Monday, July 11, 2016

Syaasz


          

            Kata bidalan `jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.’  Begitulah juga kehidupan.  Tiada hidup yang lansungnya  sesempurna apa yang di rancang akal.  Tiada  hari yang hanya di hiasi keindahan semata-mata.
            Hidup yang penuh ujian menandakan bertapa kasihnya Allah kepada hambaNYA itu.  Sebagaimana firman Allah dalam Al-quran; ``tidak beriman seseorang itu jika tidak diuji….’’ Begitulah setiap yang hidup di atas muka bumi Allah ini.  Tiada satu yang terlepas dari ujian Allah.  Besar kecil setiap ujian yang di timpa ke atas mereka mengikut kemampuan seseorang itu.
            Begitu juga dengan hidup Syaasz.  Setiap hari dalam hidupnya hanya berendam air mata.  Sifat dengki manusia sentiasa saja terpalit padanya.  Ada saja yang tidak puas hati akan dirinya.  Kadang kala terfikir juga dia, tiadakah secalit bahagia untuknya? Tidak layakkah dia untuk ketawa gembira?  Tidak ada ruangkah  untuk dia menumpang kasih? Kenapa dia  hanya di benci dan benci saja?
            Namun setiap persoalan yang terlahir tiada siapa yang mampu memberikan jawapannya hatta dirinya sendiri.  Apatah lagi manusia lain.  Membencinya tanpa mengenali dirinya. Tanpa ada alasan yang kukuh dirinya di salahkan ke atas setiap yang terjadi.
            ``Kau kenapa termenung ni Sya?’’ Mahani bertanya.  Kasihan dia akan nasib yang menimpa sahabatnya itu.  Sentiasa saja ada yang berdengki dengannya.
            ``Entahlah.  Kau tak dengar mulut orang kampung dok cerita hal semalam.’’  Keruh air muka Syaasz.  Mengingatkan hal itu melukakan hatinya.  Pada hal sudah diingatkan hatinya berulang kali agar tidak pedulikan kata orang.  Tapi dia hanyalah manusia biasa.  Yang punya hati akan terasa.  Bukan binatang yang boleh di sumpah apa saja.
            ``Hurmmm… apa kau nak hairan.  Dah dasar mulut manusia lidah tak bertulang.  Kerjanya nak mengumpat orang saja.  Mengutuk orang tak habis-habis.’’  Naik hairan juga Mahani dengan mulut orang kampung ni, apa yang jadi semalam bukannya kehendak Syaasz pun.
            Syaasz membuang pandangannya ke sawah padi yang sedang menguning.  Meliang liuk ditiup angin.  Cuba mengingati kembali apa yang terjadi semalam.
            ``Wei, apahal kecoh-kecoh tu?’’  Mahani bertanyakan Syaasz.
            Syaasz mengjungkit bahu.  Manalah dia tahu.  Baru saja sampai dah dengar bunyi kecoh-kecoh.  Kali ini bukan jalan dah Syaasz dan Mahani, langkah seribu di atur ke arah tempat yang kecoh itu.  Mahani yang sampai dahulu dari Syaasz terlopong terkejut.
            ``Wei… cepatlah.’’  Mahani menggamit Syaasz supaya melajukan langkahnya.
            Ya Allah! Hanya itu yang mampu keluar dalam hatinya.  Dihadapannya kini dua lelaki yang sedang bergaduh.  Siap berkayu bagai.  Kelihatan beberapa anak muda kampung lain sedang meleraikan pergaduhan itu.
            ``Ish… bergaduh berebutkan budak Sya tu.  Macamlah takde perempuan lain kat dalam kampung ni.’’  Ada juga mulut yang sumbang berkata-kata.
            Berdesing telinga Syaasz.  Mahu saja dia cili padikan mulut yang bersuara tadi.   Bukan dia pinta semua itu terjadi.  Dia hanya mampu mengeluh.  Sungguh dia tidak menyangka keaadaan akan pergi sejauh ini.
            ``Dahlah kau menungkan hal tu.  Buat sakit hati kau saja.’’  Mahani bersuara memecahkan lamunan Syaasz.
            ``Kau bukan tak tahu Mahani.  Orang kampung ni bukan suka pun kat aku dan keluarga aku. Dengan hal semalam semakin bertambahlah modal dia orang nak mengata aku.’’  Keluhan memberati rengkungan Syaasz.  Bukan saja orang malah keluarganya juga mula menyalahkannya. Kenapa? Sentiasa saja puncak soalan itu bermain di benaknya.
            ``Sya…’’   sedih hati Mahani mendengar kata sahabatnya itu.
            ``Kau tak faham Mahani.  Keluarga aku juga sama.  Menganggap ia salah aku.  Berpunca daripada aku.  Aku tidak pernah beri harapan pada sesiapa pun.  Aku hanyalah aku.  Seadanya aku.   Mana mungkin aku jadi orang lain.  Kemesraan yang terzahir datang dari hati.’’  Hampir saja air matanya menitis lagi.
            ``Dahlah.  Kau lupakan sajalah apa yang orang nak kata.  Yang penting kau tahu apa yang kau buat dan jadi diri kau sendiri.’’  Mahani menepuk bahu Syaasz.
            Syaasz tersenyum sumbing.   Dia akui dia bukanlah gadis yang baik.  Bukan anak yang baik.  Bukan adik yang baik.  Tapi dia juga punya hati nurani.  Punya naluri yang pasti akan terluka ditoreh belati kata.
            Mahu saja melarikan diri dari semua ini.  Meninggalkan kampung dan keluarga yang menyakitkan hatinya.  Tapi mengenangkan ibunya yang tidak sihat, segala hasutan syaitan dicantasnya.
            Mengenang nasib diri yang bukanlah malang cuma sedikit cacat.  Ada ayah tapi umpama anak yatim.  Setiap apa yang di kehendaki Syaasz pasti akan dipenuhi tapi dia tidak dapat merasa kasih seorang ayah dalam hidupnya.  Dengan alasan meminta itu ini dengan harapan dapat meraih kasih seorang ayah.  Namun dia hilang dalam pencarian itu.  Makin lama dia cari makin banyak jurang yang terdampar.  Maka dia pasrah dengan apa yang terjadi, dengan apa yang tertulis untuknya.
            Apa yang mampu dia lakukan menangis di dalam.   Membiarkan segalanya membanjiri di dadanya namun tidak sesekali dia akan pecahkan tembok itu.  Tapi sampai bila dia sendiri tidak tahu.  Apa yang pasti selagi termampu dia akan bertahan.
            Senja mula berlabuh.  Syaasz menggamit Mahani untuk beransur pulang.
            ``Kau dari mana ni?  Dah tahu ibu sakit bukannya nak lekat kat rumah.’’  Marah abang ipar Syaasz.
            Syaasz bermuka kelat.  Tidak cukup dengan orang kampung yang menunding jari kepadanya, ahli keluarga sendiri pun melakukan yang sama.  Ke mana harus dia melangkah jika duri kiri dan kanan menghalang jalannya?
            Tanpa mempedulikan abang iparnya yang sedang membebel, dia terus ke dalam rumah. Mendapatkan Mak Senah yang sedang berehat.  Melihat maknya yang lena tidur dia berpatah ke biliknya.  Maghrib sedang mendekati sedangkan dia masih belum menyucikan diri.  Segala masalah yang memberat di pundaknya dibiarkan berlalu.

                                                ****

            ``Jauh kau mengelamun.  Apa yang menganggu kau?’’  Riya duduk disebelah Syaasz.
            ``Kenangan lama. Kawan lama.  Kau dari mana ni?’’ Syaasz menoleh sekilas ke arah teman serumahnya itu.  Jelas kelihatan kepenatan di wajah itu.
            ``Hurm… dah-dahlah ingat benda tu semua.  Kau pun dah ada kehidupan sendiri,’’ Riya berbaring.  Dia kepenatan hari ini. Terlalu banyak akaun yang perlu dia selesaikan memandangkan  sudah hujug tahun ini.
            ``Kehidupan apa?’’  wajahnya mendung seribu.  Di situ tercatit segala duka yang tersimpan di dalam hati.  Dari dulu hingga sekarang dia sering di uji. Kekadang dia mengeluh sendiri.
            Firman Allah s.w.t  yang bermaksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : ``Kami beriman,’’ sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka.  Maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA  tentang orang-orang yang berdusta.         (surah al-Ankabut 29 : 2-3)
            Syaasz beristighfar.  Baru sedikit ujian yang mendatang dia telah mengeluh.
            ``Kau dengan Syazmir macam mana?’’ Riya bertanya lagi.  Dia maklum yang temannya itu tidak suka bangkitkan hal itu.  Sekadar ingin menguji rahsia hati Syaasz.
            ``Entah.  Lantaklah dengan mamat tu.’’  Bersahaja suaranya.  Tiada rasa. Kosong.
            Dah kenapa minah ni?  Takkanlah semudah tu dia lupakan Syazmir.  Dulu bukan main lagi angau sayang melangit. Hari-hari bercerita tentang mamat tu.  Sekarang lantak pula.  Ngomel Riya dalam hatinya.
            Telefon yang menjerit nyaring diangkat.  Sebal dia rasa saat melihat nama yang tertera di skrin tu. ``Kau nak apa lagi?!’’ tiada salam, tiada sapaan mesra.  Terus kepada soalan.  Kasar pulak tu.  Apa kena dengan mangkuk ni? Riya garu kepala yang memang gatal tu.
            ``Sya… maafkan Mir. Bagilah Mir peluang.  Mir sayangkan Sya,’’  rayu Syazmir.
            ``Banyaklah kau punya maaf.  Kau dan keluarga kau dah malukan aku depan khalayak ramai.  Hina keturunan aku! kau ingat aku ni apa? tapak kasut kau? boleh blah la dengan kau punya sayang tu!’’ tanpa menunggu jawab dari Syazmir, dia terus memutuskan talian.
            Dadanya berombak laju.  Turun naik seolah baru berlari satu pusingan laju.  Hatinya membengkak.  Sudah aku dihina sesuka hati oleh keluarganya baru kini dia datang memujuk.  Mencanangkan sayang. Memang membuang waktu sahaja.
            ``Kau ni kenapa? kau dengan Syazmir ada masalah ke?’’  Riya yang terkejut dengan jeritan temannya itu.
            ``Kau jangan sebut lagi nama mamat tu!’’ Syaasz mencerlung tajam memanah mata Riya.
            ``Ok.  Tapi kenapa? kau tak nak kongsi dengan aku?’’  Riya berlembut.  Kecut juga perut dia dengan pandangan tajam Syaasz.  Tapi dikawal.
            ``Hmmm…’’  Syaasz membuang pandangannya keluar beranda.  Matahari yang mula beransur beradu di tatap sayu.  Umpama matahari itu bercakap denganya.  Menceritakan segala keluh kesah hatinya.
            ``Sya…’’  Riya menepuk lembut peha temannya itu.  Mata itu menyimpan sejuta rasa duka.  Menyimpan sejuta rahsia di dada.
            ``Kenapa aku Riya?  Di mana dia masa aku perlukan dia? mengapa sekarang baru dia datang canangkan cinta dan sayang dia pada aku? mana dia masa aku di hina keluarganya?’’  luah Syaasz.  Air mata yang di tahan selama ini tumpah juga.
            Riya memeluk bahu Syaasz.  Dalam pelukkan Riya dia menghamburkan tangisnya.  Melepaskan beban yang bertinggung di pundaknya.
            ``Sabar. Menangislah.  Keluarkan semua racun yang ada di dalam hati kau.  Lepas tu ceritakan pada aku satu persatu.’’  Lembut Riya memujuk Syaasz.
            Lima minit kemudian tangis yang tadi laju mulai reda.  Dia mengesat sisa air mata yang ada.  Menarik nafas sedalamnya.  Cuba menenangkan hatinya.  Mencari kesediaan untuk bercerita.
            ``Seperti yang kau sedia maklum, minggu lepas aku jumpa dengan keluarga Syazmir.  Memang aku terkejut melihat kediaman dia orang.  Mewah.  Banglo dua tingkat.  Saudara mara dia semua ada.  Yang paling mengejutkan aku, kedatangan aku di sambut dengan sindiran dan pandangan sinis keluarganya.  Dihadapan orang ramai ibu bapanya melemparkan tuduhan pada aku.  Memperlekehkan maruah aku dan keturunan aku!’’  keras suara dia dihujung katanya.  Hatinya sakit.
            ``Apa yang ibu bapa dia kata?’’ Riya makin berminat untuk tahu.
            ``Dia orang kata aku ni pisau cukur.  Berkawan dengan anak mereka hanya kerana harta mereka.  Menumpang senang anak dia orang.  Dia orang kata lagi memang dasar keturunan aku begitu.  Mak ayah aku tak pandai ajar anak.  Apa salah aku, Riya?  Aku tak tahu pun siapa Syazmir sebelum ini.  Kalau aku tahu dah lama aku jauhkan diri aku.  Tak akan aku letak diri kau di bilah pedang dengan sengaja.  Sedangkan aku tahu bisa luka pedang itu.’’  Air mata yang mengalir, cepat-cepat di seka.  Tidak mahu dia manjakan dirinya dengan air mata.
            ``Syazmir mana?’’  Riya geram.  Tapi disabarkan hatinya.
            ``Hahaha… dia ada.  Diam seribu bahasa.  Hanya duduk memandang tanpa sepatah kata pun.  Kau bayangkan perasaan aku masa tu? diserang bertubi-tubi tanpa perlindungan.  Dia pengecut!  Saat itu juga kau putuskan yang dia tidak layak untuk aku.  Aku nyahkan segala rasa sayang dan cinta yang ada dalam hati aku selama ini,’’ dia tersenyum sinis.
            ``Ya Allah! sabarlah Sya.  Teruskan hidup kau. Lupakan manusia macam tu.  Kau layak dapat yang lebih baik dari dia,’’  pujuk Riya.  Dia yang dengar saja sudah cukup terluka dengan sikap Syazmir.  Apatah lagi Sya yang merasanya.
            ``Masih adakah sisa bahagia untuk aku?’’ tiada jiwa langsung dalam kata-katanya.  Pada jodoh dia sudah tidak mahu berharap.  Sudah banyak kali terluka dan terkena.  Dia sudah serik dengan sikap pengecut lelaki.
            ``Itulah kau… dah angau sangat dengan Syazmir dulu sampai tak nampak  Syam yang dah lama gilakan kau,’’  Riya membuka cerita.  Syam dah lama bertanyakan tentang Syaasz padanya.
            ``Syam mana pulak ni?’’  Syaasz berkerut kening mengingati sesiapa yang bernama Syam yang dikenalinya.  Tiada satu pun nama Syam singgah dibenaknya.
            ``Ya Allah… tiap-tiap hari kau jumpa dia.  Kau ni memang tau.’’  Riya tenyeh kepala Syaasz.
            ``Ishhh… kau ni kenapa? main tolak-tolak kepala lak.  Cakaplah betul-betul Syam mana ni?’’  Syaasz mula muak.  Malas nak berteka-teki begini.  Dalam keadaan dia berserabut begini.
            ``Hurmm…  Syam jiran sebelah rumah kita ni la.  Dah lama dia usya perihal kau dengan aku.  Hari tu dia nampak kau keluar dengan Syazmir, dia tanya aku.  Aku ceritalah pada dia.  Aku ingatkan dia dah putus asa, tapi masih mengharapkan kau. Kau agak siapa yang selalu hantar bunga dan coklat untuk kau tu?’’  Riya angkat kening.
            Syaasz ternganga.  ``Maksud kau semua tu dari dia?’’
            Riya mengangguk, mengiyakan pertanyaan Syaasz.  Bulat mata Syaasz memandang Riya.  Dia tak percaya.  Berapa kali dia korek telinganya.  Takut-takut dia tersalah dengar.  Menampar-nampar mukanya.  Dia terasa bagaikan bermimpi.  Mustahillah!
            ``Kau tak payahlah buat muka macam tu.  Memang dari dia.  Sejak dari pertama kali kau pindah sini dia dah jatuh hati kat kau.  Cinta pandang pertamalah katakan.  Kau saja tak nampak dia.  Sekarang aku rasa elok kau bagi dia peluang untuk masuk dalam hati kau.  Untuk isi luka yang ditinggalkan Syazmir tu,’’  nasihat Riya.  Dia nampak keikhlasan hati Syam terhadap temannya itu.  Buktinya sampai sekarang Syam masih menunggu Syaasz.  Tiap kali Syaasz balik lewat kerja dia akan tunggu Syaasz dari tempat kerja hingga ke rumah.  Macam mana dia boleh tahu?  hampir tiap malam lelaki tu telefon bertanyakan Sya dan bagitahu semua yang dia lakukan untuk Sya.  Kekadang diajaknya Riya sekali.
            Sya diam.  Tidak tahu hendak katakan apa.  Hatinya masih terluka.  Belum lagi bersedia untuk terima kunjungan kumbang lain.  Dia juga masih terkejut.  Tidak pernah dia nampak lelaki itu cuba memikatnya.  Sekadar bertegur sapa begitu saja.  Berborak pun ketika terserempak dalam lif saja.
            Tin tong…loceng rumah berbunyi.  Siapa pula yang datang senja kala begini. Jam di dinding dipandang sekilas. Allah! sudah 7.30 malam.  Mujurlah bendera merah berkibar.  Riya bangun untuk membuka pintu.
            ``Assalamualaikum,’’  Syam tersengih.  Riya tersenyum sama.
            ``Siapa Ri…ya?’’ terjegil biji mata Sya memandang lelaki dihadapannya.  Baru saja sebut dah terjengul depan rumahnya. Panjang umur mamat ni.
            ``Hai, Sya!’’  sapa Syam malu-malu. Alahai… malu-malu kucing la pulak.
            ``Hai… awak apa kat sini.  Maghrib pula tu. Apa kata jiran tetangga nanti,’’ tegur Sya.  Syam mengangguk tanda faham.
            ``Saya nak bagi awak ni.  Esok saya akan pindah ke Sabah.  Buat kali terakhir saya nak bagi ni sendiri.’’  Syam menghulurkan bunga ros merah dan coklat kepada Sya.  Dalam teragak dia menyambutnya.  Di maniskan muka.
            ``Kenapa nak pindah?’’  Sya bertanya.  Nak juga tahu sebab musabab berpindahnya.  Dah alang-alang bagitahu.
            ``Hurmm… takde sebab untuk saya ada kat sini lagi.  Sebenarnya tawaran ni saya dah dapat lama, cuma sekarang saya baru bagi kata setuju.  Ok lah saya balik dulu.  Terima kasih dan maaf kalau sepanjang berjiran dengan saya ada terasa hati atau apa saja.’’  Sya tersenyum dan mengangguk sahaja.  Mulutnya bagaikan terkunci.  Tiada butir bicara yang hendak dilafazkan.  Segalanya bagai hilang.  Otaknya kosong.
            ``Weii!!!’’  Riya menepuk belakang temannya itu. ``Kau ni dah kenapa? diam aje. kesian aku tengok Syam tadi.  Ni haa… sekarang kau dah percaya kata aku?’’  Riya menunjukkan kepada hadiah yang berada dalam pegangan Sya.
            ``Aku keliru. Dalam masa sehari berbagai hal aku ketahui.  Aku tak tahu bagaimana nak cakap kat dia.  Hati aku belum bersedia untuk bercinta setelah apa yang jadi dengan Syazmir,’’  Sya mengeluh.  Dia duduk di kerusi. Di celah kuntuman bunga ada sekeping kad sederhana besar. 
            Sya membuka kad, haruman bunga mawar semerbak sebaik saja kad itu terbuka.  Tersenyum dia sendiriannya.  Romantis juga mamat ni.
            Assalamualaikum… indahnya mawar kerna senyuman mu. Sentiasalah tersenyum hingga             matahari pun cemburu dengan mu. Biar mati kicauan burung dek panahan ceriamu.            Senyum selalu… senyum mu penyeri maya ku.     ~Farisyam Aqil
            Sya hanya mampu tersenyum. Indah.

                                                            ****

            Sinaran matahari mula garang menyinar. Jam loceng atas meja dikerling hujung mata.  Apa boleh buat matanya tak boleh dibuka, jadi dikerling sajalah. Hah! dah pukul 9 pagi.  Ya Allah… patutlah matahari dah makin garang.  Marahkan aku yang belum bangkit lagi.  Adoi… bebel Sya dalam hatinya.
            Dia bangkit dari katil menuju dapur.  Nota kecil di pintu peti sejuk di baca sepintas lalu.
                        Aku keluar hantar Syam kat airport.  Waktu pelepasan dia 10 pagi.
            Sya terkedu.  Baru dia teringat akan perbualan dia dengan Syam semalam.  Perlukah aku pergi?
            Dia duduk di beranda.  Akhir kata dari Riya sebelum masuk tidur semalam terngiang-ngiang di telinga, bagaikan buaian angin lalu.
            ``Aku tak suruh kau terima cinta dia.  Tapi terima dia jadi kawan kau.  Kenali dia.  Tak adil untuk Syam, kau tolak tanpa beri dia peluang mencuba.  Tak adil juga untuk diri kau, kerna Syazmir kau tutup hati untuk lelaki lain.  Kau fikirlah.  Berkawan tak salah Sya.’’
            Berulang kali kata-kata Riya dilayarkan dalam kepalanya. Jam sudah menunjukkan Pukul 9.15 pagi. Sempat ke lagi ni?  Arghhh!!! Bedal aje la sempat ke tidak.  Janji aku dah cuba.  Kunci kereta yang tersangkut di dinding di capai.  Alahai…anak dara dengan tak mandinya keluar rumah. Apa kisah?  Bukan orang nak cium pun.  Dalam masa genting macam ni pun boleh lagi hati dia berbalah sendiri.
            Mujur saja hari ini hari cuti, tidaklah jalan sesak sangat.  Di pecut keretanya selaju mungkin.  Selit sana selit sini. Nasib baik juga jarak rumahnya di Putrajaya ke KLIA tidak jauh sangat.
            Lagi lima belas minit pukul  10 pagi.  Dia letak kereta dan terus berlari.  Mencari kelibat Riya mahupun Syam.  Aishh!!! Mana nak cari kat tempat luas macam ni?  dah la ramai orang.  Manalah mereka semua ni nak pergi?
            Puas dia keliling ruang legar balai pelepasan itu, namun hampa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Mahu saja dia menangis.  Ditabahkan hatinya.  Longlai kakinya melangkah keluar.
            Saat kakinya mahu melangkah pintu keluar…
            ``Sya!!!’’  jerit Syam.
            Laju saja Sya berpaling ke belakang.  Syam mendekati Sya.
            ``Hai… saya Farisyam Aqil.  Senyum awak… indah!’’
            Sya tergelak.  Begitu juga dengan Syam.  Riya hanya memerhati dari jauh.  Dia berdoa muga ini jalan bahagia yang kekal buat temannya itu.  Dan Syam jodoh dari Allah untuk gadis itu.  Gadis yang memiliki sekeping nama yang indah tapi tidak mempunyai rentetan hidup yang indah.  Ya Allah… biarlah Syam menjadi penghapus air mata dia.  Doa Riya.

No comments: