Bab 6
Hud buka mata tepat memandang siling kemudian dia kalih ke sisi melihat Nur yang sedang lena pulas. Senyuman mekar dibibir. Sejak dari kes dia dengan tak sengaja menakluki gadis ini, sehingga sekarang mereka masih bersama. Nur akan datang bermalam dirumahnya apabila tidak perlu terbang ke luar. Ya, usia perkenalan mereka belum sampai seminggu. Masih muda tapi sudah berkongsi segala. Ah, perempuan! Mudah sangat terpikat dengan kata-kata manis.
Gadis bandar seperti Nur yang mempunyai kerjaya yang memerlukan dia merantau ke seluruh negara pasti membuatkan gadis itu lebih terbuka dalam perhubungan mereka; perhubungan yang hanya berdasarkan nafsu bukan komitmen. Dan dia, akan tetap berada di sisi Nur selagi gadis ini tidak menuntut sesuatu yang dia tak mampu tunaikan.
Tubuh dibawa bangun, matahari di luar sana pasti sudah terang. Nur buka mata, gerakan dari tubuh Hud mengejutkan lenanya. Dia mengengsot dekat lalu tangan melingkar pinggang lelaki itu.
``Awal awak bangun. Hari minggukan ni,’’ ujar Nur dengan suara seraknya.
``Kenapa Nur? Kalau hari minggu saya kena duduk atas katil ni dua puluh empat jam ke?’’ soal Hud pula.
``Why not? Temankan saya. Awak tahukan esok saya kena terbang ke Abu Dhabi. Seminggu kita tak jumpa nanti tau,’’ rengek Nur.
Hud ketawa lepas. ``Are you kidding Nur?’’ sinis nada Hud. Tangan Nur yang melingkari pinggangnya dileraikan.
Nur bingkas bangun dari pembaringan. Dia hanya lihat belakang tubuh Hud yang berbalut tuala. Dia tarik selimut membaluti tubuhnya.
``Apa maksud awak Hud?’’ soal Nur tersinggung dengan kata-kata lelaki itu tadi.
``Ya, kita berdua tahu yang kita berdua bersama atas sebab kepuasan masing-masing. Dan saya yakin yang awak…’’
``Ada orang lain selain awak?’’ pintas Nur.
Hud jungkit bahu. Alaa, perempuan sekarang susah nak jumpa yang anak dara, Nur juga sama. Kali pertama dia takluki gadis ini sangkanya anak dara tapi… Nasiblah bekas orang. Tidaklah dia rasa bersalah sangat kerana merosakkan anak dara orang.
``Fine! Saya mengaku yang awak bukan satu-satunya lelaki pernah saya tiduri. Tapi sejak dari hari tu hanya awak aje Hud,’’ jelas Nur lirih.
``Hey, relaks ar. Saya tak kisah kalau awak nak cari `barang’ lain pun. Itu hak awak Nur.’’ Ujar Hud tanpa rasa bersalah.
Berubah air muka Nur. Baru saja dia hendak membalas kata-kata Hud, loceng rumah lelaki itu berbunyi. Hud keluar hanya dengan bertuala.
Nur duduk dibirai katil. Kata-kata Hud bermain di fikiran membuatkan dia berfikir bahawa dia bukanlah yang terpenting dalam hidup lelaki itu. Anggapan lelaki itu padanya tidak lebih dari teman tidur, sepertimana lelaki-lelaki yang pernah dia kenali selama ini. Kepala jatuh merunduk lantai, nafas dia kedengaran lemah sekali; bukan kerana sakit tetapi semangatnya yang merudum jatuh. Ternyata dia silap menyandar harapan pada lelaki ini.
Manakala Hud, mengecil mata memandang tajam figura dihadapanya kini. Tangan naik menyilang dada, menampakkan otot lengan kekarnya. Bahu menyenget bersandar pada daun pintu. Kebaikkan apa yang dia lakukan semalam, hinggakan pagi ini pintu kondonya diketuk si gadis. Bagaikan menyerah diri pada buaya yang tak pernah menolak `rezeki’.
Namun semakin lama dia meneliti wajah polos dihadapanya ini, seperti dia kenali. Seakan mereka pernah bertemu sebelum ini. Tetapi di mana?
``Ehem,’’ Asma’ berdehem memecahkan suasana yang dirasakan agak kekok padanya. Apatah lagi menjadi subjek pemerhatian mata nakal lelaki ini. Masa pintu dibuka, wajah Hud menyapa mata, jantung sudah berdetak lain macam. Tidak disangka rumah yang dimaksudkan oleh Mak Cik Hasnah adalah rumah Hud.
``Awak siapa?’’ tanya Hud masih lagi tenang dengan tangan menyilang dada. Bukan dia tidak perasan wajah resah gadis ini, tetapi dibuat tidak peduli saja.
``Err, saya ganti Mak Cik Hasnah. Dia tak sihat,’’ ujar Asma’ perlahan. Melihat tubuh lelaki asing tanpa baju hanya tuala putih dipinggang, pipinya merona merah. Darah menyerbu wajah, berbahang.
Tidak sanggup melihat tubuh kekar Hud, anak matanya jatuh ke bawah. Kakinya gontai saat matanya jatuh pada sepasang kasut perempuan. Lelaki ini dah punya isteri ke? tapi kalau dah ada isteri kenapa perlu gunakan khidmat orang gaji. Kenapa tak suruh isteri dia saja buat? Oh, mungkin tak nak tangan isteri dia kasar kut. Orang sayang isterikan.
Namun, jauh disudut hatinya ada perasaan asing yang cuba singgah mengganggu ketenangan hati. Malah perasaan itu seakan menjerut jiwanya.
``Hey, awak nak termenung kat situ aje ke?’’ sergah Hud.
``Hah?’’ terkulat-kulat Asma’ disergah.
``Bila nak siap kerja kalau asyik termenung. Saya ni sarapan pun belum lagi?’’
``Sarapan? Erkk, saya kena buatkan juga ke? Tapi Mak Cik Hasnah tak pula bagitahu tadi,’’ polos jawapan Asma’.
``Memanglah memasak tak masuk skop kerja Mak Cik Hasnah. Cuma sekarang saya lapar. Nak makan. So saya nak awak masakkan saya sarapan. Apa pun boleh janji makanan. Cepat!’’ gesa Hud selajur melangkah masuk ke dalam bilik.
Ternganga Asma’ mendengar arahan dari lelaki itu. Kecil besar, kecil besar saja dia nampak lelaki itu. `Mujurlah aku ni cari rezeki, kalau tak dah lama aku pelangkung dia ni.’ Huh! Dalam membebel Asma’ berlalu ke dapur. Dia buka peti ais melihat apa yang ada untuk di masak. Ternganga dia melihat isi peti ais yang kosong.
``Heh, suruh aku masak tapi peti kosong. Gila!’’ bebel Asma’.
Dia buka kabinet atas. Matanya menangkap paket tepung gandum. Laju tanganya mencapai lalu dibancuh tepung gandum menjadi adunan. Benda senang hendak dibuat dengan gandum adalah cucur. Saki baki sayur yang terdapat di dalam peti ais itu di potong halus lalu dicampak ke dalam adunan tepung tadi.
Siap mengoreng cucur dia letak atas meja makan. Satu mug air Horlicks turut diletakkan disitu sebelum dia berlalu ke bilik dobi, itu yang dipesan oleh Mak Cik Hasnah. Kerja pertama yang perlu dibuat dirumah Hud adalah cuci pakaian lelaki itu. Melihat pakaian kotor yang berlonggok itu, fahamlah dia kenapa Mak Cik Hasnah suruh dulukan bahagian ini. Kepalanya tergeleng beberapa kali, agak-agaknya dalam sehari berapa kalilah lelaki ni salin pakaian? Tinggal seorang tapi longgokkan baju macam duduk satu keluarga.
``Aduhai, hidup sebagai lelaki ini senangkan? Pakaian kotor main longgok saja. Bukan susah pun nak basuh. Masukkan dalam mesin ni, tekan. Siap! Dasar pemalas!’’ bebel Asma’ lagi.
``Ehem,’’ deheman Hud mematikan lidah dan tingkah Asma’. Kaku dia di hadapan mesin basuh. Mata terpejam, bibir bawah digigit geram. Marahkan diri sendiri kerana tak mampu halang mulut dari membebel. Pasti lelaki ini dengar apa yang dibebelkan dia tadi.
``Ni semua kena basuh tangan.’’ Hud letak bakul yang berisi baju disebelah gadis itu.
Liur ditelan payah. Nada Hud lembut tapi dingin menyirami hati Asma’ membuatkan roma badannya merinding. Ditambah pula dengan wangian yang menusuk hidung, mampu merubah detak jantungnya yang sedari tadi tidak selari temponya.
``I’m not a lazy person, it is not a big deal just to wash up all your clothes. Really... Not a big deal! I can even get you to shower and…’’ bisik Hud ditelinga Asma’. Matanya melirik nakal tubuh kejung Asma’, atas bawah. Tanpa menyudahkan ayatnya, Hud meninggalkan Asma’ dengan anggapan sendiri. Tipikal orang melayu suka menilai orang dengan pandangan pertama. Sebab itulah, orang selalu cakap, tanggapan pertama itu penting.
``Dan…’’ Asma’ berpaling ke belakang. Dia gigit bibir apabila terlihat seorang gadis tinggi lampai mencium pipi lelaki itu. Tanpa dia sedar dia sepak bakul baju kotor Hud letakkan tadi.
``Auch,’’ jerit Asma’ kecil. Dia tunduk mengosok kaki yang kesakitan. Bibirnya tidak habis mengomel memarahi diri sendiri. Tidak sedar dirinya diperhatikan oleh dua makhluk.
``Hey, awak…’’ panggil satu suara halus.
Asma’ yang membongkok, tegak berdiri memandang si gadis cantik yang sedang memeluk erat lengan sasa Hud.
``Nama saya Asma’,’’ ujarnya lembut memperkenalkan dirinya.
``Ooo, okay. Asma’ tolong cuci cadar dalam bilik Hud sekali ek,’’ pinta si gadis itu lembut bersama senyum manis.
Asma’ angguk lalu mengatur langkah ke bilik utama untuk ambil cadar yang dikatakan oleh gadis tadi. Cantik perempuan tu, isteri dia ke? kalau dah ada isteri secantik itu, kenapa masih cari perempuan lain?
Hud mencuri pandang gadis itu berlalu ke bilik utama. Asma’? cantik namanya. Tapi aku macam pernah lihat wajah perempuan ni? kat mana ye? Sekali lagi matanya jatuh pada wajah comel Asma’ yang cantik bertudung bawal.
``Saya nak balik dulu Hud. Nak kemas barang. Malam nanti saya datang ek,’’ lunak suara Nur.
``Eh, tak payah. Malam nanti saya ada kerja. Nak sendiri,’’ tolak Hud. Sesekali malam minggu dia mahu juga masa untuk diri sendiri. Asyik berkepit dengan perempuan, rimas!
``Hud?’’
``Please Nur. Saya pun nak privacy juga,’’ acuh tak acuh Hud memberi alasan.
``Okay,’’ mahu tak mahu Nur mengalah juga.
Usai pemergian Nur, Hud ke menuju meja makan. Tudung saji yang terletak elok ditengah meja, dibuka. Keningnya terjungkit melihat hidangan ringkas atas meja. Ringkas tapi baunya membuat perut dia yang kelaparan tergoda. Tanpa menunggu lama, kerusi ditarik duduk dilabuhkan. Sebiji demi sebiji cucur dimasukkan ke dalam sehinggalah licin pinggan tersebut. Mug berisi Horlicks disisip perlahan. Airnya juga sedap, secukup rasa. Tidak terlalu manis, kena dengan seleranya.
Perut yang kenyang di gosok perlahan, dia bangun langkah dibawa ke bilik kerja. Ada kerja yang perlu dia siapkan.
Tidak menunggu lama dia keluar ke ruang tamu. Matanya melilau mencari susuk tubuh Asma’, tidak ada. Dia ke bahagian dapur, juga tidak ada. Kemudian dia melangkah ke bilik dobi, kosong. Dahinya berkerut. Takkanlah dah balik? Laju kakinya melangkah ke pintu utama, kasut gadis itu masih ada. Bibirnya mekar senyuman. Haih, dah kenapa Hud?
Telinga menangkap suara halus dari arah balkoni. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati ruangan itu. Matanya melekat pada belakang tubuh Asma’ yang hanya berseluar slack dan kemeja berkotak lengan panjang. Tidak ada langsung ciri wanita moden tapi kenapa matanya masih tidak mampu lari dari memandang tubuh itu?
Sesekali bibir Hud mengukir senyum nakal. Body boleh tahan. Pinggul, hmmm… nice! Itulah yang bermain di kepala Hud kala ini.
Tangan Asma’ yang lincah menjemur kain terhenti. Terasa dirinya sedang diperhatikan, pantas dia berpaling ke belakang. Kelihatan Hud yang sedang memandangnya tanpa berkelip dengan tangan bersilang ke dada. Pandangan lelaki itu… Sesuatu sangat. Dia pandang tubuhnya, erkk… Dia tak salahkan? Lelaki itu sedang… Dia tutup dadanya dengan baju kemeja Hud yang ada dalam peganganya.
``Err, encik nak apa?’’ gumam Asma’.
am Hud sambil jari mengusap dagu sebelum menyambung bicaranya. `` Nak awak, boleh?’’ soal Hud selamba. Selangkah kakinya maju ke hadapan. Asma’ kalut. Sudahlah dia berdua-duaan dengan lelaki ini.
Ketika melihat gadis itu tadi, dia sedikit lega kerana sangkanya dia tidak akan berdua-duaan dengan Hud. Setelah sejam berlalu dan kelibat gadis tadi masih juga tidak muncul, dia mula pasti yang gadis itu bukan isteri Hud. Dan sekarang… dia pandang kiri kanan, tiada ruang untuk dia larikan diri. Apa yang dia nak buat ni? kenapalah dia tak tanya dulu Mak Cik Hasnah siapa pemilik kondo ini?
``Encik jangan buat kerja gila!’’ marah Asma’.
``Laaa, saya nak awak pun, gila ke?’’kedengaran polos soalan Hud itu.
Asma’ kertap gigi. Soalan Hud tidak menakutkan berbanding senyuman lelaki itu yang penuh muslihat. Tipikal senyuman lelaki miang!
``Memang gila ar. Encik dah ada buah hati, nak saya buat apa lagi? Lagipun saya ni tak suka bekas orang,’’ sinis nada Asma’. Sengaja dia tekan perkataan bekas itu biar lelaki itu sedar yang dia ni bukan seperti gadis lain yang senang menyerah pada lelaki. Tubuhnya dipaling membelakangi Hud, tidak sanggup dia lihat wajah nakal Hud. Pandangan lelaki itu bisa melemahkan hatinya.
Hud gigit lidah. Pergh, ayat gadis itu menusuk hati bagaikan bilah pedang. Bukan setakat luka tapi putus dua hatinya. Boleh tahan juga mulut budak ni. Langkah diorak maju ke depan, lebih dekat dengan Asma’. Resah Asma’ mencetuskan kegelian pada hatinya. Memperlihatkan sisi comel gadis itu.
``If buy conquering you makes me go crazy, then fine! I’ll be one. And for your info, I don’t even care should you have a crush with other’s partner or not. As far as I know, I just love osther’s ex… Well, you can say… Fresh from the `farm’,’’ bisik Hud penuh makna. Tersunging senyum nakal di ulas bibir nipisnya.
Tubuh Asma’ kejung, desah nafas Hud terasa menghembus tudungnya menandakan yang lelaki itu berada dekat dengannya. Ini, kalau dia pusing tubuh pasti mereka akan… mata terpejam rapat meraih kekuatan. Jijik dia mendengar kata-kata Hud namun untuk membalasnya, lidahnya bagaikan beku. Suara seperti hilang ditelan bumi. Akhirnya dia hanya berdiri pegun disitu.
Hud tarik senyum. Dia tahu yang Asma’ terkesan dengan kata-katanya tadi. Lihat saja tubuh gadis itu yang kaku. Namun desahan nafas yang kedengaran agak kuat menandakan yang Asma’ sedang menahan amukkan perasaan. Mungkin saja gadis itu ingin menyerang balas kenyataan dia tadi tetapi ada sesuatu yang menghalang.
``By the way, saya rasa kita pernah jumpa tapi saya tak ingat kat mana. Never mind, ni… Sebelum awak balik siapkan makan tengah hari untuk saya, boleh?’’ pinta Hud lembut.
``Tapi…’’
``Boleh laa. Saya malas nak keluar. Letih. Semalam penat `bekerja’ dengan Nur,’’ Hud sengih nakal. Sengaja dia bangkitkan nama Nur.
Tangan mengepal penumbuk. Tidak ada rasa malukah lelaki ini membuka aib sendiri? Sedangkan dia yang mendegar ini terasa malu. Pipinya berbahang panas. Apakah orang kita sudah semakin menipis nilai malu dalam diri mereka? Sehinggakan mereka melakukan dosa masih mampu membanggakan dosa mereka.
Apakah sudah hilang sifat takut dalam diri manusia-manusia? Sehingga mereka tanpa sedikit pun rasa gentar melakukan maksiat. Berbuat mungkar sedangkan Allah itu nampak walau sebesar hama sekalipun. Dimana saja kamu menyorokkan dosa, Allah pasti nampak.
Apakah kewarasan akal manusia sudah semakin cetek sehingga kalah pada nafsu? Membiarkan diri dikuasai nafsu sehingga berbuat kemungkaran tanpa memikirkan dosa dan pahala. Tanpa memikirkan kifarat Allah. Tanpa memikirkan… apakah hendak dijawab apabila ditanya tentang hayat hidup didunia ketika dihadapan Allah kelak?
``Boleh tak?’’ soal Hud lagi.
Pertanyaan Hud mengembalikan fikiran Asma’ yang jauh menerawang.
``Boleh tapi barang dapur mana ada. Kosong peti tu,’’ ujar Asma’ tidak sampai hati hendak menolak permintaan Hud. Apalah sangat hendak memasak untuk lelaki ini seorang.
``Okay, nah. Beli apa yang perlu,’’ Hud hulurkan beberapa keping not RM100. Dia berlalu masuk ke dalam bilik kerjanya. Berlama disitu ada juga yang kena ngap dengan buaya macam dia ni.
Asma’ gigit bibir geram. Tajam matanya menikam belakang Hud. Suka hati aje mengarah. Ingatkan Hud nak pergi beli barang dapur tapi dia juga yang kena. Sudahlah banyak lagi kerja yang dia nak buat. Arghhh, benci!
Hud buka mata. Entah bila dia terlelap, dia pun tak tahu. Jam didinding di kerling sekilas. 4 petang! Patutlah perut dia berkeroncong. Dengan rambut kusut masai, Hud atur langkah keluar. Kakinya terus dihayun ke ruang makan. Hidungnya menangkap bau yang enak. Membuatkan perutnya makin berkeroncong.
Bulat matanya memandang lauk yang terhidang di atas meja. Ada ayam masak kurma, daging masak merah, udang goreng sambal, kangkung goreng belacan. Air liur ditelan. Wah! Kenyang dia kalau begini lauknya. Kertas yang diselitkan bawah pinggan nasi di capai.
Maaf encik sebab saya balik tanpa kejutkan encik. Lauk dan nasi semua dah siap. Selamat menjamu selera. Semoga masakan saya kena dengan tekak encik.
p/s : satu lagi, atas sofa kat ruang tamu ada paper bag. Dalam tu ada kemeja yang saya belikan sebagai ganti kemeja yang rosak hari tu beserta duit baki encik tertinggal kat seven eleven hari tu.
Hud kerut kening. Kemeja? Duit baki? Dia cuba mengingati mana-mana baju kemejanya yang koyak. Haaa, ibu jari dipetik. Patutlah dia rasa macam pernah tengok gadis itu. Dia gadis kelab yang koyakkan baju aku hari tu.
Aduh! Hud tepuk dahi. Kenapa aku tak ingat awal-awal. Kalau tidak senang aku nak… senyum nakal terbit di bibirnya. Tapi hari tu gadis itu hanya kenakan cap. Hari ni, bertudung. Patutlah dia tak dapat cam. Tidak mengapa, sekurangnya dia sudah tahu siapa gerangan si gadis.
Dia labuhkan duduk di kerusi. Laju tangan mencedok nasi ke dalam pinggan. Disudu ayam kurma ke dalam pinggan. Sesuap masuk ke dalam mulut, dia tergamam. Perlahan-lahan dia kunyah dan telan. Rasa ini… Sedap! Tersangat sedap.
Rasa ini mengamitkan kenangan lama. Memasung rindu yang telah lama wujud. Dia rindukan masakan ibunya. Hati Hud sebak namun dia abaikan. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut dengan penuh nikmat.

No comments:
Post a Comment