``Ika, mama ada hal sikit nak cakap
dengan kamu ni?’’ Puan Mira menggamit
anak daranya nan satu itu. Ikalah racun
dan juga penawar dalam kehidupan suami isteri itu. Pertama yang menjadi tanda kasih antara
mereka suami isteri.
``Apa ma?’’ dengan malas Ika melabuhkan punggungnya
bersebelahan Puan Mira.
``Kamu nak ke mana ni? Hari minggu
pun kamu tak lekat kat rumah. Bila kamu
nak belajar duduk rumah? Kamu tu perempuan, Ika. Mama bimbang apa-apa jadi pada kamu nanti. Dah lah kamu seorang saja anak yang kami
ada.’’ Lembut saja Puan Mira menuturkan
kata-kata. Sesuailah dengan pangkat ibu
yang di kendongnya sekarang. Jarang
benar dia meninggikan suara pada Ika.
Ika hanya tersenyum manis. Tahu sangat dia akan maksud mamanya itu.
``Alaa…Ika bukan ke mana pun. Jumpa dengan
Akmal and the geng aje.’’
Itulah rutin mingguan Ika, lepak dengan Akmal dan kawan-kawannya di
kedai mamak sambil tengok bola. Entah
sejak bila dia mula gila bola pun tak tahulah.
Dulu… bukan main lagi Ika benci bola. Macam-macam dia kutuk mereka yang berjaga malam semata-mata nak menonton
bola.
Puan Mira maklum sangat akan
keakraban Ika dan Akmal. Dia juga tahu
hati budi anak muda itu. Namun mulut
manusia mana boleh dia tutup. Saban
waktu ada saja umpatan yang tidak enak didengar hati ibunya tentang anak
gadisnya.
Ada yang mengata dia dan suaminya
tidak pandai menjaga anak. Lepas anak
bebas bergaul dengan jantan, lepak kedai mamak.
Ada juga yang mengata anak gadisnya sudah macam perempuan murahan asyik
diusung oleh Akmal ke sana ke mari. Hati
ibu mana yang tidak terluka. Walaupun
dia maklum akan keadaan yang sebenar, tapi sikit sebanyak kata-kata nista itu
melukakan hati tuanya.
``Itu mama tahu. Tapi ma tak sukalah Ika selalu keluar malam
balik awal pagi. Kamu tu anak dara,
Ika. Nanti takde pulak yang nak masuk
meminang kamu, kalau tahu perangai kamu macam ni. Papa pun dah mula bising kat mama.’’ Puan Mira membebel lagi.
Ika mula cuak. Ini pasti ada yang mencanangkan ceritanya
pada mama. Kalau tidak mama tak akan
bising macam ni. Teka hati Ika. Mulut manusia memang tak akan dapat
ditutup. Kalau mulut tempayam, boleh
lah.
``Ma…’’ meleret-leret Ika memanggil
mamanya. Siap dengan muka comel lagi.
``Dah ni buat muka comel ni kenapa
pulak?’’ sebaik saja habis soalan Puan
Mira, bunyi motor berhenti dia depan rumahnya.
Puan Mira menggelengkan kepalanya.
Fahamlah dia akan mula comel yang dibuat-buat Ika itu.
``Kamu nak keluar juga malam
ni?’’ tanya Puan Mira. Dia mengekori buntut Ika.
Akmal membuka helmetnya apabila Puan
Mira mendekatinya. Tangan wanita itu
disalami dan dicium tanda menghormati wanita itu.
``Kamu dengan Ika nak ke mana ni?’’
tanya Puan Mira kepada Akmal. Yang paling mengkagumkan Akmal tentang Puan Mira
ialah wanita ini sentiasa lembut bicaranya.
Kalau orang mahu dia sergah bak polis dan penjenayah. Apa tidaknya malam-malam buta bawa anak dara
orang keluar esok pagi baru hantar.
``Takde kemana auntie. Kedai mamak kat Shah Alam aje.’’ Malu pun ada dalam hati Akmal. Ika punya pasallah ni. Bukannya dia tak biasa pergi sendiri. Malam ni pula mengada-ngada nak berambil
bagai. Tapi, elok juga. Dari Ika naik motor sendirian lebih baik dia
yang ambil.
Ada rasa cinta untuk Ika yang di
simpan dalam sekeping hati milik Akmal.
Cuma dia belum berkesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di
hatinya. Yang pasti, Ika akan jadi suri
hidupnya lambat atau cepat.
``Ma… kita orang pergi dulu ek. Tak payah tunggu Ika.’’ Ika menyalami Puan Mira.
``Ya lah. Hati-hati bawa motor tu Akmal. Jangan balik
lewat sangat tau.’’ Puan Mira tetap juga
menitipkan pesanan itu padahal dia sendiri tahu, kalau tidak mencecah angka 3
pagi tidak akan ada bayang Ika di rumah itu.
Bunyi motor besar Akmal bergema satu
kawasan perumahan itu. Dengan kelajuan
80km/j tak sampai sejam mereka sampai ke tempat yang hendak di tuju. Akmal meletakkan helmetnya di atas meja. Ika melakukan hal yang sama.
Akmal melirik ke seraut wajah muram
Ika. Air serta roti canai di pesan untuk
menjadi santapan mereka sambil menonton bola.
``Ika, kau apahal? Menung aje aku
tengok. Selalunya kaulah yang paling
teruja. Nak-nak kalau Arsenal yang
main,’’ Akmal bertanya. Dari tadi lagi
dia mula perasan yang Ika kurang bercakap malam ni.
``Takde moodlah aku nak
tengok bola malam ni. Jom balik,’’ ajak
Ika.
Bulat mata Akmal memandang Ika. Macam tak percaya saja apa yang baru keluar
dari mulut Ika tadi.
``Ni apahal? Tiba-tiba saja mood kau
bersepah,’’ tanya Akmal lagi. ``Cuba kau cerita kat aku. Mana tahu aku boleh tolong,’’ Sambung Akmal lagi.
Ika mengeluh. Berat kepala dia memikirkan kata-kata mamanya
tadi. Kalau sudah bab kahwin di sentuh
mama, maknanya itu sudah jadi isu serius.
Sekali benda itu keluar dari mulut mamanya pasti akan berbangkit lagi.
``Wei! Janganlah mengeluh saja. Cakaplah…’’
Akmal mula hilang sabar. Dari
tadi dia menunggu sepatah haram pun tidak keluar dari mulut Ika.
``Mama aku… dia dah mula membebel
pasal aku selalu keluar malam. Dia cakap
nanti takde orang nak masuk meminang aku, kalau aku terus buat perangai macam
ni.’’ Tiada secalit pun senyuman yang
terukir di bibir Ika tika itu.
``Apa susah? Aku kan ada. Kalau dah memang takde orang nak, aku sanggup
jadi suami kau,’’ Akmal tersengih. Dalam
gurau dia menyatakan hasrat hatinya.
``Hah! Kau ni aku serius, kau
melawak pulak. Tu yang aku malas cerita
denga kau.’’ Makin panjang muncung
Ika. Nak saja dia tampalkan roti canai
yang masih panas itu ke muka Akmal.
``Aku seriuslah. Kalau kau setuju, esok aku suruh mak ayah aku
masuk merisik kau. Setuju?’’ kini Akmal
kembali serius.
Ika memandang tepat anak mata
Akmal. Mencari kebenaran di sebalik
kata-kata lelaki yang hampir 6 tahun dia kenali itu. Mimik muka Akmal sekarang tiada lelucun
langsung.
``Jom la kita balik. Malas aku nak tengok bola malam ni.’’ Ika mencapai helmet atas kerusi. Menonong dia menuju ke tempat park
motor.
``Pulak…’’ mahu tidak mahu Akmal mengikut juga. Selesai membayar minuman dan makanan dia
terus ke menuju kea rah motornya.
Masing-masing mendiamkan diri. Pada Akmal dia mengambil berdiam diri setelah
melihat akan emosi Ika yang tidak menentu itu.
Tidak mahu pula mengeruhkan lagi keadaan. Ika pula kelu. Lidahnya mati kata. Lamaran spontan Akmal merenjat seluruh urat
tubuhnya. Hingga dia hilang punca untuk
mengakses segala data bual bicara.
*******************************************************
Sudah seminggu hal Ika dilamar
spontan Akmal berlalu. Sepanjang
seminggu itu jugalah, Ika banyak menghabiskan masanya dalam bilik. Balik kerja saja dia terus mengurung diri
dalam bilik. Naik hairan juga Puan Mira
dengan perubahan anaknya itu. Bila di
tanya di jawab Ika tiada apa yang serius.
Ika melabuhkan punggung di atas
katil. Dia merenung kipas yang sedang
ligat berpusing. Kepalanya turut
berpusing. Mengimbau pertemuan secara
kebetulan dengan Akmal tadi menganggu ketenangannya. Kebetulan ke?
Bukan ke Akmal yang tunggu aku depan pejabat tengah hari tadi? Lantaklah!
``Ika!’’ panggil Akmal sebaik saja
kelibat tubuh gadis itu menyapa matanya.
``Mal. Kau buat apa kat sini?’’ tanya Ika. Sebenarnya dia malu hendak bersua muka dengan
Akmal. Entah kenapa selepas peristiwa
malam itu, mula datang perasaan malu dalam dirinya terhadap Akmal.
``Kau kenapa menyepi seminggu ni?
Kau marahkan aku ke?’’ soal Akmal.
``Taklah.’’
``Dah tu? Kenapa?’’ Akmal menanti jawapan Ika.
``Aku… aku…’’ tersekat-sekat Ika mahu meluahkan rasa.
``Aku apa? Sejak bila pulak kau jadi
gagap nak cakap dengan aku ni?’’ Akmal
tersenyum nipis.
Ika menepuk bahu Akmal sekuat
hatinya. Sudahlah hatinya laju saja
berdebar. Bagai nak pecah dada dia.
``Aduh! Sakitlah. Kalau kau jadi bini aku, matilah aku
hari-hari kena makan penampar kau ni.’’
Akmal makin galak ketawa.
Ika membuntangkan matanya. Dia mengacip gigi menahan geram dengan
gurauan Akmal. Bila Akmal makin galak
ketawa, Ika menarik muka. Sakit hatinya
dia.
``Siapa nak kahwin dengan
kau?!’’ muka Ika cemberut.
``Ala… aku gurau aje lah. Itu pun
kau nak tarik muka.’’ Serta merta Akmal
menghentikan tawanya apabila di lihatnya wajah gadis kesayangannya yang makin
kelat itu.
Akmal sudah nekad untuk masuk
meminang Ika menjadi suri hidupnya.
Kerana itulah membawa dia hingga ke tempat kerja gadis ini. Sudah banyak kali call dan mesej yang dia
sampaikan satu pun tidak di balas Ika.
``Ika, Mal tak boleh lama ni. Waktu rehat dah nak habis ni. Mal datang ni bagitahu Ika yang hujung minggu
ni keluarga Mal akan datang merisik Ika.’’
Akmal kembali serius ketika memaklumkan hal itu.
``Hah!’’ lagi sekali Ika terkejut beruk. Kalaulah dia ni keturunan sakit jantung,
rasanya sudah lama dia ke kampung batu dua.
``Mal tak paksa Ika. Terserah Ika sama ada nak terima atau menolak
lamaran Mal nanti. Ambillah masa
seminggu ini untuk Ika fikir. Keputusannya
nanti Ika bagitahulah pada wakil keluarga Mal pada hari merisik nanti.’’ Akmal berlalu meninggalkan Ika yang
terkulat-kulat. Bagai orang mamai yang
baru bangun dari tidur.
Ketukkan dari luar bilik
mengembalikan Ika ke alam kini. Dunia imbauan
tadi terus bersepai.
``Masuk. Pintu tak kunci pun.’’ Laung Ika dari dalam bilik. Malas dia nak bangun.
``Ya Allah! Kamu belum mandi lagi
Ika. Dah nak maghrib ni.’’ Bebel Puan Mira lantas duduk bersebelahan
anak manjanya itu.
``Kamu ni kenapa? Macam ada masalah
aje. Tak nak kongsi dengan mama?’’
``Ma…’’ berat mulut Ika hendak menyatakan hasrat
Akmal itu. Tapi dia perlu bagitahu
juga. ``Ma… Akmal nak hantar rombongan
merisik hujung minggu ni.’’
``Alhamdulillah.’’ Ucap Puan Mira.
Ucapan syukur Puan Mira itu
mengejutkan Ika. ``Mama tak kisah ke?’’
``Apa yang mama nak kisah Ika? Mama dah lama nampak, yang Akmal tu sukakan
kamu.’’
``Tapi ma…’’ Ika masih ragu-ragu dengan perasaannya.
``Tapi apa? Kamu tak suka dengan
Akmal ke? Kamu dah ada pilihan lain?’’
``Bukan macam tu ma. Ika masih keliru dengan perasaan Ika terhadap
Akmal. Semuanya tiba-tiba. Bagai kena
renjatan elektrik. Ika tak tahu nak
jawap macam mana.’’ Ika mengeluh lagi untuk
ke berapa kali pun dia tidak pasti.
``Ika, cinta itu boleh dipupuk. Kasih boleh disemai. Tapi untuk dicintai dan disayangi amatlah
susah. Lebih baik menerima orang yang
telah lama kenali Ika, yang lebih tahu buruk baik Ika dari mengenali orang baru
hendak belajar mengenali Ika.
Sekurang-kurangnya Akmal sudah masak dengan sikap Ika,’’ Nasihat Puan Mira.
Ika tersenyum mendengar kata-kata
nasihat mamanya. Patutlah papa sayang
sangat dengan mama. Mama lebih memahami
tidak kira dalam apa jua keadaan.
``Mama rasa memang patut Ika terima
lamaran Akmal itu?’’ tanya Ika lagi.
``Sebaiknya Ika kembali kepada Yang
Haq. Buat solat istikharah, mohon
petunjuk pada DIA. Agar dimudahkan Ika
membuat keputusan.’’
Ika memeluk Puan Mira. Sememangnya dia keliru. Dia memang sayangkan Akmal tapi dia tidak
pasti sejauh mana sayang dia untuk lelaki itu.
Akmallah satu-satunya sahabat, teman dan segala-galanya dengan dia. Lelaki itu ada tika susah dan senang dia.
Hari yang di tunggu telah tiba.
Ruang tamu rumah Puan Mira di penuhi tetamu ayng datang untuk merisik anaknya
Ika.
``Assalamualaikum. Sebelum itu saya kenalkan diri dulu. Saya Alias wakil dari keluarga Akmal datang
membawa hajat untuk bertanyakan kuntuman bunga yang sedang mekar di dalam taman
rumah ini.’’
``Waalaikummusalam. Saya Kamil ayah kepada bunga yang sedang
mekar tu. Tak usahlah kita remehkan hal
yang mudah ini. Kita teruskan saja pada
yang penting. Bunga kami memang belum
berpunya. Mungkin sudah takdir jodohnya
dengan Akmal,’ Encik Kamil tersenyum.
Ika di dalam bilik berdebar menunggu
kata putus dari mamanya.
``Ika… ini mak Akmal datang nak
sarungkan cincin merisik dan tunang.’’ Tenang saja Puan Mira menuturkan kata.
Biarpun air muka Ika sudah berubah.
``Mal pesan kat mak. Kalau Ika setuju terus sarungkan cincin
tunang.’’ Mak Akmal memberitahu yang
sebenar. Ika hanya mampu tersenyum.
Setelah solat sunat Isthikharah
dilakukan, hanya bayangan Akmal yang menghiasi siang dan malamnya. Maka dibulatkan keputusannya menerima lelaki
yang dulu hadirnya sebagai sahabat menjadi teman sehidup sematinya.
Telefon Ika berbunyi mesej.
Terima kasih sayang sebab sudi terima Mal. Insyaallah Mal akan jaga sayang
sebaiknya. Mengasihi sayang secukupnya. Menyintai sayang seluas-luasnya langit
terbentang. ~ Akmal
Sama-sama. Ika banyak kurangnya Mal. Kenapa Mal sanggup jadikan Ika suri hidup
Mal? Kerana simpati ke? ~ Ika
Mal terima
seadanya dirimu. Kurang dan lebihnya
sayang kita lengkapi bersama dengan lebih dan kurangnya Mal. Apa yang penting Mal sayangkan sayang setulus
hati Mal. ~Akmal
Ika tersenyum bahagia. Tidak
dia menyangka jodohnya dengan sahabatnya sendiri. Yang sama minat bola. Boleh lah di katakan cinta si kaki bola. Ika
tergelak sendiri dengan kata hatinya.
Apa tidaknya, rapatnya dia dengan Akmal pun setelah dia mula meminati
sukan bola sepak. Makin lama hubungan
mereka makin rapat, kerana hampir saban waktu masa lapang Ika di habiskan
dengan layan bola sama dengan Akmal.
Ika berdoa agar cinta yang hadir ini
kekal hingga ke Jannah. Diberkati ALLAH
hidup mereka berdua kelak.
No comments:
Post a Comment