💓 TAKDIR💓
TAKDIR dalam hidup suatu yang tertulis sejak azali. Akur. Itulah yang Suwaibah tempuhi. Akur, pada jalur lakaran takdirnya.
Dituduh menjadi penyebab kematian bekas tunangnya, akur. Dituduh membela saka juga dia akur. Bagaimana dia mahu melawan takdir terlukis untuknya?
Perjalanan hidup terus berlalu. Rupanya daripada titik takdir yang bersilang duka itu ada bahagia yang menanti.
Kalau aku tak nak lepas? – Salim
Saya bukan lembu yang perlu ditarik-tarik. – Suwaibah
Kalau dapat kerja ni kau hutang dengan aku. – Salim
Oh, pertemuan itu mengikat dia dengan Salim. Lelaki yang tiba muncul menabur budi. Tiba-tiba hutang itu dilangsaikan! Dan lelaki itu menuntut dia menjadi isteri!
Salim lelaki yang hatinya dipenuhi dendam. Jika diletak hati dia dan Suwaibah; sangat kontras warnanya. Malah peribadi mereka jauh berbeza. Namun... mampukah kesabaran Suwaibah menjinakkan hati yang keras itu?
Apa yang Jordan dah bagi kat kau? Atau aku patut tanya apa yang dah kau bagi pada Jordan? – Salim
Bukankah dia sudah kata takdir dia bersilang duka? Harga bahagia dia terlalu mahal untuk dibayar.
TAKDIR bukan hanya tentang Salim dan Suwaibah. Bukan juga tentang cinta dan perkahwinan. Ia tentang kehidupan. Tentang hati yang membeku hasad. Tentang akal yang menentukan kesempurna
Aku akan musnahkan keturunan kau Malin! – Jenab
Kerana hasad manusia… manusia lain menjadi mangsa. Apabila ada hasad mampukah Salim dan Suwaibah mengatur takdir baharu?
💋 RAPUH💋
Yang mengikat hati
adalah cinta. Yang mengikat pernikahan adalah akad. Itu kata mereka namun kata
kisah Riftah dan Naili cinta atau pernikahan yang mengikatnya adalah nafsu!
Mereka pasangan
bahagia. Setidaknya pada pandangan umum namun sekam yang tersimpan hanya Naili
yang rasakan.
Kata Riftah... “You’re
mine.”
Riftah sayang. Cinta
dia juga hanya untuk Naili. Tapi apa yang mahal dalam perhubungan ialah
kesetian.
Dalam patah jiwa yang
rapuh muncul Akram. Oh, semuanya jadi tak mudah. Berselirat. Jika dulu
simpulnya dua kini simpul tiga. Mati! Titik!
“You kejam Rif! Kita
bersama pun atas dasar nafsu semata. Jadi untuk apa you pegang I lagi.” - Naili
Naili akur pada
Riftah, dalam jiwanya yang patah berderai. Saat itu dia hanya nampak tangan
Akram tapi...
“I can’t Naili. Every
single night I think about you.” - Akram
Lidah manusia lidah
yang tidak bertulang. Antara mereka saling mendesak. Memaksa ikatan yang
tersimpul mati terlerai.
Apabila hati yang
tulus menyintai mula mahu memiliki… apakah jiwa masih teguh? Hati... takkan
rapuh? Kisah mereka kisah memiliki. Pengakhiran? Hanya RAPUH mampu berikan
jawapan.


No comments:
Post a Comment