Friday, March 20, 2020

CINTA MAMAT SANDWICH (BAB 6)






                                  Bab 6


Adif raup wajahnya kasar. Sejak dari peristiwa tadi, makin kerap bayangan gadis itu menganggu ketenanganya. Siang dan malam hanya wajah itu yang hadir. Senyum manja, lenggok menggoda bagaikan layer perak bermain di mindanya. Dia rimas. Lemas. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan agar semua itu berlalu. Tidak menganggu jiwanya.
Sejujurnya dia tidak mahu lagi bertemu dengan Adhia. Jika mampu mengelak, dia akan terus mengelak. Mencipta jurang. Tapi sejauh mana dia berusaha, pasti akan ada kebetulan di antara mereka. Sama ada ia dirancang atau sememangnya sudah ditakdirkan begitu? Andai sekali dua mereka dipertemukan tanpa sengaja, ia boleh dikatakan kebetulan. Jika kerap kali, masih kebetulankah? Kenapa tidak dikatakan bahawa ia takdir? Rambut yang kusut ditarik kuat. Serabut.
Puas mundar mandir, Adif baring. Sampai saja dirumah tadi dia terus ke biliknya. Malas mahu bersoal jawab dengan Aiman satu hal. Dan satu hal lagi, dia perlu redakan resah hatinya. Usai mandi dia solat sunat dua rakaat.
Otaknya menerawang mengintai peristiwa tadi. Hampir saja dia terbabas tadi. Siapa tak suka dipeluk perempuan cantik dan seksi? Tipulah kalau dia tak suka tapi dia lebih takut akan janji Allah. Dia dan Adhia bukan mahram.
``Ya Allah.’’ sesak dadanya.
Kau memang dah sepatutnya kahwin pun Adif. Normal lah apa yang kau rasa itu. Monolog hatinya.
``Memang normal tapi Adhia… Gadis tu… Hmmm…’’ Tidak mampu Adif berkata-kata.
Adhia cantik tapi sayang kecantikkannya dijadikan tontonan umum. Satu kerugian yang nyata.
Itu tugas kaulah untuk bentuk dia. Monolog hatinya lagi.
Adif geleng kepala. Mata dipejamkan. Mengharapkan lena menjelma. Malas mahu memikirkan monolog hati.  Esok banyak kerja yang harus dilakukan. Rasanya lepas ni dia kena lipat gandakan aktiviti untuk penuhi waktu terluangnya.



Azan subuh dari surau berdekatan rumah mengejutkan Adif dari lena. Jam di tepi katil diambil. Hah! dah pukul 6 pagi. Ya Allah! Terlewat bangun hari ini. Tak dapatlah dia berjemaah di surau.
Terkocoh-kocoh Adif bangun bersuci dan berwuduk. Usai solat subuh dia mencapai telefonya. Ada 15 missed call dari nombor yang tak dikenalinya.  Siapa ni? Penting sangat ke? Hmmm, namun pertanyaan itu dibiarkan begitu saja apabila terlihat jarum jam yang bergerak laju. Masa kian mencemburuinya.
Pantas dia turun ke dapur menyiapkan barang untuk sandwich dan barang untuk dibawa ke jualan hari ini. Kelam kabut dibuatnya. Ini semua salah Adhia! Haih… Mujur saja tidak terbabas subuh.
Aiman pandang Adif yang macam lipas kudung ke sana ke mari.
``Kalau kau nak pandang aku saja, baik tak payah!’’ tempelak Adif.
Tergaru-garu Aiman. Menyengih. Lantas tangan menolong apa yang patut sebelum Adif memulakan ceramah percumanya nanti.
Pukul 7.30 pagi barulah mereka sampai ke tempat yang mereka selalu berniaga. Mata Adif tampang ke hadapan. Susuk tubuh yang sedang berdiri di tepi jalan dengan tangan bersilang di dada, mengejutkanya. Sangkanya semalam adalah pertemuan yang terakhir. Namun pagi ini jumpa lagi! Nafas berat dilepaskan perlahan. Tak ada kerja lain ke minah ni?
``Hai Adhia.’’ Tegur Aiman ramah.
``Hai.’’ Adhia angkat tangan. Senyuman manis diukirkan.
Adif keluar dari kereta. Tidak sekali pun dia menjeling Adhia dihadapan. Kerjanya diteruskan seolah-olah gadis itu tidak wujud. Hatinya usah cakaplah. Nak marah pun ada. Berdebar pun ada. Rasa marah bila melihatkan pakaian Adhia. Jeans ketat dan kemeja warna putih. Putih kau!  jadi bayangkanlah warna dan bra warna… Huh! Dia nak pandang pun segan.
``Adif.’’ Lembut suara Adhia memanggil lelaki itu.
Adif panggung kepala sejenak.  Memandang ke hadapan.``Hmm.’’
``Kenapa tak angkat call?’’
``Hah?’’ Adif kerut kening. Call?
``Semalam dekat 15 kali aku call kau. Satu pun tak jawab. Return call pun tak.’’ Merajuk nada suara Adhia. Muncung ditarik.
Ooo, Adhia yang call dia semalam. Ingatkan siapalah. Tanpa sepatah kata Adif terus menapak ke seberang jalan.
Adhia mencebik. Usahkan nak pujuk pandang pun tak. Huh! Adhia membontoti Adif. Aiman sudah lama berada diseberang jalan memulakan jualan.
Perasan langkahnya diikut, Adif berpaling ke belakang. Terpejam matanya seketika saat matanya terpandang dada Adhia. Giginya dikacip geram. Mata ni pun, dalam banyak-banyak  tempat kat situ dipandang.
``Kenapa kau ikut aku?’’ Dingin suara Adif.
``Aku nak tolong kau.’’ Adhia senyum.
``Tak payah! Kau tunggu kat sini aje.’’ Tegas nada Adif.
``Alaaa… Aku nak tolong jugak!’’ Keras Adhia menolak. Langkah terus dimajukan ke arah Aiman.
Adif  lepas nafas kasar. Degil! Ah, lantaklah. Bukan bini aku pun. Dosa pun dia yang tanggung bukan aku. Isy, ikutkan hati ni, nak saja aku lipat-lipat masukkan dalam bonet kereta. Tak nampak ke mata-mata lelaki yang tengok dia tu, terjojol!
``Wah! laku sandwich kita hari ni Dif.’’ Ujar Aiman ketika berehat di tempat parkir kereta.
Adif jeling kepada Aiman. Adhia yang duduk disebelah Aiman langsung tak dipandang.
Adhia kibas-kibas bajunya. Rimas dengan peluh. Orang tak pernah kerja tengah panas macam inilah gayanya. Kalau bukan nak pikat si Adif ni jangan haraplah Adhia nak tayang kulit putihnya ditengah panas. Menjadi santapan terik matahari.
``Dif, kau dengar tak aku cakap ni? mujur ada Adhia kan.’’ Ucap Aiman.
Adhia senyum bangga.
``Huh! setakat tayang body nak lariskan jualan baik tak payah. Aku nak cari rezeki yang halal bukan…’’ Adif  telan liur. Nasib baik dia sempat berhenti. Kata-kata yang bakal keluar nanti pasti menyakitkan hati gadis itu.
Adhia kacip gigi. Matanya menjeling tajam pada Adif.
Bengang.
Geram.
Terasa hati.
Dia sekarang tengok Adif tu macam kecil saja. Mahu saja dia cilikan mulut berapi Adif tu. Biar lelaki itu sedar sikit bila masa nak jaga lidahnya dari berkata-kata. Bukan dia tak tahu apa yang Adif nak cakap tu.
``Woi, agak-agaklah kau ni pun nak cakap. Fikirkanlah hati orang juga.’’ Tegur Aiman perlahan. Serba salah dia dengan Adhia. Melihat wajah mendung gadis itu makin membuatkan dia rasa bersalah. Sudah dapat kawan yang out spoken tak kena tempat ni.
Adif ni buta ke apa? Atau hati batu. Tak nampak ke betapa Adhia berusaha nak dekat dengannya tapi boleh dia layan tak layan saja. Aku yang tiada kena mengena ni boleh nampak yang Adhia ada hati dengan dia. Buta!
``Dah la, aku nak balik.’’ Ujar Adif.
``Kau kenapa? Apa kurang aku sampai kau layan aku macam ni, hah? aku rendahkan maruah aku untuk kau. Aku tak pernah merayu pada lelaki tau.’’
``Ada aku suruh kau terhegeh-hegeh kat aku? eh, kau kenal aku baru dua hari, yang kau nak dekat dengan aku kenapa? tak takut aku ni perogol  bersiri ke?tak pun aku ni penculik. Tak takut aku culik, jual kat Siam. Haaa, lagi satu, kau cakap kau rendahkan maruah kerana aku. Ni aku nak tanya, kau masih ada maruah diri ke? Hah!’’ Jerkah Adif.
Aku tak suruh pun dia datang sini, diri sendiri yang sibuk. Tanganya ligat mengemas barang-barang. Hatinya sakit.
``Apa maksud kau ha?’’ Adhia tarik lengan Adif. Memaksa lelaki itu berhadapan denganya.
``Ni!’’ Adif tarik hujung baju Adhia. ``Kau tak nampak atau kau sengaja buat tak nampak? Baju kau pakai ni, warna putih! Apa saja yang tak nampak? Hello! Kalau kau ada maruah kau takkan pakai baju macam ni tau. Haisy! Dah la, apa saja yang kau nak buat, jangan libatkan aku. Jangan muncul depan aku lagi!’’
Adhia tunduk kepala memandang bajunya. Allah, terpana dia seketika. Sungguh dia tidak perasan. Pagi tadi dia nak cepat sampai sebelum Adif. Dia capai saja baju yang mana sempat. Tapi sudah namanya Adhia Adamia, apa yang dikata Adif tidak terkesan. Bahkan egonya tercalar hingga dia nekad akan buatkan Adif jatuh cinta kepadanya. Walau dengan apa cara sekali pun.
Adhia melangkah mendekat Adif. Dia berhenti betul-betul dibelakang Adif. Kiranya jika lelaki itu berpaling mereka akan… Saat itu jugalah Adif tegakkan badan lalu berpaling ke belakang. Terkejut dia melihat Adhia berdiri hanya berpisah seinci darinya.  Terduduk dia dibonet kereta.
``Ka… Kau nak apa?’’ Tergagap-gagap Adif. Panas mukanya. Gila tak panas! Gunung Adhia sikit lagi nak bersentuh dengan dadanya.  Eh, dia duduk sekarang dan Adhia berdiri jadi gunung Adhia bukan di dada tapi di… Makin laju air liur ditelan. Perit tekaknya.
Adhia kulum senyum. Bukan susah mahu `mengusik’ lelaki seperti Adif Arman ini. Kan dia pernah cakap dia lelaki normal. Maka untuk mengajar lelaki normal hanya dengan cara ini saja. Baru dia tahu penangan Adhia macam mana.
``Aku nak kau.’’  Adhia membongkokkan badanya setara dengan Adif. Tangan Adhia bermain di dada Adif. Lenggok suaranya manja. Renungan menggoda dia pamerkan.
Laju Adif melarikan anak matanya saat Adhia tunduk. Kemeja Adhia yang terbuka di bahagian dada membuatkan pipinya panas. Berbahang. Lagi panas dari bahang matahari sana. Astagfirullah… Istighfar Adif dalam hati.
Ternganga Aiman melihat lagak berani Adhia. Ditengah jalan ni dia menggoda Adif. Perghh! Tabiklah.
Adif tepis tangan Adhia. Nafasnya dah semput. Gila! Berani sungguh Adhia berkelakuan begini. Mana pergi sifat malu seorang wanita dalam dirinya. Adif cuba bangun namun dihalang Adhia.
``Kau nak ke mana? Kau tahu tak apa yang aku rasa sejak kali pertama aku lihat kau?’’ Jari Adhia mengelus lembut pipi Adif. Pantas lelaki itu mengelak. Jujur dia tidak senang dengan kelakuan Adhia ketika ini.
``Aku ingin menyentuhmu. Merapatimu.’’ Adhia mendekatkan dirinya kepada Adif sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. ``Membelai wajahmu. Dan aku ingin merasa betapa manisnya bibir ini.’’ Jari Adhia jatuh dibibir merah Adif. Suaranya sengaja dilunakkan, menggoda. Bibir bawahnya digigit.
Berombak dada Adif menaham amarah. Tahap kesabaran sudah mencapai tahap maksima.
``Kau tergoda?’’
Soalan Adhia itu memecahkan tembok kesabaran Adif. Dia menolak kasar tubuh Adhia. Di raup wajahnya beberapa kali.
Adhia senyum kemenangan. Sangkanya Adif sudah jatuh dengan kemanjaanya. Aiman garu kepala. Sudah! Adhia sudah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Habislah Adhia kali ni.
``Kau…’’ Adif kacip gigi. Sabar Dif. Dia perempuan. Hatinya mengingatkan.
``Ya.’’ Adhia senyum menggoda.
``Kalau kau ingat aku akan tergoda dengan kau, boleh jalanlah perempuan!!! Hey, mana pergi maruah kau ha? Di tepi jalan begini pun kau boleh berkelakuan macam perempuan…’’ Adif gigit lidahnya. Allah, sekali lagi dia hampir terlepas kata. Ah, semua kerana gadis ini yang lepas bebas perilakunya.
``Tolonglah Adhia Adamia. Peliharalah kelebihan yang Allah bagi kat kau ni. Kecantikkan, kelembutan dan ilmu menggoda kau tu, simpanlah untuk yang halal. Jangan biarkan diri kau dipandang serong oleh orang kerana sikap lepas bebas kau ni. Kau tahu tak, isteri nabi tidak pernah menggoda nabi dihadapan khalayak ramai. Usahkan menggoda, bermesra di khalayak ramai pun tidak pernah. Inikan pula kau dengan aku yang tiada ikatan halal. Allah, jangan cabar iman aku Adhia Adamia! Aku ingatkan sekali lagi, aku hanyalah lelaki biasa yang punya nafsu! Jangan pandang enteng Adhia Adamia. Jangan!’’ Adif berlalu ke dalam kereta. Hatinya panas.
Apa yang gadis itu hendak tunjukkan? Bangga dengan apa yang dia miliki? Jika aku lelaki buaya, dan ambil kesempatan di atas sikap dia tu… Masih boleh berbanggakah dia? Bodoh! Gerutu hati Adif.
Berubah air muka Adhia. Perasaan dia… celaru antara ego dan rasa malu. Tidak tahu sama ada mahu marah atau terharu. Walaupun begitu kata-kata lelaki itu melekat di kepalanya.
Kasihan Aiman melihat Adhia yang kaku itu. Tapi itulah, jangan diduga si Adif, inilah jadinya.
``Maafkan Adif, Adhia.’’ Hanya itu yang mampu Aiman katakan sebelum dia juga masuk ke dalam perut kereta.
Sebaik saja Aiman masuk, Adif terus pecut keretanya meninggalkan Adhia. Dari cermin pandang belakang, Adif sesekali menjeling ke belakang dan gadis tu masih disitu. Dalam hatinya rasa bersalah. Tahu yang kata-katanya tadi telah melukakan hati Adhia tapi hanya itu yang dia nampak cara untuk menyedarkan gadis tu.
Bohonglah kalau dia tidak tergoda, dia lelaki okay. Disebabkan itulah dia harus berkeras. Sebagai manusia, iman dia tidaklah sekuat mana. Bimbang akal yang waras hilang kestabilanya disebabkan nafsu kian beraja.

No comments: