Bab 4
Hud lajukan langkah. Sesekali dia kerling jam di pergelangan tangan spontan bibirnya melepaskan keluhan. Dia memang sudah lewat. Tersangat lewat! Matilah dia kali ni. Macam manalah dia boleh terlupa akan temu janji hari ni. Gila kau Hud. Memang gila.
Ini kalau Dato’ Syukri tahu, mahu kena ceramah dengan dia. Habis rekod cemerlang dia selama ini hanya kerana kesilapan dia kali ini. Dato’ Syukri seorang yang tepati masa dan janji. Maka, itulah yang di terapkan oleh lelaki itu dalam syarikatnya dan dijadikan peraturan utama untuk pekerjanya.
Itulah kau, asyik sangat dengan si Lynn tu. Memang salah diri sendiri.
``Boss,’’ tegur Aniz sebaik saja susuk tubuh Hud mendekat mejanya.
``Mr David mana?’’ soal Hud dalam mengah.
``Hmm, dah balik dah. Dua jam dia tunggu bos. Kenapa lambat bos?’’
Hud mendengus. Tali leher dilonggarkan kasar. Semput dia berlari ingatkan dapat jumpa Mr David, sekali lelaki Punjabi itu sudah balik.
``Saya dah pecut tadi, tak sangka pula ada kemalangan. Tak bergerak kereta, jem! Mr David ada pesan apa-apa tak?’’ soal Hud lagi sambil berjalan masuk ke dalam biliknya.
Aniz mengekor langkah Hud. ``Dia pesan suruh bos call dia nanti.’’
``Mood dia okay tak?’’ dia berpaling memandang setiausahanya.
``Hmm, saya tengok macam okay tapi tak tahulah. Saya bukan mak nujum bos,’’ giat Aniz.
Hud melepaskan tawa. Ada-ada saja Aniz ni. Masa mula-mula Aniz dikenalkan pada oleh Dato’ Syukri sebagai setiausahanya setelah dinaikkan pangkat, terdetik juga dihati dia yang bolehkah Aniz buat kerja. Dengan bertudung litup dan pakaian rasmi gadis ini… baju kurung! Namun dihari pertama gadis ini sudah menunjukkan dedikasi yang memang terbaik.
``Okay. Khaliq mana?’’ briefcase di lempar atas sofa. Dia labuhkan duduk di kerusinya. Laptop di on kan.
``Apa hal kau cari aku?’’ terjengul muka Khaliq di buka pintu bilik Hud.
Aniz sengih. Macam ahli sihir Khaliq ni. Baru sebut nama dah terjengul di muka pintu. Melihatkan dua lelaki itu seperti ada hal yang ingin dibicarakan, Aniz meminta diri untuk keluar.
``Kali ni siapa pula Hud?’’
``Siapa? Aku tak faham maksud kau ni?’’ Hud tayang muka blur.
``Huh! Tak payah nak tayang muka innocent kau tu. Perempuan mana pula yang kau kelek semalam sampai lewat bangun hari ni? Ini kalau Dato’ Syukri tahu, masak kau,’’ ujar Khaliq mengingatkan.
``Ya aku tahu. Ala, kali pertama kut aku datang kerja lambat. Selalu aku on time kan?’’ Hud bersandar pada kerusi berlagak tenang.
Risau juga dia andai kerana kesilapan pertama ini reputasi dia yang dijaga selama ini, musnah. Kerja ini periuk nasi dia. Dapat hidup mewah pun kerana usaha dia sendiri. Saat orang lain enak tidur, dia bersengkang mata siapkan design yang pelanggan nak. Sentiasa cari peluang untuk majukan diri. Untuk dia capai tahap menjadi orang kepercayaan Dato’ Syukri bukan mudah.
Selepas peristiwa hitam dalam hidupnya itu, dia bawa diri ke bandar besar ini. Semua kerja dia lakukan untuk menampung hidupnya. Perlahan-lahan dia mula menyusun masa depan; ambil SPM terbuka, belajar sendiri memang amat jerih samatelah akademik bukan bidang dia sejak masuk sekolah menengah. Tetapi pepatah ada kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Nasib dia baik, masa dia bekerja sebagai pelayan di kedai makan, anak kepada tuan kedai itu seorang guru dan dia diberikan tuisyen percuma. Keputusanya SPM cemerlang melayakkan dia menyambung pelajaran; bidang arkitek bukan pilihan hati tetapi memikirkan masa depan dengan isu ekonomi yang meruncing dia tekad memilih bidang yang bukan diminati. Dan kini... di sinilah dia berada.
``Sebab kau tak pernah lewatlah aku tanya perempuan mana yang kau bawa balik semalam. Dahsyat perempuan tu kerjakan kau, sampai tak larat nak bangun pagi. Hahaha,’’ berdekah-dekah tawa Khaliq. Tahu sangat aktiviti sosial temannya ini.
``Bengong,’’ marah Hud tapi senyuman mekar di bibirnya. Ya, Lynn mungkin seorang penggoda yang hebat tetapi sikap perempuan itu menjengkelkan. Misalnya pagi tadi, hubungan mereka hanyalah one night stand tapi mengharapkan layanan istimewa darinya.
Khaliq duduk di hadapan Hud. Kaki disilang sementara matanya memandang tepat wajah Hud. Mereka bersahabat baik sejak dari mula-mula Hud jejak kaki ke syarikat ini lagi. Masing-masing sama hebat sosialnya. Cuma beza dia dengan Hud, dia tidak pernah bawa perempuan balik rumah. Sekadar ringan-ringan itu biasa saja.
Melihat sahabat-sahabat yang pernah lakukan seks bebas dengan ramai perempuan berakhir dengan penyakit Aids, Hiv buatkan dia berfikir beratus kali untuk melakukan itu. Malah dia pernah lihat kawan dia kena tangkap khalwat dengan Penguatkuasa Agama ketika melakukan projek. Yang sadisnya, kemaluan mereka tidak boleh dikeluarkan. Ngeri dan memalukan. Jika didunia Allah sudah perlihatakan hukuman semalu itu, apatah lagi akhirat kelak?
Dia juga pernah baca satu artikel tentang bahana hubungan bebas yang melibatkan seks ini. Meremang bulu romanya ketika membaca setiap satu jenis penyakit yang terakibat dari perhubungan seks bebas itu. Itu jugalah salah satu penyumbang mengapa dia tidak seberani Hud dalam bab perempuan.
Pernah dia nasihatkan Hud supaya tinggalkan amalan seks bebas dia tu. Tapi bagaikan curah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Satu pun Hud tidak endahkan. Kata Hud dia pakai kondom, bukan main semborono begitu. Apa lagi yang Khaliq mampu katakan lagi.
``Wey, tak nak cerita ke siapa perempuan tu?’’ pancing Khaliq lagi.
``Hahaha, bukan sesiapa pun. Tapi ya…’’ Hud senyum lebar.
Melihat senyum Hud yang manis lagi lebar itu Khaliq sudah dapat agak. ``Hahaha… patutla pagi ni kau lambat bangun. Apa pun sampai bila kau nak macam ni? Tak takut ke nanti kena penyakit kelamin? HIV? Yang sadis kena tangkap khalwat. Mahu kau kena buang kerja nanti,’’ ujar Khaliq. Sengaja dia sabitkan kerjaya lelaki itu. Dia tahu betapa pentingnya kerjaya sebagai arkitek ni kepada Hud.
``Isy, kau ni… pandai makan, pandai simpanlah. Dah la, aku nak tanya kau ni… Mr David ada bagitahu apa-apa progress tentang projek resort dia tu? Maksud aku masalah dia dengan penduduk situ. Dah selesai ke?’’ ubah Hud. Bukan dia tidak tahu semua yang dibagitahu Khaliq itu, dia tahu dan amat sedar akan akibat dari perbuatanya ini. Malah, dia juga sedar yang sahabatnya itu risaukan dia cuma hatinya belum terdetik untuk berubah.
Apatah lagi apabila luka lama masih jelas diingatan. Betullah orang kata, luka ditangan boleh nampak dan boleh diubati tetapi luka dihati, dibawa ke mati. Itulah yang dirasa oleh Hud sekarang. Luka itu biarpun sudah beralih waktu masih juga berdarah sehingga adakalanya dia lemas sendiri.
``Sebab hal tu la dia nak jumpa kau. Dia masih tak dapat pujuk penduduk kampung untuk jualkan tanah mereka. Kau tahu sajalah orang kampung, bila dia dengar tempat mereka nak dibangunkan resort, macam-macam yang mereka fikir. Yang paling mereka takut, pembinaan resort akan datangkan pengaruh buruk pada anak-anak muda kampung,’’ jelas Khaliq.
``Laa, bukan ke bagus kalau resort tu di bina. Banyak faedah pada orang kampung kan? Peluang pekerjaan untuk pemuda. Malah orang kampung juga boleh menjana pendapatan mereka dengan menjual hasil kraftangan mereka. Atau apa saja yang boleh menarik perhatian pelancong,’’ ulas Hud. Tergeleng kepala dia mendengar alasan yang disampaikan oleh Khaliq.
Itulah sebabnya, ramai pemuda-pemudi yang berhijrah ke bandar. Peluang pekerjaan di kampung yang terhad. Apabila dibawa cadangan untuk memajukan, ditolak mentah-mentah kerana alasan yang tak munasabah. Bila masa mahu jika pemikiran masih ditakuk yang sama.
Khaliq angguk mengiyakan apa yang dikatakan Hud itu.
``Itu kata kita, bukan mereka. Mereka risau pelancong yang datang akan bawa budaya yang boleh merosakkan pemikiran anak melayu. Ala, kau tahu ajelah mat saleh ni bila berpakaian kat pantai, bikini. Bercumbu ikut suka mereka aje. Takde rasa malu. Perkara seperti itulah yang penduduk risau akan memberi cerminan buruk kepada anak-anak kampung,’’ jelas Khaliq lagi.
Hud ketuk pen atas meja. Ligat kepalanya berfikir. Projek ni salah satu projek terbesar yang diberi kepadanya. Tapi dengan masalah ini, rasanya akan memakan masa yang lama untuk selesai.
``Kolot! Hey, remaja sekarang pun apa kurangnya. Perempuan yang selalu menggedik dengan aku tu, semua melayu. Datang dari kampung. Kalau dah diri sendiri tak mampu nak tahan godaan jangan salahkan orang,’’ rengus Hud.
``Kau tahu, kadang-kadang budak kampung ni lebih advance dari yang duduk kat bandar tau. Kau pernah tengok cara pemakaian budak kampung? Kalau compare dengan budak moden dibandar ni, aku rasa mereka yang kat bandar ni lebih terjaga `sopanya’. Aku bukanlah nak mengutuk orang kampung hipokrit atau apa, cuma semuanya terpulang pada diri. Pada iman diri.’’
Khaliq senyum tawar. Terkadang apa yang dikatakan oleh Hud, tidak dapat diterima akalnya. Terlalu terbuka. Walaupun dia mengenali Hud yang sekarang, namun dia yakin Hud yang dulu bukan begini. Dia sangat yakin kerana dia ada bukti masa lalu Hud. Apabila dia bertanya, Hud hanya menjawab… `tanpa masa lalu dia yang sekarang takkan ada. Jadi dia mahu lupakan masa lalu yang menjadi punca dia begini.’
Manusia itu lupa, beza manusia dengan binatang adalah pada akalnya. Akal fungsinya untuk berfikir. Untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Andai manusia sudah melakukan sesuatu tanpa berfikir, jadi apa beza manusia dengan binatang?
``Kau nak buat apa sekarang?’’ soal Khaliq. Malas nak komen apa yang dilontarkan oleh Hud tadi. Jika dia komen, mahu panjang lagi perbahasan mereka tentang isu itu.
``Entahlah. Nantilah aku bincangkan dengan Mr David dulu macam mana.’’ Putus Hud.
``Aku harap kau berjaya. Lagi satu, tapak yang Mr David nak buat resort tu bersebelahan dengan surau kampung. Dan Mr David nak robohkan surau tu. Aku rasa keadaan takkan semudah yang kau dan Mr David jangkakan,’’ ujar Khaliq isi penting yang disampaikan oleh Mr David tadi. Sebenarnya isu surau itu lebih penting. Orang kampung menolak untuk menjual tanah mereka kerana lelaki itu bagitahu akan robohkan surau tersebut.
``What?’’ naik seoktaf suara Hud.
``Yup. Sebenarnya masa Mr David datang jumpa kau hari tu dia dah yakinkan 80 peratus penduduk kampung untuk jual tanah mereka, tapi setelah dia bagitahu perihal surau tu semua tarik diri.’’
``Bangang! Yang dia pergi bagitahu tu kenapa? Aduh! Aku sangka orang business ni cerdik pandai semua. Tapi ada juga yang bangang,’’ kutuk Hud.
Khaliq senyum nipis. Hud ni boleh tahan juga mulut kalau dah geram.
``Okay la. Aku nak sambung kerja aku. Malam nanti keluar ke?’’ soal Khaliq seraya bangun. Kot dibetulkan.
``Keluar kot. Entah. Tengoklah dulu macam mana.’’ Ujar Hud serabut.
Khaliq angguk. Dia keluar dari bilik Hud. Sebetulnya kerja dia juga masih banyak. Menjadi arkitek ni gaji memang sedap tapi otak boleh biul. Mana mahu kejar deadline yang diberi, mahu fikirkan rekaan yang unik; yang mampu menarik client. Itu belum lagi berurusan dengan client yang cerewet. Mahu boleh gugur rambut!
Hud lurut rambutnya. Dia memandang siling dengan perasaan yang berkecamuk. Dalam ligatnya dia dengan aktiviti malamnya, dengan asakkan kerja dipejabat dia tak mampu untuk lenyapkan keresahan yang merasuk jiwanya.
`Sampai bila aku mahu begini? sampai bila aku harus biarkan hidup aku berendam luka lama? Aku sedang menghumbankan diri aku ke lurah yang paling dalam. Andai kata suatu masa nanti aku tak mampu untuk naik ke dasar kembali, apa yang akan terjadi? Aku… sedang…’ lelah Hud rasakan.
Tipu jika dia tidak pernah terasa dengan apa yang dinasihatkan oleh Khaliq. Semua itu berbekas dihatinya namun dia tetap keraskan hati untuk tidak peduli. Cuma kebelakangan ini, ia menganggu dirinya. Menganggu nuraninya.

No comments:
Post a Comment