Sunday, February 2, 2020

H.U.D {bab 5}

Bab 5

Mak cik Hasnah tolak pintu kondo Hud setelah masukkan password yang baru diberikan oleh lelaki itu. Melangkah saja masuk ke dalam kondo itu kepalanya terus menggeleng. Ringan saja mulutnya mahu membebel. Selama setahun dia menjadi `orang gaji’ yang datang kemas rumah Hud seminggu sekali.
Kali pertama dia jumpa Hud, lelaki itu sedikit sombong tetapi dia nampak dengan jelas kesunyian yang tersimpan di dalam diri seorang Hud Wazir. Sepasang mata lelaki itu tidak mampu menipu mata tuanya.
Dan kali pertama jumpalah dia sudah bebelkan Hud; macam mana dia tak bebel. Melangkah masuk saja matanya dijamu dengan ruang tamu yang penuh tin kosong atas meja dan plastik makanan ringan. Mulanya dia sangkakan yang tin itu minuman keras, mujurlah dia buka buta huruf dapat membaca dengan cemerlangnya.
Belum lagi masuk dalam bilik lelaki itu, pakaian bersepah atas lantai. Naik imagrain kepala tuanya. Tapi sekarang dia semakin dapat membiasakan diri dengan Hud dan lelaki itu sudah boleh membiasakan diri denganya. Dan tugasnya sejak setahun yang lepas kemas rumah Hud sahaja, lelaki itu yang membuat permintaan begitu dengan majikanya. Pasti dikenakan bayaran yang mahal. Dia sertai agensi ini bukanlah kerana anak-anak tak mampu berikan dia makan tetapi dia sendiri yang mahu bekerja. Bosan bila duduk sendiri. Anak-anak ada kehidupan masing-masing.
``Mak cik! dah sampai?’’ tegur Hud. dia sudah siap berkemeja hendak ke tempat kerja.
Mak Cik Hasnah senyum. Hud ni sejak dia nampak lelaki ini menangis sambil memeluk gambar orang tuanya, dia cakap pada Hud, anggap saja sebagai mak. Tetapi panggilan lelaki ini padanya sentiasa berubah, adakala dipanggilnya mak ada masa mak cik. Katanya kekok; dah lama lidahnya tidak menyebut panggilan mak.
``Nak pergi kerja ke ni?’’
``Eh, tak lah. Nak pergi berdansa,’’ senda Hud.
``Amboi! Nak tambah dosa yang ada?’’ Mak Cik Hasnah jegil mata.
Meletus tawa Hud. ``Mak, jangan buat kerja berat. Kalau penat rehat ya.’’ Pesan Hud.
Kan dia dah kata, tadi mak cik sekarang mak. Hud… Hud. ``Kalau tak nak mak letih janganlah buat sepah. Ini tengok, baju yang pakai bila ni berlonggok tepi dinding. Nanti naik bintik la Hud Wazir oi,’’ Mak Cik Hasnah sudah mula membebel.
Hud hanya senyum. Kedengaran merdu leteran Mak Cik Hasnah. Rindunya dia dengan leteran arwah ibu. Bukan dia tak mampu basuh sendiri baju itu tapi sengaja. Kalau tak buat begitu, macam mana dia nak dengar bebelan Mak Cik Hasnah.
Biarlah orang nak kata dia gila sekalipun dia tidak kisah. Hanya orang yang faham sahaja akan mengerti rindunya ini. Arwah ibu… sebak melantun dada.
``Ya Allah, termenung lagi buat apa tu? pukul berapa nak masuk kerja ni?’’ sergah Mak Cik Hasnah.
``Alaa… ini mak cik punya pasal la. Siapa suruh membebel pagi-pagi kan Hud dah angau.’’ Seloroh Hud.
``Ya Allah, budak ni. Dengan aku yang tua pun dia nak jual minyak,’’ Mak Cik Hasnah buat muka jengkel.
Kuat tawa Hud meletus. ``Saya pergi dulu mak cik.’’ Hud berpamitan.
Bibir tua Mak Cik Hasnah melorek senyum. Terhibur hatinya dengan tingkah Hud. Tidak membuang masa dia meneruskan kerjanya. Melihatkan keadaan rumah ini, rasanya Hud perlukan seorang isteri.

Kepala yang berdenyut kuat memaksa Hud mencari kedai terdekat untuk dapatkan ubat bagi melegakan sakit kepalanya. Kereta dihentikan dihadapan Seven Eleven. Mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Ditambah pula dengan isu mesyuarat dia dan Mr David tadi yang belum jumpa jalan penyelesaian. Dia yakin ia akan mengambil masa yang lama untuk selesaikan masalah itu. Tambahan pula pihak sana tidak mahu kerjasama. Semua tawaran termasuk pampasan dua kali ganda juga ditolak.
Enjin kereta dimatikan. Dia buka pintu kereta lalu mengatur langkah keluar. Lemah saja hayunan langkahnya. Sudah hilang karisma seorang Hud. Ah, kepala yang berdenyut lebih menyakitkan.
Ting!
Bunyi pintu Seven Eleven yang dikuak dari luar, spontan kepalanya dipusingkan ke arah pintu itu. Keningnya bertaut melihat susuk tubuh lelaki itu. Kenapa dia boleh jumpa lelaki ini lagi? Dahi ditepuk perlahan, teringat akan hutang dia dengan lelaki itu. Selepas malam tu dia putuskan untuk berhenti dari kerja dikelab itu. Cuma kalau perlu Bob panggil untuk gantikan pekerja yang cuti barulah dia datang. Sekadar membalas budi Bob kerana tidak menyaman dia berhenti kerja dari tempoh yang telah dijanjikan. Kalau tidak bertambah lagi masalah dia mahu mencari duit bayar hutang.
Matanya masih ralit melirik langkah longlai lelaki itu ke peti air. Jelas wajah tidak bermaya si dia. Kenapa? Demam ke? pandangan ditundukkan ke bawah apabila lelaki itu mula menapak ke arahnya.
``Bagi saya Panadol satu,’’ ujar Hud lemah. Botol air 100 plus dan air mineral diletak atas meja kaunter bayaran.
Asma’ ambil sepaket Panadol. Harga air-air itu di scan tanpa bersuara. Wajah Hud pun dia tak pandang. Degup jantungnya sudah lain macam. Entah kenapa sejak kali pertama dia lihat Hud, hatinya mula berdetak pelik. Gementar!
``Berapa?’’ soal Hud.
Asma’ tunjuk pada skrin. Hud angkat wajah memandang gadis itu tajam. Dengan kepala yang menyengat, sakit pula hati apabila si gadis seakan acuh tidak acuh layananya. Orang bertanya, dia main tunjuk saja.
``Takde mulut ke? bisu?’’ selar Hud. Matanya masih mencerlung tajam memandang si gadis yang terkulat-kulat. Mungkin tak sangka di sembur oleh lelaki itu. Mujurlah saat ini tidak ada pelanggan lain, kalau tidak mahu dia malu.
``Errr…’’ tergagap-gagap Asma’.
``Huh!’’ dengus Hud. Lalu dia letakkan not RM20 dengan kuat lalu plastik barangnya di tarik kasar. Kepala dia dah sakit sangat boleh pula minah ni tergagap-gagap.
Asma’ tercengang. Dia pandang not RM20 dihadapanya. Kelam kabut dia capai baki duit lelaki itu.
``Encik! Encik!’’ panggil Asma’. Namun panggilanya hanya disambut angin apabila kereta Hud sudah berlalu pergi. Keluhan terluah kuat. Dia pandang pula baki duit dalam tanganya. Apa nak buat ni? Takkanlah nak cari mamat tu kat kelab semata-mata untuk duit yang tak seberapa ni. ‘Haih, takpelah aku simpan sajalah dulu. Nanti kalau aku terjumpa dia, aku pulangkanlah balik’. Monolog hatinya.
Hud parkir kereta di hadapan bangunan kondonya. Dia tarik nafas dalam sebelum keluar dari kereta. Kunci alarm ditekan sambil berjalan. Butang lif ditekan laju. Tangan kanan memicit kepala.  Laju kakinya melangkah masuk sebaik saja pintu lif terbuka. Dia duduk bersandar pada dinding lif. Terasa lambat pula lif tu bergerak sedangkan kepalanya sudah memuncak sakitnya. Dia mendengus kasar. Ini yang dia tak suka sakit.
Ting!
Hud pandang nombor yang tertera di dinding lif. Tingkat 8! Aduh, siapa pula ni. Mata Hud melihat susuk tubuh tinggi lampai yang melangkah masuk. Pintu lif tertutup kembali. Duduk Hud kian goyah. Pandanganya berbalam-balam. Ah, sudah! Jangan kau rebah kat sini Hud. Buat malu saja.
``Eh, encik okay tak ni?’’ tegur suara itu.
Hud panggung kepala. Matanya sudah layu. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Sekali lagi Hud hampir rebah tapi mujur gadis itu pantas menyambut tubuh kekar Hud.
``Erk, panasnya tubuh encik ni.’’ Dengan suara tertahan-tahan gadis itu bersuara. Berkerut dahinya menahan berat badan Hud.
Akhirnya lif berhenti di tingkat rumah Hud. Gadis itu memapah Hud keluar dari lif.
``Rumah encik yang mana satu ni?’’
``308’’ ujar Hud lemah. Kenapalah malang nasib dia hari ni?
``Kunci?’’
Hud seluk poket seluar lalu menghulurkan gugusan kunci kepada si gadis. Mujurlah dia ubah suai lock rumahnya menggunakan dua item, satu kunci dan satu lagi password. Untuk gadis yang tidak dikenali ini lebih baik menggunakan kunci saja, monolog akal Hud.
Dengan susah payah gadis itu membantu Hud masuk dan mendudukkan Hud atas sofa. Gadis itu tarik nafas dalam. Habis kudrat dia.
Dia berlalu ke dapur Hud. Peti dibuka lalu dibawa keluar air mineral diteguk rakus. Penat. Biarlah Hud nak cakap dia kurang ajar pun. Dia dah tolong pun lelaki itu patut bersyukur.
Hud buka plastik yang dibawa tadi. Dua biji Panadol selamat ditelanya. Lalu dia baring atas sofa. Tangan kanan diletakkan atas dahi.
Melihat lelaki itu lena. Perlahan-lahan dia menuju pintu utama. Niat hati mahu tinggalkan rumah itu dengan segera.
Namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba Hud bingkas bangun dan membuka kemeja yang membaluti tubuh lelaki itu. Tubuh kekar Hud tanpa baju memperlihatkan ketulan-ketulan di bahagian abdomen perut… membuatkan gadis itu telan liur. Wow! Seksi.
Hud buka mata setelah dia merasakan ada seseorang sedang memerhatinya. Pandanganya terpaku pada susuk tubuh yang sedang berdiri di depan pintu utama.
``Awak… Siapa?’’ soal Hud. Hairan.
``Err, saya… Nur. Tadi… Saya tolong awak… Mmm,’’ tergagap Nur, liur ditelan kesat. Matanya lebih fokus pada batang tubuh Hud tanpa baju itu. Apatah lagi bila lelaki itu mengeliat menampakkan urat-urat di bahagian lengan dan… terasa darah panas menyerbu wajahnya.
Hud simpan senyum. Melihat mata bulat gadis itu memandangnya tanpa berkelip membuatkan akal nakalnya datang. Lagi pula gadis ini boleh tahan cantiknya. Dengan dress ketat paras lutut, membuatkan nalurinya terganggu. Kepala yang sakit bagai terbang melihat keindahan dihadapan mata kini.
Dia bangun dari sofa. Langkah diatur mendekat gadis itu. Gaya penuh maskulin. Matanya diredupkan. Dia berhenti dengan jarak seinci dari gadis itu. Dibongkok sedikit tubuhnya mendekat dengan wajah si gadis. Senyuman manis dipamerkan.
``Terima kasih,’’ bisiknya menggoda.
Nur terpana. Suara serak lelaki itu, menggoda. Bibir bawah digigit sekali… dua kali… dan… matanya membulat apabila tiba-tiba ada satu bibir yang mendarat lembut di ulas bibirnya. Tanpa sedar dia turut membalas kucupan lembut itu.
Hud lepaskan pautan bibir mereka. Dia tunduk.
``Kenapa?’’ soal gadis itu polos.
``Maaf. Saya… Tak sengaja. Err, awak dah tolong saya, tapi saya…’’ Hud tayang muka bersalah. Taktik! Dia tahu dengan riaksi gadis tadi mustahil gadis itu marah. Cuma…Dia perlu mainkan watak lelaki budiman. Barulah dia mulakan agendanya. Senyuman nakal disembunyikan. Ah, jika dia sudah mulakan langkah, andai tidak dapat takluki bukan Hud namanya.
``Eh, takpe. Saya… Tak marah pun.’’ Ujar Nur tanpa rasa malu. Sedangkan malu itu pakaian seorang wanita. Jatuhlah maruah wanita itu sekiranya dia menanggalkan pakaian malunya hanya kerana pemikiran yang moden.
``Okay. Mmm, awak…’’ meleret panggilan Hud menduga. Dia tahu perempuan seperti Nur bukan susah mahu tackle. Perempuan semua sama saja melainkan…
``Ya,’’ lembut Nur menjawab. Matanya masih redup menatap sepasangan mata menggoda Hud.
``Jangan buat macam tu. Saya… mmm, lebih baik awak balik dulu. Risau saya akan melampui batas pulak,’’ ujar Hud bersama sengih nakal. Dia berpaling mahu ke sofa. Langkahnya terhenti apabila tanganya ditarik dari belakang.
``Awak… Kita,’’ kata-kata Hud mati apabila Nur sedang membuka satu persatu butang bajunya.
Rengkung Hud bergerak-gerak. Matanya tidak dapat dilarikan dari memandang tubuh tinggi lampai itu. Kalau dia sambar bukan salah diakan? Dia dah suruh gadis ini balik tadi. Bukan dia yang minta tapi gadis ini yang memberi. Jadi, dia tak salahkan? Dia lelaki normal kut. Monolog hatinya.
Nur mendekat lagi. Hud melangkah ke belakang. Nur makin maju dan Hud masih mengundur ke belakang sehinggalah tubuhnya bersandar pada pintu biliknya. Nur senyum manja. Dengan lenggok menggoda dia melangkah, yakin! Dia berhenti rapat dengan tubuh Hud. Tangan kirinya mendarat di dada bidang Hud. Desah nafas kasar Hud menampar telinganya. Tangan kanan memulas tombol pintu.
Dia menolak lembut dada Hud. Pandangan mereka masih bertaut lembut. Kaki Hud terhenti tatkala ditengah ruang bilik. Dia hanya membiarkan Nur mendominasi keadaan waktu itu. Menggoda dirinya dengan lebih tepat. Ketika gadis itu mula bertindak lebih berani, Hud menolak tubuh kecil itu lembut.
``Kenapa?’’ tanya Nur. Kerutan tebal terbentuk di dahinya.
``Kita tak kenal. Saya tak nak di kata ambil kesempatan terhadap awak,’’ ujar Hud jujur.
``Saya yang rela menyerah pada awak.’’ Lembut nada Nur menggoda. Dia bukanlah perempuan yang kuat imanya. Melihat Hud tanpa baju dengan ketulan-ketulan ditubuh tegap itu membuatkan hormon tubuhnya bagaikan menerima cas positif yang menarik untuk rapat.
Mendengar jawapan Nur, lantas Hud mencempung gadis itu direbahkan ditengah ranjang. Untuk apa membuang masa andai tuan punya badan sudah mengizinkan. Untuk kesekian kalinya, sekali lagi anak Adam tumpas pada nafsu. Kalah pada hasutan syaitan.
Ingatlah bahawa syaitan pernah berjanji akan menyesatkan anak Adam sehingga akhinya. Sama-sama memasuki neraka bersamanya. Dan kita, selaku anak Adam kalah dengan dua perkara. Kuasa dan perempuan! Sesungguhnya perempuan itu fitnah bagi lelaki dan fitnah dunia yang terbesar.



No comments: