Tuesday, February 25, 2020

H.U.D (bab 11)



Hud melepaskan tawanya kuat. Puas hati dia dapat kenakan gadis itu, jual mahal. Susahnya mahu mendekati pemilik sekeping nama Asma’. Perempuan lain tidak perlu dia bersusah payah, dengan rela hati datang padanya.
Tapi sebab itulah dia suka Asma’. Di sebalik sikap susah didekati itu menunjukkan peribadi seorang Asma’ bagaimana. Seorang yang berpendirian dan tidak mudah dipujuk rayu. Tidak lemah dengan kata-kata manis seorang lelaki.
``Hai, baru lepas telefon, lebar senyum kau ek,’’ tegur Khaliq. Mug berisi nescafe dihulurkan kepada Hud. Entah apa mimpi sahabatnya ini bertandang ke rumahnya hari ini.
``Hahaha, dia… cute tau. Hahaha. Aku boleh bayangkan wajah dia sekarang. Sah tengah kalut. Mata membulat. Ah, alangkah bagusnya kalau aku dapat tengok wajah dia sekarang,’’ ujar Hud bersama senyum lebar.
Khaliq labuhkan duduk dihadapan Hud. Lain benar sahabatnya ini sekarang. Teringin dia mengenali siapakah pemilik nama Asma’ itu. Bagaimanakah orangnya?
``Apa yang kau dah buat kali ni?’’ soal Khaliq.
``Aku cakap, aku rindukan dia,’’ selamba Hud menjawab. Air nescafe diteguk nipis.
``Apa? Wait, bukan saja dia yang terkejut. Aku pun sama. Hud! Seorang playboy cakap rindu pada perempuan yang dia baru kenal. Okay, baru kenal tu takdelah pelik sangat, tapi… Kau… Hud Wazir, luah rindu! Wow! Aku kena tulis dalam diari ni,’’ujar Khaliq teruja.
Bantal kecil di sisi dilempar kepada Khaliq. Geram dipersendakan sahabatnya itu.
``Apa salahnya aku ucap rindu dengan gelaran playboy aku tu,’’ sebal hati Hud.
``Hey, kau dah lupa atau buat-buat lupa. Bukankah kau pernah cakap, kau takkan sesekali ucap perkataan itu. I love you, I miss you… dua ayat itu kau haramkan meniti di bibir kau. Remember?’’ soal Khaliq sinis.
Hud gigit lidah. Perit tekaknya. Patutlah Khaliq gelakkan dia, sudah termakan kata-kata sendiri rupanya dia ni. Tidak semena dia lepaskan keluhan kemudian dia bangun dari sofa berlalu ke balkoni. Ternyata sejak kenali Asma’ dia sudah keluar dari landasan yang telah dia tetapkan buat dirinya.
``Hanya untuk yang berhak saja ucapan tu,’’ ujar Hud selamba.
``Kau betul-betul sukakan dia ke?’’ soal Khaliq lagi. Dia berdiri di sisi Hud.
``Entah.’’ Hud jungkit bahu. Jujur, dia tak tahu sama ada dia sukakan Asma’ atau tak. Yang pasti dia suka lihat wajah itu. Comel! Dan dia senang dengan sikap gadis itu yang dingin denganya tapi dalam masa yang sama gadis itu ambil berat tentangnya.
``Hud, kalau kau tak yakin jangan sesekali kau mulakan. Kau tahukan akibatnya nanti? Jangan berikan harapan palsu pada dia,’’ nasihat Khaliq. Walau dia tak kenal siapa Asma’ tapi dari penceritaan Hud, dia yakin gadis itu perempuan yang baik.
``Aku bukan nak buat dia macam perempuan yang aku kenal sebelum ni la. Aku… Nak berkawan saja,’’ kedengaran goyah nada Hud kali ini. Betulkah sekadar mahu berkawan? Dia tak tahu!
``Yer, kau nak berkawan. Tapi kau kena ingat hati perempuan ni lembut. Kalau berulang kali kau mengayat dia dengan ayat playboy kau tu, tak mustahil hati dia akan tersentuh. Aku ingatkan saja Hud. Walau aku tak kenal dia, tapi aku yakin dia gadis yang baik, kan?’’
``Ya, dia gadis yang baik. Terlalu baik Khaliq,’’ ujar Hud perlahan.
``So kau tahu apa nak buatkan? Jauhkan diri kau dari dia, jika kau tidak pernah nak memaknakan apa yang kau cakap dan apa yang kau buat. Hati perempuan ni complikated Hud. Aku rasa kau lebih tahu tentang perempuan berbanding aku. Yer la, kau kan champion kalau bab-bab perempuan ni,’’ usik Khaliq.
Hud senyum senget. Champion? Perlukah dia berbangga dengan itu? sebaliknya dia rasa seperti membawa bebanan yang berat.
``Tapi… Aku tak boleh nak jauh dari dia, Liq. Aku…’’ Hud mati kata. Dia tidak tahu aksara apa yang dia mahu karang menggambarkan perasaan dia kala ini. Macam mana dia nak jelaskan sedangkan dia sendiri tak faham akan isi hatinya. Ah, kalut! Kenapalah Khaliq buka isu ini?
Khaliq geleng kepala. Tidak tahu mahu katakan apa, dia hanya menepuk bahu sahabatnya itu. Jika Asma’ lah gadis yang bisa mengembalikan seorang Hud Wazir, dia akan sokong sepenuh hatinya. Dia tak mahu melihat Hud terus memusnahkan dirinya dengan perempuan mana-mana yang tidak tentu hala sikapnya.
Telefon Khaliq berdering nyaring.
``Mia,’’ sapanya.
Hud memandang Khaliq. Kenapa Mia call Khaliq?
``Hah? Kau jangan buat kerja gila Mia. Tunggu kat situ, aku dan Hud datang sekarang,’’ putus Khaliq.
``Kenapa?’’ soal Hud melihat wajah kalut Khaliq.
``Mia, dia… Aduh! Ni yang aku geram dengan minah tu. Dah berapa kali aku nasihatkan dia, mana pernah nak dengar. Keras kepala,’’ bebel Khaliq.
``Wey, kenapa dengan Mia?’’ soal Hud lagi, lengan Khaliq ditarik kuat. Geram pertanyaaanya tidak diendahkan. Khaliq kalau libatkan Mia selalu begini.
Mia ni sahabat mereka bertiga. Bukan lama pun kenal tapi disebabkan perangai masing-masing lebih kurang sama itu yang buatkan mereka rapat. Mereka kenal Mia pun di kelab. Seringkali habiskan masa melepak bersama, kadang-kadang kalau tak ke kelab mereka akan menonton wayang atau jogging bersama. Sehinggalah mereka rapat seperti sekarang.
Namun, mahupun Khaliq atau Hud tahu, apa yang menyebabkan Mia kekal bersahabat dengan mereka. Hanya satu, rasa cinta Mia pada Hud. Dan Hud, walau dia kaki perempuan namun dia ada prinsip. Dia takkan sesekali buat onar pada kawan sendiri. Mia kawanya dan dia takkan rosakkan persahabatan mereka kerana sikapnya yang tidak sukakan komitmen.
``Dia mengandung dan… Nak gugurkan kandungan dia,’’ ujar Khaliq.
``Lagi?’’ Hud geleng kepala. Bukanlah pelik pun jika Mia mengandung. Minah tu pun sama ligat dengan dia. Tukar lelaki macam tukar handbag. Malam ni dengan lelaki lain, esok lelaki lain pula.
``Dan… Kau tahu dia dah banyak kali gugurkan kandungan dia. Kali ini, terlalu berbahaya untuk dia Hud. Sakit kepala aku dengan minah ni,’’ Khaliq dan Hud beriringan ke tempat parker kereta.
Hud jungkit bahu, tayang muka tidak peduli. Bukan dia tak pernah nasihatkan Mia, diakhir kata Mia akan sindir dia balik. Sebab itulah sekarang dia ambil jalan perhatikan saja. Yang kasihan Khaliq, apa jua masalah Mia akan cari dia.
Dan Mia, apa yang dia lakukan hanyalah untuk menarik perhatian seorang Hud. Dia mahukan Hud nampak dirinya; memandang dirinya walau hanya dengan pandangan simpati. Wanita itu lemahnya pada perasaan. Sekali cinta dia akan terus cinta dan berusaha untuk dapatkanya hatta merosakkan diri sendiri. Sebenarnya mereka terlupa; cinta itu datangnya dari Allah dan hati itu miliknya Allah. Mahukan sesuatu yang milik Allah tetapi jauh dari-Nya manakan dapat.  Sama ada Hud ataupun Mia mereka hanya insan yang obses pada kemahuan diri sendiri.


``Mia! Mia!’’ panggil Khaliq. Kemudian pintu diketuk kuat. Masih tidak ada jawapan.
``Mana minah ni?’’ rungut Hud.
``Pecahkan aje la pintu ni,’’ suruh Khaliq.
``Takpe ke?’’ soal Hud ragu-ragu.
``Takpe ke apa ke, rempuh aje la. Cepatlah. Aku risaukan Mia ni. Di buatnya dia buat kerja gila,’’ kalut Khaliq.
``Isyy, yer la.’’ Baru saja Hud nak rempuh pintu terbuka dari dalam.
``Kau pergi mana? Berapa kali aku ketuk, panggil tak berjawab.’ Marah Khaliq. Laju kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Mia.
``Aku dalam bilik air la,’’ jawab Mia lemah. Dia duduk atas sofa.
Hud pandang wajah lemah Mia. Khaliq sama. Keduanya melabuhkan duduk atas sofa.
``Siapa pula kali ni?’’ soal Khaliq.
Mia jungkit bahu. Dia pejamkan mata. Dari semalam dia muntah-muntah, tubuhnya dah tak larat. Tenaga kian menghilang dari badan.
Hud senyum senget. Dia agak dah. ``Kau ni yang bangang sangat tak guna protection tu kenapa? Rakus? Tak menyabar?’’ selar Hud.
Mia jeling tajam pada Hud. Sakit diselar oleh lelaki itu. Kenapalah Khaliq bawa lelaki ini sekali? Buat sakit hati saja.
``Lepas tu apa kau nak buat sekarang?’’ soal Khaliq pula. Malas dia nak layan suasana tegang antara Hud dan Mia.
``Apa lagi? Gugurkanlah. Gila kau aku nak bela.’’ Takkan sesekali dia bela anak dalam kandunganya ini. Apa dia hendak jawab dengan orang tuanya nanti? Lagi pula dia belum bersedia untuk milikki anak, ini pula anak luar nikah. Banyak yang perlu dia korbankan dan dia perlu hadapi tekanan dari masyarakat. Dia tak sanggup.
Manusia hanya akan sedar apabila berhadapan dengan kesilapan. Mia tahu dia yang salah; dia yang silap kerana membiarkan dirinya terperangkap dalam perangkap yang dia pasang sendiri.
``Wey, kau dah berapa kali gugurkan kandungan kau. Kali ini, risiko dia tinggi Mia. Nyawa kau boleh melayang tau. Lagi satu, takkanlah kau nak tambah dosa kau lagi. Dah berapa kali kau gugurkan kandungan kau, ia sama seperti membunuh Mia. Cukup-cukuplah Mia.’’ Nasihat Khaliq. Kecil besar, kecil besar dia nampak Mia sekarang ini.
Umur Mia bukanlah lagi umur gadis remaja yang perlu di ajar mana yang salah dan mana yang buruk. Akal wanita ini sudah cukup waras untuk membezakan akibat dari setiap tindakkan yang di ambil. Khaliq tahu niat Mia mula-mula mahu tarik perhatian Hud tetapi masuk ke dalam dunia hitam ini bagaikan pasir jerlus. Sekali kaki kau tersangkut didalamnya, kau takkan mampu menariknya keluar kembali.
Mia bukanlah satu-satunya perempuan yang dia kenal yang obsess dengan cinta. Puas sudah dia nasihatkan Mia sayangi diri sendiri dulu. Dia juga pernah bagitahu Mia, cari cinta Allah; mohon padaNya kalau betul jodoh dia dengan Hud minta dimudahkan jalanya. Akhirnya dia yang dituduh acah alim oleh Mia.
``Dah tu kau nak aku buat apa? Apa orang kata kalau aku bela anak ni? Aku takde suami, kau faham tak?’’ jerit Mia. Serabut.
``Haa, tahu pun risau apa orang kata. Masa nak buat kau ingat sedap sajakan. Tak fikir masa depan apa akan jadi. Bukan sekali dua tau, dah berkali-kali. Tu pun masih tak beringat. Aku nak kau cari bapa budak ni. Suruh dia bertanggungjawab,’’ putus Khaliq.
``Gila!’’ cemuh Mia.
Hud putuskan untuk jadi penonton. Malas nak menyampuk. Dia kenal sangat dengan perangai degil Mia. Bukanya mahu dengar nasihat orang. Tengok itulah, suruh cari lelaki yang buat dia mengandung, di gilakan Khaliq pula.
``Kau cakap aku gila? Habis tu kau tu apa? Tak gila? Bangang? Sewel?’’ geram Khaliq dibuatnya. Kalau yang berdepan denganya ini bukan perempuan sudah makan penumbuk dia agaknya. Sesuka hati katakan dia gila. Orang nak menolong pun digilakan!
``Haisy, pergi baliklah la Liq kalau kau datang nak sakitkan hati aku,’’ marah Mia.
``Kau yang telefon aku tau. Menangis-nangis. Bukan aku yang cari kau,’’ selar Khaliq.
``Baliklah!’’ jerit Mia.
Khaliq kepal penumbuk. Geram dengan sikap degil Mia. Dia jeling Hud yang selamba badak melihat drama antara dia dan Mia siap tangan menyilang dada.
``Hud?’’ panggil Khaliq mengharapkan sahabatnya itu membantu.
``What?’’
Khaliq jeling ke arah Mia. Hud jungkit bahu. Malas nak campur. Tapi Khaliq cekak pinggang. Geram.
``Okay,’’ Hud mengalah.
``Macam ni la Mia, buat masa sekarang kau tenangkan diri dulu. Kita jumpa doktor dan tanya apa pendapat dia. Kalau kata, kau memang tak boleh gugurkan kandungan kau, nak tak nak kau kena kandungkan juga budak ni.Tapi aku dan Khaliq janji akan tolong kau,’’ pujuk Hud.
``Tolong aku? Kau nak kahwin dengan aku ke?’’ soal Mia. Bersinar matanya. Dia memang sudah lama sukakan lelaki ini. Sakit hati Hud tidak melayan dialah, dia sanggup hambakan dirinya kepada lelaki gersang di luar sana. Sangka dia Hud akan menghalang tapi lelaki itu hanya biarkan. Tidak terusik pun.
``Woooo, aku boleh tolong benda lain tapi bukan kahwin!’’ tegas suara Hud. Melebih pula minah ni.
``Kenapa? Sebab aku kotor? Dah tak dara lagi?’’ lirih suara Mia.
Hud lepas nafas berat. Tajam mata dia memandang Khaliq. Ini semua salah Khaliq. Sibuk suruh dia masuk campur.
``Bukan itu isunya Mia. Kau sendiri tahu aku macam mana. Aku tak suka komitmen, paling tidak… bukan sekarang! Aku lebih suka hidup aku yang sekarang. Tidak terikat dengan sesiapa,’’ jelas Hud.
``Huh!’’ dengus Mia. Alasan yang sama dari dulu.
``Aku akan carikan rumah lain untuk kau. Jauh dari sini. Tidak ada siapa kenal kau, sehingga kau bersalin. Makan pakai kau, aku dah Khaliq akan tanggung. Kalau kau setuju, aku akan uruskan secepatnya mungkin. Terserah pada kau,’’ putus Hud. Malas dia nak layan karenah Mia. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Orang dah baik hati nak menolong, banyak pula cekadak dia.
``Mia,’’ panggil Khaliq.
``Okay. Aku terima!’’ putus Mia. Itu lebih baik dari dia menanggung seorang diri.
Hud tarik nafas lega. Kalaulah Mia berkeras nak dia berkahwin denganya mahu dia lempar minah ni keluar dari balkoni. Dia playboy tapi dia tak suka perempuan yang mengada-ngada. Rimas! Sebab itulah dia suka Asma’. Erkk… sempat lagi tu.

No comments: