Alya melangkah masuk ke dalam rumah dengan debaran yang
menggunung. Sepatutnya hujung bulan
nanti dia akan balik rumah orang tuanya.
Entah angin apa yang bertiup, tetiba saja mama dia telefon suruh
balik. Sudahlah tidak di beritahu sebab
musababnya, main desak saja. Punyalah
susah dia minta cuti dengan bapak singa.
``Assalamualaikum…’’ salam yang di beri berlalu tanpa sambutan.
``Manalah dia orang ni? Pintu depan terbuka luas. Tak takut masuk pencuri ke?’’ Alya membebel
seorang diri. Dia merebahkan tubuhnya di
atas sofa, sekadar melepaskan lelah memandu kereta dari Kuala Lumpur ke
Ipoh. Walaupun jaraknya antara dua
negeri ini tidak jauh, tapi memandu tanpa teman membosankan!
Alya bangun melangkah ke dapur. Sepi juga.
Alya membuka peti sejuk. Air oren
dalam kotak di tuang ke dalam gelas.
`Huh! Apalah yang penting sangat mama nak bincangkan hingga tidak boleh
tunggu hujung bulan ni.’ Otak Alya ligat
memikirkan akan hal itu. Air oren yang
masih dalam pegangan diteguk perlahan.
``Surprise!!!’’ hampir saja tersembur air dalam mulut. Suara abang, kakak serta ipar duainya gamat
melaungkan lagu ` selamat hari jadi’.
Alya
menekup mulut yang ternganga. Terkejut dan terharu dengan ingatan ahli keluarganya. Air mata gembira hampir saja jatuh
berjuraian. Tidak dia sangka yang ahli
keluarganya akan ingat hari lahirnya.
``Wow!!! terima kasih semua.’’
Ucap Alya setelah reda nyanyian lagu selamat hari lahir. ``Jom, potong
kek,’’ Ajak abang Long.
``Hurm…’’ Alya membahagikan
kek yang dipotong kepada semua yang ada.
Tapi, ada juga terdetik keraguan dalam hatinya. Mustahil hanya kerana ini mamanya mendesak
dia balik. Pasti ada suatu yang lebih
penting.
Dalam hati Alya telah berkira-kira mahu bertanya akan hal itu. Ditahan hatinya. Bagaimana mahu bertanya dengan keadaan gamat
begini.
Selesai makan. Mama, papa,
abang long dan Alya duduk di pangkin di halaman rumah. Sambil memberi makan
ikan. Alya perasan, ketiga-tiga insan
tersayangnya itu saling tolak menolak untuk mulakan bicara agaknya.
``Mama, papa suruh Alya balik kenapa? Hujung bulan bukannya lama lagi. Hanya dua minggu saja lagi.’’ Akhirnya Alya memecahkan kesunyian dengan
soalannya.
Baru saja mama hendak buka mulut mahu berbicara, I phone Alya
mengaum. Itu tandanya bos dia yang call.
Sengaja dia meletakkan nada dering harimau mengaum, sesuai sangat dengan
Encik Saufi yang selalu mengaum tak kena tempat itu.
``Ass…’’
``Fail projek kat Cyberjaya kau letak mana?’’ Saufi terus menerjah.
Alya menjauhkan telefonnya.
`Kan sudah cakap, pak singa ni suka mengaum tidak kena tempat. Belum sempat salam aku habiskan dia dah
menyembur. Huh!’ gerutu Alya dalam
hatinya.
``Assalamualaikum, Encik Saufi.
Sebagai orang islam mulakan hari dengan salam. Salam satu doa dan wajib bagi yang mendengar
untuk menjawabnya.’’ Lembut Alya
membalas tapi masih lagi dalam nada menyindir.
``Waalaikummusalam..dah-dah dengan ceramah awak tu. Awak letak mana fail tu?’’ malas
Saufi nak melayan Alya. Sedangkan
dia ada mesyuarat yang lebih penting dari Alya.
Alya tergelak halus. Lembut juga mamat ni. ``Kan saya dah bagi kat setiausaha Encik
Saufi sebelum saya bercuti semalam.
Encik dah tanya dengan Mira ke belum?’’
tanya Alya berlembut. Sudah orang
berlembut, kita pun kena berlembutlah juga.
``Hah! Kan saya suruh bagi terus pada saya. Fail tu saya nak semak dulu. Sudahlah fail tu tak sampai kat tangan saya
lagi. Miss Alya… saya nak guna fail tu
sekarang! Kalau ada salah ejaan atau input, macam mana?’’ keras suara Saufi
menahan geram.
``Macam mana lagi… kalau dah salah baikilah. Suruh Mira `make over’ balik apa yang
salah tu.’’ Alya terus matikan talian
setelah selesai bercakap. Malas dia nak dengar ayat sambungan singa tu.
Saufi ternganga. Sakit betul
hatinya. Nantilah kau minah senget.
``Siapa telefon?’’ papa bertanya.
``Bos.’’
``Kenapa nampak macam bergaduh aje,’’ Mama pulak mencelah.
``Tak ada apalah. Sekarang
sambung topik kita tadi. Kenapa mama dan
papa suruh Alya balik?’’ Alya menyoal
lagi.
``Macam ni, minggu lepas
kawan papa datang merisik Alya untuk anaknya.’’
Ujar papa selamba. Tenang. Setenang air di Tasik Titiwangsa.
Kalau wajah papa setenang Tasik Titiwangsa, lain pula wajah
Alya bagai dilanda tsunami. Dia terkejut.
Mana tidaknya, rebut tak ada, hujan jauh sekali. Tup-tup dia dilamar. Untuk lelaki yang tidak dia kenali pula tu. Petang itu berlalu begitu saja. Alya diam seribu bahasa. Untuk bertanya lebih lanjut, tiada keinginan
untuk tahu. Hatinya layu. Tiada bermaya.
****
Hari ini merupakan hari yang memenatkan buat Saufi. Ketiadaan Alya sedikit sebanyak mencacatkan
harinya. Entah kenapa hatinya rindukan suara marah-marah Alya? sebetulnya jiwa dia yang penat. Penat memikirkan hatinya yang di palu resah.
Otaknya pula asyik memikirkan Alya.
Pandang sana Alya, pandang sini Alya.
`Oih… kalut!’ jerit Saufi.
`Takkanlah aku dah tangkap cintan dengan minah kakak tua tu? Ish…
macam tak logik aje.’ Gerutu hati Saufi.
Dia menyandarkan belakangnya di kerusi empuk itu. Dia cuba memejamkan mata. Merehatkan otaknya.
Ketukkan di pintu, mengejutkan Saufi dari lamunannya. Dalam bekalan
kenangan dia dengan Alya hanyalah sesi bertikam lidah. Tidak pernah aman dia setiap kali bersua muka
dengan gadis itu. Tapi tanpa sedar itulah yang memaniskan jalan jaluran
perhubungan mereka.
``Fi…’’ panggil Encik Zakaria. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan
dengan Saufi.
``Pa.’’ Saufi membetulkan
duduknya. Dia meregangkan tangannya.
``Kamu ni kenapa? Nampak lesu
saja. Dah keluar makan belum?’’ tanya Encik Zakaria.
``Takde apalah pa. Fi ok aje.
Banyak sangat kertas kerja yang nak kena semak. Si Alya pulak cuti.’’ Saufi menunjukkan muka
yang tidak berperasa.
``Papa ada perkara nak cakapkan
dengan kamu ni,’’ Usul Encik Zakaria.
``Apa pa? soal kerja atau
peribadi?’’ Saufi mula cuak. Dari gaya
papanya dia sudah tahu yang papanya ingin bicarakan soal lain.
``Soal peribadi. And no excuse!’’ Suara Encik Zakaria
tegas di hujug katanya.
Saufi hanya mampu mengeluh. Kalau sudah itu kata papanya memang tiada
harapan dia hendak mengelak.
``Papa dah lamarkan anak kawan papa
untuk Saufi.’’ Encik Zakaria mengintai
riak di wajah anak bujangnya. Mendung.
``Pa…’’ berat lidah Saufi memanggil
papanya. Seberat hatinya menerima berita
itu.
``Ke… Saufi dah ada pilihan
hati?’’ soal Encik Zakaria lagi.
``Hurmm…’’ hanya keluhan yang keluar
dari mulut Saufi. Nak di katakan Alya
milik dia, jauh sekali. Tidak pernah pun
mereka bercakap secara serius. Kalau
jumpa pun asyik bercakar saja.
Dalam terpaksa dia bersetuju dengan
cadangan papanya. Mungkin inilah yang
terbaik buatnya. Orang tua-tua selalu
cakap, pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik. Dan bercinta selepas kahwin lebih indahd
daripada berkahwin selepas bercinta.
``Minggu depan kita akan ke rumah
kawan papa. Kamu mesti lapangkan jadual
kamu minggu depan.’’ Pesan Encik Zakaria
sebelum berlalu meninggalkan Saufi yang masih kebingungan. Macam bermimpi pula yang dia akan ditunangkan
dengan pilihan keluarga.
Umurnya bukan terlalu tua jika
difikirkan. Baru nak masuk 24
tahun. Kira muda lagi tu. Tapi, itulah… orang tua aku asyik bising
saja, tanya bila nak kahwin. Kawan
perempuan ramai tapi satu pun aku tak sangkut.
Bukan aku tak nak kahwin. Prinsip aku berbeza. Aku ingin
bina kerjaya dahulu baru nak fikirkan soal kahwin. Zaman sekarang, orang bukan hanya pandang cinta
dan rupa tapi juga kewangan. Macam mana
aku nak jaga anak dara orang kalau status kewangan aku tak stabil. Walaupun papa mama aku orang berduit, tapi
aku nak hidup berdikari. Itulah yang
berlegar di dalam fikirannya Saufi. Dia
seorang lelaki yang hidup berpegang kepada prinsip.
Hilang sudah mood dia untuk
bekerja. Laju dia mengemas fail-fail
kerjanya. Dia melewati meja
setiausahanya.
``Mira! Call Alya tanya bila
dia akan masuk kerja?’’ tegas suara
Saufi. Tidak mesra seperti biasa. Permintaan dari papanya mematikan segala
jaringan kegembiraan dalam dirinya.
``Bos, tadi Encik Zakaria ada pesan
yang Alya akan bercuti sampai hujung bulan ni.’’ Bersama senyuman Mira menyampaikan pesanan
bos besarnya. Memang murah dengan
senyuman sungguh Mira ni. Dengan mood
Saufi yang tengah spoil boleh lagi dia senyum.
Senyum itu satu sedekah. Ia juga satu terapi merawat hati. Dengan senyuman kita mampu mengubat hati
orang lain.
``Hurmm… iyalah.’’ Hairan
juga Saufi dengan papanya ni. Malas nak
banyak soal, Saufi hanya mengiyakan saja.
Malas nak menyemakkan otaknya dengan perihal Alya. Sedangkan otaknya
kini tengah kelam kabut.
Seperti yang dipinta papanya Saufi
bercuti selama seminggu dari segala kerja pejabat. Pagi ini mereka akan bertolak ke rumah bakal
tunangnya. Berdebar juga jantungnya
hendak jumpa dengan gadis yang bakal menghiasi rumah hatinya.
``Jom.’’ Encik Zakaria menepuk bahu anak bujangnya
itu. Saufi hanya menganggukkan
kepalanya.
Alya resah. Semalam papanya sudah bagitahu akan
kedatangan bakal mertuanya bersama bakal tunangnya. Macam manalah agaknya rupa dia? Ada ke hensem macam mamat singa tu? Aik… asal pula aku nak bandingkan dia dengan
singa tu. Alya! kau ni dah kenapa?
Jangan kau angaukan singa jantan tu sudah! Lama Alya berdialog dengan hati dan fikiran
warasnya.
``Tapi bila jauh begini, rindu pula
nak dengar bebelan mamat singa tu,’’
Omel Alya. secara spontan
bibirnya mengukir senyuman. Mengingati
saat bertikam lidah dengan mamat singa itu, menggelikan hatinya. Dengan perempuan pun tidak mahu kalah.
``Oit! Ingatkan siapa ni? Tersengih-sengih seorang
diri.’’ Mama menegur dari muka pintu
biliknya. Mama melangkah masuk dan duduk
di sisi Alya.
``Ingatkan pakwe ke? Lya… kalau Lya dah ada pilihan hati, bagitahu
mama. Kami boleh tolak risikkan ni.’’
Mama cuba menyelami hati Alya. Berkahwin
bukan untuk suka-suka tapi sebuah kehidupan dua insan yang berbeza. Berbeza dari segi pendapat dan cara
hidup. Jika Alya atau calon menantunya
terima hajat mereka kerana terpaksa, ia tak akan membuahkan hasil yang baik.
``Takdelah mama. Lya mana ada pakwe. Anak mama ni mana ada orang nak
pandang…’’ meleret suara Alya. Mendayu-dayu.
Alya teringatkan Saufi. Ishhh…
cepat-cepat Alya menghalau ingatan itu.
Janganlah sekarang kau buat hal wahai hatiku. Pinta Alya dalam hatinya.
``Ni dah ada yang merisik, maknanya
anak mama ada yang pandanglah.’’ Usik
mama lalu mencuit hidung anak daranya.
Tidak lama lagi dia akan kehilangan seorang lagi anak perempuan dan
dapat seorang lagi anak lelaki.
``Mama ni…’’ Alya merengek manja. Malu pula disakat mamanya.
``Dia orang sampai pukul
berapa?’’ tanya Alya lagi.
``Tadi katanya dah dekat nak sampai.
Itulah sebabnya mama cari Lya. Nak suruh
bersiap.’’ Bagitahu mama sambil
tangannya menyentuh lembut ubun-ubun anak manjanya itu.
``Ma… keluarga Pak Cik Zakaria dah sampai.’’ Along memberitahu mamanya. Sempat lagi dia kenyit mata pada Alya, nak
menyakat. Alya terus saja membaling
bantal kepada Along.
Mama menggelengkan kepala. ``Lya, kamu dah nak jadi tunangan orang. Mulai sekarang kurangkan sikit panas baran
kamu dan sikap ganas kamu ni. Nanti tak
pasal-pasal calon menantu mama lari.’’
Mama menghulurkan bantal yang dikutip sebelum berlalu keluar.
Alya mencebikkan mulutnya. Ini yang
dia tidak suka. Perlu lupakan siapa
dirinya. Minta-mintalah bakal suami aku
ni sporting orangnya. Boleh di
ajak bergurau senda. Dia membetulkan
baju kurungnya. Selendang yang di lilit
kemas, disentuh ala kadar. Nafas di
tarik dalam-dalam.
``Uihh… kenapa rasa macam ni? Berdebar sakan ni.’’ Alya meletakkan tangannya di dada. Dia meramas-ramas tangannya. Sejuk.
Mujur tak menggigil saja. ``Aduh!
Macam mana nak jalan ni?’’
Ya Allah! Ayunya Alya hari ini. Jalan dengan kaki terkepit mengalahkan
perempuan melayu terakhir. Kalau tak
terpikat lagi Saufi, memang rabunlah mata mamat singa tu.
Dari atas tangga Alya dapat dengar
dengan jelas suara orang sedang berborak diselangi gelak tawa. Dup! jantungnya bagaikan terhenti
seketika. Ketika suara itu menjamah
halwa telinga, berkali-kali dia mengorek telinganya dibalik selendang.
``Biar betul? Takkanlah aku angaukan dia sampai tak dapat
bezakan suara orang lain dengan suara dia.
Mustahil! Mustahil!’’ dalam
bertanya-tanya kaki yang melangkah terhenti apabila namanya dipanggil papa.
``Lya! Kamu nak ke mana tu?’’ soal papa.
Suaranya sedikit meninggi.
``Hah! Takde ke mana. Nak jumpa tetamu papalah,’’ Alya
bingung. Papa ni nak mainkan aku ke?
``Lya… tetamu papa kat sini. Itu pintu keluar.’’
``Ooo…’’ Alya tersengih seperti kerang busuk. Malu yang amat sangat dia. Nak tutup malu sengih sajalah. Perlahan dia menyalami setiap orang yang
diperkenalkan oleh papanya.
Mata Alya terkaku seketika. Berkali-kali dia mengerdipkan matanya. Tak cukup dengan kerdip di tenyeh-tenyeh
berulang kali. Saufi pula berlagak
selamba. Pada hal punya terkejut dia
melihat Alya di situ. Dan itu juga
membawa makna yang Alya bakal tunangnya.
Haru! Boleh ke dia hidup dengan
perempuan ganas macam Alya ni.
``Wei… dah-dahlah pandangnya
tu. Kan along panggilkan tok kadi
terus,’’ usik along.
Alya bagai terjaga dari lamunan yang
panjang. Dia menjegilkan matanya ke arah
along. Mahu saja dia mencekik leher
abangnya saat itu juga. Tapi memikirkan
tetamu yang ada hatinya di sabarkan.
****
Perbincangan di antara kedua belah
pihak telah selesai. Kini tinggal capai
kata sepakat antara Alya dan Saufi.
Mereka duduk di laman rumah. Alya
hanya memandang kolam ikan tanpa mempedulikan kehadiran mamat singa tu. Dalam diam dia, otaknya sedang ligat berfikir
harus memberi jawapan yang bagaimana.
Saufi jakun seketika. Ye lah, biasanya kalau jumpa pasti ada yang
panas mulut nak bertekak. Tapi sekarang
Alya banyak berdiam diri. Serba salah
pula hendak mulakan bicara.
Dalam keberanian yang separuh itu,
Saufi mendekati Alya.
``Alya.’’ panggil Saufi.
``Hmmm.’’ Alya hanya berdehem. Makin tak ketahuanlah Saufi.
``Awak… awak… ok tak dengan perancangan keluarga kita
ni?’’ kekok pula Saufi membahasakan
awak. Biasanya berkau, aku saja.
Alya gelak.
``Kenapa gelak pulak?’’ Cuak pula Saufi bila Alya tiba-tiba gelak.
``Oppss… maaf.’’ Alya menutup mulutnya. ``Bunyi pelik bila awak bahasakan `awak’
dengan aku.’’ Alya selamba saja bercakap
seperti biasa.
Saufi turut sama ketawa. Dia melabuhkan punggung di sisi Alya.
``Kau ok ke tak dengan pertunangan
kita ni?’’ untuk kali kedua Saufi
bertanya soalan yang sama.
``Aku tak kisah. Siapa pun pilihan orang tua aku, aku yakin
itu yang terbaik buat mereka. Yer
la… mereka orang tua kita, mesti
inginkan yang terbaik buat kita. Kau
pulak?’’ kali ini Alya tersenyum manis
kepada Saufi.
Wah! Manis juga minah ni kalau tersenyum. Boleh cair hati aku yang dah memang separuh
cair ni.
``Aku pun sama macam kau. Terima perancangan ini dengan iklas
hati.’’ Saufi dan Alya saling
berpandangan.
Mereka tersenyum sesama
sendiri. Senyuman yang hanya mereka saja
yang tahu. Sebuah perhubungan yang
dulunya hanya dihiasi pergaduhan, kutuk mengutuk kini dengan Kuasa yang Maha
Esa ia bakal diserikan dengan kasih sayang.
Benarlah kata pepatah `jangan terlalu membenci seseorang itu, nanti
bertukar jadi suka.’
Segala rasa suka atau benci
datangnya dari Allah. Bagaimana sebuah
pertalian itu akan terjalin hanya Allah
yang tahu. Dan siapa yang bakal menjadi
pasangan takdir hidup masing-masing juga hanya Allah yang tahu. Telah jelas dinyatakan dalam Al-quran : jodoh
pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment