Wednesday, February 19, 2020

H.U.D {bab 9}

BAB 9

``Amboi, happy bos hari ni. Senyum saja dari tadi,’’ tegur Aniz. Jarang nak lihat muka manis Hud ni. Bos dia ni walaupun dalam kategori bos muda dan bermuka dingin tetapi tidaklah sampai tahap dingin kutub utara. Ada masa manis juga wajah itu dengan senyuman cuma kali ini ia tampak berbeza.
``Aaah, kan Aniz. Berseri lain macam wajah bos awak hari ni.’’ Sampuk Khaliq yang muncul dari pantry bersama segelas Horlicks.
``Mana ada. Kau orang ni, ada-ada saja. Aniz, ada apa-apa appointment untuk saya hari ni?’’ Soal Hud. Malas mahu menyambut usikan sahabat dan setiausahanya itu.
``Hari ni takde bos. Cuma Dato’ Syukri nak jumpa bos nanti. Waktu lunch,’’ ujar Aniz.
``Okay.’’ Hud angguk lalu mengatur langkah ke dalam biliknya. Dia letakkan briefcase atas meja. Tidak terus duduk dia berjalan ke meja empat segi panjang ditengah ruang pejabat itu. Di situlah tempat dia melakukan kerjanya. Melakar dan meneliti pelan. Satu gulungan pelan lalu di bentangkan atas meja. Pelan projek perumahan di Batang Kali.
``Hai, ada orang angau nampaknya. Tengok pelan pun boleh senyum. Pelik ni,’’ tingkah Khaliq sambil geleng kepala.
``Ada lagi kau? Takde kerja ke?’’ soal Hud. Matanya masih memandang pelan atas meja. Dia senyum ke tadi? Rasa macam tak aje. Ke Khaliq saja nak kenakan dia ni?
``Perempuan mana yang buat kau angau ni? Dapat barang baru ke? anak dara?’’ Soal Khaliq lagi. Tidak pedulikan soalan Hud tadi.
Hud panggung kepala. Angau ke dia? Entahlah. Tapi mengingatkan peristiwa dua hari lepas, hatinya berbunga. Atas apa pun alasan gadis itu, namun dia tahu gadis itu ikhlas masak untuk dia. Sehingga sekarang tekaknya masih terasa-rasa keenakkan air tangan Asma’. Sudah agak lama dia tidak makan masakan rumah.
``Senyum lagi! Ini benar-benar pelik ni. Kau okay ke Hud?’’ soal Khaliq prihatin. Tangan naik ke dahi Hud. Memeriksa sama ada sahabatnya itu demam atau tidak. Ke tersampuk?
``Haisy, aku okaylaa,’ Hud tepis tangan Khaliq.
``Ke ada barang baru?’’ soal Khaliq dengan mata mengecil curiga. Sudah lama rasanya Hud tidak bawa mana-mana perempuan bersamanya. Yang dia tahu sekarang perempuan nama Nur yang selalu datang rumah Hud.
``Bukan barang barulah. Tapi, entahlah. Dia ni pembantu dari agensi. Kau kan tahu aku setiap bulan akan suruh orang bersihkan rumah aku. Selalu Mak Cik Hasnah yang datang tapi dua minggu lepas, ada seorang perempuan ni… dia gantikan tempat Mak Cik Hasnah. Kau tahu tak? Rupanya kami pernah jumpa sebelum ni. Beberapa kali secara kebetulan. Indahkan kebetulan ni?’’ jelas Hud dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Khaliq kerut kening. Lain macam saja dengar nada Hud ni.
``Cantik sangat ke perempuan tu? Seksi?’’ soal Khaliq lagi. Menduga Hud sebenarnya. Ya la, taste sahabatnya dia ni yang seksi menggoda sahaja.
``Cantik tapi tak seksi. Natural beauty. Bila pandang dari dekat, makin cantik. Pipinya yang mulus tanpa sentuhan mekap, memikat. Bibir nipisnya yang merah tanpa secalit lipstick, menggoda. Ah, semua yang ada pada gadis itu, semula jadi. Aura menggoda dia juga semula jadi. Tak perlu dia bercakap manja, hati aku dah tercuit.’’ Hud pegang dadanya. Betulkah apa yang dia katakan ini?
``Kau dah jatuh cinta ke?’’ duga Khaliq lagi.
``Hah?’’ bulat mata Hud memandang Khaliq. Jatuh cinta? Dengan Asma’. Macam mustahil saja. Perkataan cinta sudah lama dikuburkan dari hidupnya. Tidak akan semudah itu dia biarkan hatinya disinggahi rasa cinta. Cinta itu menyakitkan!
``Kenapa terkejut? Tak percaya dengan perasaan sendiri?’’
``Memang pun. Dia memang cantik tapi bukan taste aku la. Kau nak tahu setiap kali kami jumpa, pakaian rasmi dia kemeja berkotak. Dengan tudung bawal. Zaman sekarang mana ada dah orang perempuan pakai kemeja berkotak-kotak. Itu pun tudung bawal yang entah zaman bila,’’ omel Hud sebal. Tapi tanpa sedar bibirnya melirik senyum.
``Hud… Hud.’’ Khaliq tepuk bahu sahabatnya itu.
``Apa?’’ soal Hud geram. Melihat senyuman Khaliq dia tahu lelaki itu gelakkan dia. Apa yang lucu dari apa yang dikatakan tadi?
``Hahaha… Takde apalah. Okaylah, aku keluar dulu. Banyak kerja yang aku nak buat ni,’’ Khaliq keluar dari bilik Hud dengan senyuman lebar. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Kalau dia terangkan juga, pastinya banyak alasan yang keluar dari mulut playboy tu.
``Hey, Khaliq!’’ laung Hud. Tak puas hati ditinggalkan begitu saja.
Khaliq lambai tangan. Langsung tidak pedulikan panggilan Hud. Sesekali dia geleng kepala. Teringin juga dia kenal siapa gadis itu. Begitu hebatkah gadis itu sehingga mampu mengusik hati seorang Hud Wazir tanpa sedar. Itu pun oleh tuan

No comments: