Assalamualaikum... selamat pagi. Wow! Lamanya tak singgah blog ni. Rasa macam orang yang berhijrah dan kembali semula ke kampung. Hahaha... funny? yaa, nope! hehehe... Okay, since dah lama tak muncul di blog ni saya muncul kembali nak kenalkan 'anak-anak' baru saya dalam dunia penulisan. Rasa macam singkat saja masa berlalu, baru lima atau enam tahun dalam industri novel tapi banyak pengalaman yang dah dikutip. Thanks a lot buat korang yang banyak membantu.πππ
Nampak tak gambar kat atas ni? ya, inilah novel baru saya. Yang paling baru ya. Dengan nama baru dan penerbit baru. Ya, mesti ada yang tertanya kenapa guna nama pena baru. Jawapanya saja. Nak mulakan sesuatu yang baru.
RAPUH! tentang apa ya RAPUH ni? Ia tentang kisah cinta Naili dan Riftah. Persis kisah dongeng. Kisah cinta mereka sangat sempurna. Bahagia dengan sebuah perkahwinan. Namun di sebalik kebahagian itu ada tersimpan luka yang hanya Naili sahaja yang tahu.
Rapuh tentang kisah curang. Tentang hati yang terluka. Tentang hati yang jatuh cinta. Tentang hati yang dikhianati. Apa yang boleh saya katakan RAPUH another chapter of my writing. Maksudnya cabaran baru untuk penulisan saya kerana kisah ini sangat BERBEZA dari buku-buku saya yang lain.ππ
Cukup pasal RAPUH. Tak boleh kongsi banyak-banyak nanti rosak mood kau orang. Tapi untuk next entry Sya akan up entry RAPUH. Now, kita ke buku seterusnya. Kembar RAPUH.
TAKDIR! Hmm, ini pun kisah yang sangat berbeza dari hasil tangan Sya sebelum ini.
Dalam TAKDIR menceritakan tentang Salim dan Suwaibah. Ini merupakan teraju utama TAKDIR. Dua manusia yang punya takdir berbeza tapi cuba untuk hidup bersama.
Suwaibah yang hidupnya sentiasa di rundung malang. Di benci oleh orang kampung. Di hina. Ayahnya separuh gila. Putus pertunangan kerana fitnah orang.
Salim, lelaki yang baran. Namun dia begitu bersebab. Apa yang terjadi dalam hidupnya melahirkan Salim yang baru. Yang tak pedulikan apa kata orang. Tak kisah apa pun akan jadi asalkan dia bahagia dengan caranya. Berdendam dengan ayah sendiriπππ this part sangat terkesan pada saya khususnya.
Okay, dalam ni juga saya masukan tentang sihir pemisah. Yang mana kita semua tahu benda ini wujud. Walau zaman dah moden tapi masih ada yang mengamalkan benda syirik ni. Nauzubillahiminzalik.
Haa, cukuplah sampai sini. Nanti next entry Sya akan bagi teaser ya.
Thanks and lot of love from meππππ
No comments:
Post a Comment