Tuesday, February 25, 2020

Cinta Mamat Sandwich (bab 5)



BAB 5

Adif mengiring ke kiri. Lepas tu ke kanan. Malam yang panjang dan resah buatnya. Sekejap-sekejap dia geleng kepala. Malam ni dia tidak buka kedai burger. Penat melayan otaknya yang makin biul agaknya.  Adif bukanlah seorang lelaki yang suka masa lapangnya terbuang begitu saja. Disebabkan itulah setiap masa lapangnya pasti akan dipenuhi dengan kerja yang berfaedah.
Dia bingkas bangun dari pembaringan. Rambutnya dikusutkan dengan tangan. Stress! Dah kenapa dengan kepala aku ni? Asyik fikirkan Adhia tu kenapa? Takde benda lain ke kau nak fikirkan.
Kunci motor diambil. Baik keluar dari duduk kat rumah. Buat kepala semak saja.
``Kau nak pergi mana?’’ Soal Aiman.
``Keluar.’’
Aiman jungkit kening. Tadi baru dia dengar yang Adif nak rehat sebab penat. Alih-alih nak keluar pulak. Lain macam ni.
``Kau nak pergi mana? Nak ikut.’’ Aiman menyengih.
``Isy, kau ni… Nak membontot aku saja kerja kau ek.’’
``Alaa, kaukan boyfriend aku.’’ Aiman letak tanganya atas bahu Adif.
``Eiii, meremang aku dengar perkataan boyfriend tu. Nak ikut jom. Tak payah nak tayang muka gedik.’’
Aiman dah buat muka teruja namun hanya seketika. Dia pandang Adif yang sedang menghidupkan motor kapcai eksotik yang layak masuk muzium itu. Nafas lemah dihembus kasar.
Adif simpan senyum. Tahu sangat Aiman akan tarik muncung. Sibuk sangat nak ikut. Padan muka!
``Cepatlah. Tadi nak ikut,’’ gesa Adif. Pura-pura tidak nampak wajah cemberut Aiman. Kalah perempuan merajuk.
``Alaa, motor kau yang besar gedabak tu ada, kenapa tak naik?’’ujar Aiman.
``Ikut suka aku ar. Kau nak ikut, naik! Tak nak, syuh… syuh… Masuk duduk kat dalam rumah diam-diam.’’ Ujar Adif yang sudah sedia mahu gerakkan motornya.
``Weyy, tunggulah. Haisy, susah dapat kawan kedekut tahit hidung masin ni,’’ rungut Aiman. Tapi kakinya tetap melangkah naik atas motor.
Aiman mengeluh. Punyalah perlahan motor ni bergerak. Ini kalau dia nak tidur pun sempat. Pinggang pun dah sakit. Si Adif ni nak ke mana sebenarnya. Berpusing dari tadi tapi berhentinya tidak. Menyesal pula ikut.
Adif hiruk udara malam yang menyegarkan. Sengaja dia berpusing untuk menikmati suasana malam yang indah ini. Dia sedar yang Aiman keresahan dibelakang, tidak dipedulikan. Siapa suruh dia nak ikut sangat.
Fikiran yang berserabut dengan Adhia perlu ditenangkan. Dia sebenarnya hairan, gadis yang hanya dikenali secara kebetulan itu amat menganggu ketenanganya. Di mana-mana saja dia nampak bayangan gadis itu. Kenapa? Takkanlah hatinya sudah terpikat dengan gadis yang… berpakaian tak cukup kain itu.
Adhia, gadis yang cantik tapi sayang… Kalaulah kau datang sebagai muslimah yang `bertutup’ pasti aku yang mengejar kau. Monolog hati Adif.
``Kau nak pergi mana ni? Pinggang aku dah berlipat tau. Sudahlah lajunya, hai… jalan kaki lagi laju dari kapcai kau ni tau.’’ Bebel Aiman. Geram.
``Hahaha, jangan nak merungut. Kau yang sibuk nak ikut.’’
``Tahulah. Takkanlah kita nak berpusing sampai pagi.’’
``Yer la. Jom kita lepak kedai sana.’’ Adif berhentikan motornya.
Buntang mata Aiman melihat restoran di tunjuk Adif. Rezeki dia malam ni makan kat restoran berkelas. Sudahlah perut bergendang dari tadi.
``Jomlah,’’ ajak Adif.
``Eh, betul ke kau nak belanja aku makan kat sini?’’ Macam tak percaya Aiman, Adif makan kat restoran mewah. Selalunya mamat ni suka makan gerai tepi jalan aje. Bukannya tidak ada duit tapi sengaja. Katanya, makan kat mana pun tidak kisah. Janji perut kenyang. Dan makanan tu halal.
``Betul la. Kalau kau tak nak, kita balik ar.’’ Adif mengacah tolak kapcai dia.
``Eh, nak-nak. Gila tak nak. Kau bukan senang nak belanja makan mahal-mahal macam ni.’’ Laju saja Aiman  melangkah masuk ke dalam restoran. Ditinggalkan Adif sendirian.
Adif geleng kepala. Huh! Laju saja langkah dia tu kan. Sahabat dia nan sorang ni memang susah nak kawal. Demand.  Selesai mengunci kapcai, dia menyusuli Aiman. Walau kapcai dia tetap sayang. Motor antiknya banyak berjasa. Gila tak sayang!
Kaki Adif kaku melihat kemesraan pasangan itu. Tangan lelaki itu menyentuh bibir si gadis dan hanya dibiarkan oleh si gadis. Penumbuk dikepal. Mahu saja dia hentak kepala keduanya. Bengong! Panas hatinya. Matanya mencerung merenung dia makhluk itu. Si perempuan pula boleh biarkan saja. Macam tiada maruah diri. Biarkan saja tangan gatal tu meliar kat tubuhnya.
Sudah kenapa dengan kau ni Adif? Gadis tu bukan sesiapa pun.  Bukan ahli keluarga kau mahupun kekasih kau yang perlu kau marah. Yang perlu kau naik angin bila melihat ada insan lain rapat denganya.
``Woi, sinilah.’’ Panggil Aiman kuat hingga membuatkan pasangan tadi berpaling.
Matanya dan mata si gadis beradu seketika. Hatinya makin sakit dengan riak selamba si gadis. Laju dia mengatur langkah ke meja Aiman. Semasa melintasi meja Adhia dia langsung tidak berpaling ke arah gadis itu. Konon sukakan aku tapi menggatal dengan lelaki lain belakang aku! cemuh Adif.
Hahaha, lawak sungguh kau ni Adif. Kau juga yang menolak si Adhia tu, sekarang bercakap macamlah kau syok dengan Adhia. Aduhai!
Adhia kulum senyum kemenangan. Bukannya dia tak perasan mata tajam Adif yang menikam matanya. Cemburulah tu. Hahaha, aku nak mengorat dia jual mahal sangat.
Tidak senang duduk Adif. Jarak antara meja mereka tidaklah jauh. Setiap butir bicara si gadis dan si jejaka masih mampu didengari. Dan itu membuatkan telinganya berbulu. Nada manja si gadis dan ayat manis bergula si jejaka membuatkan dia hendak muntah. Kalau ikutkan hati nak saja dia angkat kaki blah dari situ. Tapi mengingatkan yang sekarang dia bersama Aiman, dibatalkan saja niat hatinya. Mahu nanti dia disoal dengan Aiman kalau buat tindakan begitu. Paling tidak menahan kena bahan dengan kawan baiknya ini.
Usai memesan makanan, Adif belek handphone dengan niat menukar fokusnya. Telinga yang kian berasap dipekakkan.  Mulut yang bergedik hendak menyergah digigit kuat supaya tidak terlepas bicara.
Satu whatsup masuk. Dari nombor yang tidak  dikenali. Berkerut kening Adif.  Siapa pula ni? Mana dapat nombor aku ni. Dia pandang Aiman yang sedang ralit dengan game.
``Apa?’’ Soal Aiman pelik.
``Takde apalah.’’ Takkanlah nak tanya Aiman pula. Dibuatnya Aiman tak terlibat, tapi bukan boleh kiran Aiman ni. Pemurah sangat. Pantang orang minta nombor telefon saja ringanya tangannya memberi,
+ marah? (ikon blur)
Makin berkerut kening Adif. Tanya aku marah ke? lepas tu letak ikon blur kenapa? Ini siapa yang sesat ni?
+ sombong!
- awak siapa hah? suka hati cakap saya sombong. Gila ke?
+ Saya pencinta setia awak. hehehe. (ikon love)
Adif bengang. Telefon Samsung Galaxy note 8 miliknya dilempar atas meja. Sudahlah hati tengah menahan amarah. Datang pula whatsup meroyan macam ni.
Terkejut Aiman.  Tersampuk ke apa ni?
``Kau ni kenapa?’’ Soal Aiman.
``Takde apa.’’
``Iyer ke takde apa? Muka kau tu, mengalahkan orang sembelit. Berkerut! Telefon mahal ni main campak saja. Kau cuba cerita, kenapa?’’
``Takde apa. Aku…’’ Adif tidak jadi meneruskan kata-kata apabila lampu telefonya menyala. Tanda ada chat yang masuk.
+ marahkan nyamuk jangan dibakar kelambunya. Marahkan saya jangan dibaling telefon tu. Bukan dapat apa pun. Mmmmuah!
Pantas kepala Adif berpusing ke kiri dan kanan. Errkk, macam mana dia ni tahu aku baling telefon. Seram sejuk pula aku rasa.
``Aiman, jom balik!’’ Putus Adif. Dia sudah bangun meninggalkan meja makan.
Dia jeling meja Adhia tapi gadis itu tiada. Eh, dah balik ke?
Kelam kabut Aiman bangun mengikut langkah Adif. Apa pula yang tak kena ni?
Bingung.
Bengang.
Lapar.
Itulah perasaan Aiman ketika ini. Tapi sudahnya menumpang, kaki digagahkan juga mengikut.
``Hai,’’ sapa satu suara sebaik saja Adif hendak menyarungkan helmet. Suara yang sudah dia cam. Erkk, baru kenal pagi tadi, dah cam suara? Hahahha.
``Hai,’’ sahut Aiman.
``Eh, dah nak balik ke? Bukan ke baru sampai?’’ Soal Adhia. Dia yang datang dari tandas ternampak kelibat Adif terus mendekat.
``Hurmm… Itulah pasal. Ni haa, mamat ni. Entah apa meroyan makanan belum sampai dah ajak balik.’’ Muncung Aiman memandang Adif.
Adif buat bodoh. Malas nak layan dua makhluk itu.
``Adif…’’ Manja suara Adhia.
``Sayang.’’
Belum sempat Adif nak jawab sudah ada suara sumbang yang memanggil Adhia. Enam mata memandang ke arah suara itu.
Adhia masih beriak biasa. Tidak terkejut mahupun gelisah. Luqman mendekat lalu pinggang Adhia dipeluk kemas. Ternganga mulut Aiman. Selamba habis mamat ni peluk anak dara orang.
``Siapa ni?’’ Soal lelaki itu lagi. Kedengaran agak dingin.
``Ooo, ini kawan I. Yang tu Adif, dan yang ni Aiman.’’ Adhia memperkenalkan.
Aiman menghulurkan tangannya, langsung tidak sambut lelaki itu. Huh! Sombong nak mampus.
``I tak sangka sayang ada kawan naik motor cabuk ni,’’ ujar lelaki itu sinis.
Berasap telinga Adif dengar ayat Luqman. Hai, mamat ni memang nak kena ni? Gigi dikertap rapat. Bergerak rahang Adif. Suka hati dia saja nak mengutuk motor aku. Dia tak tahu, motor ni sudah banyak berjasa padanya. Dengan motor ni la dia mencari rezeki yang halal.
Seram sejuk tubuh Aiman melihat rahang Adif yang bergerak-gerak. Itu tanda sahabatnya itu sedang menahan amarah. Apa nak buat ni? Habislah kalau Adif naik angin, mahu lembik mamat kerek ni dikerjakan nanti.
``Apa salahnya dengan motor cabuk? Jangan pandang rendah pada orang Luqman,’’ tegur Adhia.Tidak suka sikap Luqman yang mengecilkan orang lain.
``Whatever. Jom lah masuk dalam. Dah sejuk makanan tu.’’ Dia jeling Adif dan Aiman sekilas. Ikutkan hati tak ingin dia nak bertegur sapa. Dia ke sini pun setelah dilihat Adhia ke sini.
Adif tarik nafas dalam. Jelingan lelaki itu mencabar maruahnya. Pandangan lelaki itu kepada mereka berdua, seolah dia dan Aiman itu makhluk yang menjijikkan. Wey, setakat nak berlagak dengan BMW ansuran tu aku pun boleh. Huh! berlagak tapi hutang sekeliling pinggang. Bibir Adif bergerak-gerak untuk berkata-kata tapi tidak jadi apabila Adhia bersuara.
``No! Kau kecewakan aku Luqman. Kalau kau tak boleh terima kawan aku, sama seperti kau tak boleh terima aku. Jom, Adif.’’ Adhia mencapai helmet dalam raga motor. Dia naik tempat duduk belakang. Alasan! Pandai kau ek Adhia.
``Cepatlah!’’ Arahnya.
Adif yang terkejut hanya mengikut. Tangan Adhia yang kemas memeluk pinggangnya terasa… Bagaikan seluruh tubuhnya dipenuhi dengan cas elektrik. Keras tubuh Adif. Ini kali pertama dia dipeluk perempuan selain Mak Mahnya. Kalau Mak Mah tahu ni, mesti kena hambat dengan penyapu lidi keliling kampung.
Melopong Aiman melihat kapcai Adif yang menderu meninggalkan kawasan restoran itu. Lepas tu dia nak balik dengan apa? Aduhai, apalah nasib badan. Jawabnya kena minta tolong Syira la ni. Bikin malu saja.
Luqman mendengus. Marah. Tercabar egonya sebagai lelaki. Dia kalah dengan lelaki yang hanya ada Kapcai! Siapa lelaki itu dengan Adhia? Mesti ada hubungan istimewa sehinggakan Adhia sanggup membelanya. Takkanlah teman lelaki Adhia. Kalau teman lelaki, kenapa Adhia terima ajakan makan malam dia ini. Atau Adhia sengaja nak sakitkan hatinya?
 Pinggangnya yang tegak dari tadi mula terasa lenguh. Apa tidaknya dari tadi lagi pelukkan Adhia tidak dilepaskan. Hendak menegur lidahnya kelu. Alaa, cakap sajalah kau suka Adif oi. Hahaha…  Melihat dari cara Adhia peluknya, membuktikan yang minah ni tidak pernah naik motor. Peluk pinggang aku macamlah aku naik motor ni 120km/j. Kapcai aje kut.
``Jangan la peluk kuat sangat. Sakit pinggang aku ni.’’ Adif tampar tangan Adhia apabila dia mula rasa sesak nafas. Makin lama makin kuat pelukan gadis itu.
``Ikut suka aku ar. Jatuh aku nanti, kau nak tanggung?’’ Adhia tak nak mengalah. Makin dieratkan pelukanya. Dia senyum apabila mendengar Adif merengus.
Marahlah tu. Ada aku kisah dia marah ke tak. Janji aku tak jatuh. Yer la sangat kau takut jatuh Adhia. Ini dah lebih kepada ambil kesempatan.
``Rumah kau kat mana ni?’’
``Jalan aje. Nanti aku tunjuk.’’ Adhia letak dagunya atas bahu Adif. Secara tidak sengaja atau memang disengaja, tubuh Adhia melekat dibelakang Adif. Maksudnya… Faham-fahamlah ek. Hehehe.
Serta merta Adif brek motor. Terkejut Adhia.
``Kenapa?’’ Marah Adhia. Gila tak marah, dia hampir tersembam ke depan sebab Adif larikan tubuhnya. Tak  gentlemen langsung!
Adif turun dari motornya. Dia mundar mandir di tepi jalan. Nafas turun naik. Adeh, gila-gila. Ini semua salah minah ni. Sibuk nak naik motor aku.
``Kau ni kenapa?’’ Soal Adhia lagi.
Tajam pandangan Adif menikam pandangan Adhia. Boleh dia tanya kenapa? Arghh!!!
Geram.
Cuak.
``Kau naik motor dengan aku, sila jarakkan duduk kau. Jangan dekat! Jangan peluk!’’  keras suara Adif mengingatkan. Muka serius gila.
``Tapi…’’
``Atau kau nak balik jalan kaki? Aku rasa kat sini dah takde teksi.’’
Adhia hentak kaki. Mahu atau tidak dia harus ikut kata-kata lelaki itu. Dengan kasar Adhia hempas punggung atas pelana motor. Adif geleng kepala. Tahu sangat yang gadis tu marah. Tapi itu sajalah jalan yang dia nampak untuk mengelak terjadinya sesuatu yang tidak elok.
Sampai saja dirumah Adhia, tanpa pamitan Adhia terus berjalan masuk.
``Adhia Adamia.’’ Panggil Adif. Rasa bersalah kerana berkeras dengan gadis itu tadi. Sebenarnya boleh saja dia cakap elok-elok tapi entahlah. Dari nak nak cakap elok-elok, lidahnya terus menyergah.
Langkah Adhia terhenti. Statik. Dia tidak menoleh ke belakang walau sekilas. Rasa terhina dengan tindakan lelaki itu. Terasa dirinya ditolak.
``Aku minta maaf sebab tinggikan suara kat kau tadi. Tapi kau kena faham, antara kita ada yang ketiga. Dan aku lelaki yang normal Adhia. Yang punya nafsu. Ingatlah lelaki dan perempuan dijadikan saling tertarik. Aku tidak mahu kerana nafsu, aku menyakiti kau. Kau perempuan yang perlu aku lindungi sebagai seorang lelaki yang dijadikan sifatnya untuk melindung. Maafkan aku. Assalamualaikum.’’ Usai berkata-kata Adif pecut motornya meninggalkan Adhia terpaku di situ.
Saat motor Adif menjauh barulah Adhia berpaling. Sungguh hatinya tersentuh dengan apa yang dikatakan Adif tadi. Satu kenyataan yang membuatkan dia rasa dihargai. Dilindungi. Perlahan-lahan Adhia melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Nasihatilah wanita itu dengan kebaikkan kerana perempuan dicipta dari tulang rusuk. Jika tulang rusuk itu diluruskan secara paksa maka ia akan patah. Namun jika dibiarkan ia akan tetap bengkok, nasihatlah wanita dengan baik. (Riwayat Imam Al-bukhari dan Muslim)



No comments: