Sunday, February 2, 2020

Cinta Mamat Sandwich {bab 1}

Bab 1


Dia pandang bias tubuhnya dihadapan cermin. Terselit rasa bangga dengan penampilannya malam ini. Dia yakin dress kembang paras lutut dengan bahagian dadanya terdedah mampu membuatkan mana-mana lelaki di dalam telan liur. Membuatkan setiap mata nakal mereka tidak beralih dari memandangnya.
Senyuman nakal terbit dibibirnya. Kebanggaan yang melahirkan riak dihati. Ah! Bukan aku riak tapi mengagumi anugerah Allah. Jangan pernah bazirkan kecantikan yang dianugerahkan. Huh! tipikal Adhia Adamia. Tidak pernah mahu mengaku yang dirinya riak.
Dia mendekatkan wajah putihnya ke hadapan cermin. Setelah puas hati dengan mekap dan lipstick, dia buka pili air untuk basuh tangan. Pada hal dia sengaja melengahkan niat hati untuk keluar dari tandas apabila telinga menangkap  suara sumbang beberapa perempuan yang juga… Mungkin sedang meneliti mekap diwajah mereka.
`Hahaha... Ada aku kisah? Tidak sama sekali!’
Sempat dia menjeling ke arah perempuan sebelah seraya menghadiahkan senyuman sinis. Kepala dipusing kehadapan hingga rambutnya yang paras bahu beralun. Perghhh, ini sengaja nak membakar ni.
`Hahaha, nasib kau orang la nak cemburu dengan aku. Memang aku tidak akan biarkan sesiapa melebihi kecantikan aku malam ni.’
Dengan keyakinan 100 peratus dia melangkah penuh gaya memasuki dewan.  Inilah kali pertama dia menghadirkan diri ke majlis reunion sekolah menengahnya. Perjumpaan untuk bekas pelajar SPM 2007. Dan inilah juga kali pertama dia munculkan diri setelah 10 tahun menghilang.
Menghapuskan kewujudan diri kerana terpaksa. Huh! Kali ini dia kembali dengan satu misi. Misi yang akan dia lakukan dengan jayanya, walau terpaksa bergadai nyawa. Apa yang hilang dulu harus ditebus kembali. Hutang yang tertinggal harus dikutip kembali. Bersedialah semua! Senyuman penuh makna terukir dibibirnya.
Itu hanyalah rancangannya tanpa dia sedar Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-NYA. Pemegang kunci langit dan bumi.
Langkah kaki dihentikan ditengah-tengah dewan. Dia mengitari sekeliling. Dalam hati dia simpan senyum. Rata-rata mata lelaki buntang ke arahnya tanpa berkelip. Ah! Siapa yang tidak akan berkelip lihat perempuan yang jalanya mengalahkan lenggok model. Disertakan pandangan manja menggoda. Senyuman bisa membuatkan yang melihat nanar tidur malamnya. Bisakah lelaki-lelaki buaya ni menolak jika ini yang dihidangkan si gadis?
``Hai, Rizki.’’ Tegur Adhia. Lenggok suara sengaja dimanjakan. Senyuman manis masih setia dibibirnya.
`Ha, kau jangan. Senyuman itulah tiket untuk aku ikat hati dia orang ni semua. Pakej sekali dengan manja menggoda. Hahaha.’
``Errr, hai.’’ Tergagap-gagap Rizki. Barangkali tidak menyangka yang si gadis manis menggoda itu akan menegurnya.
Adhia menghulurkan tangan untuk bersalam. Apa lagi mat remeo seperti Rizki pantas saja menyambut. Kekura tangan Adhia dikucup lembut.
Adhia tersenyum manis. Hai, nampaknya jerat sudah mengena. Senangnya nak ikat Rizki ni. Dari dulu sampai sekarang masih dengan sikap gatalnya. Sebelum membuat keputusan untuk menghadirkan diri ke majlis ni, Adhia sudah mencari dan meneliti setiap latar belakang `sahabat-sahabat’ lamanya ini.
``Auch, segan saya.’’ Adhia tutup mulutnya dengan tangan kirinya. Dia tertawa halus.
``Selayaknya gadis manis seperti awak dilayan sebegitu.’’ Wah! manis sungguh ayat remeo Rizki.
Adhia mengangguk. Tanganya ditarik lembut dari genggaman Rizki. Hai, tak payahlah nak pegang lama-lama. Haus nanti tangan aku ni. Omel Adhia dalam hatinya. Matanya masih mencari bayang seseorang. Seseorang yang amat `bermakna’ dalam hidupnya.  Menjadi nadi dalam hidupnya yang tersembunyi 10 tahun ini.
``Tapikan, kita berdua kenal ke?’’ Soal Rizki.
Adhia berpaling kepada Rizki kembali. Wajahnya dimaniskan dengan senyuman manis. Dia memaut lengan Rizki dengan manja. Memaksa lelaki itu mengikut langkahnya ke meja makan. Penat pula duduk berdiri lama-lama.
Dia perasan ada mata-mata gadis yang memandang sinis kepadanya. Dan ada setengahnya dia kenal sangat. Namun, malas nak menegur dan mengenalkan diri didiamkan saja. `Sinis la kau orang sendiri, takde masa aku nak layan!’
Mereka duduk dimeja makan.
``Awak masih belum jawab soalan saya. Kita kenal ke?’’ Ulang Rizki.
Adhia tepuk dada Rizki manja. Senyuman menggoda diukirkan. Tubuh dah meliuk menggedik.
Rizki sudah tersengih nakal.
``Sampai hati Riz tak kenal Dhia.’’ Lirih suara Adhia. Muncung ditarik.
Melopong Rizki. Dhia? Hanya seorang saja Dhia yang dia kenal dalam hidupnya. Apakah ini Dhia yang sama? Tapi, Dhia yang dihadapanya ini… Jauh bezanya. `Apa kau nak hairan Riz, 10 tahun dia menghilang. Mana pernah kau jumpa dia selama ini.’ Ujar hatinya.
``Serius? Betul ke awak Adhia Adamia?’’ Jelas riak tidak percaya diwajah Rizki.
Adhia hanya mengangguk. Apa yang susah sangat nak percaya yang dia ni Adhia Adamia? Hai…
``Tapi awak betul-betul nampak… Lain.’’ Rizki geleng kepala beberapa kali. Kagum dan terpesona dalam masa yang sama.
``Okay. Saya faham maksud gelengan tu. Riz tak suka ke jumpa Dhia balik?’’ Adhia mengutis kukunya. Kepala ditundukkan. Sendu suaranya.
``Eh, bukan macam tu. Riz suka. Teramat suka.’’ Tangan Adhia diraih. Dicium sekali lagi kekura tangan gadis itu.
Adhia angkat wajah. Senyuman manis dipamerkan.
`Hahaha, kau masih sama Rizki. Sikit pun kau tak berubah.’
``Wah, lihat siapa ni?’’ Sinis suara tu.
Adhia berpaling ke kirinya. Dia kenal sangat dengan pemilik suara itu.  Perempuan yang berhutang sesuatu yang berharga denganya. Adhia maniskan wajahnya. Rasa memberontak disimpan jauh disudut hati. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dilunaskan rasa hatinya.
Tanpa rasa tergugat Adhia  bangun dari duduknya. Tangan dihulurkan untuk bersalam namun tidak bersambut. Baru saja Adhia mahu jatuhkan tangan, terasa hangat tanganya disambut seseorang. Matanya memanah pemilik tangan itu.
`Oh, Tariq rupanya.’
``Awak rakan sekelas kami ke? Tak pernah nampak awak selama ini.’’ Ujar Tariq sebaik saja genggaman tanganya aku lepaskan.
`Aku perasan muka kelat  Talia. Huh! Ada aku kisah dengan muka kelat kau. Seposen pun aku tak hairan. Asalkan apa yang aku nak tercapai.’
``Wey, bro! Kau pun tak kenal Dhia ni?’’ Rizki bersuara sebelum Adhia sempat menjawab.
Alahai, mamat ni! aku ketuk jugak baru tahu. Aku ni baru nak buka skil menggoda Tariq ni. Namun dia maniskan jugak wajahnya.
``Hah! Adhia Adamia?’’ Buntang mata Tariq.
Adhia tersenyum manis.
``Yup bro.’’ Ujar Rizki meyakinkan Tariq.
``You look so gorgeous.’’ Anak mata nakal Tariq memandang Adhia atas bawah.
Talia kacip gigi. Sakit hati lihat tunangnya yang terang-terang depan matanya menunjukkan minat terhadap perempuan lain.
``Huh! Mana hilang parut kau tu?’’ Kasar soalan Talia.
Adhia telan liur. Bukan kerana gugup tetapi kerana peritnya dia menahan rasa dihati. Ikutkan rasa dihatinya ini, kat sini juga lunyai dia gulaikan Talia ni. Dia tahu Talia sengaja bangkitkan hal itu kerana ingin membakar hatinya.
Talia! Gadis yang tak pernah sebulu denganya. Kerana gadis ini dia kehilangan kekasih hati. Kerana mulut gadis inilah dirinya menjadi bahan umpatan keji rakan sekampus. Pelbagai racun dilemparkan kepadanya. Wajahnya yang berparut sering kali di jadikan bahan ejekan. Dia dikatakan sial. Kerana dia ibu bapanya meninggal dalam kemalangan itu. Malahan datuknya hampir kena serangan jantung kerana Talia. Gadis itu meracun fikiran datuknya dengan kata-kata nista sehingga dia dibuang keluarga.
``Aaah, betul tu Dhia. Mana hilang parut awak tu?’’ Soal Rizki pula.
``10 tahun kau menghilang, mesti kau buat pembedahan plastikan?’’ teka Talia sebelum sempat Adhia menjawab. Sinis bunyinya.
``Serius Dhia?’’ Soal Rizki lagi.
Aduhai, kepochi sungguh mamat ni!
``Hello guys, apa kelas surgery ni. Tak original tau. Saya guna ubatan kampung. Setakat parut macam tu, apa la sangat. Hahaha, saya ni bukan macam orang tu dah hilang originalnya. Sana sini cucuk.’’ Adhia senyum sinis. Puas hati dia dapat sakitkan hati Talia. Perasan sangat dengan wajah berang tu.
``Okay la guys, saya nak ke sana kejap. Perut saya ni dah lapar sangat.’’ Adhia menggosok lembut perutnya. Lagak menggoda pun ada.
Rizki dan Tariq telan liur. Fuh! Iman sudahlah dihujung kelingking. Pergh, memang jauh beza sungguh Adhia Adamia dulu dan sekarang. Tranformasi yang memberangsangkan.






No comments: