Friday, February 28, 2020

DIA QASYRINA IZZARA [BAB 3]



Bab 3

Qasyrina duduk dibirai katil.  Otak dia mula berfikir. Kampung! Apa yang ada di kampung ya. Hurmm… Pensel di tangan diketuk beberapa kali atas meja. Sesekali dia menggigit hujung pensel.
Okey! Dia petik jari. Alhamdulillah, akhirnya datang juga idea ni. Terima kasih Tok Ma. Ni sebab ingatkan Tok Ma la ni.
Tangan Qasyrina laju saja melakar di atas kertas putih tu.  Dia mencapai satu lagi kertas. Lakaran disambung lagi. Tiga keping kertas mencatatkan lakaran kasar bentuk restoran itu. Harap-harap mamat tu sukalah. Nak pecah kepala aku fikir ni.
Kemudian dia letakkan pensel atas meja.  Diperhatikan setiap lakaran itu. Cukup puas hati. Dia hanya menandakan secara kasar warna, dan juga perabot yang akan digunakan.
Baru saja dia nak rehat telefonnya berdering minta diangkat. Dia lihat skrin… Alahai, mamat ni nak apa lagi ni? Kan aku dah cakap tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia.
Mahu tak mahu dia terpaksa angkat juga panggilan tu. Membingitkan. Dah tahu call sekali orang tak angkat, tak payah call dah la.
``Hello, kau nak apa lagi Zaihan?’’ Soal Qasyrina acuh tak acuh.
``Aku rindukan kau. Aku nak ajak kau keluar.’’ Zaihan bersuara manja.
``Sorry la, aku penat. Esok pagi aku ada mesyuarat penting.’’Qasyrina beralasan. Memang betul dia ada mesyuarat dengan Iqram. Eh, sebut pasal mamat tu… Aku tak sempat bagitahu dia nak jumpa kat mana tadi dia dah letak. Arghh, lantak ar. Siapa suruh sombong nak mampus. Pandai-pandailah dia call aku nanti.
``Kau tahukan aku rindukan kau. Dah lama kita tak keluar bersama. Aku tunggu kat kelab yang biasa kau lepak pun kau takde.’’ Lirih suara Zaihan. Susah sungguh nak jinakkan minah sorang ni.
Haa, ni la salah satu sebab kenapa dia tak nak ke kelab lagi.  Dia akan jumpa dengan semua mamat tak reti bahasa kat sana. Yang pergi cari aku kat sana buat apa? Ingat aku ni berumah tangga kat situ ke? Mujurlah dia orang cari kat sana, dibuatnya dia orang cari kat rumah. Tak ke haru kau nak lari ke mana?
``Aku sibuklah sekarang. Zaihan, aku kena letak dulu ni. Ada panggilan masuk.’’ Qasyrina terus matikan talian Zaihan dan menyambut panggilan mamat poyo tadi.
``Saya lupa nak tanya tadi nak jumpa kat mana esok?’’ Iqram terus ke pokok tujuan dia menelefon gadis tu.
Dia sebolehnya tak nak telefon. Hatinya tidak keruan mendengar suara Qasyrina. Jantungnya usah cakap, dup dap saja. Baru dengar suara, sudah macam ni. Kalau jumpa orangnya, macam manalah nanti. Dengar suara gadia itu tengah marah pun dia rasakan merdu. Haih! Apa kena dengan dia ni?
Iqram geleng kepala. Menghalau segala macam berasak dalam kepala dan hatinya. Jangan main-main Iqram, kau kenal pun tak minah ni. Entahkan isteri orang. Tak pun tunang orang. Jaga hati Iqram woi. Selar akal Iqram mengingatkan.
``Itulah sombong sangat. Belum sempat orang nak habis cakap dan letak phone,’’ selar Qasyrina.
Hai, minah ni! Orang nak cepat letak dia main sindir-sindir pulak.
``Tak payah nak sindir bagai. Cakap saja nak jumpa kat mana esok. Cepatlah! Saya ada kerja lain lagi ni,’’ gesa Iqram.
``Yer laaaa… Kita jumpa kat restoran kawan saya. Dekat Wangsa Maju. Restoran seafood Amanda.  Kat situ kawasan…’’
Tut… Tut…
Qasyrina ternganga. Dua kali mamat poyo ni putuskan talian tanpa aku habis bercakap dulu. Takpe! Kau tunggu! Ada ubi, ada batas. Ada hari aku balas. Huh! Benci! Boleh naik darah tinggi aku macam ni.
Iqram letak tangan didadanya. Kuat jantungnya berdegup. Apa kena jantung aku ni? Baru dengar suara dah haru. Kalau jumpa tuan punya badan, hodoh jadi haru biru aku. Huhuhu. Takkanlah dah jatuh cinta dengan suara dia?
Dia geleng kepala beberapa kali. Betul ke aku dah jatuh cinta ni? Haisyy, mustahil la! Kenal pun tak. Hati budi pun tak tahu lagi. Baru dengar suara. Ini godaan syaitan semata-mata! Nak kelabui mata aku ni. Iqram memujuk hati sendiri.
Tapi kenapa suara minah tu sedap sangat. Gemersik. Suara dalam keadaan marah pun aku rasa merdu saja. Itu sebab kau tengah angau kat dia. Duhai hati, jantung! Jangan nak merepek yang bukan-bukan. Aku tak kenal pun minah tu.  Ini pun semua kerana mak ngah saja.
Mak ngah pun satu hal, sibuk nak buka restoran tapi nak urusnya tak reti. Dari A hingga Z dia harapkan orang. Tengoklah sekarang, sudahlah dia upah perunding designer, nak tengok hasil tangan perunding itu pun dia arah orang lain. Hai, keluhan terbit di bibir Iqram.
Azan maghrib berkumandang.  Iqram bangun. Dia belum lagi membersihkan diri balik dari joging tadi.  Inilah rutin harianya sejak menganggur ni. Sudah asyik makan tidur, boroi nanti. Siapa yang nak? Hahaha, lelaki pun takut saham jatuh weyy.
Biasalah perempuan sekarang suka lelaki yang jaga badan . Yang sado. Iqram sengih sendiri. Ini sementara saja. Mak Ngah Rifka ada tawarkan dia sebagai pengurus restorannya. Keputusan masih belum dibuat. Entahlah dia lebih minatkan muzik. Tapi itu halangan untuk Haji Mahsuri. Ayahnya orang yang kuat agama. Amat menentang muzik ni. Bagi ayahnya ini semua melalaikan.
``Iqram,’’ panggil Hajjah Sofea.
``Ya, ibu.’’ Iqram buka pintu biliknya.
``Ayah ajak jemaah sama-sama. Inikan malam jumaat. Sekali dengan  baca yassin.’’ Manis senyuman Hajjah Sofea hadiahkan buat anaknya itu.
``Iqram nak mandi dulu bu. Kejap ek cakap kat ayah.’’ Iqram terus berlalu ke bilik air.  Terasa segar tubuhnya disimbahi dengan air sejuk.
Usai pakai baju, dia turut ke ruang solat. Ibu, ayah dan si bongsu sedang menanti.
``Assalamualaikum,’’ sapa Iqram bersama senyuman manis.
Tanpa berlengah Haji Mahsuri mengalunkan iqamat. Maghrib bukan waktu yang panjang untuk berlengah. Selesai iqamat, Iqram ambil tempat sebagai imam. Dengan tertib dia mengangkat takbir. Indah suaranya membaca ayat lazim.
Tertib bacaan Iqram. Lunak suaranya bisa memikat yang mendengar.  Damai. Salam kanan dan kiri menyudahi solat tiga rakaat itu.  Tangan diangkat, berdoa. Iqram berpaling untuk menyalami tangan kedua orang tuanya. Lazim yang dilakukan apabila selesai solat jemaah.
Boleh dikatakan solat jemaah wajib dilakukan dirumah mereka. Paling tidak, dalam sehari satu waktu mesti berjemaah.  Bagi Haji Mahsuri solat jemaah itu mampu merapatkan hubungan mereka sekeluarga yang masing-masing sibuk. Terkadang nak bertegur sapa pun tak sempat. Dan melalui solat jemaah inilah mereka berkumpul sujud kepada Yang Satu.
``Ibu masak apa malam ni?’’ Iqram duduk bersila sambil membetulkan kopiahnya.
``Ibu masak asam pedas ikan pari, sotong goreng kicap dan ayam goreng.’’ Hajjah Sofea menyangkut telekung di penyangkut baju. Dia senyum ke arah anak bujangnya.
``Ayam lagi?’’ Iqram buat muka cuak. Dah bosan kut hari-hari hadap ayam.
``Hahaha, macamlah kamu tak tahu. Adik kamu Darwina memang suka makan ayam. Takde ayam, dia rela tak makan nasi walau pun ada lauk lain.’’ Hajjah Sofea senyum. Dia pun hairan dengan anak bongsunya tu. Cukup suka dengan ayam. Masaklah apa pun asalkan ayam, dia akan makan.
``Patutlah muka macam ayam dah.’’ Perli Iqram.
``Eleh, abang tu dengki. Eloklah muka orang macam ayam aje, dari muka macam sotong, ikan pari dan seangkatan denganya.’’Darwina jelir lidah. Dikutuknya juga Iqram. Tak mahu kalah.
``Hai, tarik lidah tu baru tau.’’ Iqram jegilkan matanya.
Darwina jelir lidah lagi. Makin Iqram marah, makin dibuatnya.
``Dah-dah. Tak payah nak gaduh. Wina, jom ikut ibu ke dapur. Orang perempuan kena rajin masuk dapur. Kena pandai selok belok kat dapur. Takdelah nanti kekok.’’ Sempat lagi Hajjah Sofea membebel.
Darwina bangun ikut langkah ibunya. Tapi sempat lagi dia jelir lidah kat abangnya. Iqram bulatkan matanya. Hai, sempat lagi budak ni.
Haji Mahsuri senyum saja. Geli hati dengan tingkah keduanya. Si abang dah umur 30 tahun tapi bila jumpa dengan si adik yang umur 21 tahun tu, jadi macam kanak-kanak balik. Mereka hanya dikurniakan sepasang anak saja. Itu pun dah syukur sangat bagi Haji Mahsuri dan isterinya.
Allah uji mereka dengan anak. Orang lain kahwin senang saja nak dapat anak, tapi mereka berubat sana sini baru dapat Iqram. Begitu juga dengan Darwina.
``Macam mana dengan permintaan mak ngah kamu. Kamu dah telefon designer tu.’’ Soal Haji Mahsuri.
``Dah ayah. Esok Iqram akan jumpa dia. Nak tengok detail lakaran dia. Siapalah yang mak ngah upah ni? Macam tak professional aje. Ada ke nama client pun dia lupa,’’ adu Iqram.
Haji Mahsuri senyum. ``Mungkin dia sibuk masa tu.Terlupalah. Kita manusia ni ada kelemahan, Iqram. Mana mampu nak ingat sepuluh perkara dalam satu masa.  Lagi satu kamu kena ingat, jangan mudah menilai orang. Nanti jadi fitnah. Kenali dulu baru menilai. Nilai pula jangan dengan nafsu tapi dengan iman.’’ Secara tak langsung Haji Mahsuri menegur sikap anaknya. Serta memberi peringatan.
``Iya, ayah. Insya-Allah.’’ Iqram tunduk. Dia tahu dia silap.
``Jadi kamu terima jugalah tawaran mak ngah suruh uruskan restoran dia tu?’’ Soal Haji Mahsuri lagi.
``Yang tu, Iqram masih belum buat keputusan lagi. Ayahkan tahu, Iqram mana pandai dalam bab-bab macam ni. Kan baru sebulan dua dah lingkup restoran mak ngah tu,’’ seloroh Iqram.
``Kamu ni, belum cuba dah mengalah. Memanglah kamu tak tahu. Ambil peluang ni untuk belajar. Jadikan ia salah satu cabang ilmu. Manalah tahu masa hadapan kamu nak buka restoran sendiri pula. Berniaga ni sunnah Rasulullah. Sahabat-sahabat nabi pun berniaga. Cuma kena ingat, berniaga ni jauhi riba. Halal dan haram jangan ambil mudah.’’ Pesan Haji Mahsuri. Dalam menyakat anak teruna sempat diselitkan nasihat.  Dia tahu sangat anaknya bukan jenis yang suka berniaga. Apatah lagi dalam bidang masakan ni.
Dia juga tahu minat anaknya. Bukan tidak menyokong cuma mahu mengelak. Muzik sekarang tidak sama dengan muzik zaman Rasulullah. Banyak kelalaian dalam muzik sekarang. Pergaulan lelaki dan perempuan tiada sempadan. Yang perempuan pakai baju tak pernah nak cukup kain. Yang lelaki pula, rambut tak pandai nak potong. Pakai subang sana sini. Nak rugged katanya. Imej rockers.
``Ayah ni, Iqram  tak minat yah.’’
``Dah tu kamu nak kerja apa? Sejak habis belajar kamu menganggur aje.’’
``Hehehe, bukan menganggur ayah. Ni masa rehat,’’ dalih Iqram. Dia tayang sengih.
``Yer la kamu ni. Macam-macam alasan kamu. Dah ada ijazah tak mahu kerja lagi.’’ Haji Mahsuri geleng kepala.
``Alaa, yah. Orang dah lama sangat kat luar. Dari zaman sekolah rendah, duduk asrama. Jarang kat rumah. Jarang dengan ayah, ibu dan adik. Bagilah masa orang nak bermanja dengan kau orang dulu. Lepas tu baru orang fikirkan tawaran mak ngah tu. Okay tak macam tu?’’ Iqram senyum. Harap-harap ayahnya akan setuju.
Haji Mahsuri angguk. Betul kata anaknya itu. ``Iyer la.’’
``Ayah, abang. Ibu panggil makan.’’ Terjengul muka Darwina.
``Wah! Jom ayah. Dah lama tak makan masakkan ibu.’’ Teruja Iqram.  Dia baru saja balik dari Mesir. Masih `hijau’ dibumi kelahiran sendiri. Ayat macamlah duduk kat Mesir tu berpuluh tahun. Hahaha, pergi sana pun kerana mencari ilmu. Sepanjang berada disana, perkara yang paling dia rindui adalah masakan ibunya. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang lebih hujan batu di negeri sendiri.
Ingatkan bolehlah rehat dulu, alih-alih kena uruskan restoran mak ngah dia pulak. Alahai…

No comments: