Bab 3
Hud pandang keluar cermin balkoni kondonya. Kuala Lumpur di waktu malam lebih indah ditemani cahaya lampu. Air tin yang dalam genggaman di teguk rakus. Jam di dinding sudah menginjak 3 pagi. Sejak kebelakangan ini dia kerap terjaga dikitaran waktu begini. Jika sekadar terjaga dari lena dia tidak mengapa tetapi… dia mengeluh berat.
Jiwanya memberat dengan segunung rasa resah dan gelisah. Hatinya memberontak mencari sebuah ketenangan yang kian pudar dari hidupnya. Otaknya mula menyelongkar kenangan lama yang cuba dihapuskan dari hidupnya namun ia berakhir dengan kelelahan yang panjang apabila kegiatan gelapnya bersilih ganti datang mencelah. Jiwa resahnya kian lemah.
Sedang jiwanya bergelut dengan insani, warasnya dikejutkan dengan pelukkan di pinggang dari belakang. Serta merta bibirnya merekah senyum. Kegusaran, kelelahan tadi terbayang jauh bagaikan tidak pernah singgah dibenaknya.
``You buat apa kat sini? Biarkan I sorang-sorang atas katil,’’ manja suara gadis itu.
``Kenapa Lynn? Masih tak puas lagi ke?’’ tubuh genit Lynn ditarik berhadapan denganya. Bibirnya terukir senyum nakal. Rambut ikal Lynn menjadi mainan jari-jari kasar Hud.
Tangan halus Lynn dibiarkan bermain di dada bidangnya yang tidak berbaju. Hanya berseluar pyjama sahaja. ``Kalau dengan you, mana pernah puas. You pandai bawa I ke syurga dunia,’’ lunak nada Lynn menggoda. Matanya melirik manja pada Hud, bibir bawah digigit menggoda.
``You pandaikan nak beli jiwa I,’’ ujar Hud. Dagu Lynn diangkat sehingga wajah itu mendongak ke arahnya. Pantas tanpa isyarat, bibir nipis Lynn menyatu dengan bibirnya. Dihisap lembut dua ulas bibir gadis itu bagaikan manisan yang tidak pernah hilang rasanya.
Tangan Lynn naik melingkari leher Hud. Dia hanya menuntun kaki mengikut setiap langkah Hud; membenarkan dirinya dikerjakan lelaki itu. Desahan nafas nikmat mula kedengaran. Hud melepaskan pautan bibir mereka. Tubuh genit Lynn dicempung lalu di bawa ke ranjang. Apa lagi yang hendak ditunggu jika keduanya sudah merasakan gelora yang sama.
Tawa manja Lynn, menerbitkan senyum pada bibir Hud. Perlahan dia letak tubuh kecil Lynn atas katil. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Lynn yang sedang merenungnya dalam. Sepasang mata gadis itu menghantar isyarat mahukan lebih. Dan tanpa mereka sedar yang setiap perlakuan mereka itu, ada mata yang memerhati. Allah Yang Esa!
Sikap terlupa manusia seringkali memakan diri malah Allah telah memberi peringatan tentang ini dengan firmanNYA dalam kitab suci ; ``katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanya tentang apa yang mereka kerjakan.’’ (Annur : ayat 30)
Bunyi telefon yang menjerit nyaring menganggu lena Hud. Dia berpaling ke kananya, kelihatan Lynn masih tidur pulas. Senyuman puas diukirkan. Kemudian dia beralih memandang kepala meja di sebelah kiri. Telefon yang sedang menjerit dicapai. Tertera nama setiausahanya. Laju dia menekan butang hijau itu.
``Hello, Aniz. Kenapa call saya awal pagi ni?’’
``Bosss,’’ meleret Aniz memanggil majikanya itu.
``Haisy, janganlah menjerit. Kenapa ni?’’ soal Hud lalu bangun bersandar belakang pada kepala katil.
``Bos masih tidur ke? Ya Allah, bos tahu tak hari ni boss ada meeting penting dengan Mr David. Berkenaan pembinaan resort dia dekat Pantai Timur tu,’’ ujar Aniz mengingatkan.
``Hah? Hari ni ke?’’ soal Hud. Tegak badan dia mendengar ujaran setiausahanya itu. Macam mana dia boleh lupa ni?
``Betul la bos. Semalam saya dah ingatkan boskan? Ni Mr David dah sampai. Dah lima belas minit dia tunggu bos. Nasib baik Encik Khaliq ada. Ini kalau bos besar tahu, habislah bos,’’ menceceh Aniz dihujung talian. Nasib baik big bos mereka ada urusan di luar negara.
``Haih, ini baru kali pertama saya lewat masuk kerjalah. Dahlah, suruh aje Khaliq layan dia. Saya siap kejap dan terus ke pejabat,’’ putus Hud. Sebaik talian dimatikan dia bangun ke bilik tanpa seurat benang.
Lynn menggeliat. Lenanya terganggu dengan suara perbualan lelaki itu. Dia menggosok matanya perlahan. Susuk tubuh Hud yang baru keluar dari bilik dengan hanya bertuala diperhati penuh minat.
``You…’’ meleret Lynn memanggil.
``Oh, jangan Lynn. I dah lewat nak masuk kerja. You pun I rasa lebih baik bersiap sekarang,’’ pantas Hud mencapai kemeja warna biru dari dalam almari. Tuala di campak atas katil. Seluar slack di sarung pantas. Sesekali matanya mengerling jam di dinding bilik.
``Lynn!!! Cepatlah siap! I nak kena keluar ni,’’ desak Hud lagi.
``Alaaa, biarlah I kat sini tunggu you balik kerja,’’ ujar Lynn masih bermalasan di atas katil.
``Oh, jangan buat gila! Bangun cepat. Atau you nak I heret you keluar dengan hanya berselimut begitu?’’ ugut Hud bercekak pinggang. Dia sudah lambat untuk mesyuarat dan dia tak ada mood nak bermanja sekarang ni.
``Huh! Mentang-mentanglah you dah dapat semalam. Nak campak I macam tu aje,’’ cemuh Lynn.
``Whatever! Cepat!’’ gesa Hud lagi.
Lynn mendengus. Dia kutip baju yang berselerak atas lantai lalu berlalu ke bilik air. Lima minit kemudian dia keluar tapi Hud sudah tiada di kamar itu. Beg tangan dicapai sebelum dia keluar ke ruang tamu.
``Okay, ni tambang teksi. I dah panggilkan teksi untuk you,’’ Hud menghulurkan beberapa keping not 50.
Buntang mata Lynn memandang Hud. What? Teksi! Dia ingat aku ni pelacur ke?
``Kenapa bukan you hantar I aje?’’ soal Lynn tak puas hati.
``Hello, bukankah I dah cakap I dah lewat ni. Syukurlah I bagi you duit tambang teksi tau,’’ sinis nada Hud. Dia sudah mula rasa jengkel dengan sikap perempuan ni.
``Tapi,’’
``Dah, keluar! I nak kunci pintu ni,’’ Hud tolak tubuh genit Lynn keluar dari dalam rumahnya.
Lynn mendengus. Dia jeling Hud seraya berlalu ke lif. Butang lif ditekan kasar. Semalam bukan main lagi lembut layananya. Dah dapat apa yang nak, buat layan tak layan aje. Dasar lelaki!
Hud butakan mata. Malas melayan sikap tidak puas hati Lynn. Lagi pun gadis itu bukan sesiapa pun dengan dia. Hanya persinggahan saja. Bak pepatah orang putih, one night stand! Tak lebih dari itu.

No comments:
Post a Comment