Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan
dengan kesabaran
(Surah
Al- ‘Asr)
Bab 1
Bunyi muzik yang kuat menenggelamkan pengunjung dalam
khayalan. Menikmati keasyikkan dunia, masing-masing hanyut dalam dunia sendiri.
Larut dalam bahagia ciptaan mereka sehingga lupa akan batasan antara mereka.
Di satu sudut, Hud duduk sambil meneguk air coke dalam
gelas. Matanya liar memandang lantai tari di mana pasangan-pasangan
berpelesaran. Kemudian anak matanya lari melihat sekitar, senyum sinis merekah
dibibirnya. Mood mahu berseronok hilang entah ke mana, kalau bukan kerana
ajakan Mia dia sudah terlantar atas katil empuknya. Itu lebih menyenangkan
memandangkan tubuhnya yang letih kini.
Sedang asyik memerhati gelagat manusia yang bermuka
setan, mata Hud menangkap susuk tubuh gadis yang tidak biasa dia lihat di kelab
ini. Dari pemerhatiannya, dia boleh agak yang inilah kali pertama gadis itu
jejak kaki ke kelab. Kali pertama dikelilingi lelaki kacak berhidung belang.
Memang jadi lauklah gadis itu malam ini.
Gelas
yang berisi coke diangkat lagi, lalu ditegus rakus. Sesekali lambaian Mia mengajak
dia ke lantai tari, dibalas dengan gelengan. Walaupun dia pengunjung tetap
kelab ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak pernah sekali pun dia
jejak kaki ke lantai tari itu. Terkinja-kinja menari bagaikan manusia tidak
bertamadun baginya hanya menjatuhkan pesonanya sebagai lelaki macho. Macamlah
apa yang dia lakukan sekarang ini menunjukkan dia lelaki yang bertamadun.
Terkadang dia yang melihat pun naik rimas. Mereka itu
semua bukan menari pun hanya lebih kepada bergeselan antara satu sama lain. Ambil
kesempatan! Kalau dah berada di lantai tari itu, pasangan pun boleh bertukar
ganti dengan pasangan orang lain. Sudah seperti sistem barter. Ah, bukanya ada yang peduli pun. Masing-masing
dengan dunia masing-masing. Melayan kemabukkan yang menenggelamkan kewarasan
akal. Silap hari bulan boleh berlaku adegan bertumbuk pula.
Tatkala matanya memandang seorang pelayan, tanganya
melambai.
``Yes, sir?’’
``Coke, please,’’
pinta Hud kuat mengatasi bunyi kuat muzik.
``Hey, man!
Coke aje? Tak nak air lain ke? like this?’’
suara itu mengunjukkan gelas yang berisi air kuning itu.
Hud berpaling sekilas ke arah suara itu sebelum kembali
kepada pelayan yang sedang menanti arahanya.
``Coke yer,’’ ujar Hud lagi. Pelayan itu angguk dan
berlalu pergi.
``Hey,’’ tubuh itu dilabuh kasar atas riba. Tangan si
gadis bermain dengan kolar bajunya.
Hud simpan senyum. Bau nafas gadis itu membuatkan
tekaknya loya tapi ditahankan saja. Adatlah siapa yang bertandang ke sini akan
berakhir dengan keadaan seperti gadis ini. Berapa banyak arak yang sudah
diteguk pun dia tidak tahu. Tubuh genit gadis itu melorot jatuh namun cepat
disambar Hud. Tanganya kemas melilit pinggang ramping si gadis.
``Easy girl,’’
bisik Hud.
Gadis itu senyum. Tanpa segan silu, tangannya mencapai
sebelah lagi tangan Hud lalu dijatuhkan atas pahanya yang terdedah itu.
Hud tarik senyum. Pucuk di cita ulam mendatang. Rezeki
depan mata jangan ditolak, bukankah begitu? Dia hanya membiarkan tingkah si
gadis yang sedang bermain dengan jari-jemarinya. Membiarkan gadis itu menuntun
tanganya menari dia peha miliknya. Berani! Gadis ini memang berani! Matanya
meliar melihat sekeliling mencari pasangan si gadis. Dia tidak mahu kerana
seorang gadis, wajah kacaknya menjadi makanan penumbuk sesat.
Setelah puas hati dengan pemerhatian yang si gadis sesat
ini bukan milik sesiapa, dia mengemaskan pelukan di pinggang gadis itu.
Mendorong si gadis dekat padanya. Dada bertemu dada. Bau minyak wangi yang
tercalit ditubuh genit itu membuatkan nalurinya bergetar.
``I dah lama
perhatikan you. Baru malam ni I dapat dekati you,’’ lunak suara si gadis memberitahu.
``Ooo, really?’’
Hud jungkit kening. Tidak tahu pula yang dirinya ini di intai dalam diam. Bibirnya
mengukir senyum manis.
``Ya,’’ tangan si gadis melingkar di lehernya.
Bibir merah si gadis diratah penuh asyik. Ah, jika di
momok begini, bagaimana dia mahu sabar. Tangan yang tadi berada di atas paha
gadis itu kini naik membelai rambut ikal itu.
Gadis itu hanya membiarkan. Seronok dibelai manja begitu.
Bibir bawah di gigit lembut menggoda. Turun naik nafas Hud melihat aksi liang
lentok si gadis. Terang-terangan gadis itu menggodanya. Dan dia sudah… Tergoda!
Tanpa menunggu lama, ditarik pinggang gadis itu merapat.
Kali ini lebih rapat hingga hidung
mereka bersentuhan. Hanya lirikan nakal berbicara dengan mata kuyu gadis itu.
Tidak semena-mena gadis itu merapatkan bibirnya menyentuh bibir Hud.
``Ehem,’’ suara seseorang berdehem mematahkan tautan
asyik antara Hud dan si gadis.
Mata Hud yang terpejam, di buka sebelah mengintai
gerangan siapa. Bibirnya dengan si gadis sesat masih bersatu. Perasan wajah
gadis pelayan di hadapanya yang merona kemerahan, Hud melepaskan tautan
bibirnya dengan si gadis. Seketika dia mencuri nafas yang hilang sebelum
kembali memandang wajah merah di hadapanya ini. Malu? Kalau malu kenapa pilih
jadi pelayan kelab dik? Selar Hud dalam hati.
``Anything?’’
soal Hud.
``Coke.’’ Ujar gadis pelayan itu seraya meletakkan air
tersebut atas meja.
``Thanks. Awak
boleh pergi,’’ ujar Hud.
Gadis itu pandang Hud sekilas sebelum berlalu pergi.
Hud terpanar. Pandangan gadis pelayan itu…. Sinar mata
itu menggambarkan kesedihan. Kenapa? Kami kenal ke? persoalan yang bermain di
minda Hud putus begitu saja apabila pipinya dikucup lembut oleh gadis tadi.
Namun kali ini dia tidak mampu membalasnya. Hanya membiarkan bibir bersalut
lipstick merah itu meratah wajahnya. Renungan gadis pelayan tadi berlegar-legar
diruang matanya.

No comments:
Post a Comment