Friday, August 23, 2019

JANDA ITU MILIK AKU

Prolog 1

``Siapa budak bandar tu?’’ dia pandang budak lelaki yang duduk bersandar pada Hilux dengan gadget ditangan. Kacak! Rambut budak lelaki itu dirapikan dengan gaya pacak. Kulit putihnya menyerlahkan lagi kekacakan remaja lelaki itu.
Dia intai dalam rumah yang kedengaran riuh suara mak bersembang. Dia yang sedang sembunyi bawah rumah memasang telinga. Mesti budak lelaki ini anak kawan mak.
``Terima kasih la datin sebab tolong Far. Tak tahu saya nak balas budi macam mana nanti,’’ ujar mak.
``Sama-sama. Takpe, saya tak minta balas cuma kalau nanti boleh kita berbesan.’’ Meletus tawa keduanya.
Dia yang sedang mencuri dengar berkerut kening. Berbesan? Apa tu? apalah yang budak baya dia faham akan perbualan orang tua seperti itu. Eh, mana pula dia orang ni? Matanya melingas mencari kelibat teman-temanya, tiada!
Kaki dibawa keluar, lenguh dia mencangkung bawah rumah. Baru saja dia keluar, kelibat Tihah terlihat dimata kelam kabut dia lari mahu menyorok sehingga melanggar tubuh remaja yang sedang bersandar pada kereta itu.
``Auch!’’ remaja itu mengerang kesakitan. Masing-masing jatuh ke tanah. Dia sapu pasir yang melekat pada seluar dan tanganya. Matanya sudah berair, takut melihat pandangan menyinga si remaja.
``Buta ke?’’ sergah remaja itu. Gadjet yang jatuh dikutip kembali. Dia bangun perlahan-lahan, tapak tangan yang terasa perit membawa anak matanya mengintai. Bulat matanya melihat calar ditapak tanganya. Pedih!
``Mommy!’’ jerit remaja itu.
Terangkat bahu si kecil. Bibirnya sudah mencebir, menahan tangis.
``Kenapa Mus?’’
``Budak ni, dia langgar Mus sampai luka,’’ Mus tunjuk tapak tanganya yang terluka.
``Ya Allah, sikit ajelah tu,’’ ujar mommy bersama gelengan panjang. Kaki yang mahu melangkah turun ditukar naik ke dalam rumah kembali diikuti tuan rumah.
Mus jeling si kecil yang sedang menunduk sambil mengutil jarinya. Mus sedar bahu kecil itu bergerak kecil. Melihat wajah mendung itu, kasihan pula dia. Perlahan dia menapak dan berdiri dihadapan si comel itu. Muka comot tapi masih comel dimatanya.
``Dah la. Tak payah nangis. Aku tak marah kau dah,’’ pujuknya.
``Betul?’’ soal si kecil. Wajah diangkat memandang remaja bernama Mus itu.
Mus mengangguk kecil. Dia pamerkan senyum manis. Melihat bibir comel si kecil mengorak senyum, Mus terpana. Cantik. Kalau sekecil sudah cantik, dewasa lagi cantik.
``Besar nanti cari abang tau. Kita kahwin!’’
Mulut comel itu ternganga. Terkelip-kelip matanya melihat remaja itu sedang ketawakanya. Sungguh dia tidak faham dengan apa yang baru remaja itu katakan tadi.







Prolog 2

Dia pandang wajah itu dengan penuh kasih. Tujuh tahun dia hilang jejak gadis itu. Tujuh tahun dia menyimpan rasa di dalam hati. Selama itu jugalah doanya tidak putus buat si gadis. Agar masih diberi ruang takdir untuk mereka bertemu. Terlalu banyak yang mahu dia katakan pada gadis ini.
Akhirnya Allah mendengar doanya saban hari. Di sini, ditempat yang tidak dijangka dia akan dipertemukan dengan gadis itu. Melihat bening diwajah itu terasaa rindu yang menghimpit terbang pergi.
Tujuh tahun dia risaukan gadis itu. Dia perhatikan gelak tawa si gadis. Tujuh tahun yang lalu dia tidak pernah lihat gelak tawa itu setelah gadis itu menjadi milik orang. Masih milik orangkah atau dia peluang kedua itu miliknya? Wajah itu berseri indah.
``Mariam,’’ perlahan nama itu meniti dibibirnya.
``Dzul.’’ Buntang mata Mariam memandang sebatang tubuh itu. Walau tubuh itu sudah berubah namun wajah itu… Wajah yang tidak akan pernah dia lupakan.
Jantungnya berdegup laju. Kakinya mengigil. Ingin dia lari tapi kakinya berat bagaikan dirantai.
Hanya mata mereka saling beradu. Dzul masih belum puas menatap sekeping wajah yang dirindui selama ini. Yang sering menganggu lenanya. Allah, aku rindukan wajah ini. Tersangat rindu. Rintih hatinya.
Mariam resah.  Dia tidak mahu berjumpa Dzul lagi. Malu! Ya, itulah sebab dia membawa diri jauh dari semua setelah apa yang terjadi. Tapi nampaknya, takdir mereka tidak pernah berubah arah. Mereka sepertinya sudah ditakdirkan terikat bersama.
Selama ini dia terpaksa kuatkan hati untuk melupakan tapi saat hati sudah reda kenapa dihadirkan wajah ini kembali. Namun dia sedar siapalah dia untuk menidakkan aturan Allah. Dia berpaling dari situ. Dia perlu kuat untuk pergi.
``Mariam!’’ Panggil Dzul ketika gadis itu mahu melangkah pergi.
Panggilan Dzul diabaikan. Dia terus melangkah. Apa yang ada dibenaknya kini, dia mahu pergi jauh dari situ. Kenapa?
``Yam!’’ Panggil Dzul lagi. Kuat. Hampa. Gadis itu langsung berpaling ke arahnya. Aku rindukan kau Yam. Bergema luahan itu direlung hatinya.
Kali ini dia akan dapatkan Mariam. Nekad. Gadis itu akan jadi miliknya. Kisah remaja mereka dulu satu kesilapan kerana dia takut akan dirinya. Takut tidak mampu melindungi gadis kesayanganya. Tapi kini… Semuanya sudah berubah. Ya, Mariam hanya milik Dzulfahmi!

No comments: