BAB 28
Suatu masa dulu…
Langkah
kaki aku terhenti. Bunyi suara tangisan yang mendayu membawa kaki aku mengubah
haluan. Kaki aku automatik mengikut bunyi tangis itu. Kepala menoleh ke kiri
dan kanan, tiada sesiapa di kawasan ini. Peluh kecil mula tumbuh di dahi aku.
Jantung pula sudah berdetak lain macam. Waktu masih siang, takkanlah ada yang…
“Wey, kau nak ke mana ni?”
Aku urut dada yang terkejut. Terus aku layangkan
pandangan tajam ke arah Damien. Lelaki ini suka sangat sergah aku. Ingat
jantung aku ni diperbuat daripada konkrit agaknya.
“Kau dengar tak?”
“Apa?”
“Bunyi tangisan tu.” Aku toleh ke arah Damien. Lelaki itu
mengerutkan dahi barangkali sedang memikirkan soalan aku atau sebenarnya dia
tak dengar apa yang aku dengar. Entahlah, malas nak tunggu jawapan Damien
langkahku buka semakin laju. Telinga aku picing agar dapat mendengar dengan
jelas arah datangnya tangisan itu.
Berhenti di satu lorong, aku lihat satu susuk sedang
duduk bersila sambil memeluk beg. Gadis kecil dengan rambut tocang. Bahu dia
bergerak-gerak mengikut alunan tangis. Kena rompak ke? Itu telahan pertama yang
masuk ke dalam kepala aku. Perlahan-lahan aku melangkah mendekatinya. Mahu
bertanya dan melihat dengan lebih dekat. Entah kenapa, hati aku begitu meronta
untuk aku dekati dia.
“Hans…”
“Kejap. Aku nak tanya budak perempuan tu, kenapa dia
menangis?”
Damien mendecit, aku dengar itu. Salah satu peraturan
hidup kami, jangan masuk campur perkara yang bukan urusan kami. Tapi aku sedang
pecahkan tradisi itu.
“Ehem.” Aku berdehem kuat agar dapat menarik perhatian
gadis itu. Terus suara tangis tadi terhenti. Aku sendiri jadi kaku. Keras
sangat ke nada suara aku tadi sehingga gadis itu ini terus terdiam tangisnya.
“Kau okay?” soal aku lagi. Melihat diamnya gadis itu aku
mahu mengalah. Mungkin gadis itu hanya mengalami masalah biasa. Ya, gadis muda
yang putus cinta. Kaki yang mahu
melangkah pergi terbantut hanya dengan sebaris ayat dari gadis itu.
“Help me.”
Aku menoleh. Terpanar. Sinar mata gadis itu yang kelam.
Raut wajah yang basah dengan air mata. Lirih nada gadis itu masuk ke dalam hati
dan menapak di situ. Aku… terus kelu. Pandangan kami bertautan sehinggalah
gadis itu bangun dan berlalu. Aku masih juga begitu. Berdiri dan terkaku.
Help me… berdengung sebaris ayat itu dalam kepala aku.
Apa maksud gadis itu?
Masa kini…
Buku
lima aku genggam dan aku hujani wajah lelaki itu dengan tumbukan padu aku.
Bercakap banyak tapi satu pun tidak berguna. Entah macam manalah Datuk Hamidi boleh
ambil lelaki ini jadi adik iparnya. Sudahlah bercakap tak gunakan otak lepas tu
tangan tu…
“Ni,
tangan yang tak guna!” aku pijak dan penyek semahu aku.
“Argh!”
raungan yang melangsi kuat tidak aku hiraukan.
“Lain
kali, jadi manusia jangan bongkak. Hidup ni biar miskin harta tapi adab jangan
miskin sama.” Aku larikan kaki dari tangan lelaki itu. Tuala kecil atas meja
aku capai lalu dilap tangan aku yang penuh darah.
“Setan
kau Dragon.”
Aku
senyum sinis. Dalam nyawa-nyawa ikan mulut masih lagi berani bersuara. Memang
bebal sungguh. “Kau tak takutkan?”
“Buat
apa aku takut dengan kau! Kau… hanyalah anjing Datuk Hamidi.”
Bersirap
darah aku mendengar kejian itu. Aku ni anjing Datuk Hamidi? Hello, anjing hanya
diberi makan tapi aku dapat duit. Dan bukan sikit tau. Nak juga aku hamburkan
begitu tapi takde guna. Bercakap dengan manusia bebal ni hanya akan membuatkan
aku ikut sama bebal macam dia.
“Kau
tahu apa aku akan buat kalau aku marah?” pisau rambo atas meja aku capai. Aku
pusing kembali ke arah lelaki tadi. Duduk bertinggung di hadapanya, pisau rambo
aku mainkan pada jari jemari lelaki bodoh ini. Dapat aku lihat betapa gigil
tangan dia. “Aku tak pernah bunuh orang. Dan aku tak nak kau orang pertama yang
sebabkan aku jadi pembunuh!” aku menyelar tajam padanya. Mentanglah sejak tadi
aku bersikap baik hati hanya membelasah muka dia saja. Naik tocang kau ek?
“Untuk makluman kau, setakat patahkan kaki dan tangan kau sehingga lumpuh
seumur hidup, itu bukan satu hal besar bagi aku.”
“Cukuplah
tu.” Damien muncul bersama Keith. Aku jeling keduanya. Pandai pula suruh aku
berhenti. Tapi nak handle mamat sorang ni pun tak dapat.
“Kau
bawa apa yang aku suruh tu?”
“Hmm.”
Sampul coklat Damien hulurkan. Aku senyum lebar. Ini lagi satu, suruh cari
maklumat tentang ni pun lama.
“Keith,
kau uruskan dia. Atas meja surat tukar hak milik saham dia dah tanda tangan.
Kau bagi kat Datuk Hamidi.” Aku turun ke tingkat bawah. Dahaga pula aku rasa.
“Kau
nak buat apa dengan maklumat tu semua?”
Aku
pandang Damien. Aku tahu dari nada Damien dia seperti menyimpan curiga. Halaa,
macamlah aku pernah buat jahat pada perempuan. Hey, bab perempuan ni dia memang
jaga sikit. Aku tak pernah berlebihan dengan perempuan walhal mereka yang
datang menyerah diri.
Rimas
bila melibatkan perempuan. Merengek konon manja, fuh! Itu bukan cara aku. Jenis
yang lembut macam jeli, acah-acah manja itu bukan selera aku. Tapi yang ini…
sampul coklat aku pandang penuh minat. Di dalam terdapat maklumat tentang dia
yang mampu membuatkan aku senyum seperti sekarang.
“Kau
dah uruskan dia untuk aku malam nanti?
“Keith
dah uruskan. Kau dah tahu siapa dia. Yang kau suruh aku siasat lagi buat apa?”
Aku
menoleh kepada Damien yang memandang aku pelik. Betul la tu, sebenarnya aku dah
tahu siapa dia. Bukanya susah pun nak tahu tentang dia. Dia sangat terkenal di
kalangan ahli perniagaan yang baru bina nama atau mereka yang sudah lama dalam
dunia perniagaan.
“Aku
nak tahu apa hubungan dia dengan Tan Sri Marzuki.”
“Maksud
kau?”
“Aku
pernah nampak dia bercakap dengan Tan Sri Marzuki.”
“Skandal
dia?”
“Tak.
Kau dah siasatkan Damien. Mesti kau tahukan?”
“Aku
rasa kau pun dah tahu hubungan mereka.” Damien mencebik dan aku hanya
menyambutnya dengan tawa besar. Memang aku dah tahu hubungan Tan Sri Marzuki
dan dia. Tak sangka sebenarnya. Bagaimana orang boleh tak tahu tentang hubungan
keduanya? Dah mereka pun pandai berlakon. Sungguh ketika aku mula-mula dengar
kenyataan tu, aku terkejut. Kenapa?
“Sebab
kau lambat buat kerja.”
“Aku
pula.”
Damien
duduk atas bean bag. Aku hanya perhatikan tingkah sahabat baik aku itu. Lama
aku pandang wajah Damien dan aku tahu ada sesuatu yang mahu dikatakan oleh
lelaki itu.
Sampul
tadi aku letak atas island table. Langkah aku atur menyertai Damien dia santai
atas bean bag menghadap laman belakang. Bunga-bunga sedang berkembang mekar.
Tidak langsung duduk aku bukakan pintu kaca itu. Mahu wangian bunga tersebut
menyerbu masuk ke dalam rumah dan membiarkan haruman segar menyerikan isi
rumahnya.
Idea
tanam bunga kat belakang ni, idea Ajwa. Rindu pula dia dengan Ajwa. Rumah ini
kosong sejak Ajwa kahwin dengan Ikhmal. Hanya Damien yang menemaninya di rumah
ini itu pun hanya sesekali. Sebab Damien ada tugas lain yang telah dia serahkan
pada lelaki itu.
“Serius
aku nak tanya kau ni.”
“Apa
Damien?”
“Kau
nak buat apa dengan budak tu?”
“Hey,
dia bukan budaklah. Dia… kalau aku…” sengaja aku gantung ayat dan melirik nakal
pada Damien. Lelaki juihkan bibir sahaja. Menyampahlah tu. “Dah boleh
mengandung tau.”
“So?”
“So?”
sengaja aku ulang soalan Damien.
“Kau
jangan bermain dengan api Hans.”
“Kau
masih bermain dengan api Damien?” sengaja aku berikan soalan itu kembali kepada
Damien. Ala, bukan aku tak tahu sampai sekarang Damien masih menyimpan perasaan
pada Ajwa. Siapa suruh lambat luahkan perasaan, sekali Ajwa terlepas ke tangan
orang lain.
“Aku
main api terbakar sendiri. Kau… lain Hans. Kalau kau tahu kisah hidup dia, aku
yakin kau takkan sanggup lukakan dia.”
“Siapa
cakap aku nak lukakan dia Damien?”
“Dah
tu untuk apa kau cari maklumat tentang dia? Nak jadikan skandal supaya kau
dapat balas dendam pada Tan Sri Marzuki? Atau kau nak buat dia jatuh cinta
dengan kau lepas tu kau buang dia macam sampah? Kau rasa itu akan menyakitkan
hati Tan Sri Marzuki?
Aku
pandang Damien. Jauh sungguh pemikiran Damien. Keluhan aku lepaskan berat.
Bukan salah Damien juga jika lelaki itu beranggapan demikian. Ini kali pertama
dia bersungguh suruh Damien siasat tentang perempuan. Hendak pula perempuan tu
ada kaitan dengan Tan Sri Marzuki. Haruslah Damien salah faham.
“Kau
nampak aku sejahat tu ke?”
“Hati
manusia bukan boleh di duga.”
“Hati
aku… jernih Damien. Kau pun tahu. Kau boleh nampak terus ke dasar melalui hati
aku.”
Aku
dengar keluhan yang keluar dari mulut Damien. “Aku tahu kau risau. Aku cuma
mahu berkenalan dengan dia. Kau jangan bimbang.”
“Kau
kena ingat hati manusia berbolak balik. Jangan sampai kau yang terduduk nanti.”
Damien
bangun meninggalkan aku sendirian memikirkan kata-kata akhir lelaki itu. Tangan
naik meraup wajah. Jujur aku mahu kenali dia bukan kerana dendam atau apa. Aku
cuma mahu melihat wajah indah itu lagi. Senyuman yang manis walaupun hanya
lakonan semata. Pandangan mata yang mesra walaupun dia tahu itu juga lakonan. Untuk
kali pertamanya, dia merasakan begitu pada seorang perempuan.

No comments:
Post a Comment