Di pandang kosong sijil-sijil
yang sudah basah lencun tu. Sekali lagi peluang kerjanya melebur.
Dengan hati yang sakit dia berjalan
kembali ke rumah. Nak pergi temuduga pun
dah tidak ada gunanya. Sebal
hatinya. Tadi kalau tak fikir panjang
mahu saja dia terajang mamat sengal tu.
Disebabkan baju kurung yang dipakainya, dia matikan saja niat jahat
dihatinya.
``Assalamualaikum.’’ Syaza buka pintu dan terus masuk. Dia takde mood.
``Awal kamu balik Syaza? Ni dah
kenapa ni? Sijil kamu ni kenapa Syaza? Basah ni haa.’’ Bertalu-talu soalan PuanMona.
Isy, masa ni la pulak mama nak
banyak tanya. Ditinggalkan Puan Mona dengan soalan yang tak berjawab itu. Dia
terus naik tingkat atas, masuk biliknya. Dia bersihkan dirinya. Matanya jatuh
pada sijil yang tidak berupa sudah tu.
Makin menjadi-jadi sakit
hatinya. Segala yang berlaku awal tadi
terbayang di matanya.
Syaza Maira membuka langkah seribu
lagi apabila melihat bas yang akan dinaikinya sudah hampir berlalu pergi dari bus
stop. Tanpa pandang kiri kanan dia terus melintas, tanganya melambai kepada
drebar bas. Kononnya drebar tu nampak
dan tunggu dialah. Dan malang tak
berbau. Ketika itulah…
Pon!!!
Syaza berpaling ke arah bunyi
itu. Allah! Berdecit bunyi tayar pacuan
empat roda itu, barangkali sebab ditekan brek mengejut. Dek terkejut Syaza terundur ke belakang, dan
yang paling malang kakinya terpijak sesuatu menyebabkan dia hilang imbangan dan
jatuh. Fail sijil terlepas dari pegangan
mendarat cantik dalam longkang.
Kereta mewah yang hampir
melanggarnya itu berhenti tidak jauh dari dia.
Jantungnya bagai nak tercabut.
Matanya masih terbeliak. Terkejut. Ditarik nafas cuba bertenang.
``Cik tak apa-apa? Ada luka ke?’’ Seorang
lelaki muda mendekatinya. Lelaki itu
melihat jam ditangan dan menggeleng kepalanya.
Syaza masih belum mampu berkata.
Masih terkejut. Gila tak
terkejut, boleh melayang nyawa dia tadi.
``Ok la cik. Saya minta maaf. Ni kad saya, apa-apa hal
awak boleh call saya.’’ Lelaki tu
meletakkan kad namanya atas riba Syaza.
Dia sudah lambat.
Eh, macam tu aje mamat ni nak
blah. Syaza bangun. ``Kau ingat maaf kau boleh ganti sijil aku
yang lunyai tu?!’’ Jerit Syaza. Bengang
dia.
``Cik nak saya buat apa? Saya
betul-betul kejar masa ni cik. Cik
mintalah tolong siapa-siapa ek.’’ Soal lelaki itu. Kelam kabut dia.
``Amboi, sedap aje mulut kau mengajar
aku ek. Siapa nak ambil sijil aku dalam
longkang tu?!’’ Tajam mata Syaza menikam muka mamat sengal tu. Harap muka saja hensem tapi otak selekeh.
``Erk… Awak nak saya ambilkan ke?’’
Lelaki tu jenguk ke dalam longkang. Ok, sorry
lah. Takde maknyanya aku nak turun masuk
dalam longkang tu.
``Dah tu, siapa lagi nak ambil kalau
bukan kau?’’ Syaza jeling tajam ke arah lelaki itu. Nak lepas tanganlah tu!
Dasar lelaki tak bertanggungjawab!
``Hah! Awak dah gila ke cik oi.
Maaf, saya takkan masuk dalam longkang tu.
Saya minta diri dulu. Apa-apa hal
awak call saya, tapi dalam tu… Sorry!’’
Lelaki tu terus berlalu masuk dalam kereta dan memecut laju.
Sah! Minah tu gila. Ada ke dia nak aku turun dalam longkang busuk
tu semata-mata untuk ambil sijil yang dah lunyai tu. Sudahlah aku lambat. Mahu membebel mummy dan daddy nanti. Lagi pun bukan salah aku. Siapa suruh dia
melintas tanpa tengok kiri kanan. Bahaya sungguh.
``Jaga kau mamat sewel!!!’’ Jerit
Syaza. Berbahang hati dia. Nak saja kereta mewah lelaki tu, diketuk-ketuk
sampai kemek.
Ketukkan di pintu bilik mengejutkan
dia dari lamunan menyakitkan hati tu.
Jagalah kau, kalau aku nampak kau lagi… Aku lanyak muka kau dengan
lada. Baru padan muka kau! Dah bawa
kereta macam orang mabuk ketum. Huh! Malang
sungguh nasib aku hari ni.
``Iya.’’
``Kamu ok tak ni Syaza?’’ Tanya Puan
Mona.
``Ok mama.’’ Perlahan saja suaranya.
``Hmmm… Yer la. Mama nak keluar
dengan ayah ni, kamu nak ikut ke?’’
``Tak nak lah mama. Orang nak tidur.’’ Mood dia dah
bersepai. Usahkan nak keluar berjalan
nak bercakap pun dia malas ketika ini.
Tidur lagi. Puan Mona geleng kepala.
Balik marah-marah pastu tidur. Hai, apa
nak jadilah dengan budak ni sorang. ``Makan
dulu. Tu nasi lemak ada lagi kat dapur
tu.’’
``Iya ma. Hati-hati jalan dengan papa tu.’’ Pesan
Syaza.
Syaza baring. Lebih baik aku tidur
dari melayan sebal hati aku ni.

