Adif berhenti dihadapan pagar rumah teres dua tingkat itu. Aiman disebelah dikerling tajam. Membuta saja kerjanya. Suruh duduk rumah tak nak. Bosan konon. Ikut orang pun bukan boleh buat teman. Buat tahi mata boleh la.
``Aiman! Bangunlah. Dah sampai ni.’’ Adif tepuk bahu Aiman.
``Hmm… cepatnya sampai.’’ Aiman mengeliat.
``Kau ingat ni London. Shah Alam aje pun. Huh! dah la, jom,’’ajak Adif. Peralatan untuk kerjanya sudah diambil dari bonet kereta.
``Assalamualaikum.’’
``Takde orang kut.’’ Ujar Aiman.
``Tak mungkinlah. Sebab dah janji nak datang.’’
``Cuba bagi salam sekali lagi.’’ Suruh Aiman.
``Assalamu…’’
``Waalaikummusalam. Maaf, cari siapa?’’ Ujar Dhira.
``Saya datang nak tengok aircond. Pagi tadi saudari ada buat aduan yang aircond cik tak sejuk kan?’’ Jelas Adif.
``Ooo… ya-ya, jemput masuk.’’ Dhira buka pintu pagar. Senyuman manis dilontarkan buat dua jejaka itu. Tapi dia perasan muka tanpa perasaan jejaka sorang lagi.
``Hai, saya Aiman. Itu kawan saya Adif.’’ Ramah Aiman memperkenalkan dirinya dan Adif.
Adif sudah menyumpah dalam hati. Nak kenalkan diri, cukuplah diri sendiri. Nak babitkan dia jugak tu kenapa. Huh!
``Bilik mana cik?’’ Soal Adif tanpa pedulikan perbualan Aiman dan si tuan rumah.
``Bilik belakang. Itu sebenar pejabat kita orang. Maaf menyusahkan awak berdua, dengan cuaca sekarang kami memang perlukan aircond itu. Dah la dua puluh empat jam, kami memang bertapa dalam bilik itu aje,’’ ujar Dhira beramah.
Langkah kaki Adif terhenti ketika matanya mengkap figura seorang gadis diatas tangga. Matanya tidak berkelip memandang si gadis. Ya, gadis yang amat dia kenal. Yang hanya baru kenal beberapa tapi seksanya bertahun lamanya.
Sekarang yang menjadi perhatianya bukanlah si gadis itu tapi apa yang membaluti tubuh di gadis. Mini dress paras paha! Inilah yang islam gelar berpakaian tapi telanjang. Dimanakah sifat malu gadis ini? Dia geleng kepala sekilas sebelum masuk ke bilik yang dijadikan pejabat itu.
Aiman sudah hilang ke mana Adif pun tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia mahu siapkan kerjanya dan blah dari rumah ini. Kalaulah dia tahu rumah ini, rumah Adhia, sumpah dia tidak akan setuju untuk menggantikan Afiq.
``Ehem.’’
Adif pusing ke belakang apabila halwa telinga menangkap bunyi deheman. Kelihatan Adhia sedang berpeluk tubuh dengan badan tersandar di pintu. Kaki disilang. Adif istighfar. Ya Allah, kuatkanlah iman aku. Doa Adif.
``Ehem.’’ Adhia keraskan dehemanya apabila Adif seakan tidak pedulikanya.
Tangan Adif terhenti melakukan kerja. Dia turun dari tangga tingkat. Berpaling menghadap Adhia.
``Kau nak apa?’’ Soal Aif. Garang.
Adhia mencebik. Hairan dia dengan mamat ni, asyik tunjuk muka kelat saja denganya. Suara tak pernah nak lunak. Baru kenal dah macam ni. Kalau lama lagi kenal, apalah jadi agaknya. Tapi itulah, dia suka bila Adif susah untuk didapati. Baru ada cabaran. Hahaha.
``Ikutkan hati aku ni, nak cakap aku nak kau, tapi takut kau terus cabut lari. Hahaha.’’ Adhia labuhkan punggung atas sofa. Kaki kanan diletakkan atas kaki kiri. Tangan disilang ke dada. Matanya masih melirik Adif yang nampak bengang.
``Setiap apa yang keluar dari mulut kita ni, melambangkan maruah diri kita Cik Adhia.’’ Sinis suara Adif. Dia kembali meneruskan kerja.
``Wahh! Kau ingat nama aku. Surprise!’’ Adhia tepuk tangan. Konon teruja.
Hati Adif sebal. Bengkak. Buta ke mata Adhia ni, betapa dinginya layanan aku. Aku tak suka berdua begini. Bila sorang anak Adam duduk berdua yang pastinya ada yang ketiga. Dan yang ketiga itu adalah syaitan.
``Kau kerja ini jugak ek?’’ Soal Adhia.
Adif masih membisu. Usahkan menjawab angguk pun tidak. Dia fokus kepada kerjanya.
``Kau dahaga tak? Aku bawakan air.’’ Ujar Adhia lagi.
Adif masih sama. Adhia memberontak dalam diam. Sabar yang makin menipis di usap agar tidak terlepas. Sombong nak mampus!
``Berlagak! Sombong! Kerek!’’ Omel Adhia perlahan.
``Aku dengar laa.’’ Bentak Adif keras. Dingin. Suka hati dia saja nak mengutuk aku.
Opps, dia dengar la. Ada aku kisah? Tak pun. Biarlah dia dengar sekali pun. Aku cakap dengan elok dia tak layan.
``Tak baik mengutuk orang dibelakang. Nak rasa makan daging manusia ke?’’
``Mana ada aku kutuk belakang. Kau dengarkan? Jadi takde istilah kutuk belakang.’’ Balas Adhia. Mata tajam menikam anak mata Adif.
Mengeluh Adif mendengar jawab balas Adhia. Bercakap dengan Adhia boleh buat darah dia naik. Urghh, apalah takdir dia dalam satu hari ni asyik jumpa Adhia saja. Kalau beginilah berterusan mahu esok dia check in KPJ. Huhuhu.
Tangga lipat sudah siap dilipat. Adif melangkah ke muka pintu. Wajah Adhia yang tidak puas hati langsung tidak dipandang. Jeling pun tidak. Apalah masalah Adif ni?
Adhia berlari ke muka pintu. Menyekat langkah Adif. Kejung tubuh Adif apabila dia hampir saja berlanggar dengan Adhia. Matanya mencerlung memandang Adhia. Namun si gadis hanya beriak bersahaja. Itu diluaran, didalam hatinya hanya Allah yang tahu.
``Kau ni dah kenapa?’’ Keras suara Adif.
``Kau tu yang kenapa? Asyik nak naik angin saja. Poyo tak habis.’’ Komen Adhia.
``Ada kaitan dengan kau?’’ Soal Adif. Kening dijungkit ke atas.
Adhia kelu.
``Takdekan. Jadi, tepi! Aku nak lalu.’’ Ujar Adif.
``Tak nak!’’
``Adhia Adamia!’’ Naik seoktaf suara Adif. Tahap kesabaran sudah berada ditahap paling bawah. Nafasnya sudah turun naik.
``Errr, kenapa ni?’’ Muncul Aiman dan Dhira.
``Takde apa. Jom balik.’’ Ujar Adif meninggalkan Adhia yang masih kaku.
``Macam mana dengan…’’
``Dah setel. Nanti saya suruh Afiq follow up dengan cik.’’
Dhira kembali mendapatkan Adhia yang masih kaku di muka pintu. Pelik dengan dua makhluk ini.
``Woi, yang kau dah jadi patung cendana ni kenapa? apa yang mamat tu cakap sampai kau jadi macam ni?’’ Soal Dhira.
``Babe…’’ meleret suara Adhia.
``What?’’
``Dia tahu nama penuh aku.’’ Teruja suara Adhia. Senyum sampai ke telinga.
``Err…’’ Dhira garu kepala. Matanya menghantar langkah Adhia yang menuju tingkat atas. Apa kena minah ni? Tahu nama penuh pun teruja sampai macam tu sekali? Dah tak betul gamaknya. Haisy!
Adhia senyum manis. Dress warna biru labuh dengan belahan hingga ke paha di belek-belek dihadapan cermin. Lipstik berwarna merah gading dioles ke bibirnya. Wow! Tersangat menyerlah Adhia malam ni. Lagi pula hatinya tengah bahagia dengan apa yang terjadi siang tadi. Alahai Adhia.
``Suka hati kau ek boleh keluar dengan Luqman.’’ Sakat Dhira.
``Takde maknanya.’’
``Habis tu dari tadi aku tengok kau asyik tersengih saja. Takkanlah…’’
Adhia hanya tersenyum. Fikirlah apa pun dia tidak kisah. Nak kata dia sewel pun dia tidak kisah. Kali pertama matanya jatuh ke wajah itu, jiwa hawanya sudah bergetar. Jangan tanya kenapa, dia sendiri tidak tahu. Mungkin inilah orang kata cinta pandang pertama. Walaupun Adif sombong tapi hatinya tetap inginkan jejaka itu. Dia sudah nekad ingin memiliki Adif. By hook or by crook.
``Kau serius ke?’’
``Aku serius!’’ Tegas Adhia menjawab. Faham maksud soalan Dhira.
``Rancangan kau?’’
``Sambil menyelam, sambil minum air.’’
``Jangan pula yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.’’ Nasihat Dhira.
Adhia jungkit kening. Tidak puas hati dengan jawapan Dhira. Dia tahu apa yang dia lakukan. Setiap langkah yang diambil, dia akan pastikan berjaya. Tidak semena tanganya menyentuh dagu dibahagian kiri. Saat tangannya menyentuh terasa garisan halus. Walaupun ditutupi dengan mekap, kesannya masih terasa. Dan kesakitan akibat darinya juga masih terasa.
``Aku tak nak kau menyesal nanti.’’ Ujar Dhira lagi.
Adhia merengus.
``Kau rosakkan mood aku!’’ keras suara Adhia. Jelingan tajam menikam wajah Dhira.
``Adhia,’’ lembut suara Dhira menyeru.
``Kau tak faham apa yang aku rasa Dhira. Kau boleh cakap apa saja yang kau nak, tapi yang merasa, yang menanggung aku. Kepahitan dihina dan dicaci hanya aku yang rasa.’’ Lirih suara Adhia dalam tegasnya.
``Aku faham. Jangan kau lupa, saat itu aku ada bersama kau. Aku lihat semua kesakitan kau.’’
``Dah tu kau masih nak aku lupakan rancangan aku?’’ Potong Adhia.
``Bukan. Aku cuma tak nak kau menyesal nanti. Kau rasa Adif akan terima kau, kalau tahu rancangan kau ni? sekarang pun susah dia nak terima kau. Apatah lagi…’’
``Anggap saja dia `mainan’ aku.’’ Putus Adhia. Dia akan berusaha dapatkan Adif. Dia hanya merancang, jika Adif memang untuknya, maka akan jadi miliknya.
Dhira geleng kepala. Sukar sungguh untuk lenturkan kedegilan sahabatnya ini. Ingatkan bila mata bercahaya cinta, maka hati akan selembut sutera. Rupanya masih sama. Dia perlu lakukan sesuatu. Namun untuk membawa Adif kepada Adhia amat sukar. Dari sikap Adif siang tadi sudah tahu bahawa Adhia buka taste dia. Tapi… Rasanya ini bukan sebab taste tapi prinsip. Dhira simpan senyum. Apa yang dikatakan Aiman pasal Adif disimpan kemas dalam kotak memorinya.
``Aku nak pergi dah ni. Kunci pintu tu.’’ Pesan Adhia.
``Hah!’’ Terpinga-pinga Dhira.
Adhia tepuk dahi. ``Mengalamun saja kerja kau ek.’’
Dhira sengih. Dia memerhatikan Adhia yang sudah keluar dari biliknya. Semoga apa yang kau cari akan ditemukan Adhia. Dan semoga kau tidak tersalah arah.

No comments:
Post a Comment