Friday, March 20, 2020

H.U.D (BAB 12)





                                      Bab 12




Pintu kereta dihempas kuat. Dia pandang Khaliq yang baru masuk ke dalam perut kereta, mengambil tempat dibahagian pemandu. Nafasnya turun naik menahan amarah. Ini semua kerana Khaliq, sibuk suruh dia memujuk Mia. Andai kata Mia tidak setuju dengan cadangan dia dan mendesak untuk berkahwin dengan dia, memang ada yang kena penampar tadi.
``Hud,’’ Khaliq serba salah. Dia tahu Hud tak suka masuk campur urusan Mia. Tapi dia juga tak sanggup lihat Mia terusan melakukan kesilapan yang sama. Biarlah kali ini dia hadap kemarahan Hud andai itu untuk kebaikkan Mia.
``Lepas ni kau jangan libatkan aku dalam hal Mia lagi!’’ amaran keras diberikan.
Helaan nafas berat Khaliq lepaskan. Dia tahu dia salah sebab memaksa Hud campur tangan tadi. Tapi apa lagi yang dia boleh lakukan dengan sikap degil Mia tu. Dia tahu hanya Hud yang mampu memujuk Mia. Sebab itulah dia memaksa. Manalah dia tahu yang Mia tu berani pula meminta Hud kahwin denganya.
``Aku minta maaf Hud. Aku tahu aku salah. Tapi diakan kawan kita. Kalau bukan kita yang tolong dia, siapa lagi? Lagi pun kau dah janji nak tolong diakan?’’ Khaliq mengingatkan.
Hud merengus. Bukan dia tidak mahu menolong, tapi kalau dah seperti nak ambil kesempatan itu yang dia malas. Lepas tu tuduh dia yang bukan-bukan pula. Dia sedar dirinya siapa, tidak pernah dia bermimpi untuk mencari teman hidup semulia Rabiatul Adawiyah; tidak juga sesuci Maryam. Dia juga tahu Allah telah katakan, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Dia tahu semua tu. Dan bukan sebab Mia jahat dia menolak gadis itu tetapi sebab hati dia tiada getar untuk Mia. Dia hanya mampu melihat Mia sebagai sahabat sahaja. ``Hud,’’ panggil Khaliq.
``Ya, aku tahu aku dah janji nak tolong dia. Dan aku bukan jenis yang mungkir janji, kau tahu tu Liq. Cuma, ini kali terakhir aku tolong dia. Lepas ni aku takkan ambil tahu lagi pasal dia. Lagi pula, yang dia gila tak guna protection tu kenapa? Bangang sangat! Dah tahu diri tu perempuan, janganlah pelahap sangat dengan jantan,’’ cemuh Hud. Dia betul-betul sakit hati sekarang ni.
``Hud!’’ keras nada suara Khaliq. Tidak suka dengan apa yang terbit dari bibir sahabatnya itu. Kasar bahasa yang digunakan oleh Hud.
``Apa?’’  tajam anak mata Hud menikam pandangan Khaliq. Tegang. Lama pandangan mereka beradu sehingga akhirnya Hud bersuara.
``Fine! Sorry. Kau tahukan aku Liq. Aku tak nak Mia berharap pada aku. Ya, walau dia seakan boleh terima aku tak sukakan dia tapi itu hanya luaran. Hati dia, aku tahu Liq. Dia masih harapkan aku. Kalau tak, dia takkan minta aku kahwin dengan dia.’’ Perlahan suara Hud bersuara. Itu juga salah satu sebab dia bersikap dingin dengan Mia sekarang. Prihatin dia hanya akan disalah tafsirkan oleh perempuan itu.
Khaliq raup wajah. Antara Mia dan Hud, dua-dua dia kasihan. Dua-dua sahabatnya walaupun dia kenal Hud lebih lama dari Mia. Sejauh soal hati dan perasaan, ia bukan satu paksaan. Kita tak boleh memaksa hati untuk suka tapi kita boleh paksa hati untuk tidak suka. Pelik tapi itulah hakikatnya.
``Aku faham maksud kau Hud. Cuma untuk kali ini aje. Aku tak nak dia buat tindakkan bodoh yang boleh meragut nyawa dia.’’
``Yer la. Jomlah gerak. Hujung minggu ni kita keluar cari rumah sewa untuk dia,’’ putus Hud. Malas dia nak berbahas akan isu ini.
``Okay. Kau ada nak singgah mana-mana ke?’’ soal Khaliq.
``Tak naklah. Hantar aku balik kondo aku aje.’’ Hud buang pandangan ke luar tingkap.
Khaliq memulakan pemanduanya meninggalkan kawasan kondo Mia. Dalam kepala dia sarat dengan masalah Mia. Ikutkan hati dia juga tak mahu ambil tahu perihal perempuan itu tapi atas dasar perikemanusiaan dia tidak sanggup mengabaikan kesusahan Mia.
``Asma’,’’ seru Hud. Matanya tunak memandang susuk tubuh di seberang jalan. Aik, kenapa Asma’ ada kat sini? Mustahil la. Matanya dipejam celik beberapa kali namun kali ini figura itu telah hilang. Yang ada hanyalah kereta lalu lalang.
``Kau kenapa ni? Angau,’’ tegur Khaliq.
Hud geleng kepala. Bibirnya mengukir senyum. Apa kena dengan dia ni? Asma’ tidak ada tapi matanya menzahirkan figura gadis itu. Otaknya yang biul atau matanya yang rabun? Atau lebih tepat hatinya yang nanar.
Tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Iphone dikeluarkan. Lalu ditaip sesuatu sebelum dihantar kepada empunya diri. Dia pasti gadis itu akan membebel panjang apabila membaca mesejnya itu.

Asma’ kemaskan tudung dikepala. Dia sudah siap untuk pergi kerja. Telefon yang berbunyi sekali, menandakan ada mesej masuk dicapai lalu dibuka. Nombor yang tidak ada dalam daftar kad sim nya tapi dia amat kenali nombor itu. Baru pagi tadi lelaki itu menganggu ketenanganya. Apa lagi yang dia nak ni.
Membulat mata membaca setiap bait aksara mesej Hud.

Asma! apa yang awak dah buat kat saya ni? Baru tadi saya nampak awak di jalan Sri Hartamas. Then, sesaat kemudian awak hilang. Awak dah jampi saya ke? – Hud

``Heh, dia ingat aku bela saka ke? Aku duduk rumah dia kata aku nampak aku kat Sri Hartamas. Kut ya pun gila, gila la sesorang. Tak payahlah nak ajak aku gila sekali,’’ bebel Asma’.  Kakinya melangkah ke pintu utama. Dari melayan lelaki ni baik dia keluar pergi kerja. Lambat masuk, merah la punch card dia nanti.
``Kau membebel apa ni?’’ tegur Azyan.
``Ni haa, ada mamat tiga suku kacau aku dari pagi tadi lagi. Banyak sangat masa terluang dia,’’ mendatar suara Asma’.
Azyan kerut kening. Haih, ini kali pertama dia dengar Asma’ membebel pasal lelaki. Kalau dulu asal dia sebut saja nama lelaki terus dipotongnya.
``Siapa?’’ korek Azyan.
``Siapa, siapa?’’ soal Asma’ balik. Bingung.
``Isy, yang kacau kau tu la,’’ ujar Azyan geram. Sengaja buat bingung.
``Ooo, orang. Ada dua mata, dua kaki, dua tangan… yang pastinya sempurna kejadianya. Cumanya otak saja yang sewel. Dah la aku nak pergi kerja dulu. Assalamualaikum.’’ Asma’ terus berlalu meninggalkan Azyan yang masih mahu bertanya. Sengaja dia tinggalkan begitu. Makin lama dia kat situ makin banyak soalan Azyan.



Selesai punch card, Asma’ kemaskan barangnya dalam lokar. Kemudian dia keluar ke bahagian depan mengemas apa yang patut. Jam di pergelangan di kerling sekilas, pukul 6 petang. Malam ni dia ditemani oleh Amar. Tapi lelaki itu bagitahu yang dia masuk lewat sebab ada hal yang perlu diuruskan dulu.
Sebelum ini kalau shift malam dia hanya berkerja seorang diri.  Disebabkan oleh kejadian rompakan dua bulan lepas, Encik Harun selaku manager seven eleven tu melakukan rombakan jadual shift. Waktu malam dia akan tugaskan dua orang pekerja lelaki dan perempuan. Untuk keselamatan bersama.
Puas duduk melangut di kaunter pembayaran, Asma’ ke bahagian makanan. Memeriksa stok yang berkurang; melihat tahap kebersihan juga. Manalah tahukan, nanti tak pasal-pasal kena kritik dengan pelanggan; keadaan kedai berhabuk.
Ting!
Asma’ pandang ke arah pintu masuk. Kelihatan dua remaja lelaki masuk dengan helmet di kepala. Hati Asma’ berdegup lain macam. Di pintu masuk telah ditampalkan notis bahawa tidak benarkan bawa masuk helmet. Namun dia bersikap selamba. Bertenang. Dari rak makanan dia beralih ke kaunter bayaran setelah salah seorang remaja tadi berdiri di situ.
``Ya, nak apa?’’ soal Asma’ ramah. Dia koyakkan senyum walau terasa hambar.
Kelihatan budak remaja itu memandang kiri kanan. Kemudian memandang sahabatnya di hujung berdekatan dengan peti ais. Asma’ telan liur kasar. Dalam hati berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. Mana Amar ni?
Degup jantung Asma’ kian laju apabila matanya menangkap silauan cahaya dari poket baju berhud remaja itu. Ya Allah, pisaukah itu? Apa aku nak buat ni Ya Allah?
Ting!
Cepat-cepat remaja itu memasukkan kembali senjata ke dalam poket bajunya. Melihat seorang lelaki masuk Asma’ tarik nafas lega doanya semoga lelaki itu tidak akan berlalu dengan cepat.
Khaliq pandang dua remaja itu dengan hairan.
``Dik, bukan ke tak boleh bawa masuk helmet dalam kedai ni? Tu kat pintu tu dah ada notis ditampalkan,’’ tegur Khaliq.
Remaja itu anggukkan kepala sebelum menggamit sahabatnya meninggalkan seven eleven itu.
Asma’ terduduk memeluk kakinya yang mengigil. Dari tadi dia menahan kakinya yang kian goyah dari terkulai.
``Hey, kenapa ni?’’ Khaliq menerpa ke arah Asma’ yang duduk dilantai.
``Terima kasih encik. Kalau takde encik tadi saya tak tahulah apa nak jadi. Budak remaja tu tadi, saya rasa nak merompak. Tapi bila encik masuk dia blah.’’ Ujar Asma’ perlahan. Dia sudah kehilangan tenaga. Tanganya masih menggeletar. Sesak dadanya.
``Cik, tenang. Kita repot polis ek,’’ usul Khaliq. Kasihan dia melihat wajah pucat gadis ini. Mujur Allah gerakkan hati dia untuk berhenti sekejap. Dahaga. Rupanya ada hikmah disebalik ini.
Asma’ pandang wajah Khaliq. Matanya berkaca. Janganlah menangis sekarang. Janganlah. Pujuk hatinya.
Tanpa menunggu jawapan dari gadis itu, Khaliq keluarkan telefonya dan mendail talian kecemasan. Lima belas minit kemudian, sebuah kereta peronda polis datang. Khaliq tarik nafas lega. Manager gadis itu juga sudah sampai.
``Terima kasih encik…’’
``Khaliq,’’ jawab Khaliq. ``Sama-sama. Saya bukan buat apa pun, kebetulan saja.’’
``Ya, walau begitu saya ucapkan terima kasih juga. Sudah dua kali seven eleven cawangan ni kena rompak. Dua-dua cubaan tu berlaku waktu Asma’ bertugas. Kalau apa-apa jadi pada dia tadi, saya rasa bersalah sangat,’’ adu Encik Harun.
Khaliq senyum. Kepala dianggukkan. Ooo, Asma’ nama gadis tu. Persis nama gadis yang sering di ceritakan Hud. Apakah orang yang sama juga? Hahaha… Mungkin ya, mungkin tidak.
``Okaylah Encik Harun, saya minta diri dulu.’’ Mereka bersalaman sebelum Khaliq keluar dari kedai itu.
``Asma’ awak balik la rehat kat rumah. Saya dah suruh Hamzah gantikan awak malam ni. Mulai malam ni akan ada polis bantuan yang berjaga kat luar sana,’’ ujar Encik Harun.
Asma’ hanya diam. Ketenangan yang hilang tadi mula datang kembali. Walau masih terkejut tapi dia sudah mampu berdiri. ``Saya minta diri dulu Encik Harun,’’ pamit Asma’.
Lelaki itu hanya anggukkan kepala. Menghantar langkah longlai Asma’ dengan pandangan mata yang kasihan. Malang nasib gadis itu. Dua kali nyawa hampir melayang. Mujurlah Asma’ tak minta berhenti kalau tidak susah juga dia. Sudahlah sekarang staff tidak cukup.
Asma’ termenung di kaki lima seven eleven. Dua kali dia hampir jadi mangsa rompakan, membuatkan dia rasa kerdil. Insaf. Dua kali dia diuji dengan ajal. Hampir dengan maut. Ya Allah, apakah akan jadi kiranya tadi nyawa aku menjadi galang ganti? Apakah dosa aku sudah diampunkan? Bagaimana dengan hutang-hutang aku? Hutang-hutang ayah aku.
Air mata yang bergenang tadi jatuh jua. Dia duduk mencangkung menekur lantai. Dia hanya ingin mencari rezeki sesuap nasi. Kenapa diuji begini? Setelah terasa tenang, ditarik nafas dalam. Sisa air mata dilap lembut. Dia pandang dada langit seketika sebelum mengorak langkah. Tanpa dia sedar yang segala tingkahnya diperhatikan sepasanag mata yang menyimpan seribu makna. Seribu rasa.

No comments: