BAB 1
Bekerja
di kafe adalah impianya. Menjadi seorang barista juga impianya. Dia seorang
pencinta kopi yang amat ghairah terhadap minuman itu. Kopi diibaratkan seperti
dadah yang mampu membuatkan dia ketagih dan khayal.
Menjadi
satu-satunya barista di Kafe Luth Haqiem bukanlah impian dia. Kenapa? kau orang
akan tahu nanti. Tetapi ada satu perkara yang menyeronokkan di sini. Seorang
gadis berada dikalangan jejaka-jejaka kacak bagaikan Cinderella bersama tujuh
orang kerdil. Hendak pula dirinya digelarkan mocha girl. Mesti nak tahu kenapa
dia dapat gelaran itukan? Minuman kegemaran dia mocha. Dan dia tersangat mahir
dalam buat mocha. Tak terlalu manis, smooth dan sedap semestinya.
Berbalik
kepada pekerja-pekerja kafe ni, semuanya lelaki kecuali dia. Namun, layanan mereka
tak pernah berbeza. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan keluar lepak
bersama pada hujung minggu atau selepas habis waktu kerja. Sudah seperti adik
beradik.
Jam
di dinding belakang kaunter dikerling. Keluhan dilepaskan perlahan. Lagi lima
minit ketenangan dia akan diragut dengan kejam. Sejujurnya, dia tak tahu
kenapalah lelaki ini suka sangat menyusahkan dia. Dalam kafe ni, bukan dia
seorang saja pekerja lelaki itu. Ada ramai lagi tapi dia juga yang dikerah
seperti babu.
Haa,
inilah yang dia maksudkan satu-satunya kecacatan yang merosakkan keseronokkan
dia di kafe ini. Tunggu kejap. Tubuh dia balik berdiri tegak tangan menyilang
dada. Mata tunak memerhati jam bulat didinding sambil mulut bergerak mengira.
Satu.
Dua.
Tiga.
``Q!’’
laung satu suara dari tingkat atas.
Q senyum senget. Rutin seharian
seorang Luth Haqiem! Apa yang susah sangat bos dia tu nak faham pun dia tak
tahu, orang cakap jangan menjerit, dia menjerit juga. Barangkali dia hendak
satu bangunan ni tahu yang dia tu kaki dera pekerja. Kadang bukan untuk hal
yang besar pun, benda yang dia boleh sendiri tapi dirinya juga yang diseru
Luth. Sampaikan kakitangan kat sini cop dia dengan gelaran `Luth’s girl.’
Kalau ikut logik akal, memang sesuai
sangat gelaran itu dengan dia. Dalam satu hari hampir sepuluh kali dia akan
dipanggil menghadap Luth. Hanya hari yang ramai pelanggan saja lelaki itu
takkan menganggu dia sekerap hari biasa. Naik bingung kepala memikirkanya. Bila
dia usulkan suruh ambil pekerja lain, tak nak. Pekerja lelaki dah ramai.
Disuruh ambil perempuan, ayat jawab Luth buat dia naik bingung.
``Tak cemburu ke aku ambil pekerja
perempuan? Kalau aku lebihkan dia dari kau, kau okay? Tak sakit hati?’’
Soalan-soalan begitulah membuat otak
dia hampir pecah memikirkanya. Apa kaitan dia dengan soalan itu semua. Lelaki
itu bos, ikut sukalah mahu beri layanan yang macam mana. Jangan sampai diajak
ke tempat tidur, sudahlah. Memang dia bakar dalam oven Khairul tu.
``Q, darling!’’ mendatar tapi tegas.
Malah terselit nada sinis disitu.
Terbang segala ingatan masa
mula-mula hendak `mesra’ dengan lelaki itu. Suara itu kedengaran dekat,
bermakna Luth sudah turun mencari dia dibawah. Kalau begitu pasti apa yang
dimahukan adalah sesuatu yang penting.
Bersama senyum yang dilukirkan, dia
pusing tubuh ke belakang. Serta merta bibir yang merekah senyum jadi kaku. Terkerdip-kerdip
matanya memandang makhluk dihadapanyanya. Atas bawah dia pandang Luth. Kemudian
matanya terhenti pada bahagian perut lelaki itu. 1, 2, 3, 4, 5, 6! Wow! Ada
enam ketulan roti… Alangkah indah jika ini milik bakal suaminya! Aman dia di
dalam pelukan yang gagah begini.
Isy! Matanya dipejam celik, pejam
celik berkali-kali.
``Ehem, dah habis renung?’’ tegur
Luth dengan suara dalamnya. Tangan naik mencekak pinggang menampakkan bahagian
lenganya yang berotot. Q gigit bibir bawahnya. Mata dia derhaka lagi! bos dia
ni pun, kut ya pun nak turun kafe pakailah baju dulu. Ini tidak bertuala saja.
``Q!’’ deram Luth. Geram dengan Q
yang terpesona sedangkan dia tengah kesejukkan ini. Nak sangat tengok tubuh
dia, dengan rela hati dia tayang tapi lepas jadi isteri dialah. Luth senyum
jahat dalam hati.
``Hah?’’ terpinga Q memandang Luth.
``Kenapa tak pakai baju bos? Aurat ni.’’ Q tunjuk bahagian pusat yang tak
tertutup. Tahu pun aurat Q. Dari tadi kau usyar, tak ingat aurat pula.
Luth senyum senget. Aurat? Amboi,
habis satu badan aku dia jelajah sekarang dia sekolahkan aku pasal aurat pula.
``Wey, bos! Kenapa buat tayangan
percuma ni? Saya tahulah body bos cantik. Aumm, tapi janganlah buat free show
bos. Cemburu saya yang keding ni,’’ ujar Luqman.
Luth jegil mata. Loyar buruk pula
Luqman. Dia dah la kesejukkan ni. Baju bersih satu pun tidak ada.
Q ketawa mengekek. Luqman sengih.
``Haaa? Yang awak ketawa tu kenapa
Q? ni semua salah awak. Mana baju saya nak pakai? Semalam saya suruh awak ambil
kat dobi, awak ambil tak?’’ soal Luth geram. Dua tiga hari ni dia sibuk,
terpaksa bermalam di kafe. Pakaian yang dia bawa semua dah kotor, lalu dia
hantar ke dobi dan memesan gadis itu ambilnya semalam. Sangkanya semuanya sudah
selesai tapi pagi ni bila cari baju nak pakai satu pun tidak ada.
Alamak! Q tepuk dahi. Aduh, macam
mana dia boleh lupa ni. Rambut yang diikat tocang turut bergerak apabila dia
kejap tundukkan kepala kemudian menggeleng kepala. Sudah! Patutlah si bos
mengaum pagi ni. Siap dengan tayangan percuma lagi dengan…
``Woo… aumm, kenapa seksi sangat ni
bos. Bertuala saja. Haaa… bos buat apa ek semalam kat sini?’’ aju Aqil dengan
sengih nakal.
Luth kacip gigi. Ini lagi seorang
otak tak pernah nak fikir elok. Kuning saja otaknya.
``Kau macam-macam, aku potong gaji
kau Aqil, Luq.’’ Ugut Luth.
Serta merta keduanya tutup mulut.
Tegak memerhati Q dan Luth. Dalam hati masing-masing gusar andai benar Luth
lakukan begitu, pokailah mereka bulan ni.
Q nak ketawa melihat wajah Luth yang
merah padam. Tengah tahan marah la tu. Tapi dia simpan saja tawa itu, nanti ada
juga yang kena denda cuci satu kafe nanti. Bukan boleh agak si bujang terlajak
seorang ni.
``Ampun bos. Saya terlupa.’’ Dua
tapak tangan digosok satu sama lain. Mata mengerdip beberapa kali kononya
comel.
Tangan
yang elok cekak pinggang di silang ke dada. Menampakkan lagi lengan kekarnya.
Hati yang hendak marah pun cair lihat aksi Q namun wajahnya tetap begitu. Biar
nampak garang diluar tapi dalam hati penuh taman. Hahahah.
``Dah
tu aku nak pakai apa ni? aku tak bawa baju lebih lagi sebab harapkan kau ambil.
Dah la tengah hari ni aku ada mesyuarat. Kau ni kan…’’
``Bos
bagi saya banyak kerja, mana saya nak ingat. Saya ni bukan robot tau. Suruh
ambil pekerja lagi, tak nak. Banyak alasan bos bagi.’’ Bebel Q. Dalam
ramai-ramai pekerja Luth, hanya dia yang berani merungut.
``Sibuk
nak suruh aku ambil pekerja baru. Kan aku ambil nanti ada juga yang makan
hati,’’ bebel Luth.
Q
juih bibir menyampah. Itu sajalah alasan Luth. Cakap sajalah kedekut nak bayar
gaji.
``Bos
pinjam baju Aqil atau Luq la dulu. Kedai dobi pukul 9 pagi baru buka bos.’’
Usul Q.
Mendengar
usul Q itu, tangan Luth naik menyilang dada. Jelas otot-otot lengan kekarnya
terbentuk. Dia pandang Aqil dan Luqman. Nak dia pakai baju budak berdua ni?
Masing-masing tubuh saiz XXL.
Q
telan liur. Fuh! Godaan ni. Mujurlah Luq dan Aqil ada sekali. Kalau tidak mahu
dia jadi zombie, gigit-gigit lengan Luth ni.
``Tak nak! Saya nak awak pergi ambil
baju saya sekarang. Saya tunggu kat atas,’’ ujar Luth tegas.
``Tapi bos, dobi buka pukul 9 pagi.
Sekarang baru 8 pagi.’’ Sampuk Luqman.
``Isyy!’’ dengus Luth. Dengan wajah
tegang dia naik tingkat atas. Mujurlah dia buat tangga ke tingkat atas bahagian
dalam kafe. Kalau bahagian luar, niaya!
Q tahan tawa yang mahu Meletus. Lucu
dia tengok muka garang Luth. Aqil dan Luqman sudah mengekek ketawa. Bila lagi
nak kenakan si bos. Masa ada peluang ini lah.
``Sekarang Q!’’ laung Luth dari
sebalik pintu. Bibirnya mengukir senyum.
Tergeleng kepala Q dengan tingkah
Luth.
``Q.’’ panggil Luqman.
``Mmm.’’ Gumam Q. Tangan meneruskan
mengemas meja dan mesin kopi. Dia perlu pastikan semua peralatan tersedia
tidaklah nanti dia kalut.
``Aku tengokkan bos tu memang tak
boleh hidup tanpa kau kan Q?’’ omel Luqman.
``Betul-betul. Aku sokong!’ sampuk
Aqil.
Q tepuk dahi. Tak habis lagi rupanya
budak dua ni. gelaran Luth’s girl pun budak berdua ni la yang bagi. Katanya
senang, tidak ada orang nak usik dah. Barulah bos senget mereka tu tak
keseorangan.
Alahai, masalahnya dialah! Macam
mana nak orang dekat kalau sudah dicop begitu. Takkanlah dia mahu membujang
sampai tua! Giler ke apa?
``Mengarut apa ni? tak habis lagi
dengan teori kau orang tu.’’ Acuh tak acuh Q melayan. Apron ditubuh dibuka lalu
diletak atas kaunter bar. Dia sudah sedia mahu pergi. Dilambat-lambatkan mahu
ada yang meroyan nanti.
``Betullah apa kita orang cakap,
mana ada mengarut. Bukan aku dan Luq aje perasan tau. Khairul dan Azrai pun
sama.’’ Tambah Aqil.
``Kau orang takde kerja ke?’’ soal
Q.
Aqil dan Luqman menyengih. Banyak
kerja mereka tetapi gossip pasal Q dan bos besar mana boleh diabaikan.
``Q!’’ kuat suara Luth melantun
bergema.
Dia
juling mata ke atas. Geram dengan bos yang tak reti nak sabar, geram lagi
dengan Aqil dan Luqman yang banyak songeh. Masa inilah dia nak sibuk bergosip. ``Kau
orang mop lantai nanti dan kemas meja. Aku nak pergi ambil baju encik singa tu
kat dobi. Mujur dia tak hantar dobi layan diri, kalau tidak mahu dia baham aku,
baju ratus-ratus dia tu hilang. Grr…’’ Q melangkah pergi dengan perasaan sebal.
Yang salahnya sekarang Luth tapi kenapa dia yang rasa bersalah? Betullah si
sewel Luth ni pandai syko dia. Heh!
Aqil
jegil pada Luqman.
``Kau
punya pasallah ni. Dah kena mop lantai pula.’’ marah Aqil.
``Aku
pula? kau pun sama.’’ Luqman lap meja dan betulkan kerusi. Manakala Aqil mengop
lantai.
Hari
ini mereka lambat beroperasi. Semalam bos besar arahkan semua datang cat kedai
serta tukar beberapa aksesori kedai yang kelihatan pudar atau lusuh. Boleh
dikatakan hampir seluruh kafe berubah. Lebih segar dan menyamankan. Pemandangan
baru yang pasti akan membuat mereka yang datang tercengang. Lukisan-lukisan
baru tergantung cantik disetiap sudut kafe.
Kali
ini cat yang digunakan lebih ceria gabungan hijau dan pink. Di dinding belakang
bar kaunter, terdapat mural beberapa lelaki dan wanita dengan minum kopi. Itu
pun semalam baru buat, kawan kepada Luth. Semua rasa kagum dengan bakat kawan
Luth.
Satu
penambahan lain, Luth letakkan beberapa buah pasu bunga di pintu masuk dan juga
beberapa sudut yang dirasakan menarik. Atas meja makan juga diletakkan bunga
ditengah-tengahnya. Semuanya bunga segar dari kedai bunga berhampiran kafenya.
Memang Kafe Luth berwajah baru untuk tahun ini.

No comments:
Post a Comment