Adhia ketuk stereng kereta. Geram dengan Adif. Tanya nama pun susah nak jawab. Mujur ada Aiman yang sudi menjawab. Aku sudah rendahkan diri aku tergedik-gedik dengan dia tapi boleh saja dia buat tak layan. Malah diceramahkan lagi aku.
``Kau ni perempuankan? Islam?’’ Soal Adif.
``Iyer..’’ Teragak-agak Adhia menjawab. Dahinya berkerut. Kenapa soalan itu yang ditanya. Ada kaitan ke?
``Hmm, tapi kenapa aku tak nampak kau macam perempuan muslimah? Jauh sekali sebagai orang islam. Dengan pakaian dedah sana sini. Dengan rambut macam rumput kena racun. Mekapnya, Ya Allah. Kalau begini cara kau, aku malu nak mengaku saudara sesama islam. Tidak ke kau rasa malu ke bila orang tanya kau islam ke tak? Nampak sangat pakaian kau tidak melambangkan darah islam yang mengalir dalam tubuh kau tu,’’ selar Adif lancang.
Adhia hentak kaki. Sakit hatinya. ``Tunggu Adif. Kalau aku tak mampu buatkan kau melutut di kaki aku, bukan Adhia Adamia namanya.’’
Adif jeling Adhia yang masih berada didalam kereta. Sangkanya gadis itu akan terus berlalu pergi. Dia nampak wajah tegang Adhia yang sedang merenung tajam ke arahnya. Nafas berat dilepaskan.
``Kau kasar sangat dengan dia, Dif. Tak baik kau cakap macam tu. Kasihan dia.,’’ omel Aiman.
``Aku kata apa?’’ Adif buat muka blur. Bonet kereta ditutup. Sekarang dia sedia untuk beredar. Lantaklah minah tu nak duduk kat situ sampai pagi esok pun. Tidak kuasa aku nak layan.
Aiman jegil mata. Eh, ini betul ke kawan aku ni? Baru tadi di`sekolahkan’ minah tu sekarang boleh pula dia buat tanya `cakap apa?’.
``Woi, kau nak balik ke tak nak?’’ Laung Adif dari dalam kereta.
Terkocoh-kocoh Aiman masuk ke dalam perut kereta. Dibuatnya Adif meroyan tinggalkan dia kat sini, niaya saja.
Sesekali Adif pandang belakang melalui cermin pandang belakang. Kereta Adhia masih disitu. Kenapa pelik sangat perempuan tu? mereka kenal pun baru hanya beberapa jam tadi tapi melekat dengannya bagaikan sudah bertahun kenal. Hai, sudah macam perigi cari timba.
Aiman kerling Adif. Dia sempat menangkap mata Adif yang sesekali kerling ke belakang.
``Cantikkan awek tadi.’’ Aiman bersuara memecah kesunyian antara mereka.
Adif kerut kening.
``Awek mana?’’ Soal Adif.
``Adhia.’’ Aiman sengih gatal.
Adif mencebik. Tak habis lagi dengan minah Adhia tu.
``Kau jangan nak gatal sangat. Kan nanti aku repot kat tunang kau baru tahu.’’ Ugut Adif.
``Woi, alaa… Kau ni! Aku gurau aje la.’’ Aiman silang tangan. Sikit-sikit nak ugut. Huh! Nak jual minyak sikit tak boleh dengan Adif ni. Lurus orangnya.
Tiba-tiba telefon Adif berdering. Earphone dimasukkan ke telinga sebelum menjawab panggilan tersebut. Keselamatan perlu diutamakan. Hahaha, selain mengelak disaman. Huhuhu.
``Hello, Yup. Okay, kau hantar alamat. Lepas zohor aku ke sana.’’ Putus Adif.
``Siapa?’’
``Afiq. Ada pelanggan call bagitahu air cond yang dia pasang minggu lepas buat hal. Dia suruh aku pergi sebab dia ada kerja kat tempat lain.’’
``Ooo. Masyuk ek business kau orang?’’ Soal Aiman lagi.
``Alhamdulillah.’’ Ringkas jawapan Adif. Berapa pun rezeki yang masuk, yang mereka dapat, perlu disyukuri. Perlu disudahi dengan lafaz pujian kepada Allah. Kerana rezeki yang mereka dapat ini adalah kurniaan-NYA.
Adhia hempas punggung atas sofa. Panas hati masih tidak reda. Kerek punya lelaki. Dia punyalah tunjuk manja, boleh pula Adif buat tak tahu. Buta hati ke apa? si Luqman tu kalau aku buat suara lunak terus jatuh terjunam. Huh!
``Kau ni kenapa? muka bengang aje,’’ soal Dhira.
``Takde apalah. Eh, kau dah panggil orang tengokkan aircond tu.’’
``Dah. Lepas zohor ni dia hantar orang tengokkan. Jadi, macam mana dengan meeting tadi.’’
``Macam biasa. Alaa, kita bukanya tak pernah deal dengan Amira tu, pasal harga masih sama. Cuma tadi kami bincang pasal tempat nak shoot. Aku kalau boleh tak nak tempat yang jauh-jauh. area Shah Alam ni pun dah okay,’’ jelas Adhia isi mesyuarat tadi.
``Okay. Eh, sebelum aku lupa, ada bunga untuk kau.’’ Dhira bangun menuju meja makan. Dicapai ros merah tiga kuntum itu lalu diserahkan kepada Adhia.
``Err, siapa yang bagi bunga ni?’’
``Tengoklah. Ada kad tu.’’
``Hah! Luqman?’’ Bulat mata Adhia pandang bunga ros itu. Hahaha, tidak sangka secepat ini jerat dia mengena.
Mata Dhira turut sama membulat. Mereka pandang isi kad yang bertulis tangan itu.
Dinner with me tonight – Luqman
``Dia ajak kau dinner babe.’’ Teruja suara Dhira. Macamlah dia pula yang diajak makan malam. Hahaha.
Adhia dah tersengih-sengih. Dalam kepala sedang memasang agenda. Yang pasti semua akalnya akal jahat.
``Eh, Luqman tu dah kahwin ke?’’
``Entah. Aku tak tahu. Dan aku tak nak tahu. Yang aku tahu, aku nak dia orang rasa apa yang aku rasa dulu.’’ Senyum Adhia sinis.
Dhira mengeluh. Kekadang dia tidak menyokong apa yang ingin dilakukan sahabatnya itu, cuma kerana tidak mahu si sahabat terasa terasing, diikutkan saja. Dia bimbang jika Adhia akan terluka kerana perbuatannya sendiri. Sudah dinasihatkan namun sahabatnya itu tetap nekad. Makanya dia mengikut. Sekurangnya jika Adhia makin jauh, dia boleh tarik agar sahabatnya itu kembali ke landasan yang betul.

No comments:
Post a Comment