Prolog
“Aku terima nikah Nur Balqis Binti
Muzzamil dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.” Lancar lafaz itu meniti
bibirnya. Sepertinya dia sedang melakukan ini semua dengan rela hati walhal
hakikatnya dia terpaksa. Benarkah kau terpaksa?
Pandanganya
jatuh pada wajah pengantin perempuan yang tunduk menekur lantai. Diamati wajah
itu lama. Raut yang tidak terbias gembira ataupun sedih yang jelas roman wajah
indah itu tampak kosong. Boleh dikatakan juga seri pengantin tidak terserlah di
wajah si gadis. Jelas sekali yang si gadis terpaksa sepertimana dia. Sekali
lagi, benarkah kau terpaksa? dia tarik nafas dalam. Entah, dua kali soalan itu
di tanya hatinya tapi jawapan sangat jauh dari jangkauan. Boleh jadi mimpi
juga. Namun yang dia pasti semua ini tidak akan berakhir dengan indah!
Sekali lagi mata naik merenung wajah
kelam di hadapan. Tidak adakah walau sekelumit pun rasa gembira gadis itu
bersuamikan dia? Apakah kau gembira?
Sekali lagi dia dihentak dengan soalan hatinya yang tak mampu dia cipta jawapan.
Dulu, dia pernah menyimpan satu perasaan pada gadis ini namun perjalanan jodoh
mereka berliku. Dia terpaksa memilih restu orang tua untuk memiliki bahagia dan
kini dia di sini, di hadapan kadi baru lepas melafazkan akad terhadap wanita
ini, jadi apa yang perlu dia rasakan sekarang. Bahagiakah kerana apa yang
tersimpan kini sudah mampu dia luahkan? Apa yang hati dia mahukan sudah
dimiliki. Haruskah dia tersenyum bahagia?
Dia bangun mendapatkan wanita yang telah sah
dinikahi tadi. Dia melutut di hadapan Balqis, tangan halus Balqis dicapai
terasa sejuknya tangan wanita itu menerbitkan senyum nipisnya. Gementar
barangkali.
“Sejuknya.” Komen dia perlahan. Anak
mata mencuri pandang wajah tanpa senyuman itu sekali lagi. Seperti tadi tidak
menyambut bicaranya Balqis hanya tunduk menekur lantai. Apa yang istimewa
sangat lantai itu dia juga tidak tahu. Barangkali lantai itu lebih cantik
berbanding wajahnya ini.
“Tak nak pandang wajah saya?” tukasnya.
Lantunan suara lembut dan diserikan dengan senyum nipis.
Diam.
Dia Tarik nafas dalam.Dia faham
perasaan Balqis. Pernikahan ini terlalu mendadak dan mereka sebenarnya dalam
kemelut. Sama ada dia mahupun Balqis mereka sebenarnya dalam keadaan yang sukar
dijelaskan dengan kata-kata.
“Setidaknya pandanglah saya sekejap.
Ramai mata yang memerhati Balqis.” Suaranya perlahan seraya menunduk mencium
kepala Balqis. Mata terpejam seketika dan terbuka kembali tatkala terasa kekura
tangan disentuh dengan sesuatu yang hangat. Dia jarakkan tubuh dan menunduk ke
bawah, setitis air mata Balqis jatuh pada kekura tanganya. Kini dia mula
terfikir, apakah ini sebaik-baik keputusan yang mereka lakukan? Apakah ini
sebaik penyelesaian bagi masalah mereka? Dia menoleh kebelakang dan wajah nun
disana… benarkah ini yang dia mahukan?

1 comment:
Hi Cik Writer....kisah madu2 ke ni? hehehe...nak tau la kan sebelum terjebak.. brp kuat baca kisah honey2 ni
Post a Comment