Wednesday, July 31, 2019

Dia Qasyrina Izzara

Bab 2

Qasyrina melabuhkan punggung di kerusi. Dia memilih meja tepi tingkap. Matanya meliar memerhatikan Restoran Amanda yang bertemakan moden klasik. Okey, yang ni masuk akal moden klasik. Tapi kampung tambah klasik, apa akan jadi? Qasyrina mengeluh.
Jenuh dia hendak fikir. Bukankah kampung itu sendiri sudah klasik. Hendak saja dia hantuk kepala atas meja kala ini. Dengan masalah skandal lagi. Sah, kecoh dekat pejabat perihal tadi. Seronoklah dia orang tu mengumpatkan dia. Heh! Bercakap seolah mereka semua sebaik Malaikat! Dasar hipokrit.
Telefon dia bunyi wahtsup masuk. Dari Datuk Aril.
+ sayang, nanti anak buah isteri pa akan jumpa  sayang untuk tengok lakaran untuk restoran tu.
-Hah! Kenapa pula? Bukan pa sendiri yang tengok. (ikon sedih)
+Sorry sayang, pa kena outstation la. pa kena pergi Sarawak, seminggu.
-Wife pa?
+Hmm, dia ikut sekali la.
-Ok. Bila?
+Dia kata by today or tomorrow.  Pa  dah bagi number sayang kat dia. Apa-apa hal dia akan    contact  sayang nanti.
-Ok.
+Are you mad?
-Nope. Ok, bye.

Qasyrina matikan whatsup. Dia mendengus. Bukan marah kerana Datuk Aril nak keluar bawa isterinya. Buat apa dia nak marah, dia tahu hakikat hubungan dia dengan Datuk Aril.  Walau terkadang agak gedik. Hihihi…Gedik dia dengan Datuk Aril tak berdosa okay. Kenapa? Biar hanya dia saja yang tahu. Tapi sekarang dia bengang kerana terpaksa berurusan dengan orang lain. Kalau macam ni gayanya, dia akan kena update hal ni banyak kali. Huh! Ingat aku ni takde kerja lain ke? Restoran aje pun.
``Woi, yang kau muncung ni kenapa? Patutlah restoran aku ni tak berseri dah,’’ usik Amanda. Dia meletakkan semangkuk tomyam seafood atas meja.
Qasyrina mencium bau tomyan tu. Kecur liur dia. Kuah tomyam dihiruk nikmat.  Ibu jari diangkat tanda sedap. Dia hiruk lagi dan lagi. Pedas dan masam yang cukup. Menyelerakan!
``Pergh, air tangan kau memang power la babe. Tak menyesal aku drive jauh-jauh sebab nak makan masakan kau,’’ puji Qasyrina.
Amanda sengih. Dia perhatikan Qasyrina yang sedang asyik menghiruk kuah tomyam sampai licin. Itulah Qasyrina kalau bab makan bukan cerewet cuma pelik. Orang makan tomyam dengan nasi atau makanan lain tapi gadis ni tak. Dia makan tomyam semata-mata.
``Kau tak payah nak poyo sangat. Kat rumah tu siapa yang masak? Aku jugakkan. Nak harapkan kau dengan Ardz yang masak, jawabnya kebulurlah kita bertiga,’’ selar Amanda.
``Okey-okey.’’Qasyrina angkat tangan. Tanda mengalah.
``Kenapa kau datang sorang? Selalu kau angkut balak kau datang sekali,’’ soal Amanda. Bukan dia tak tahu sahabatnya yang sorang ni. Berderet lelaki tunggu peluang nak keluar dengannya. Tapi satu pun tak pernah melekat lama. Sejak dari zaman sekolah hingga sekarang. Sebab itulah minah ni di cop playgirl.
``Huh! Kau jangan tanya aku pasal mereka. Buat mood aku bersepai aje. Sakit jiwa aku ni tau,’’ Qasyrina tepuk dada. Hai, emo nampak. Mahu tak emo, dah la serabut dengan design restoran tu ditambah pula dengan hal mamat dua ekor tu. Huh!
Amanda sengih. Patutlah nampak batang hidung sorang datang. Rupanya single kembali.
``Sampai bila kau nak macam ni babe? Berkawan, berpisah. Berkawan lagi, berpisah juga lagi. Kalau kau tu lelaki, ya la jugak. Ini kau perempuan.  Tak manis tau,’’ nasihat Amanda.
Qasyrina mengelap mulutnya dengan tisu. Dia kekenyangan.
``Bukan aku yang cari mereka tapi mereka yang cari aku. Hidup aku tanpa mereka pun aku tak kisah la.’’ Angkuh bunyi kata-kata Qasyrina. Namun tiada siapa tahu maksud tersirat di sebalik kata-kata itu.
``Tahulah babe sekarang kau tak perlukan dia orang, mana tahu akan datang. Siapa tahukan apa akan jadi di masa depan. Lagi pula takkanlah dalam ramai-ramai tu, sorang pun tak dapat sentuh hati kau?’’ Hairan jugak Amanda dengan Qasyrina ni. Dikelilingi lelaki hensem, diayat dengan ayat manis pun tak layan. Kental sungguh hati minah ni. Kalau dia dah lama lentok. Hehehehe.
``Kau tahukan kenapa aku pagar hati aku. Bukan dengan dawai biasa tau, dawai berduri lagi.’’ Sempat lagi Qasyri melawak di hujung ayatnya.

No comments: